Wednesday, December 31, 2008

aku selalu ada...

semalam ku datang
bukan untuk menduga
ku ingin menjadi penanggung dukamu
kau sambut dengan gembira
ku lihat kau tertawa
ku semat dalam jiwa
untuk membahagiakan mu
bila kau tersalah langkah
ku menegur penuh kasih
bila ku marah
bukan tanda ku benci
tapi kerana rasa sayang di hati
bila ku tak peduli
ku hanya ingin kau menyedari
berubah dari kesilapan
bukan menangisi tanpa perubahan
hari ini...
aku mengucapkan selamat tinggal
bila ku lihat kau mampu berdiri
tanpa ku...
aku akan melihat dari jauh
tetap menyayangimu seperti dulu
yang pasti aku selalu ada
bila kau memerlukan aku....

sixth sense TANPA

Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa....
Dirimu aku mati (x2)

Kini berat benar kurasakan
Dalam relung hatiku tak temu
Aku tak mengerti

Takut aku jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpa menuggu mati

ahaksss....

uiksss... dah kul 4.30 mate segar lagi ni. sok keje. sure! budak2 tu kena marah. huhuhu...xpe! minggu ni last aku masuk kelas. pasni dorang dah tak kena marah ngan aku. budak2 tu poyo je. bile aku kate nak benti. dorang pun cakap "kalau akak benti ktorg pun nak benti lah." wakakakaka... macam la aku tak tahu dorang suke aku benti. xdo dah kena marah. kena denda. or kdg2 kena rotan.... muahahahahahaha...

aku gertak dorang. aku cakap "habislah korang minggu depan ade guru baru. garang wooo! kalau korang buat perangai je. dia angkat korang letak atas bahu,pastu dia campak korang kat luar kelas."sengal je dorang percaya cakap aku... ekekeke... apo la. yang pasti mule2 guru tu mungkin tak garang. tapi lama2 aku pasti dia akan jadi rimau ngan perangai budak2 tu. ahakss... dorang baik.. cuma kdg2 nakal skit. nama pun budak2. ade kakak tu umur 33. selalu kena tegur ngan aku. adehhhh... tu y susah klo ajo orang y lebih tua. kalau tak tego. susah. klo tego susah. tapi seb bek akak tu jenis tak kesah ngan perangai aku. kalau tak. aku suruh je dia dok kelas mak aku. senang citer. tapi... sedey gak... sebab tahun depan dah xde orang nak celebrate bday aku. akakakakaka... dapek hadiah laie... tu y best.

hurmm... sayang sebenarnya nak tinggal budak2 ni. sebab aku dah anggap dorang macam adik2 aku. walaupun perangai dorang kadang. wat aku GERAM! tapi aku sayang dorang. bagi aku, dorang terlalu baik, cuma tersalah langkah dengan darah muda. aku harap dorang berubah, and aku nampak banyak perubahan pada diri dorang, cuma bagi yang taknak berubah, memang payah la. kena bom pon, klo dah xnak berubah. xjalan. huhuhu...

cerita benar....



ini satu cerita, bukan rekaan. ini benar! dari sebuah kebenaran.. ewahhhh!! mcm gempak je, muahahahahahahahahaha!!!

"Ade pelajar baru datang. janda! baru sehari kawen dia lari sebab ade krisis ngan laki dia. umur 22 tahun. masuk kelas ko kot." bagitahu kakak aku.

"22 tahun dah jadi janda? mudenye... kesian erkk. sehari lak tu kawen? iskk..isk.. sempat malam pertama tak? muahahahaha." gurau aku. Dalam hati. aku kesian kat budak tu. tarase teringin lak jumpa janda muda...ekeke...

mula kelas je mata aku melilau cari budak yang kakak aku citer tu. bukannye ape. bagi aku kesah hidup dia. lain dari pelajar lain.ade dua orang pelajar baru. so! aku kompius. mano janda mudo ni.

"hurmm... pelajar baru tolong kenalkan diri." arah aku ngan muka ala-ala budak poyo. ahakss.. sebenarnye inilah sesi yang paling aku suke. mase ni. aku akan tanye dorang macam2 soalan. pastu macam2 gelagat ado. yang menari2. senget2kan badan. sipu2 malu.
soalan yang selalu aku tanye. "kamu datang sebab ape?" haaaa... time ni dorang semua jawab. nak blaja la kak. cehhh! macam aku tak tahu. dorang datang sebab kena paksa, tapi xpe. satu je aku selalu pesan "kalau betul kamu datang sebab nak blajo. buktikan pada akak." akakaka... poyo je aku nih...

so! pelajar baru 2 orang tu pun kenalkan la diri. kat situ aku tahu la. yang mane satu janda mude tu. huhu... cantek woooo... macam mane leh jadi janda. iskk... sengal betul laki dia ni.. ekeke...

satu hari tu (ade x ayat lain selain dari ayat ni?...huhu) aku lepak ngan sarah (budak yang paling nakal kat dunia..ekeke) kat depan umah. aku tengok pelajar2 perempuan makin lama makin surut, macam nak pupus je kat Darul Atiq ni. so! aku tanye sarah.

"Budak pompuan ade bape org erkk? macam makin xde je." aku tanye sarah ngan muka siyes. ala-ala guru besar, muahahaha..

"hurmm.. ade la dalam 18 orang, sebab ramai dah benti, tadi kak hajar balik. laki dia amek, dorang tak jadi cerai." jawab sarah.

"erkkk... tak jadi cerai? bukan dorang dah failkan cerai ke?" terkejut aku. sampai tersembur air dari mulut aku. Setahu aku. si hajar ni ngan laki dia dah failkan cerai. macam mana tak jadi nak cerai lak? uhhh.. kompius..

"memanglah kak, tapi dah laki kak hajar nak dia balik. tak jadilah." jawab sarah ngan muka slumber.

"ermm... baik erkk laki dia. macam tak caya lak." aku senyum je ngan sarah. dalam kepala otak aku. aku salute la kat laki dia. ni la baru namanya lelaki. bertindak dengan cara orang siuman. bukan buat keputusan melulu. pastu baru nak menyesal, wa caya sama lu la... ahakss..

hari ni bila aku masuk kelas. aku nampak hajar. berseri je muka dia. ewahhhhh! suke la tu. aku pun suke. muehehehe...

"hurmmm... ade kamu. ingatkan bercuti lagi, dengar citer kamu nak kawen balik? betul ke?" soal aku. dengan muka si penyebuk... muahahaaha...

"a ah kak. tapi bukan nak kawen balik.cuma nak buat kenduri belah lelaki. sebab hari tu cuma sempat buat kenduri belah pompuan je. ktorg cuma failkan cerai tapi belum cerai." jawab hajar sambil hulurkan kad kawen dia. aku pun amek la kad kawen dia, belek2 skit. pastu aku tengok dia.

"asal tetibe laki kamu nak kamu balik?" soalan bodoh. tapi aku cuma kompius. hari tu punye ye2 nak bercerai. tetibe tak jadi. wakakakakaka... jahat aku ni.

"suami saya cakap, dia tengok muke abg saya, dia teringat2 kat saya," jawab hajar.

"ooo erkk.. bagus..bagus... ade rezeki akak datang la kenduri kamu." kate aku. walau pun aku memang tak dapat datang. sebab aku nak sambung blajo balik. apa pun aku tumpang happy untuk pelajar aku ni. yang hari2 kena marah ngan aku. sebab dia memang suka kena marah. hahaha... hajar...hajar.. semoga bahagia hingga ke anak cucu,

terfikir aku sejenak. bertapa manusia diberi pilihan. antara baik dan buruk. tapi kita selalu salahkan takdir. bila kita sendiri yang tersalah buat pilihan. bagi aku. apa yang terjadi pada hajar, satu perkara yang cukup menyedarkan aku. bahawa disebalik duka. ada sinar!

bila seorang lelaki beristeri. maka dia punya satu tanggungjwab yang besar untuk dipikul. takde alasan lagi untuk dia kate tidak! sebab isteri adalah amanah allah. bila isteri tersalah, dia tempat rujukan. bila isteri marah. suami kena redakan dengan nasihat.dalam hal ni, aku betul2 angkat tangan kat suami hajar. power la lu bro... muahahahaha... nk oto gerap leh? ekekeke....

aku lak...? adoi mak... kawenkan aku... wakakaka... jeles tengok hajar kawen aku nak kawen gak...wakakakakaka.. kalau la semudah tu. huhuhu...

no! kawen2... blajo dulu sampai lebam... yehaaaaaaaaaaaa!!!!

untuk adik...(y)

adik...
saat kau datang mengadu
tentang resah yang bertamu
hatiku dihambat pilu
aku ingin meringankan bebanmu
namun aku tak mampu...
aku hanya berdoa
pada yang maha esa
moga kau diberi kekuatan
dan kesabaran
dalam menempuhi ujian hidup
adik...
allah tidak akan memberi ujian
diluar kemampuan kita
percayalah disebalik ujian itu
terselindung seribu rahmat
adik...
jangan bersedih...
kesedihan hanya membuatkan hatimu terluka
kemurungan hanya membuatkan kau sakit
kau diberi pilihan antara
meniti jalan bahagia disaat terakhir
atau diselubungi duka sepanjang hidupmu
percayalah dik...
tiada siapa yang mahu menderita
tapi sebuah takdir bukan ditangan kita
jangan kalah dengan ujian hidup
berjuanglah! dan terus berjuang
jangan cari kekuatan
kerana kau takkan jumpa ia dimana-mana
tapi bina kekuatan itu.
satu petikan"letakkan masalahmu dibawah kaki
pijak ia! dan jerit sekuat hati. AKU TAKKAN BIARKAN
DUKA MELEWATI HIDUPKU. AKU AKAN TERUS BERJUANG DAN
BERJUANG UNTUK MENJADI ORANG YANG BERJAYA."
adik...
tenangkan fikiranmu
berdoalah pada yang maha esa
ingatlah, allah lebih mengetahwi apa yang terbaik untuk kita
jalan yang terbaik kembali padanya tanpa syak wasangka
adik...
salam sayang dari insan dhaif ini
diri ini sentiasa ada jika diperlukan
pesanan DrGile...hehe
senyumlah dengan duka
campak jauh2 dari pandangan mata
jadi insan yang bahagia
tiada insan yang sempurna
samada bahagia atau duka
kita yang menentukannya...
smile always...

Tuesday, December 30, 2008

ikrarku

lelah bercerita tentang sepi
sepi yang selalu melukai
penat menangisi memori
memori yang membakar ulu hati

lalu aku putuskan disini
aku takkan biarkan sepi menyelubungi diri
aku ada masa depan yang perlu aku kecapi
jika aku berterusan begini
maka aku akan mati sebelum malaikat melewati

wahai sepi...
dengarkan ikrarku
aku berdiri disini
dengan tekad yang tinggi
aku berjanji...
sepi adalah musuhku
maka aku hapuskan kamu
sehingga kau tidak mampu lagi memandang aku
yehaaaaaaaaa!!!!

Bila cinta menyapa

cinta: assalamualaikum

aku: waalaikumussalam cinta

cinta: sepi?

aku: hahaha...

cinta: jum bercinta

aku: erkk...untuk apa? klako...

cinta: untuk mencari bahagia

aku: Terima kasih cinta tapi aku tak pernah bahagia dengan kehadiran cinta

cinta: kau yang menghukum cinta

aku: aku tak pernah menghukum cinta, tapi aku yang terhukum kerana cinta

cinta: apa makna cinta bagimu

aku: hurmm... bagi aku cinta hanya satu bebanan

cinta: hahahaha... pasti hidupmu sepi

aku : erkk... aku bahagia dan aku tak pernah sepi

cinta: kau bahagia disebalik duka, kau menolak cinta kerana kau pernah terluka, hakikatnya kau memerlukan cinta. kau sepi...

aku: ahhh! aku tak memerlukan cinta, tanpa cinta pun aku bahagia

cinta: kau terlalu ego! menafikan kebenaran

aku: Ego adalah satu kekuatan, tanpa ego aku tak mampu berdiri, mungkin sekarang
aku sedang melutut di kaki dia, untuk dikasihi.

cinta: kasihan... dulu kau mengagungkan cinta. tapi sekarang kau membenci cinta.

aku: aku tidak pernah membenci sesiapa, apetah lagi cinta. suatu masa dulu pernah
membuat aku bahagia, cuma aku letih memuja cinta. biarkan aku begini...

cinta: tapi dengan cinta, hidupmu akan kembali bahagia.

aku: tanpa cinta, aku mampu meraih bahagia, malah aku lebih bahagia.

cinta: bukakan pintu hatimu, izinkan aku menumpang disudut hatimu.

aku: terima kasih cinta. aku tidak menafikan dengan kehadiran cinta. hidup lebih
bahagia. tapi bukan untuk aku. bagi aku cinta hanya satu bebanan. biar aku mencari bahagiaku sendiri. kerana aku tidak percaya! ada cinta sejati dalam kehidupan nyata ini. cinta sejati hanya wujud dalam novel cinta.

cinta: cinta sejati itu wujud. cuma kau belum berkesempatan untuk bertemu dengannya.

aku: kalau cinta sejati wujud. buktikan!!!

cinta: cinta sejati tak memerlukan bukti.

aku: ahhh!!! aku tak percaya! dan takkan pernah percaya

cinta: suatu hari nanti kau pasti akan percaya, yang pasti aku hanya ingin melihat kau bahagia.

aku: aku bahagia.

cinta: tapi kau hanya berpura.

aku: pedulikan aku, aku tak perlukan simpati sesiapa.

cinta: suatu hari nanti kau pasti memerlukan aku. saat itu kau hanya perlu membuka
pintu hatimu. dan aku pasti akan membahagiakan mu...

aku: terima kasih cinta.... aku tidak memerlukanmu

cinta: aku akan menunggu...

ilham si penyangak

aku juga manusia
walau suka buang masa
ada hati dan perasaan
walau menyangak di tepi jalan

jangan pandang penuh prasangka
aku bukan kacau sesiapa
cuma usik harta benda...ahakss.
tapi aku bahagia

aku bukan sembah syaitan
aku tetap menyembah tuhan(allah)
aku puasa,solat macam biasa
cuma tak cukup 5 waktu sahaja

mungkin cara hidup aku berbeza
sana sini orang mengata
tapi itu bukan perkara luar biasa
dah nama mulut manusia apa nak dikata?

aku nak jadi baik
tapi susah nak patah balik
aku akan berubah
takkan buat perkara tak berfaedah
bila? bila aku dah bersedia
muahahahaha...
(time bosan kat dalam kelas, datang la ayat sengal ni..ekekeke...
yang pasti penyangak ni bukan aku..ahakss..)

saat kau pergi

semalam kau menangis
kerana sikapku
kau kata aku sudah berubah
lalu kau pergi
meninggalkan aku disini
aku hanya berdiam diri
membiarkan kau berlalu
bukan kerana ku benci
tapi apa yang terjadi
memaksa aku berdiam diri
ikut hati yang rindu
aku ingin menghubungimu
tapi aku tahu
kehadiranku umpama api yang menyala
membakar jiwa yang tak bersalah
maafkan aku...
bukan niat dihati untuk melukai
mungkin lebih baik begini...

