Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Tuesday, March 31, 2009

kau sahabatku

Teman..
aku lihat kau seperti lalang
beralun mengikut arah angin yang datang

Lalu ku hulurkan tangan
agar alunan mu tidak pincang

tapi sayang..
keikhlasan ku disalah ertikan

kata mu..
pergilah!! dengan caraku
biarkan kau dengan caramu

bukan itu maksudku..
aku hanya ingin bersama
menuju kearah cahaya

bukan meninggalkan kau sendiri
terkapai tanpa haluan
kerana aku sayang padamu..

mana mungkin
aku hidup disinggahsana mewah
sedang kau hidup dibawah atap nipah

mengertilah..
aku hanya ingin melihat kau bahagia

kata mereka dan kata aku..

Mak kata..
Jangan main cinta

Abah kata..
Jangan buang masa

akak kata..
jangan mudah kecewa

Abang kata..
Jangan buat benda ntah apa2

kawan kata..
semoga berjaya

Adik kata..
dia ok je..
janji aku boleh tapau dia gula2..

aku kata..
hidup biar sederhana
biar simlpe, tak bergaya janji bahagia

tapi ilmu kena wajib ada didada
ada ilmu tanpa amal pun tak guna

nak jadi orang luar biasa?
usaha tak boleh biasa..

nak jadi orang kaya?
kalau setakat berangan takde maknanya

nak berjaya..
bukan macam petik buah mangga

macam mana?
tepuk dada tanya iman yang sedia ada..

Saturday, March 28, 2009

dari sebuah bicara

Bila ku berbicara
soal cinta
bukan bermakna ku jatuh cinta
hanya ingin meneroka dunia cinta
jika ku berkata tentang duka
bukan bererti ku terluka
hanya ingin memahami erti jiwa yang diluka
jangan mentafsir dari sebuah bicara bisu
kerana ia hanya sekadar hiasan
kita sama...
sering ingin membicarakan
tentang sebuah kehidupan
cuma berbeza mengikut siapa penulisnya
apa jua bicaramu aku kagumi
apa jua bicaraku usah peduli
kerana kita hanya menulis
dari sebuah pandangan dan pengalaman
bukan untuk menyentuh hati sesiapa..

Tuesday, March 24, 2009

c.i.n.t.a

Cinta?
kenapa hati suka berbicara soal cinta?
kenapa semua mendambarkan cinta?
apa ada disebalik misteri cinta?
sedangkan aku lihat ramai yang sengsara kerana cinta
tapi cinta juga yang diharapkan, kenapa cinta?

Aku lihat ada cinta
yang dinamakan cinta
seindah 7pelangi dilangit tapi itu hanya dalam novel cinta
rialitynya, manusia sering menjadi mangsa cinta
adakah cinta sejati itu wujud? atau hanya rekaan sang pencinta?

apa ada dengan cinta? lagu nyanyian rossa..
buat aku tertanya2 .. apa makna sebuah cinta????
walau aku pernah jatuh cinta
tapi bagi aku cinta hanya menduga kekuatan jiwa
datang dan pergi seperti angin yang melewati..

biar tiada cinta..
dari ada cinta tapi diluka tanpa rasa simpati...
namun, jika wujud cinta sejati ...
izinkan aku bertemu dengannya walau pun hanya sekali..
jika tiada.. biar cinta itu menjadi misteri...

Saturday, March 21, 2009

suka poyo?

Orang poyo

memang poyo

muka poyo

gaya poyo

bahasa poyo

semua poyo

suka poyo-poyo?

kita serupa

Janganlah memandang penuh hina
sesungguhnya kita dari kejadian yangs sama

Miskin atau kaya
Bukan ukurannya

Dimata tuhan
Kita adalah serupa

Yang membezakan
Hanyalah keimanan

Janganlah megah dengan harta kekayaan
Kerana ia tidak akan membantu dalam pertimbangan

Tentukan arahmu
kebaikan atau kehancuran

bukan hanya disini
tetapi juga untuk disana

Wednesday, March 18, 2009

adakala..

adakala..
mungkin kita rasa kita sendiri

tapi kita terlupa
disekeliling kita

ramai yang menyayangi
mengasihi sepenuh hati

adakala..
bila kita sunyi
kita perlukan teman untuk berbicara

dan saat tiada sesiapa
kita mula terfikir..