Saturday, December 27, 2008

beri aku kesempatan

Aku tidak meminta untuk jadi begini
Aku tidak tahu kenapa semua ini terjadi
Bukan permintaanku bukan kehendak ku
Tapi mengapa memandang aku penuh hina
Berikan aku sedikit ruang
Untuk bernafas diruang sempit ini
Jangan menghukum aku
aku hanya insan biasa
memerlukan sokongan dan bimbingan
salahkah jika aku tersenyum disebalik duka ini
aku tidak mahu membalas senyuman dengan tangisan
aku juga punya perasaan
aku menangis tapi bukan didepan mata insan
aku menyembunyikan disebalik reality kehidupan
biar terkorban satu hati
dari tercalar sejuta perasaan
beri aku kesempatan
mencipta bahagia
dalam duniaku
aku hanya meminta
beri aku ruang dan waktu
jangan bunuh jiwa ini
aku tidak kuat
aku bukan panglima perang
aku hanya seorang budak
yang perlu dibimbing…

bayar balik hutang aku

Bayar balik hutang aku
Ko ingat bila aku buat tak tahu
Aku halalkan semua tu
Jangan harap! aku nak buat macam tu
Hutang tetap hutang
Pandai hutang pandai bayar
Time aku minta duit aku
Kau buat muka seposen
Kau kate bulan depan
Sebab kau sengket tahap gaban
Bila aku datang bulan depan
Kau buat muka slumber macam cipan
Haghhh.. aku tak tahan
Aku rasa nak bawa kau atas bangunan
Campak! tanpa Belas kasihan
Bayar balik hutang aku!!!!!!

jawab soalanku

Teman…
Lihat aku sedalamnya
Aku bukan pelangi indah
Bukan juga kilauan permata
Tapi aku hanya
Senja yang suram
Jangan dilukakan hatimu
Dengan menyintaiku
Kerana aku sendiri
Tidak pasti
Apakah masih ada cinta
Dihati ini..
Aku seperti merpati
Yang telah kehilangan sayap
Carilah bintang yang bersinar
Bukan bulan dibalik awan
Aku mohon sejuta kemaafan
Bukan aku tidak mahu
Memberi peluang
Tapi aku sendiri
Tiada ruang
Hilang dalam
Kehidupan semalam
Jawab soalanku
Apakah kau akan bahagia?
Memiliki aku tanpa cinta?

bahase penink

Aku tilik diri
Atas dan bawah
Kiri dan kanan
Ku nilai satu persatu
Apakah sejuta impian
Yang pernah aku titipkan
Menjadi satu reality
Atau hanya menjadi
Bayangan sepi…
Hurmm..
Sejuta impian
Terlaksana
Dalam mimpi
Yang panjang
Sejuta mimpi
Menjadi reality
Dalam sebuah
Kehidupan nyata
Itu apa yang berlaku
Diluar jangkaan
Dan fikiran
Batas seorang insan
Namun…
Aku tetap tersenyum
Kerana aku percaya
Ada kemanisan
Disebalik kepahitan
Yehaaaaaaa!!!

Thursday, December 25, 2008

pengantin semalam

Semalam kau menjadi pengantin
Kau dihias indah Kau diapit syg
Mereka mengusik manja
Kau tersenyum tawa

Hari itu
Kau wanita bahagia
Kau tolak segala duka
Kau hampar kasih sayang dijiwa

Kau berdoa pada yang maha esa
Semoga perkahwinanmu bahagia
Hingga keakhirnya
Kau tekad membahagiakan dia

Namun, hari ni…
Harapanmu menjadi angan
Dia bukan milikmu lagi
Dia pergi bersama janji
Impianmu hanya jadi mimpi
Semoga kau tabah menghadapi
Hari esokmu wahai pengantin semalam

egomu...

Apakah titisan air mataku
Tidak mampu menghapus egomu
Aku hanya meminta
Setitis kasih Bukan segunung cinta

aku memberi cinta
bukan untuk dibalas
cukup sekadar kau mengerti
itu sudah memadai

Wednesday, December 24, 2008

cukup....

Cukup lah sekadar kenal
Tak perlu mengenali
Cukuplah sekadar memandang
Tak perlu merenung
Cukuplah sekadar tahu
Tak perlu ambil tahu
Kerana bila kau ingin
Mengenali,Merenung & Ambil tahu
Kau akan terikat tanpa disedari
Saat hati kau sudah terikat
Pasti kau sukar untuk melupakan
Jaga hati dari dilukai…

Saturday, December 20, 2008

pedulikan

Kenape? Bila kita dilanda masalah
Kita perlu tunjukkan wajah sedih?
For what? Untuk dikasihani?
Ahhh… pelik aku…
Coz bila aku dilanda problem
Aku tak reti tunjuk muke sedih
aku ketawa, buat muke slumber
macam orang xde masalah
sampai org len cakap aku ni
takde perasaan..
happy dengan apa yang berlaku…
erkkk… aku tak amek hati pun
ekekeke..
tak perlu tunjukkan pada semua orang
tentang apa yang kita rasa…
aku selalu ingatkan diri aku
orang lain hanya tahu menghukum
tapi yang melalui keperitan
adalah aku, AKU….bukan dorang.
Orang lain hanya tahu mengata kat belakang
Macam langau, so! Teruskan….
Yang aku tahu..
Hidup harus diteruskan…

Tuesday, December 9, 2008

pesananku...

Teman…
Lupakan lah cinta untuk seketika
Ingatilah cita2 yang jauh nun disana
Tidak perlu mengejar cinta
Kerana cinta sejati hadir tanpa dipinta
Namun, untuk mencapai cita-cita
Bukan lah semudah yang disangka
Cabaran dan dugaan datang tanpa dipinta
Hadapilah dengan tenang dan bersahaja
Tetapkan pendirian banyakkan usaha
Jadilah seorang yang berguna
Berfikirlah untuk berjaya
Berdoa`lah kehadratnya
Selamat maju jaya….

corat coret orang bosan

Hari ini aku bosan
Semua orang pergi tengok lembu korban
Aku tak join sebab terlalu bosan
Aku mengadap tv ingat nak lepas bosan
Tapi rupenya makin bosan
Aku amek novel ahhh! Lagi bosan
Aku mengadap pc
Boleh la hilangkan sedikit bosan
Klick sana klick sini
Lama-lama aku kembali bosan
Dengar radio kesukaan
Hotfm hangat dipasaran
Layan lagu cinta cintan
Ahhhhhh! Aku bosan…
Last-last.. aku tarik bantal
Ahhhh!!! Bestnye..
Harap aku tak bermimpi
Yang bosan-bosan…
Aku nak mimpi gi g.helen
Nak men roler koster sampai pengsan
Ekekekekeke….memang bosan…

fahamilah

Aku hargai kehadiranmu
Aku sayang padamu…
Tapi aku tidak mahu jadi penganggu
Antara kau dan dia
Kau bercerita tentang kebahagian kau dan dia
Sudah pasti aku gembira melihat kau bahagia
Aku ingin selalu bahagia itu milikmu
Aku tidak mahu menjadi penghancur
Kebahagian insan lain
Apetah lagi kebahagian insan yang aku sayangi
Jika aku menjauh
Bukan kerana aku benci
Aku hanya ingin membetulkan keadaan
Hargailah dia…
Kerana dia permata hidupmu
Aku hanya watak sampingan
Izinkan aku mengucapkan
Selamat tinggal…
Fahamilah aku juga menyanyangimu
Tetapi hubungan ini tiada nokhtahnya
Biar kita akhirkan semua ini disini..
Terima kasih di atas segalanya
Bencilah aku jika itu yang mampu
Membuatkan kau melupakan aku….

sendiri

Siapa kata sendiri itu sepi?
Pujangga sepi? Orang sepi?
Atau orang yang benci pada sepi?
Cuba Tanya pada orang yang hidup sendiri
Apakah hidupmu sepi?
Pasti jawabnya “jika aku sepi aku tidak memilih untuk hidup sendiri.”
Hidup sendiri dengan ditemani itu lebih indah
Tetapi orang yang hidup sendiri
Tak bermakna hidupnya sepi dan tidak bahagia
Mungkin dia punya cara yang tersendiri
Untuk mencari sebuah kebahagian…

cemburu

Ramai yang berkata
Kau cemburu pada aku
Aku ketawa lucu
Kenapa perlu cemburu?
Tidakkah kau tahu
Kau lebih hebat dari aku?
Aku hanya biasa-biasa
Tiada yang istimewa
Cuba lihat pada dirimu
Keistimewaan yang kau miliki
Tiada pada diri ku
kekurangan yang aku miliki
Tiada pada dirimu
Yakini apa yang kau ada
Maka cemburumu akan hilang
Dimamah masa…
Senyumlah…
Buang cemburu mu…
Kau adalah yang teristimewa
Kita punya kelebihan yang berbeza
Tiada apa yang perlu dicemburu
Jangan lukakan hatimu
Dengan cemburu yang menganggu
Cakkkkkkk…..hahahahaha…

kawan atau lawan?

Dulu aku selalu memandang setiap insan itu adalah kawan
Aku beri kepercayaan tanpa sedikit keraguan
Kerana aku percaya kawan tidak akan menghancurkan
Apetah lagi akan mengkhianati aku sebagai kawan
Sehingga suatu hari allah menggerakkan hati ini
Untuk menguji hati seorang kawan
Aku bertanya untuk mencari kepastian
Bukan untuk membelitkan keadaan
Tapi sayang… dia sangat mengecewakan
Aku termenung panjang….
Diakah kawan yang aku agungkan?
Diakah kawan yang mengaku kawan?
Diakah kawan yang selama ini sangat sopan?
Atau hanya satu lakonan
Ahhhh! Hebat dia menyembunyikan kebenaran
Silap aku…
Terlalu mudah memberi kepercayaan
Aku terlupa… insan adalah insan…
Seorang pelakon dipentas dunia
Terima kasih kawan…

kau kemana?

Teman…
Adakah kau tahu
Saat ini aku terlalu memerlukanmu
Aku ingin meluahkan segala resah yang bertamu
Aku ingin meminjam bahumu meluahkan sendu
Aku ingin kau meredakan rajukku dengan nasihatmu
Kau dimana?
Tidakkah kau tahu keperitan hatiku?
Dulu kau hadir disetiap tawa dan dukaku
Kini kau tiada, apakah kau sudah berubah?
Kau dimana?
Aku memerlukanmu….

kehilangan??????

Kehilangan????
Hanya orang yang pernah merasai kehilangan
Akan mengetahwi bertapa peritnya ujian itu
Orang lain hanya mampu melihat
Yang bersimpati akan memberi semangat
Yang dengki akan mengetawakan kita dengan hebat
Namun, itulah ujian hidup
Apa yang dapat aku pelajari
Pengalaman mengajar erti kedewasaan
Kehilangan mengajar erti sebuah kekuatan
Menghargai dan dihargai perlu dipelajari
Berkata2 dari bibir tak mungkin kita memiliki
Tanpa membuat sesuatu untuk menjadikan
Ia sebagai milik kita…

Monday, December 8, 2008

Blur di bulan Disember…

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
Disember oh Disember
Kenapa tidak bawa khabar gembira?
Kenapa hidangkan aku duka
Kenapa? Kenapa?
Itu soalan bodohku pada disember
Yang tidak boleh berbicara
Tapi dapat merasa
Setiap gelora jiwaku yang melanda
Apakah aku perlu bergembira?
Atau menangis, menjerit hiba?
Dimana harus ku adukan duka ini
Arghhhhhhhhhhhh!!!!!
Taknak pikir pape dah…
Taknak buat pape dah…
Taknak pape…
Taknak pape…
Taknak pape!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, December 7, 2008

cinta oh cinta

Semua orang jatuh cinta tapi cinta yang tulus bermula dari hati dan cinta tidak boleh dicipta kerana cinta adalah natural. Cinta bukan satu gambaran yang pasti, yang mampu dilihat dan disentuh. Tetapi cinta hanya boleh dirasa! Dan rasa itu hanya milik insan yang tertentu, namun! Yang pasti cinta itu ada dalam setiap jiwa manusia…
Cinta selalu dilebelkan sebagai buta!!! Butakah cinta? Sedangkan cinta tidak pernah punya mata seperti manusia. Hakikatnya manusia yang buta kerana cinta…
Cinta oh cinta…
Cinta boleh membawa kebaikan tetapi cinta juga boleh membawa padah dalam kehidupan. Tetapi bukan cinta yang memandu kita dalam kehidupan. Akal dan ilmu sebagai panduan allah sebagai penunjuk jalan. Maka jangan biarkan cinta memusnahkan hidup kita. Kerana hadirnya cinta bukan untuk derita tetapi cinta datang bersama berjuta-juta kebahagian dan senyuman.
Cinta…
Kita selalu tersenyum bila cinta membelai kita dengan bahagia, membuat kita tersenyum dengan kehadiran dia. Saat itu kita mengagung-ngagungkan cinta, kita laungkan pada semua “aku jatuh cinta. indahnya hidup bila bercinta…” tetapi bila kita diduga dengan kecurangan cinta. Cinta yang pernah kita agungkan kita tolak ketepi, kita berteriak marah “sial cinta, kalau aku tahu peritnya bercinta. Aku tak mahu jatuh cinta…” kenapa macam tu? Hakikanya itulah manusia… bersyukur dengan nikmat marah dengan ujian…
Sedangkan cinta adalah satu nikmat dan ujian adalah satu rahmat…
Cinta dan nafsu adalah dua perkara yang berbeza…
Bila kita sanggup berubah kearah kebaikkan demi seseorang, itulah cinta! Tapi bila cinta merubah kita menjadi seseorang yang bebal sehingga kita sanggup menyerahkan mahkota seorang perempuan pada seorang lelaki yang bukan mahram atau menjatuhkan maruah kepimpinan seorang lelaki dengan mencabuli an-nisa` yang telah di amanahkan allah kepadanya. Itu bukan cinta. Tapi itu nafsu amarah yang hidup dalam diri manusia.
Cinta adalah sesuatu yang murni tetapi manusia selalu mengotori cinta dengan nafsu.
Hargailah nilai sebuah cinta. Kerana cinta adalah satu nikmat dan anugerah dari allah.
Dan nikmat itu milik allah. jangan menyesal bila suatu hari nanti allah menarik kembali nikmat itu. sama-samalah kita berfikir. Kerana aku, kau atau kamu punya rasa cinta….hikhikhik…

Saturday, December 6, 2008

andai aku pergi dahulu

Sejuta kemaafan ku pohon
Dari seseorang yang bergelar insan
Yang pernah megenaliku
Yang pernah ku sakiti
Dari segala kesilapan
Yang aku lakukan
Percayalah…
Aku tidak bermaksud
Untuk melukakan hati sesiapa
Tetapi kerana ketandusan ilmu kehidupan
Membuatkan aku melakukan kesilapan
Hingga menyakiti hati seseorang
Yang aku sayangi.
Aku adalah aku
Yang kau kenali
Yang dipenuhi kekurangan diri
Namun, aku menghadiahkan kasih sayang
Yang lahir dari lubuk hati
Bukan dari kepuraan wajah seorang sahabat
Mati itu pasti jika bukan hari ini mungkin esok atau lusa
Maka aku ingin memohon kemaafan dari segala dosa
Yang aku lakukan..maafkan aku ….
Aku selalu ingin insan disekelilingku
Sentiasa bahagia, jauh dari duka
Namun, gelora kehidupan sukar untuk dijangka
Jika namanya hidup, masalah selalu mendampingi kita
Pesanku… apa jua rengekkan hidup yang kau hadapi
Kembalilah pada allah.. kerana allah yang mendatangkannya
Maka allah juga yang akan meringankan beban dibahumu
Percayalah…
Manusia lain tidak mampu menjatuhkanmu
Hanya dengan izin allah
Maka jangan berikan ketakutanmu kepada manusia
Kerana ketakutan itu hanya milik allah…
Assalamualaikum…

Di saat2 terakhirku

Terkenang sejuta dosa lalu
Menggigil tubuh badanku
Ya allah ampunkanlah dosa2ku
aku hambamu yang banyak menzholimi diri
aku hambamu yang dipenuhi dosa dan maksiat
aku hambamu yang lalai dalam menunaikan
tanggungjawabku sebagai hambamu
aku hambamu yang leka dengan keindahan dunia
aku takut dengan kemurkaanmu ya allah
aku takut dengan pembalasanmu
dihari pembakitan yang pasti
akhir2 ini…
aku rasakan segalanya makin jauh
aku rasakan dunia ini satu ancaman buatku
dunia ini membuatkan aku leka…
tentang asal usulku, dan untuk apa aku diciptakan?
Bukan untuk memperhambakan diri pada dunia yang fana ini
Tetapi untuk menyerahlan diri sepenuhnya kepadamu
Hidup kerana lillahi taala…
Syukur ya allah…
Kerana menjaga rambutku dari terdedah
Kerana menjaga auratku dari yang bukan mahramku
Kerana menjauhkan aku dari raja segala dosa iatu arak
Ya allah…
Disebalik kehidupan yang payah ini
Kau hamparkan aku seribu rahmatmu
Allah…allah…allah…
Andai manusia tahu…
Kepedihan azab api nerakamu
Pasti mereka menderu2 mencari pahala
Menjauhkan diri dari dosa
Tapi manusia sudah terlalu jauh
Dari landasan hidup berpandukan agama
Ya allah .. aku hambamu yang berdosa ini
Memohon disaat2 terakhirku izinkan
Aku memperhambakan diri sepenuhnya kepadamu
Mengingatimu saban hariku
Mengingati mati yang akan menjemputku
Berbakti kepada kedua ibu dan bapaku
Memenuhi segala kehendak mereka tanpa keluhan
Yang membawa dosa
Ya allah…
Janganlah kau biarkan aku bergelumang dengan dosa
Setelah kau memberikanku pertunjuk
Bimbing aku ya allah…

Thursday, December 4, 2008

bila nak berubah?

Bila nak berubah?
semua orang dah menyampah
tunggu kena pukul sampai rebah
baru terhegeh2 nak berubah

bila mereka marah
kau merajuk resah
kata mereka kau tak heran
kata sendiri dipertahan
walau semua menyimpang dari kebenaran


jangan begitu kawan
mereka marah bukan kerana benci
tetapi kerana kau disayangi
ingat satu perkara bila kau tidak dipeduli
maka kau tidak lagi sayangi
bila kasih sayang tidak kau miliki
maka kau tergolong diantara mereka yang rugi

berubahlah demi masa depanmu
jangan bila tubuh dah bongkok
baru mnitiskan air mata penyesalan
saat itu penyesalanmu tidak lagi bermakna

ya allah

Hidup ini adalah satu pertaruhan antara kejayaan atau kegagalan
Kita diberi pilihan antara memilih jalan kearah kebaikan@keburukan
Andai kita tersalah membuat keputusan maka perbaikilah keadaan
Bukan menyalahkan takdir dan terus menyerah kalah kerana…
Allah memberi kita ujian bukan untuk melihat kita putus asa
Tetapi untuk menguji sejauh mana kita sabar menghadapi ujian hidup
Kita selalu mengeluh bila diberi ujian, hakikatnya,Disebalik ujian itu
tersembunyi seribu kemanisan…

Jangan bersedih bila melihat awan mendung
Mendung ia kerana ingin melindungi kita dari terik matahari
Jangan berteriak marah bila duka melewati hidup
Tapi renunglah pada setiap nikmat yang terhampar…
Sesungguhnya… kita selalu terlupa…
Kita selalu Ketawa dengan nikmat tapi marah dengan ujian…
Ya allah… ya allah…. Ya allah….

nekad

Aku nekad untuk pergi jauh darimu
Tiada yang berhak menghalang
Kerana ini adalah keputusanku
Muktamad! Dari hati yang nekad

Mungkin semua akan menyalahkan aku
Menuding jari aku yang bersalah
Terserahlah! Aku tetap dengan keputusanku
Kerana hanya aku yang tahu…
Apa yang telah aku lalui…

Hukumlah aku!
Marahlah aku!
Bencilah aku!
Aku tetap tidak akan merubah keputusanku…
Aku bukan bukan ego
Tapi aku nekad dari sebuah kekuatan
Bukan mudah untuk melupakanmu
Setelah aku melupakanmu
Aku tidak mampu lagi menerima kau dalam hatiku
Lupakan segala pertalian yang ada
Lupakan segala cinta yang pernah terbina
Maafkan aku…
Aku nekad.. dan aku tidak akan merubah keputusanku….

Sunday, November 30, 2008

novemberku...

november...
meniti hari-hari bersamamu
tersimpan seribu kenangan suka dan duka
adakalanya aku tersenyum
adakalanya aku diamuk resah
namun, november sentiasa melebarkan
sayap kebahagian untukkku

syukur ya allah
masih memberiku kesempatan
untuk menikmati hari2ku dibulan
november yang indah...

november...
hari ini, hari terakhir kita bersama
entah! kita akan bertemu lagi atau tidak
esok Disember akan melewati hidupku
bersama khabar bahagia dan pelbagai
kemungkinan duka...
selamat tinggal november
dan selamat datang Desember...

Wednesday, November 19, 2008

aku keliru

aku memandangmu penuh keliru
sukakah kau padaku atau benci
kau melayan aku seperti pu3
namun, itu hanya berlaku
saat aku mencarimu
jika tidak..
kau hanya membisu
sepi tanpa berita
adakah hanya aku
hanya aku yang menyinta?
tapi kenapa kau marah
jika aku turut membisu
kau cemburu jika ada yang
mengusikku...
apa sebenarnya
apa mahumu...
aku keliru sayang...

kaukah sahabatku...

ku percaya padamu
kerana kau temanku
ku khabarkan semuanya
tentang aku dan dia
bertapa ku cinta padanya
namun, dia pergi meninggalkan aku
bersama janji2nya..
tapi aku masih merindu
dan aku tidak mampu melupakannya
kau lah tempatku mengadu
dan kau jua yang memujuk hatiku
tapi tanpa ku sedari...
rupanya kau dan dia
ada cinta...
sampai hatimu
kau berselindung disebalik kejujuranmu
kau bermain dengan hati dan perasaanku
teman...
aku marah bukan kerana kau menyintai dia
aku tahu, cinta itu datang tanpa dipinta
aku juga adalah mangsa cinta
namun, apa yang membuatkan hatiku terguris
kau memujuk aku agar melupakannya
tapi engkau pula memadu kasih
dengan kekasihku..
aku bukan pemuja cinta
sehingga aku sanggup
membelakangkan seorang teman kerana cinta
andai kau berterus terang tidak mungkin
aku akan terus merindui dia...
aku sanggup melepaskan cinta ini
jika kau dan dia saling menyintai
tapi sayang...
kau mempertaruhkan persahabatan kita
hanya kerana dia ...
kaukah sahabatku?
atau aku yang tertipu
dengan perwatakkanmu...

Jeritan Rindu...

RINDU!!!!!!!!!
Ku cuba mencipta
satu puisi Rindu
kerana hati ku terlalu rindu
dibibirku hanya terucap namamu
difikiranku hanya ada kamu
ahh! ku tak menentu
mana puisi ku?
mana puisi rinduku?
tiada..tiada puisi rindu
yang ada aku RINDU PADAMU...
rindu ini membuat hati ku menjerit
aku menjerit sekuatnya...
AKU RINDU!!!!!!!!

kerana memilihmu

Sayang...
Tidak pernah kah kau mendengar
keluhan hatiku
sayang...
Tidak pernahkah kau terasa
deritanya hatiku
Terpaksa ku tersenyum
walau dihati pedih
terpaksa ku ketawa
walau jiwa tak keruan
pilunya hati ini
terpaksa merayu
meminta kasihmu
inikah janjimu dulu
inikah bahagia yang kau gambarkan
sendiri ku melalui ranjau hidup ini
kejamnya dirimu
sampainya hatimu
namun, inilah yang harus aku terima
kerana memilihmu...

apa akhirnya...

cukup-cukup la sayang
menyakiti hati ku
sudah-sudah la sayang
membuat ku menderita
jika tak mampu
jangan memberi harapan
kerana hati ini
semakin berdarah
andai semua ini
perlu berakhir
dari diteruskan
hanya melahirkan
bibit-bibit benci
aku sanggup kehilanganmu
daripada aku membenci
seorang insan yang bergelar kekasih
berikan satu jawapan...
agar aku tahu dimana kedudukkanku
jangan buat aku begini...
aku tak mampu
untuk menghadapinya...