ahh! bosan hidup sendiri
alangkah indah jika ada yang menemani

kita terlupa..
dalam kita sunyi sepi
ada yang sudi meluangkan masa untuk kita

walau dia tidak cukup masa

adakala..
tika kita menangis
kita inginkan seseorang menangis bersama kita

walau saat itu tiada sesiapa

tapi kita terlupa..
ada yang bersama kita

lebih berharga dari cinta
merekalah keluarga

jika dan aku

jika matahari memberi cahaya
aku juga ingin menyumbang tenaga

jika hujan membawa permata
aku ingin membantu mencari rezeki bersama

Jika ilmu membanteras kejahilan
aku ingin menjadi seorang ilmuan

jika kata2 mampu melukakan hati insan
aku akan jaga seluruh perkataan

jika kehidupan hanya 1 ujian
aku akan berdoa kepada tuhan agar dipelihara iman

jika aku dihadiahkan seorang teman
aku akan membuat bibirnya sentiasa mengukir senyuman

adios...

Ibu..

Duhai ibu ku yang tercinta
kau la inspirasiku

kau tabah menghadapi taufan hidup
demi membesarkan putera puteri-mu

kau sabar melayan kerenah anak-anakmu
hanya untuk melihat mereka tersenyum gembira

Duhai ibu..
menitis air mata ini
melihat tubuh tua mu gagah mengasuh kami

aku berjanji..
selagi aku bernafas
aku akan memenuhi semua kehendakmu

sesungguhnya...
walau dikumpul seluruh harta dunia
untuk membalas jasamu

tidak mungkin..
kerana tiada 1 pun harta di dunia ini
dapat membalas segala pergorbanan-mu

andai ada insan lain cuba menyakiti-mu
akulah insan p`tama yang akan ke depan

andai kau mengeluh sakit
aku akan menemanimu kapan waktu kau perlukan aku

ibu oh ibu..
tanpa-mu siapalah aku

kini..aku punya kehidupan yang sempurna
kerana kepayahan mu membesarkan aku

siapa saja yang bergelar ibu
merekalah insan yang terhebat..

Tuesday, March 17, 2009

sendiri lebih baik?

berteman lebih baik atau sendiri?
entah laaa...
kadang aku rasa berteman tu lebih baik
tapi kadang aku rasa sendiri tu terlebih baik
tapi..sebagai manusia
kita tak boleh lari dari fitrah berpasangan
entah laaa..
bukan xde yang melamar
tapi aku abaikan
takut klo dia hanya nak menduga
risau jika terluka berulang kali
akhirnya, aku terpaksa bersikap
"jual mahal"
adehh.. ingat senang ke nak jumpa yang jujur?
yang betul2 sayangkan kita?
yang boleh jaga kita?
yang xkan tinggalkan kita bila kita perlukan dia?
ahhh! mungkin betul, sendiri tu lebih baik

aku yakin

mungkin..aku bukan sempurna
aku juga tidak mampu memberi kau sebuah kehidupan
yang menjanjikan kemewahan

namun, Izinkan..
insan kekurangan ini
menjaga dan memeliharamu penuh kasih

manusia sering memungkiri janji
maka aku tidak mahu membuat janji padamu

namun, aku yakin aku mampu membahagiakanmu
dan memberi kau sebuah kehidupan yang bahagia

jika kau terluka
aku akan membalutnya dengan rela

jika kau menangis
aku akan menyapu air mata itu

jika kau bersedih
aku akan meminjam bahuku untukmu

dan aku akan selalu ada untukmu...

kita sama tapi tak serupa

bukan soal hati
tapi soal kemanusiaan

mengata,menuduh,mengadu domba sesuka hati
apakah tiada simpati atau perasaan dihati

cuba kau tanya diri mu
apa perasaanmu jika kau diperlakukan begitu

kau aku kamu dan dia dia
diciptakan dari sesuatu yang sama

tapi kerana seketul daging yang ada dalam diri kita
maka kita berbeza-beza

jika kita tak mampu memberi kebaikan pada insan lain
janganlah kita mendatangkan keburukan

Friends





Rumah indah itu..

Kebosanan hari ni, membuatkan kaki aku laju melangkah keluar rumah untuk menghirup udara segar. Dalam leka menikmati keindahan alam. mata aku terpaku pada keindahan sebuah rumah yang tersergam indah..