Tuesday, November 18, 2008

bukan aku

sayang...
bertapa luhur cintamu
kau masih menantiku
walau aku telah menikam hatimu
dengan sebuah janji yang aku mungkiri

kau tidak pernah jemu
menyintaiku...
kau tidak pernah lelah
meraih cintaku
maka kerana itu
hari ini kau tersiksa
kerana aku...

cintamu indah
namun, aku buta
dalam menilai cintamu
cintamu jujur
namun, aku tertipu
dengan kebodohanku
aku tidak pernah
menghargaimu
namun kau masih lagi
ada disisiku
menemaniku tiap waktu
walau kau tahu
aku bukan milikmu lagi

Mengapa sayang?
mengapa kau siksa hati
aku hanya bunga layu yang tiada seri
aku bukan wanita idaman yang istimewa
maka tidak perlu kau memuja aku
seperti itu...

carilah seseorang
yang layak menerima cintamu
tapi bukan aku...

aku masih kekasihmu

Sayang...
kau tahu aku gile padamu
mengapa masih bertanya
apakah masih ada ruang
untukmu dihatiku...

kau tahu...
sejak dulu lagi
aku meyintaimu
walau kau datang dan pergi
namun, cintaku masih untukmu

kau kerap bertukar kekasih
kau mudah jatuh cinta
dan punya penganti baru
namun, aku masih menyintaimu

Bila kau resah
kau cari aku
bila kau bahagia
kau lupa aku
namun, aku masih merinduimu

kau telah dimiliki
namun, hidupmu sengsara
kau cari aku
kau luahkan segalanya
kau meraih cintaku
aku katakan padamu..
aku masih kekasihmu...

camar

camar...
mengapa pandang daku
jangan biar ku terpaut padamu
kerana jika itu terjadi
kau takkan bisa lagi
bebas ke sana kemari

Bila kau milikku
akanku ikat dirimu
di dalam sangkar hidupku
dan kau hanya milik aku

Duhai Camar...
pergi lah dari mana kau bermula
kerana dunia mu bukan disini
aku sayang padamu...
aku ingin memilikimu
tapi aku mahu kau bebas
dengan duniamu
kerana kita dari dunia y berbeza
mana mungkin kita akan bersama...

Friday, November 14, 2008

bukan reality

Bukan aku tidak sudi
bukan aku cuba menjauhkan diri
tapi cuba kau lihat pada diriku
sedalamnya..

Lihatlah siapa aku
pandanglah dengan mata reality
bukan ilusi yang kita cipta sendiri
Dan bukan juga sebuah imaginasi ...

Ikut kata hati
aku ingin menjadi milikmu
selalu ingin kau ada disisiku
tapi.. itu tidak mungkin berlaku
kerana aku hanya satu ilusi
dan kau hanya satu mimpi

Kita bahagia begini
berkasih dan bercinta
walau tidak pernah bersua
dan kita tahu..
kita hanya mengharap
pada sesuatu yang tidak mungkin ada
yang tidak mungkin kita miliki
namun, kita masih degil untuk meneruskan
hanya kerana kita saling cinta..
cinta ini membelengu hidup kita
tenggelam dalam keasyikkan cinta
namun, aku mula sedar..
kau hanya satu mimpi
dan aku hanya satu ilusi
cinta ini bukan realiti...

Terima kasih



Terima kasih kerana sudi bersamaku
menyayangiku setulus hatimu
membuatku tersenyum saat aku menangis
memujukku bila aku terasa hati

Terima kasih kerana selalu ada disampingku
menemani suka dukaku
sabar dengan celotehku yang tidak henti-henti
sentiasa ada saat aku memerlukan

Terima kasih kerana memahami
setiap keluhan dan rintihan
memberiku kekuatan&sokongan
untuk menempuhi ranjau kehidupan
Terima kasih diatas segalanya...

entah lah..

Sampai bila harus begini..
berpura bahagia
sedang hakikatnya
hati menderita
tawa dalam duka
tangis dalam ketawa

kenapa? memandang aku seperti seorang panglima
mengapa butakan mata? lihatlah aku sebagai seoranng wanita
aku tidak sekuat yang disangka, tidak setabah yang diduga
aku menangis saat insan lain bergembira
aku menyembunyikan air mata disebalik tirai kehidupan
aku tiada pilihan! hidup mengikut arus kehidupan

Puas aku cuba menjelaskan
namun, mereka hanya memandang
menghukum diatas keputusan lalu
tanpa cuba memahami
aku lelah..
sehingga aku tiada jawapan
bagi setiap persoalan
aku hanya mampu menjawab ``entah lah..``

Thursday, November 13, 2008

bile bosan

bile bosan rasa nak ketawa
bile bosan rasa nak nangis
bile bosan rasa nak menjerit
bile bosan rasa nak sepak orang
tiga2 tu aku selalu buat
tapi yang ke4 aku tak pernah cuba lagi
kalau boleh!!!! nak je... ekekeke

bile bosan rasa nak nyanyi
Bile bosan rasa nak makan
bile bosan rasa nak berjalan
bile bosan rasa nak shopping
tapi lagi bosan kalau shopping
time poket tengah kering
rasa nak penampo je muka jurujual tuh!
muahahahahahaha...

kenapa bosan...
kenapa? kenapa? kenapa?
akakakakakaka...
soalan bengong!
tapi ini lah yang selalu berlaku..

itulah kamu...

Jiwamu lembut bak sutera
mudah terguris dan menangis
punya rasa simpati yang tinggi
kasih sayang yang melimpah
kau hidup dengan caramu
namun, hatimu terlalu keras dan degil
adakalanya menyusahkan adakalanya memberi kekuatan
pendirianmu modah goyah dan terpengaruh dengan keadaan
kau insan yang sangat memerlukan perhatian dan sokongan
kau boleh bertolak ansur
kau tidak pernah mengambil serius dengan setiap gurauan
kau mampu hidup berdikari tapi tak mahu menjalani kehidupan yang susah
kau jujur dan bertanggungjawab namun sukar mengawal diri dan emosi
kau punya impian yang bermacam-macam tetapi keyakinanmu terlalu kecil
itulah kamu...

jangan kesal

Jika semalam atau kelmarin tidak memberi kepuasan dihatimu
janganlah bersedih atau berteriak marah
jadikanlah ia sebagai pengajaran untuk hari ini
hari ini adalah sebaik-baik hari untukmu syg..
kerana semalam tak mampu diraih lagi dan esok belum pasti hadirnya
namun, hari ini adalah satu kepastian. oleh itu, jangan sia-siakan
setiap minit yang kau miliki, jangan tergolong diantara mereka yang rugi
bersungguh-sungguhlah dalam setiap perkara agar nikmatnya dapat dirasa...

Merpati putihku...

Terbanglah dengan sayapmu penuh ketenangan
Hamparkan tubuhmu bersama tiupan angin yang menghembus
namun, janganlah terlalu asyik dengan kelembutan angin
kerana kau bisa terjatuh saat kelalaian menghantuimu
singgahlah disetiap perhentian yang menarik perhatianmu
agar hatimu berlagu riang...Namun, terbanglah setingginya
jika ada insan yang cuba menyakitimu
jangan biarkan ia mendekatimu agar dirimu tidak terluka
jadila merpati putih yang sesuci warnanya...

Rimas

Ramai yang bertanya
sampai bile nak mcm ni?
xbosan ke? xpenat ke?
dan ada juga yang berkata
``Buatlah keputusan...
Sabar lah... n Bla..Bla..``
Ahhh! Rimas...
Rimas dengan semua persoalan
dan pelbagai andaian yang diberikan
dorg xtahu ke! semua pertanyaan dorang tu
menyakitkan hati aku...
Yang melalui aku.. yang sakit juga aku
tak perlu tunjukkan simpati
sebab simpati tu takkan dapat merubah keadaan
tak payah cakap banyak sebab sume tu hanya buat aku
Rimas..Rimas...Rimas...

Wednesday, November 12, 2008

saat dia ketawa...

saat dia ketawa
aku terpaku melihatnya
manis! aku tertawan
hahaha! aku juga turut ketawa
ketawa dengan diri sendiri
mcm mane aku boleh tertawan dengan tawanya
sedangkan dia tidak pernah perasan dgn kehadiran aku
hanya aku yang memandangnya dari jauh..
tapi dia... leka dengan dunianya..
sesekali aku cuba mencuri pandangannya
tapi entah kenapa! dia seperti tidak peduli
xlawakah aku? xcantikkah aku? hahahaha...
mungkin hatinya telah berpunya
maka dia tidak berani menoleh kearah aku
menjaga pandangan dari seseorang yang bukan muhrim
erkk... ade ke lelaki macam tu? ekekekeke...
namun yang pasti...
senyumannya lebih manis dari madu
kalau madu tau, madu pasti menangis..hehe..

Friday, November 7, 2008

selamat tinggal pojaan

sayangku merajuk lagi
puas ku pujuk tapi tak dipeduli
hari2 aku merayu
tapi dia buat tak tahu

aku titiskan air mata
tektik memikat si dia
tapi dia buat muka
cehh! kejam gila

tapi aku tak putus asa
aku buat muka slamber
aku bagi dia bunga
dia kata ``buang masa``

uhh! tercabar kesabaranku
esoknya aku cari kekasih baru
pastu baru dia kata dekat aku
sayang i love you...

cehh! aku pujuk ko tak layan
aku dah menyampah ko lak jadi meroyan
amek ko! selamat tinggal pojaan...

kate org gile...

aku tanye kat org gile
kenape ko gile?
org gile tu kate
sape kate aku gile?
sebab aku suke ketawe?
sebab aku cakap sorang2 ke?
org gile tu kate...
aku ketawe sebab aku suke
aku cakap sorang2 sebab aku punye suke ler
ko peduli ape???...
ek elehhh..org gile..org gile...
memang ko gile...
pastu ade ke patut org gile tu kate
aku yang gile sebab aku kate dia gile
isk..isk... kate org gile...
jangan percaye! nanti boleh jadi gile
tapi kalau kate DrGile...
kena percaya...
sebab DrGile cuma gile-gile
tapi bukan gile...ahaksss...

oh bulan

oh bulan dilangit mengapa suram
dimana seri mu setiap malam
apakah malam ini engkau bersedih
maka cahaya mu tidak berseri

oh bulan..
buangkan resah mu itu
agar cahaya mu kembali bersinar
seperti selalu...

oh bulan...
lihatlah sekelilingmu
semua makhluk tuhan memerlukan cahayamu bulan
tanpamu gelap lah seluruh alam
pamerkan keaslian cahayamu yang indah
jangan disorok disebalik awan...

oh bulan..

Wednesday, November 5, 2008

kenangan bersamamu

Saat hujan melimpah ruah dimuka bumi tuhan aku termenung dijendela melihat setiap titisan hujan yang turun.

Dijendela sepi ini aku tercari-cari satu susuk tubuh yang aku rindui. Dimanakah kau sayang? Adakah kau masih merinduiku sepertimana aku merinduimu.Cinta dulu tak mungkin aku lupakan.Cinta dulu masih aku simpan. kaulah yang pertama memulakan segalanya. kenangan bersamamu biar bertahun berlalu. namun.. masih segar diingatanku...

sayang...
Khabarku terima, kehidupanmu tidak menentu. mengapa sayang begitu! sangkaku kau bahagia dengan kehidupanmu. andai aku tahu kau tersiksa tak mungkin aku meninggalkanmu, tapi semuanya telah berlalu. antara kita tak mungkin akan bersama seperti dulu. hanya satu doaku! semoga kehidupanmu dirahmati allah dan semoga kau mendapat hidayah dan petunjuk darinya...
aku masih merinduimu...

3 sebab

3 sebab aku mampu melupakanmu
pertama bila kau mengabaikan aku
tanpa memperdulikan perasaanku
kedua bila kau tinggalkan aku
sehingga terkontang kanting
aku menjalani hidup ini sendiri...
ketiga aku masih memikirkanya...

sayang...

Tidurlah wahai manja
ku dodoikan dengan mesra
ku nyanyikan lagu cinta
hanya antara kita berdua
lupakan segala masalah
yang membuat engkau resah
hamparkan segala duka
biarku ubatinya...

Baring diatas dadaku tanpa ragu
kerana aku tidak akan meniggalkanmu
andai ada yang datang menggangu
akanku usir mereka
dengan kekuatan cinta kita
hihihi....

S.e.p.i

Bila sepi terjah lagi
hati ingin menangis
air mata tiada
untukku titiskan...
ku sepak sepi ketepi
sepi menjerit woi!!!!
``bertahun aku menemani kau
senang2 kau nak sepak aku? kenapa?``
adehhh... bodohnya punye sepi...
aku tiada jawapan untukmu sepi
apa yang pasti kau selalu buat aku menangis
andai ada sekelumit simpati bagimu...
pergilah dari hidupku...
kerana aku tidak pernah bahagia
dengan kehadiranmu...
tapi aku terpaksa tersenyum dalam payah
walau kau sering menghimpit hidupku
tapi sayang...
tidak mungkin sepi memahami bicaraku...

Kau pilihan hati

Sayang...Namamu...
Sering menghiasi ruangan hidupku
sehari tidak menyebut namamu
terasa hidupku tidak sempurna
Sayang... Sayang...
sayangnya aku padamu...

Aku bertanya...
ilmu apa yang gunakan padaku?
kau hanya tersenyum lalu...
ah! jawapanmu buat aku terdiam seketika
katamu kau hanya menyintaiku
dengan sejujur hati
aku sayang padamu...

Sayang...
dalam banyak yang menghulurkan cinta
kau yang mencuri hati...
Temanilah aku sayang
sehingga aku menutup mata
izinkan aku menyintaimu selamanya
aku rela... walau jiwaku tersiksa merinduimu
kerana kau pilihan hati

Monday, November 3, 2008

lepaskan aku...

sayang...
bohong! jika aku katakan aku benci padamu
dusta! jika aku katakan kau tiada dihatiku
apakah mungkin, kau yang pernah hadir dalam hidupku
membawa suka dan duka, tawa dan rajuk...
semudah itu aku mencampakkan kau dari hidupku, tidak mungkin...

Aku masih sayang padamu
aku masih mengasihimu
tapi aku ingin pergi darimu
kerana kita tidak sehaluan
bukan kerana jarak dan waktu
tapi antara kau dan aku
punya satu kehidupan yang berbeza


Sayang...
aku cuba memahami apa yang berlaku
kini aku tahu, antara kita...
cukup sampai disini..
biar kita saling menyayangi
tapi cintamu menyakitiku
jika kau mangasihiku
lepaskan aku...

Dulu aku melihat potretmu dengan penuh kasih
tapi kini, potretmu mengundang luka dihatiku
aku cuba ubati luka itu dengan mengingati memori indah
bersamamu...
tapi sayang luka itu semakin parah
sehingga aku rasa tidak sanggup lagi bersamamu
maafkan aku...

Sunday, November 2, 2008

aku tidak kesal

sayang...
aku bukanlah sempurna
aku punya kekurangan
aku pernah melakukan kesilapan

Tinggalkan aku jika tiada cinta dihatimu
tinggalkan aku jika kau rasa perlu
tapi jangan tinggalkan aku kerana
kesah semalamku...

Sayang...
aku berterus terang padamu
tentang kesah hidupku
bukan untuk kau menghakimiku
tapi untuk kau mengenali
siapa aku...

Aku percaya...
andai kau menyintai aku
dari hati yang jujur
kau akan menerima aku seadanya
namun. jika cintamu hanya mainan masa
aku tidak kesal jika aku kehilanganmu
hanya kerana kejujuranku...

permaisuriku...

sayang...
senyumanmu mencetuskan sebuah puisi
matamu bak kilaun permata yang indah
gerak langkahmu membuat setiap wanita cemburu
budi pekertimu idaman setiap lelaki...

Diantara mereka Kau adalah yang teristimewa
kau hebat! bisa membuatku tidak keruan
mampu membunuh keegoanku dan mencairkan
hati lelakiku...

Andai ada yang bertanya..
siapa kau dihatiku...
aku tidak akan teragak-agak memberi jawapan
kau adalah ratuku...
kau adalah permaisuri hidupku
tanpamu aku tidak sempurna..

aku sayang padamu

Aku ingin berpuisi
tapi puisi tiada dihati
lalu ku bayangkan wajahmu kasih
tersenyumku sendiri...

Adakah engkau tahu
aku sayang padamu
tidak mengira waktu
aku merinduimu...

sayang...
walau aku tahu...
kau sudah berpunya
dah aku juga tahu
selain aku kau ada dia
tapi sayang..
aku tidak mampu menolak perasaan ini
semakin aku cuba menjauhimu
semakin kuat aku menyayangimu

Sayang...
aku tidak minta
kau melebihi aku daripada dia
malah aku tidak pernah bermimpi
untuk merampas kau dari dia
aku hanya ingin menyayangimu
dengan sepenuh hati...
kerana aku sayang padamu...

namun, jika kau ingin pergi dari aku
aku tidak akan menghalang
atau membenci dirimu
kerana aku selalu tahu
kau ada dia...
dan aku hanya menumpang
disudut hatimu...

Tuesday, October 14, 2008

guruku...

guruku...
Disaat malamku gelap tanpa cahaya
kau datang membawa pelita
saat aku tersalah langkah dan terjatuh
kau hulurkan tanganmu dengan sebuah senyuman

Guruku...
kau selalu berpesan
orang yang berilmu hidup berpandukan ilmu
namun, orang yang tidak berilmu hidup berpandukan nafsu
orang yang tidak berilmu sering diperbodohkan
Tetapi orang yang berilmu sering dijadikan tempat rujukan
aku memegang pesanan itu menjadi prinsip kehidupan
pesananmu guru menjadi satu peringatan...

guruku...
Pernah suatu waktu aku membuat kau menitiskan air mata
tersedu sedan kau menahan sebak di dada
namun, bibirmu masih berbicara
memberi kata-kata nasihat untukku jadikan pedoman
aku mengagumi ketabahan dan kekuatanmu guru
tanpamu aku hanya insan jahil y tidak mengenal ilmu

Guruku...
Biarpun hatimu sering terguris
dengan kenakalan dan kelalaianku
namun, kau tidak pernah jemu
untuk memberiku ilmu
disaat aku mengadu
aku malas guru.. aku bodoh guru
aku tidak mahu menuntut ilmu
kau memandangku dengan matamu yang sayu
lalu kau bisikkan ditelingaku
"sabar itu kunci ilmu"

guruku...
kau adalah perwira
melahirkan wira-wira
untuk agama, bangsa dan negara
kepayahanmu mendidik anak-anak bangsa
tidak ternilai harganya
pengorbananmu tidak terbayar dengan harta
keletihanmu hanya akan terubat
dengan kejayaan anak-anak muridmu
itulah harapan seorang guru...

Terima kasih guru..
diatas segala pengorbanan dan kepayahanmu
akan ku balas dengan sebuah kejayaan
maafkan aku guru..
diatas segala kelalaian dan kenakalanku
sehingga tertumpah air matamu
aku berdosa padamu guru..
maafkan aku..
kau adalah idola ku...

Monday, October 13, 2008

bicara bisu

Saat gerimis mengundang
Hatiku turut diundang
bergerak mengikut alunan sepi
entah apa yang hendak diluahkan
entah apa yang hendak dikatakan
kelam tanpa bicara, hitam tanpa cahaya
namun, jari jemari kecil masih terus menari
mengikut gerak hati yang tak keruan
aku cuba menyusun sebuah puisi
namun, hanya bicara sepi yang tercoret

Wednesday, September 24, 2008

teman

Teman…
Ini bukan ilusi, tapi reality yang harus kamu terima, bahawa takdir membawa kamu ke sini untuk memperbaiki kesilapan lalu. Janganlah bersedih lagi, ukirlah senyuman di bibir-mu, kerana senyuman-mu lebih manis daripada madu.

Teman…
Tatkala kamu bersedih, luahkan lah kesedihan-mu di bahu seorang teman, kerana seorang teman yang baik adalah seorang teman yang sentiasa berada di sisi-mu di saat kamu ketawa atau berduka. Bukan berlari jauh dari kamu saat kamu memerlukan pertolongan. Namun, jangan sesekali kamu mendedahkan ‘aib kamu kepada orang lain kerana mereka akan memandang rendah kepada kamu. Di depan kamu mereka akan memuji, tapi di belakang kamu mereka akan mengeji dan mengetawakan kamu.

Teman…
Diri-mu adalah seindah perhiasan di dunia, oleh itu, perbaiki akhlak-mu. Kerana sebaik-baik manusia diantara kamu, adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Teman…
Diri ini hanya mampu meninggalkan pesanan, kamu lah yang berhak menentukan masa depan kamu. Diri ini terlalu berharap, kamu tidak tersalah lagi membuat pilihan, biarpun kita pernah membuat kesilapan, namun, dari kesilapan itulah kita bangun untuk meneruskan hidup ini.

Biar sejahat mana kamu sebelum ini, walau senakal mana sekalipun, tiada siapa yang berhak menghukum kamu, oleh itu, bangunlah dari kesilapan lalu dan binalah hidup baru.

Semoga kamu menjadi wanita yang solehah…

Monday, September 22, 2008

Subuh

Gemersik suara alunan azan
melingkari ruang pendengaran
isyarat subuh menziarahi kehidupan
keindahan subuh dari sebuah kesempatan

Bangun dengan seribu kekuatan
sujud menghadap tuhan
dengan penuh keinsafan
semoga mendapat keampunan

Subuh...
ketenanganmu yang terhampar
meresap dalam jiwa yang lemah
melahirkan kekuatan yang jitu
yang tidak terungkap dengan kata
namun, hanya buleh dirasa
oleh insan yang terjaga
dan bertemu dengan subuh yang indah...

semoga esok subuh masih melewati hidupku
bersama rahmat dah kasih yang maha esa...

Tak mampu memiliki

Teman...
andai dengan mencipta seribu puisi
aku mampu memilikimu
akanku berikan seluruh waktuku
untuk mengarang puisi untukmu

tapi syg...
biar aku ratu cantik malaya
atau orang yang terkaya didunia
namun, aku hanya mampu memandangmu
dari jauh, untuk memilikimu
tidak mungkin...

walau hari-hariku ditemani suaramu
perhatianmu, kasih sayangmu
namun, aku tetap xmampu memilikimu
kerana kau milik seseorang..

dan aku hanya menumpang disudut hatimu
kau datang saat sunyi mengundang hatimu
kau pergi saat kau terisi dengannya
kerana kau milik dia bukan aku....

ermmmm....

Andai yang sepatutnya membela
menjadi penghalang
andai yang sepatutnya memujuk
memberi tangisan

adakah hati yang semakin parah
akan terubat?
adakah hati yang sepi
akan tersenyum?

bukan meminta untuk difahami
sekadar memberi ruang untuk bernafas
bukan mengharap untuk ditemani
sekadar jangan memandang penuh prasangka

cukuplah menghukum!
jangan diungkit lagi kisah lalu
yang berlalu biarkan ia pergi
mengapa masih mengusik-ngusik hati
sehingga sebak jiwa yang semakin pulih

cukuplah...

Friday, September 19, 2008

keinsafan

sinarilah bayangan mu dgn cahaya keimanan
dengarilah nasihat ku ikutlah perintah tuhan

Bagaikan raja dunia kau bersemadi dengan dosa
kau serahkan dirimu pada dunia
hidupmu hanya dengan khayalan semata-mata
kau sangka kau bahagia sedangkan kau sengsara

lelah insan disekelilingmu menasihati penuh payah
namun sedikit pun kau tak endah
bagimu nasihat umpama diludah
lalu kau terus alpa dengan dosa dan maksiat

namun,kau lupa tuhan itu maha penyayang
hidayah-Nya mengirimu kiri dan kanan
jadikan kesilapan lalu sebuah pengajaran dan pedoman
agar kekuatan jadi milikmu demi taubat dan keinsafan

Sunday, September 14, 2008

hati-hati

senangnya nak cari kenalan
bukan susah nak cari kawan
tapi terlalu payah untuk jumpe
seorang sahabat

kejujuran dan keikhlasan
sering jadi bahan mainan
yang ada hanya penipuan
dan kita selalu terkeliru
antara kejujuran dan penipuan

Nampak seperti lelaki budiman
atau perempuan melayu terakhir
tapi hakikat yang tersirat
terkandung sejuta helah

Namun, disebalik ramai yang menipu
ramai juga yang jujur
dan memberi salam perkenalan
dengan ketulusan hati

cuma! untuk bertemu dengan seseorang
yang jujur, kita perlu bertemu
dengan ramai si penipu!
hati-hati dengan setiap langkahmu!

kritikan

kita selalu jadi pengkritik, mengate org sana sini. tapi bila kita dikritik. kita marah! geram, sakit hati. hati panas! sedangkan masa kita mengkritik orang lain dengan kata-kata yang pedas sehingga orang tu menitiskan air mata, sikit pun kita tak heran. Bahkan, dalam hati timbul rasa bangga.Memang senang nak kritik orang, cakap sampai keluar API dari mulut. Hebat! Tapi, bila kena kat batang hidung sendiri baru tahu macam mana sakitnya bila dikritik.Yup! memang kritikan itu perlu! malah, terlalu perlu! tapi beri kritikan yang membina bukan kritikan yang boleh menjatuhkan orang lain. sebab tak semua orang jiwa dia kuat macam kita (bagi sesiapa yang rasa jiwa dia kuat). terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....? kata-kata senjata yang paling merbahaya! oleh itu, berhati-hati la dengan kata-kata anda. dan bila kita suka mengkritik orang lain jangan marah kalau suatu hari nanti kita dikritik sampai menangis...

maafkan aku

Teman...
Tersenyum aku sendirian
saat telatahmu bermain difikiran
sangkamu aku perlukan sebuah percintaan
sedangkan aku hanya menghulurkan salam persahabatan

Jangan mudah melatah dengan kemesraanku
kerana inilah aku
jangan mudah salah sangka dengan kata-kataku
kerana aku tidak berniat menyentuh hatimu

Teman..
Jika kemesraanku menimbulkan salah sangka dihatimu
Maafkan la aku. aku menyanyangimu sebagai sahabatku
bukan cinta @ kasih yang aku dambarkan
aku hanya ingin menjalinkan persahabatan!!!

Friday, August 22, 2008

kenapa dia macam tu?

kadang2 hati kita rasa sunyi sangat, dan masa tu kita rasa teringin sangat nak berbual dengan seseorang, nak dia sejukkan hati kita, pujuk hati kita yang xtentu arah sebab dia, bagi kita kata-kata semangat dan dorongan untuk teruskan hidup kita. tapi bila kita tersedar, rupanya dia xde! kita cuma berharap pada seseorang yang tak mungkin memahami hati kita. bagi dia kita yang berubah, sebab tu dia semakin menjauh. padahal kita tak pernah berubah pun. cuma kita rasa jauh hati ngan sikap dia.kadang2 kita rasa kita ni takde harga kat mata dia. bukan sesiapa untuk dia hargai. kadang2 kita tertawa sendiri. dulu, dia selalu kata nak bahagiakan kita. nak jaga hati kita sebab kita permaisuri hati dia. tapi bila kita dah jadi milik dia. dia wat kita macam takde perasaan je. dia cakap, kita ni penting sangat bagi dia, tapi kita tak tahu apa maksud dia.adehhhh... bila kita fikir2kan balik, kita rasa penat sangat. penat menyintai seseorang yang tak hargai kita. ikutkan hati kita, kita sayang giler kat dia. tapi kita ni manusia biase. perlukan perhatian dan kasih sayang. kita xleh lupa. waktu kita rindu kat dia sangat2. dia cakap, lupakan dia. lupakan perhubungan yang terjalin antara kita ngan dia. dia cakap untuk sementara je. dia tak tahu ke? untuk melupakan seseorang adalah perkara yang paling perit untuk dilakukan. senang2 dia je. dia ingat kita ni apa? tapi kita takde pilihan. kita terpaksa belajar lupakan dia. hari2 kita menangis. kadang kita menjerit untuk lepaskan tension! sampai satu ketika, kita rasa benci sangat2 kat dia, kenapa dia tak pilih kita? kenapa dia pilih untuk jauh dari kita dan kejar impian dia. kita nih teruk sangat ke pada pandangan dia? kita tahu kita tak sempurna, pernah buat silap dalam hidup. banyak kekurangan. walau pun kita tak baik, tapi kita cuba berubah jadi kepada yang lebih baik. kita tak faham sebenarnya apa yang berlaku. kita pelik! kalau betul dia cintakan kita. kenapa dia buat kita macam ni. biarlah.. kita malas nak sakit2kan pale kita. kalau dia rasa apa yang dia buat tu betul. kita doakan dia bahagia. tentang kita, kita nak lalui hidup ni seadanya, tanpa dia n cinta dia yang selalu buat kita menangis.

Monday, August 18, 2008

satu kesilapan

sebagai manusia biasa
kita sering membuat kesilapan
sering terjatuh dan menangis
namun, itu lumrah kehidupan

dari pengalaman kita mengenal erti hidup
pengalam mengajar kita erti kedewasaan
kesilapan juga membuatkan kita lebih berhati2
dalam membuat sesuatu keputusan

berbahagialah sesiapa yang bangun dari kesilapan
tapi bagi sesiapa yang terjatuh pada tempat yang sama
kasihanilah diri sendiri dan muhasabah diri
kerana kita masih lagi berpeluang untuk membetulkan
satu kesilapan!

Saturday, August 16, 2008

kesah cintaku

“Semalam yang berlalu, aku lepaskan Ia pergi bersama angin yang menghembus, kisah antara kita hanya satu sejarah indah yang tak mampuku kikiskan dari hatiku, kita bertemu tanpa perasaan cinta, tapi cinta jua yang menyatukan kita, kita berikrar atas nama cinta untuk setia, namun, takdir ilahi tidak menyebelahi kita untuk terus hidup bersama, aku pasrah, biar pun bukan mudah untukku melupakanmu.” Alia Syafinaz melepaskan keluhan yang panjang dan menyandarkan kepalanya dikerusi, dia merenung dairi kesayangannya yang berada diatas meja, biar pun dairi itu nampak usang, namun, isinya terlalu berharga, yang telah menemaninya selama 5
tahun, seusia dia menggenali Mohd syazwan.

“ibu, Finaz bukan nak membantah cakap ibu dan Ayah, tapi Finaz terlalu muda untuk menjadi seorang isteri, Ibu pun tahukan yang Finaz baru je habis spm.”
“Bukan ibu nak paksa Finaz, tapi Ayah yang nak sangat Finaz kahwin dengan Wan, bukan Finaz tak kenal dengan perangai Ayah tu, kalau dia kata hitam, hitamlah, Finaz dengar Iah cakap Ayah, lagi pun wan tu budak balk, ibu yakin anak ibu ni akan bahagia.” Syafinaz menarik nafas panjang, dia terpaksa akur dengan keputusan kedua ibu bapanya, biar pun hakikatnya hati kecilnya memberontak, namun, demi menjaga hati keduanya, dia terpaksa mengorbankan usia mudanya dan menjadi seorang isteri kepada anak angkat kesayangan ibu bapanya.


Alia Syafinaz hanya tersenyum hambar dengan ucapan Tahniah Dari keluarga dan tetamu yang datang, Baginya, ucapan itu bagal belati yang menghiris hatinya, biar pun perkahwinannya diadakan secara besar-besaran, namun, hatinya sedikit pun tidak tersentuh, pelamin indah itu, merobek hatinya, dia benci dengan apa yang terjadi, Syafinaz akui Mohd Syazwan seorang lelaki yang kacak dan mempunyai peribadi yang sempurna, namun, lelaki itu hadir di dalam hidupnya bukan pada waktunya.

“Selamat pengantin baru, sabarlah Finaz, mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, aku akan sentiasa mendoakan kebahagian untuk engkau.” Syafinaz hanya tersenyum pahit dengan kata-kata Wahida, sahabat karibnya yang dikenali sejak dari bangku sekolah rendah.hakikatnya berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jika ini takdirnya, dia pasrah dengan ketentuan ilahi, biar pun batinnya menjerit dan tersiksa.


Syazwan tersenyum memandang isterinya yang duduk bersimpuh diatas katil dan masih berpakaian pengantin, “kenapa tak tidur lagi sayang? Abang ingatkan Finaz dah tidur,
ramai sangat tetamu yang datang tadi tak terlayan abang dibuatnya.”


“untuk pengetahuan abang perkahwinan mi bukan atas kehendak Finaz, Finaz terpaksa, jadi, antara kita ada sempadannya, kita hanya bergelar suami isteri pada pandangan umum dan jangan sesekali abang berani untuk sentuh Finaz.” Terang Syafinaz, “eh, Garangnya isteri abang ni,?” puan Syafianz, awak tu isteri saya, sukati abang Iah nak buat apa pun, tahulah awak tu cantik, tapi kalau cantik tak mandi, takde orang nak tau.” Usik Syazwan, “eleh, memang Iah takde sape yang nak dekat aku, kalau dan awal-awal lagi dia dah rembat.” Bebel Syafinaz dengan nada suara yang perlahan, kemudian dia bingkas bangun dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Syazwan hanya mengukir senyum dengan telatah Syafinaz.


“Bangun sayang, dah masuk waktu subuh ni.” Syafinaz membukakan mata, dalam keadaan yang masih mamai Syafinaz menggosok matanya dan menggagahkan dirinya untuk bangun, dan dia terkejut dengan susuk tubuh gagah dihadapannya, “abang? Macam mana abang boleh masuk dalam bilik Finaz?” Syazwan ketawa, “ kitakan dah jadi suami isteri, sayang lupa eh?” Syafinaz tunduk malu, “Finaz mamai lagi ni, dah gi gosok gigi lepas tu ambil air sembahyang, abang tunggu Finaz, kita berjemaah sama.” Syafinaz melangkah Ionglai menuju ke bilik air dan bersiap sedia untuk solat subuh. Selesai solat dan berdoa, Syafinaz mencium tangan Syazwan sebagai menghormati suaminya, Syazwan memandang wajah isterinya dengan perasaan penuh kasih sayang kemudian dia mengenggam erat tangan Syafinaz, “maafkan abang atas kejadian malam tadi, abang hanya bergurau, abang faham perasaan Finaz dan abang hormati keputusan finaz, selagi Finaz masih belum dapat menerima abang sebagai seorang suami, Finaz anggap Iah abang sebagai seorang kawan, tapi Finaz kena janji dengan abang satu perkara,”
“perkara apa?” soal Syafinaz, “cium abang sekali.” Syafinaz mengerutkan dahi dan pantas menarik tangannya dari pegangan Suaminya. Syazwan tersenyum dan menarik kembali tangan Syafinaz, “abang gurau je sayang, abang tahu isteri abang ni garang, ciuman yang abang nak, penampar Finaz bagi, erm, abang nak Finaz janji dengan abang, plz,jangan sorok apa-apa pun dari abang, kalau Finaz ada masalah. Bagitahu abang, kita can jalan penyelesaian bersama, walau pun Finaz Cuma anggap abang kawan, tapi abang tetap suami Finaz.” Syafinaz menarik nafas lega dan dia menganggukkan kepala tanda setuju.


Setelah tiga bulan menjadi isteri Syazwan, dia kagum dengan sikap Syazwan menjalankan tugas sebagai seorang suami, biar pun sikapnya dingin terhadap Syazwan, namun Iayanan Syazwan terhadapnya terlalu istimewa, dan Syazwan tidak pernah memungkiri janji untuk tidak menyentuhnya.

‘‘ tengahari ni Finaz tak payah masak ye, abang nak bawak Finaz pergi makan kat luar,” Pesan Syazwan sebelum pergi ke pejabat pagi tadi. Syafinaz lihat jam di tangannya telah menunjukkan pukul 1pm, dalam setengah jam lagi syazwan akan datang mengambilnya.
Syazwan tiba tepat pada waktunya, dia memberikan sekumtum bunga ros putih pada isterinya, Syafinaz menerimanya dengan senyuman, “dipersilakan permaisuri, untuk menaiki kereta buruk hamba,” gurau Syazwan sambil membukakan pintu kereta Honda crv miliknya untuk gadis yang telah mencuri hatinya, biar pun Syafinaz tidak pernah menyedarinya, namun, dia bersyukur kerana menjadi suami Alia Syafinaz, walau pun
isterinya sering bersikap dingin dan melarang untuk dia mendapatkan hak sebagai seorang suami, namun Syazwan tidak pernah mempersoalkan semua itu, biar pun hati Ielakinya ingin sekali untuk memeluk dan membelal isterinya, namun, dia hormati keputusan isterinya, dia mahu Syafinaz menerimanya dengan hati yang terbuka bukan kerana terpaksa. Bagi Syazwan, isterinya seorang isteri yang cukup sempurna, “aku adalah lelaki yang bertuah sayang, kerana memiliki mu.” Syazwan tersenyum sendirian dan dia memandang Syafinaz disebelahnya. “cantiknya isteri abang hari ni macam bidadari, kalau bidadari tengok pun cemburu tau” puji Syazwan, “awak pun encem gak
macam suami saya.” Syazwan ketawa dengan gurauan isterinya, “gile ape bini aku ni, aku Iah suami dia, aku cium gak minah ni kang.” Bisik hati kecilnya, jauh disudut hatinya, pujian itu ikhlas untuk isteri yang dicintai, siapa jua yang melihat isterinya pasti akan mengatakan tentang kecantikan isterinya, kelembutannya, kebaikkannya, kerana itu juga pertama kali dia melihat isterinya dia telah jatuh cinta pandang pertama, dan kerana takut kehilangan Syafinaz dia mengambil keputusan untuk menyunting syafinaz sebagai isterinya. biar pun dia tahu Syafinaz tidak menyukainya, namun, dia nekad untuk memiliki Syafinaz kerana dia yakin, dia mampu membahagiakan gadis pujaannya itu.


Selepas pergi makan, Syazwan membawa Syafinaz membeli belah, dan menghabiskan masanya seharian bersama isterinya, dia bahagia berada disamping gadis garang itu, namun ada kalanya Syafinaz bersikap manja.

Syafinaz menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia bingung, keluarga Syazwan dan kedua ibu bapanya asyik bertanyakan tentang anak, “mana aku nak cari anak? Kenapa Ia dorang ni minta sesuatu yang tak mampu aku lakukan?”jerit Syafinaz dalam hati. Dia mencapai handset di atas meja dan menghubungi wahida.

“Ida, aku ada masalah besar ni, engkau kena tolong aku,” luah Syafinaz pada Wahida, “masalah apa yang besar sangat ni? Setahu aku, kalau engkau ada masalah engkau tak pernah gelabah macam ni.”
“sebab, aku dah tak boleh handle Iah, aku jadi macam ni, dah setahun, aku kahwin tapi sampai sekarang aku tak pernah tidur dengan Syazwan, itu pun atas kehendak aku, sekarang ni, mak ayah dan mentua aku asyik tanya aku tentang anak, aku tak tahu nak buat macam mana.” Wahida ketawa dengan sikap Syafinaz, bertahun-tahun mereka bersahabat Alia Syafinaz tidak pernah berubah, keras hati dan ego tapi jika kena pada caranya Syafinaz mudah dilenturkan. “Finaz, aku hanya mampu memberi pendapat tapi yang nak menentukan arah tuju hidup engkau adalah diri engkau sendiri, bagi aku, Syazwan tu terlalu baik untuk engkau, aku rasa, dah tiba masanya engkau menjalankan tanggungjawab engkau sebagai seorang isteri.” Syafinaz termenung panjang dengan kata-kata Wahida, dia akui kesilapannya, dia tenlalu ego dan tidak pernah memberi ruang untuk Syazwan menyayanginya apatah lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, dia menghukum Syazwan kerana mengahwininya dalam usia yang muda, namun, Syazwan tidak pernah mengeluh, malah Syazwan melayannya seperti menatang minyak yang penuh dan tidak pernah sekali pun Syazwan meninggikan suara terhadapnya, tapi hatinya terlalu degil untuk memberi ruang pada Syazwan.

“assalamualaikum.”
“waalaikumussalam sayang, masuklah,” Syafinaz menolak pintu bilik Syazwan dan melangkah masuk, ini pertama kali dia menjejakkan kaki ke dalam bilik Syazwan, “kenapa sayang, Finaz ada masalah ke?” Syazwan menarik tangan Syafinaz dan menyuruh isterinya duduk diatas sofa empuknya, dia mengerutkan dahinya, seperti tidak percaya dengan kehadiran Syafinaz di dalam biliknya, “Takde, Finaz saja nak jumpa
Abang, sambunglah keje Abang tu, malam ni Finaz temankan abang buat keje ye, Abang nak Air?” pelawa Syafinaz.

“hmm, boleh juga.” Syazwan keliru dengan sikap isterinya, selama mereka menjadi suami isteri Syafinaz tidak pernah memasuki biliknya apetah lagi malam-malam begini. Apakah yang telah merasuk fikiran isterinya? Sesekali mata Syazwan menjeling kearah Syafinaz yang berada dihadapannya, mata isterinya tidak lepas memandangnya, dia kaget, namun, dia berlagak tenang dan meneruskan kerjanya, biar pun dia sendiri tidak tahu apa yang ditaipnya. Perhatiannya terganggu dengan kehadiran Syafinaz, dia mengambil air diatas meja dan meneguknya berulang kali, Syafinaz ketawa di dalam hati dengan sikap Syazwan yang tidak tentu arah, Syafinaz menghampiri syazwan dan meghadiahkan satu ciuman di pipi Syazwan, “selamat malam, jangan tidur lewat sangat tau.” Kemudian dia melangkah keluar dari bilik Syazwan dan meninggalkan Syazwan kebingungan dengan tindakannya.

Syazwan menyandarkan kepalanya di kerusi dan meletakkan tangan diatas kepala, “betul ke apa yang berlaku semalam? Dia cium aku? Berani betul minah tu.” syazwan tersenyum,
dalam kelembutan isterinya rupanya ada kenakalan yang disembunyikan. “Alia Syafinaz, aku menyintaimu.” Syazwan lihat kalendar diatas meja, dia teringat sesuatu, esok adalah tarikh yang amat penting baginya. Syazwan mencapai telifon dan mendail nombor isterinya.

Syafinaz bersiap anggun, dia ingin nampak cantik dan menarik, malam ni Syazwan akan membawanya makan malam, katanya malam ni adalah hari yang amat bermakna buatnya dan Syazwan ingin menghadiahkannya sesuatu, Syafinaz mengukir senyum, dia juga ingin mengatakan sesuatu pada Syazwan, sesuatu yang akan mengubah kehidupan mereka.
Syafinaz mundar-mandir diruang tamu, hatinya resah, sudah dua jam dia menunggu kedatangan Syazwan yang keluar sebentar tadi, namun sehingga kini bayang Syazwan pun tidak kelihatan, dia cuba menghubungi Syazwan, tapi panggilannya tidak dapat disambung. Dia berdoa agar tiada apa yang akan berlaku pada suaminya.


Syafinaz terkejut dengan bunyi telifon bimbitnya, “Finaz, Syazwan dah tinggalkan kita, dia kemalangan masa nak belikan hadiah untuk Finaz, dia meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital,” sayup kedengaran suara ibu mentuanya ditalian, Syafinaz terduduk, air matanya mengalir, dia meraung sekuat hatinya. Berita yang baru diterimanya bagai petir yang menyambar.


Syafinaz, meletakkan bunga mawar putih diatas pusara Syazwan, dan dia menghadiahkan aI-fatihah pada roh suaminya, dia bendoa agar roh Syazwan dicucuri rahmat dan
ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman.

Syaflnaz menyapu air matanya yang mengalir, peristiwa dua tahun lalu, menyentuh perasaannya, dia berkahwin dalam usia yang muda dan dia bergelar janda juga dalam usia yang sangat muda, dia akur dengan takdir yang telah tertulis untuknya. Dia mengambil sepucuk surat di dalam dairinya yang ditulis oleh Syazwan sebelum malam pemergiannya dua tahun lalu.


“assalamualaikum.
Sayangku, Alia Syafinaz, abang terlalu menyintai dirimu, finaz seorang isteri yang cukup sempurna buat abang, Setiap hari abang berdoa, agar suatu hari nanti hati Finaz akan
terbuka untuk abang, abang tidak memaksa, namun abang berharap untuk Finaz menyintai abang, abang akan setia menunggu cinta Finaz untuk abang, Pada ulang tahun perkahwinan kita pada tahun ini abang hadiahkan Finaz seutas rantai mutiara sebagai tanda kasih sayang abang pada sayang. salam sayang dari suamimu.
-MOHD SYAZWAN-

Syafinaz memeluk erat surat itu di dadanya, dia mengetap bibir, menahan pilu dihatinya, air matanya tidak berhenti mengalir, “abang, finaz juga menyintai abang, pada malam tu, Finaz ingin meluahkan segalanya, namun abang pergi terlalu cepat, Finaz juga menyintai abang.”
Syafinaz melepaskan keluhan yang panjang, dia kesal dengan kedegilannya, namun, saat indah itu tidak akan berputar dan Syazwan tidan akan kembali ke sisinya, dia harus meneruskan kehidupannya yang masih jauh dan berliku. Akan dia abadikan nama dan cinta suaminya di dalam hati yang paling dalam, kerana aku menyintaimu sejujur hatiku, namun takdir tidak tentulis untuk kita terus hidup bersama.

Tuesday, August 12, 2008

pergilah

saat aku memerlukan kau disisiku
kau jauh dari aku
saat aku merinduimu
kau meminta aku melupakanmu

saat aku benar2 melupankanmu
kau bertanya padaku
"dimana kasih sayangku dulu?"
kau buat aku ketawa...

saat hatiku mula jauh
kau mula merayu
saat aku pula meminta
kau melupankan aku
kau kata xsangka begini akhirnya!

kau buat aku separuh gila
hidup dalam sengsara
tapi semahunya
kau menutup kesilapanmu
dengan mengatakan
aku yang salah sangka

aku bosan dengan sikapmu
aku juga punya perasaan
aku juga punya hati
kau terlalu pentingkan diri
maka kerana itu
kau hiduplah dengan caramu

entah pape entah

aku gembira saat hati terluka
aku terluka saat aku gembira
aku keliru dengan diriku

aku jadi xtentu
meraba dalam terang
bermimpi dalam jaga

permainan yang tercipta
dari hati yang lara
dari jiwa yang sengsara

air mata

apa yang harus aku lakukan
jika keperitan xmampu
diluahkan dengan air mata

hati ingin menangis
tapi air mata tiada
untuk ditangiskan

terlalu parah
parut yang kau tinggalkan
hingga aku xmampu menangis lagi

pilihan

hidup ini adalah medan perjuangan
yang kuat akan terus berjuang
yang lemah akan kalah
namun,perjuangan tetap harus
diteruskan...

kita perlu pandai membezakan
antara reality dan fantasi
jangan jadi seperti
org celik tapi buta

kita diberi pilihan
antara baik dan buruk
buatlah keputusan
berpandukan akal
jangan biar nafsu
mengatasi akal

jangan jadi seperti
orang bodoh berlagak pandai
kenali dirimu dan kau akan
mengenali penciptamu

izinkan aku pergi

aku pergi dahulu
jangan titiskan air matamu
kerana air matamu terlalu berharga
untuk dibaziri oleh insan seperti aku

hanya ini pesananku..
terima kasih kerana menyintai aku
terima kasih kerana membahagiakanku
terima kasih kerana memberi aku ruang
untuk menumpang disudut hatimu.

sesungguhnya kau adalah anugerah
yang terindah untukku
kasih sayangmu umpama sungai
yang mengalir dalam hatiku
tidak pernah kering walau
dilanda kemarau..

kepergianku hanya ingin meleraikan
kekusutan antara kita
biar masih ada sayang yang bertamu
tapi kepercayaan telah hilang
haluan semakin berbeza
hanya pergaduhan
mengakiri perbualan kita
aku penat sayang!
izinkan aku pergi
jangan memaksa aku untuk
meneruskan hubungan yang semakin
hambar...
biarlah segalanya berakhir tanpa
dendam antara kita...

Friday, July 25, 2008

percayalah...

aku menghulurkan salam persahabatan
bukan untuk meniti kekecewaan
aku mengharapkan sebuah keikhlasan
dan juga sebuah kejujuran!

aku impikan seorang sahabat
bukan seorang kawan yang datang&pergi
aku mahu meluahkan segala bebanan
dan menanggung bebananmu

benar! aku hanya insan biasa
diselaputi kekurangan
namun, terimalah aku seadanya
kerana aku adalah aku!

biar selama mana sekalipun
kau mengenali aku
aku tidak akan berubah
mengikut peredaran masa
kerana aku hidup dengan caraku
buruk dan baik diriku
itulah aku!

sahabat...
jangan hamparkan
api kebencian dihatiku
dengan pembohonganmu
namun, berikan aku keikhlasanmu
percayalah! aku sentiasa ada
saat kau memerlukan aku

kawan&teman

kawan...
ada saja dimana2
jika kita tidak mencari mereka
mereka akan mencari kita

ada kawan biasa
kawan istimewa
kawan suka2
kawan berjenaka

kawan hanya istilah biasa
datang dan pergi
tidak mengira masa
itulah adat dunia

indahnya jika ada kawan
tapi lebih indah jika berteman
kawan&teman 2 perkara yang berbeza
kawan ada dimana2
tapi teman belum tentu kita jumpa
kerana teman lebih istimewa dari kawan
teman ada waktu suka&duka
tapi kawan hanya ada waktu ketawa

bersabarlah

hidup ini penuh ranjau berduri
ada saja ujian yang menduga
kiri kanan ada bahaya
perlu ada kesabaran di jiwa

umpama ditengah lautan
jika salah langkah
kubur tidak bernisan
bersedialah meghadapi kemungkinan

jangan menyalahkan tuhan
jika kau diuji dengan pelbagai dugaan
kerana disebalik kepayahan
ada kebaikkan dluar pengetahuan insan

bersabarlah! kerana itulah kunci kejayaan!

aku tidak mampu berpura lagi

kasih...
segalanya telah berakhir
hatiku bukan milikmu lagi
dan bukan juga milik sesiapa
aku ingin bersendiri

dulu! saat aku membuat keputusan untk bersamamu
kerana aku percaya kau mampu membahagiakan aku
kau mampu menjadi pelindungku
mengasihiku seperti janjimu

namun, itu hanya sangkaanku
hadirmu hanya membawa sengsara
impian untuk bahagia
terkubur bersama mimpi nyata

kasih...
aku tidak mampu berpura lagi
kasih yang ku semai untukmu dulu
kini hilang dtimbusi taufan benci
kau tiada saat aku memerlukan
kau tiada saat aku memerlukan perlindungan

kasih..
masihkah kau ingat saat kau pinta aku melupankamu
melupakan bahawa ada ikatan yang terjalin antara kita
bertapa payah untuk aku melakukannya
hanya tangisan yang menemani hari2ku

aku belajar menjadi kuat
biarpun hakikatnya aku tidak mampu
namun, aku tidak punya pilihan
melainkan hanya belajar menerima

kini, aku bahagia hidup tanpa memikirkanmu
saat kau datang, aku hanya melayanmu
demi seorang insan, bukan kerana cinta lagi
hatiku kosong tanpa cinta dan sayang...
maka kerana itu aku tidak mampu berpura lagi

katakanlah...

aku hanya memandangmu dari jauh
pandangan penuh kasih
memujamu dalam sepi
namun, kau selalu ada dihatiku

aku terpikat dengan bicaramu
aku terpesona dengan caramu
tawamu,senyunmu segalanya tentang kamu
mencuri perhatianku!

mungkin kau tidak tahu
setiap kali kau lewat dihadapanku
dadaku berombak laju
nafasku terhenti, aku keget dan malu

bertapa aku ingin selalu
memandang wajahmu
dan setiap kali kau membalas pandanganku
aku tertunduk malu.

mengapa kau buat tidak tahu?
katakanlah kau juga suka padaku
aku ingin kau selalu ada disisiku
melewati hari2 yang medatang bersamamu

Thursday, July 24, 2008

mengapa mudah berubah?

bertanya seorang teman
mengapa manusia cepat berubah?
mengapa hati mudah berpaling arah?

dulu kata sayang,rindu dan cinta
tapi kini, hanya ungkapan benci
panggilan syg dibalas hampa
segalanya bagai sebuah mimpi

luluh sekeping jiwa
hancur impian kasih
di mana janji yang diikrar?
dimana cinta yang dibina?

jika ini akhirnya sebuah cinta!
semua insan akam menderita
bahagia? mungkin hanya dalam novel cinta
ah! kejam benar jika itu kenyataanya...

salahkah?

salahkah jika aku berubah?
salahkah jika aku berlalu?
salahkah jika kau tiada dihatiku?
salahkah jika aku ingin hidup tampamu?

aku lelah menyintaimu
aku letih menunggumu
aku penat merinduimu
aku sakit hidup denganmu

biar segalanya berakhir...

aku memujamu

kasih...
kau umpama bintang yang berkelipan
indah di dada langit
keindahanmu memukau hati
aku terpesona menatapmu

ingin sekali aku menyentuhmu
membelaimu penuh kasih
saat kerlipan mu malap
akanku tiup dengan kasih sayanng
agar kau kembali bersinar

kasih....
aku terlalu menyayangimu
sejak dari dahulu lagi
namun, aku hanya mampu memendam
perasaan ini, kerana kau telah dimiliki
aku menyintaimu dari hati yang tulus
bagiku, kau terlalu istimewa
jika dia mengabaikanmu
izinkan aku membahagiakanmu
sakit hatiku mendengar keluhanmu
melihat air matamu aku tidak sanggup

kasih...
biar aku terluka
kerana menyintaimu
biar aku kecewa
kerana memujamu
aku tidak akan letih
selamanya kau bertahkta dihatiku.

kau ilhamku

teman...
pertemuan ini bukan satu kebetulan
namun, ini adalah satu ketentuan
mengenalimu melahirkan sebuah senyuman
senyuman yg hilang dari sebuah kehancuran

kau umpama pelangi yang indah
menjadi perhatian dikala hujan
melewati bumi yang gersang
kau adalah sebuah ilham
yang datang saat hati
dilanda suka dan duka

jika kau tiada
maka ilhamku tiada terlaksana
hanya keranamu aku berpuisi
hanya keranamu aku berseni
kerana kau ilhamku

Tuesday, July 15, 2008

puisi sepi

puisi ku puisi sepi
puisi tangisan hati
puisi ku puisi sedih
puisi jiwa yang merintih

inginku karang puisi cinta
puisi hati bahagia
namun, yang tecoret hanya puisi resah
aku karam penuh payah

saat fikiranku melayang
ilham ku mula datang
tapi sayang,...
puisi ku terlalu garang

terhampar seribu kekecewaan
terlihat sejuta kejatuhan
puisi ku tidak lagi indah
hanya puisi dari jiwa yang pasrah!

cinta yang hilang

kasih...
aku sujud dikakimu memohon kemaafan
ku campak maluku demi sebuah pengertian
sejujurnya ikatan ini memberi penyeksaan
memberi mimpi ngeri dalam kehidupan

ku cuba memahami kehendak seorang lelaki
namun, semakin aku cuba memahami
semakin aku tidak mengerti
aku bagai pelangi yang tidak dipeduli

kau janji sebuah kebahagian
namun kau beriku tangisan
hari2 ku penuh dengan kehampaan
malam2 ku ditemani kedukaan

aku hanya seorang perempuan
memerlukan kasih sayang dan perhatian
mungkin aku akan dipersalahkan
kerana tidak memahami dan tiada kesabaran

namun, pernahkah sesiapa memahami diriku
apa yang aku rasai dan apa yang aku alami
cinta dan rindu hilang dimamah masa
dia juga yang meminta aku melupakannya

saat aku cuba menjelaskan sesuatu
agar dia memahamiku
namun, semahunya dia ingin aku memahaminya
saat itu aku mula memahami satu perkara
apa juga penjelasan ku tidak mampu mengubah
pendiriannya.

sejak itu, aku tidak pernah meluahkan
tika hati dilanda kecelaruan
aku menjerit melepaskan keluhan
aku menangis melepaskan bebanan perasaan

aku mencari kekuatan
disebalik sebuah harapan
akhirnya bila sepi sebati dengan diri
cinta yang dipupuk hilang tanpa disedari

kasih..
jangan meminta aku kembali
jangan memaksa kasih yang telah pergi
apa yang telah terjadi adalah suratan ilahi
bukan kau yang bersalah tapi aku yang perlu dipersalah
sesiapa pun yang memilikimu amat bertuah
aku yang dah berubah
letih dengan bebanan perasaan yang tak sudah...

hanya sebuah kata2!

jangan meratap pada yang telah pergi
jangan mengharap pada yang sudah benci
yang pergi takkan kembali
yang benci takkan dimiliki

bila ada tidak dihargai
bila tiada meratapi
mula meraih simpati
akirnya kebencian menguasai diri

bila diri disayangi
keegoaan manguasai diri
difikir masa itu miliknya
hakikatnya masa itu terhad untuk manusia

hargai apa yang ada didepan mata
jika di tangan hanya ada sepotong roti
jangan mengharap pada sebungkus nasi
kerana apa yang dimiliki
itulah yang terbaik untuk diri

jangan bandingkan kaca dengan permata
biar permata tinggi di mata dunia
namun, kaca juga ada harganya
kerana sumbangan kaca ada pada manusia

nasihat

pesan berpesan adat kehidupan
namun, ada yang memerlukan
ada yang mengelak dan mencari alasan
kerana bukan semua insan suka akan kebaikan

nasihat itu lebih berharga dari mutiara
kerana dengan satu nasihat mampu mengubah manusia
namun, manusia terlalu buta
alpa dengan kehidupan dunia

nasihat itu umpama ubat!
apabila nasihat dihulurkan
jangan balas dengan api kebencian
tapi sambutlah dengan sebuah senyuman
kerana disebalik nasihat itu tersimpan
1000 hikmah diluar pengetahuan insan...

Saturday, July 12, 2008

senyum dan tangis

kasih...
saat hatiku diusik pilu
ingin sekali ku rebahkan tangisku dibahumu
namun,hanya aku yang memujuk diri
hingga air mata kering sendiri

saat hatiku diundang bahagia
aku ingin berkongsi bersamamu
namun, aku ketawa berteman sepi
hadirmu hanya sebuah mimpi

andai tangis dan tawa
hanya berteman kecewa
akanku lewati pusara
bersama kelayuan cinta

erm

Tersenyum dalam payah
menangis dalam pasrah
yang tersimpan tidak diluah
yang diluah tidak diendah

lubuk hati telah mati
ditengelami sepi
bernisankan benci
berkuburkan janji

Tuesday, July 8, 2008

????

siapa yang bersalah
siapa yang perlu dipersalah
yang memutuskan
@ yang diputuskan

apa yang berlaku
apa yang akan berlaku
kegelapan @ sinar harapan
kehancuran @ kebahagian

bermimpi dalam reality
reality dalam mimpi
apakah maksud disebalik apa yang terjadi
apakah ini mimpi @ satu reality!!!!!

Thursday, July 3, 2008

kesah lalu

terkenang sejarah lalu
waktu aku tersilap langkah saat beradu
tercampak ke lautan dosa
lemas dalam gerak masa

aku memburu sebuah janji
hingga kebodohan menerpa dalam diri
menyerah dalam kepasrahan
dan aku menjadi mangsa perjanjian

bukan dia yang bersalah
tapi aku yang harus dipersalah
dia hanya mengajak bermain satu permainan
tapi aku yang mengangkat tangan

saat aku tersedar dari lamunan
aku bangkit dari kejatuhan
namun, aku hanya sendirian
hidup dalam cemuhan

dengan sedikit ketabahan
aku teruskan kehidupan
walau banyak mata yang memandang
mentafsir tanpa diundang

aku terkilan
saat aku memerlukan dorongan
agar memandu aku kearah kebenaran
hanya pandangan serong dilemparkan

wajarkah, menghukum tanpa memberi peluang?
mengapa disisihkan dan dibiarkan?
bukankah jiwa yang kehausan
perlu diberi air keinsafan

aku tidak pernah putus asa
selepas kejadian itu aku memahami beberapa perkara
bahawa pengalaman adalah guru dalam kehidupan kita
cemuhan membangkitkan kekuatan jiwa

takdir allah siapa yang tahu
mereka yang pernah mencemuh aku
diduga dengan ujian yang hampir sama
saat itu aku berdoa kepada yang maha esa

semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran!

Wednesday, July 2, 2008

pasrah

saat malam sunyi dan sepi
aku terjaga sendiri
ku lihat kanan dan kiri
rupanya aku hanya seorang diri

entah mengapa hatiku diulit sepi
tanpa ku sedari air mata mengalir dipipi
jiwa ku bagai dihiris belati
hendak ku pujuk namun, rajuk tidak henti

mungkin kerana aku bintang yang malap
maka kerana itu aku tidak dihiraukan
mungkin juga kerana aku pelangi yang pudar
maka kewujudan aku tidak menjadi perhatian

jika kehadiran aku tidak diperlukan
aku juga tidak memerlukan
jika aku hanya sebuah objek untuk disimpan
tinggalkan aku sendirian

aku tidak akan merayu lagi
apetah lagi meminta2 simpati
biar terus ditemani sepi
aku akan terus memujuk hati

namun, andai aku berubah
janganlah aku dipersalah
namun, jika kau berubah
aku pasrah!!

fikirkan

merangkak dalam kepayahan
berdiri dalam keperitan
berlari dalam keterpaksaan
akhirnya terhenti dalam ketakutan

apa makna sebuah kehidupan
jika hidup dalam kesempitan
sedang bahagia ada di hadapan
sayang, jika hidup dipersiakan

bukan tiada peluang
tapi tidak mencari ruang
sengaja menyalahkan keadaan
sedang mahu hidup dalam kesenangan

fikirkan masa depan
kerana sebuah harapan
perlu kesungguhan
bukan angan-angan

aku benci!!!!!

aku benci dengan sepi
yang mencengkam diri
aku benci dengan sepi
yang mendatangi aku setiap hari

saat sepi menerjah hatiku
aku menolaknya dengan kekuatan
namun, sepi bertindak kejam terhadapku
menghimpitku dengan kekasaran

saat sepi memeluk dengan mesra
aku hanya mampu memejamkan mata
rela dalam terpaksa
harapanku bila aku terjaga
sepi telah tiada
pergi dengan kecewa

namun, telahan ku hampa
sepi masih disisiku walau jaga
atau dalam tidur sepi tetap ada
menemaniku penuh setia

kenapa dan mengapa
dulu aku hidup dalam bahagia
tapi kini saat cinta menerpa
hidupku berubah, hanya
ditemani sepi yang durjana
ah! aku semakin tidak berdaya

Sunday, June 29, 2008

dia yang istimewa

semalam aku jatuh cinta!
dengan seorang lelaki yang terlalu istimewa
boleh dikatakan lelaki idaman setiap wanita
cara dan gayanya yang memikat jiwa

sentuhannya yang tidak terasa
pandangannya yang luar biasa
kasihnya yang berharga
emmm, aku benar2 jatuh cinta

dia bagai sebuah pelita
yang memberi cahaya
saat aku dalam ketakutan
dia dakap aku penuh kemesraan

sering diungkap kata2 manja
yang menjerat aku ke alam cinta
cinta antara aku dan dia
bersamanya aku terlalu bahagia

namun,aku terpaksa
melupakan segalanya
saat ibunya melarang cinta
antara aku dan dia

saat dia merayu
agar aku terus menunggu
aku terpaksa berlalu
membiarkan dia seorang
diri di persimpangan itu

bukan aku tak cinta
atau xsetia
namun, keadaan yang memaksa
aku tidak mahu membina
istana cinta tanpa restu keluarga

maafkan aku sayang...

Saturday, June 28, 2008

hati seorang wanita

Hati wanita umpama kaca
sentiasa mahu dibelai dan dijaga
jangan kasar dan gopoh-gapah
kerana kaca itu mudah pecah

jika kaca itu berderai
maka hati jugakan berkecai
saat itu segala memori
akan terpadam dari sudut hati

salah tingkah kan disergah
jika disergah pasti rasa bersalah
jangan marah kerana dia adalah satu anugerah
yang datang sebagai amanah allah

wanita dipenuhi dengan emosi
namun, disebalik kelemahan diri
tersembunyi ketabahan dan kekuatan di hati
yang tiada pada tubuh sasa lelaki

namun, air matanya mudah tertumpah
biar hanya sebuah kesah
bisa membuat hatinya berdarah
apetah lagi tentang sebuah reality
pasti air matanya mengalir tidak henti

jiwanya dipenuhi
kasih sayang yang tidak terperi
hingga bisa memikat hati si lelaki
namun, jangan sesekali bermain janji
kerana selagi janji tidak ditepati
dia akan terus mengejar hingga janji ditunai

terlalu banyak hendak dicerita
tentang hati seorang wanita
tapi sayang tak cukup masa
lain kali jumpa lagi ya.
daaaa...

Friday, June 27, 2008

ibu

ibu...
kasihmu membawa ke syurga
kerana itu aku selalu ingin menjaga hati mu
menjaga keperluanmu
namun,adakalanya tanpa aku sedari aku menyakiti hatimu
ibu! ampunkan setiap ketelanjuranku
aku mahu membalas setiap kepayahanmu dengan baktiku
katakanlah wahai ibu, apa saja permintaanmu
akanku penuhi. kerana kau mutiara yang berharga
bukan mutiara dunia, tapi mutiara syurga.............sambung!

cinta chat aku!!!

aku suka kat ko ah
kau pria aku
aku jadi xtentu
kerana kamu
walau tak pernah bersuara
atau bertentang mata
tapi kau selalu ada
ada dalam jiwa
pertama kali kita bersua
dalam chatting kampung kita
tiba2 ada satu rasa
rasa yang sunnguh selesa

kita berbahasa kau ngan aku
biar ganaz bahasamu
tapi itu tak pernah menganggu
rasa suka ku padamu
kerana ku tahu kamu adalah kamu
kerana itu aku suka kamu!
aku suka kamu!
aku suka kamu!

wait...
satu soalan cepumas untukmu
sudikah kau jadi pacarku
hahaha! betul! aku tak tipu
jujur, aku suka pada mu
bila masuk kampung chat itu
pasti aku cari kamu
kdg2 kau xde kat situ
aduh! sakit benar hatiku

walau hanya bercinta
dalam chat sahaja
aku rela...
tak kenal tak pe
yang penting kau ade
pasti aku hepi je...
huhuhu. jangan marah seh...

Wednesday, June 25, 2008

ahhhhhhhhh!

cinta? sayang? rindu?
benarkah ungkapan itu untukku
atau hanya mainan di bibir.
geram! rasa dihati
digoda aku dengan madah cinta
di usik hatiku dengan rindu.

sedangkan dia sudak punya
kekasih hati dan aku??????
aku hanya kekasih gelapnya
benarkah begitu?
aduh!!!! sakit hati ku.

setiap malam diganggu aku
dengan lunak suaranya
panggilan kasih
ciuman sayang
perh!!!
hati ku bisa bergoyang

jahat sungguh lelaki itu
namun, lelaki itu jugalah yang aku rindu
berkali aku ingin lari darinya
namun, direntap tanganku
dengan kata sayang dan kemaafan
ah, luluh benar hatiku...

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...