"cantik, persis istana raja" bisik hatiku..aku hanya memandang dari jauh. lalu aku teruskan perjalanan yang terbantut.

sejak hari itu, aku sering melewati dihadapan rumah indah itu.. seperti ada kuasa megnet. tarikannya memukau aku.

suatu hari, aku putuskan untuk mengenali siapa pemilik rumah indah itu. aku ingin mengetahwi apa rahsianya hingga rumah itu menjadi begitu indah.. sehingga aku tertawan dan tertarik..

Ting Ting Tong...
ahhh! penat aku menekan loceng.. tuan rumah ni buat dek je.. salam? dah letih rasanya suara ni menjerit.. hampir sejam aku menunggu..

akhirnya, kelihatan seseorang dihadapan pintu, dia menjawab salamku dengan nada yang lembut dan mengukir senyum padaku.. namun, pintu rumah masih berkunci..

"cantik rumah ni, sehingga saya tertawan.." kataku pada yang empunya rumah.

"bukan mudah untuk membina sebuah rumah yang mampu membuat hati org yang melihat tertawan." jawab "Dia" sambil tersenyum.

"boleh saya masuk? untuk melihat apa lagi keajaiban yang boleh saya kagumi?
." pintaku. dia tersenyum sinis dengan permintaanku.

"maaf! saya tidak akan mengizinkan org yang tidak dikenali memasuki mahligai saya." balas "Dia" dengan sopan.

aku akur dengan jawapan "Dia" lalu aku pulang ke rumah..puas aku berfikir bagaimana caranya untuk aku memasuki rumah itu.

esoknya, aku datang lagi.. tapi aku hairan.. kali ini rumah itu terkunci rapat disertai mangga. tetapi jendela rumah terbuka.

aku menjerit memanggil tuan rumah. akhirnya aku lihat dia keluar di jendela.

"masuklah." pelawa dia. aku mengerutkan dahi. macam mana aku nak masuk sedangkan rumah bermangga dari luar. seperti memahami isi hatiku "Dia" bersuara lunak..

"bukalah, kunci rumah ini ada pada awak..cuma awak kena berfikir bagaimana untuk membukannya." aku garu kepala dengan kata2 dari dia. kunci ada pada aku? mana?

aku pulang kerumah.. puas aku berfikir sehingga hangit, namun, aku hanya menemui jalan buntu.

akhirnya, aku memutuskan, untuk mengagumi keindahan rumah itu hanya dari luar, jika aku diberi kesempatan pasti aku berpeluang untuk melihat keindahan di dalamnya.

maka, sejak hari itu, aku hanya melihat dari luar tanpa meminta kebenaran lagi untuk memasuki mahligai indah milik dia. aku hanya bersembang dan mengenali "Dia" dari luar. begitulah rutin harian ku.. aku menemani "dia" melalui tembok rumah yang memisahkan. namun ia tidak menghalang aku untuk menjalinkan hubungan mesra dengan pemilik rumah indah itu.

suatu hari, aku lihat pintu rumah itu tidak berkunci lagi. aku hairan, lalu aku bertanya pada "Dia".

"kenapa rumah tak berkunci lagi? dia tersenyum dengan soalan ku.

"sebab saya nak awak masuk ke dalam mahligai saya, dan melihat isinya sepertimana yang awak inginkan." balas dia.

"tapi kenapa?" soal ku lagi..

"kerana, saya lihat ada sinar keihklasan dimata awak, kesungguhan dari perbuatan awak, kepercayaan dihati saya terhadap awak. sebab itu saya izinkan awak untuk memasuki mahligai yang saya pelihara dengan baik selama ini." jelas "Dia" dengan senyuman sejuta makna.

aku tersenyum puas.. memang itu yang aku harapkan. aku takkan lepaskan peluang ini. aku akan hargai kepercayaan dia sepenuhnya..

sesungguhnya.. rumah itu.. adalah Hati milik sesorang yang aku kasihi.. dan dia adalah seseorang yang aku cintai.. sukar untuk memiliki hatinya yang membuatkan aku tertawan.. tetapi keihklasan dan kesungguhanku melunturkan egonya sebagai seorang insan.. rumah itu kini milik ku..

-DrGile-

tak sengaja

Maaf..
tak sengaja kaki ini melangkah ke atas pentas hidupmu
tak sengaja juga, aku menjadi watak yang tak diundang

Kekok dengan mata yang memandang
aku putuskan untuk pergi

tapi erat kau genggan tanganku
dan meyakinkan bahawa aku bukan tersalah melangkah

tetapi takdir telah tertulis bahawa aku akan menuju
dalam kehidupan mu..

kau katakan.. aku adalah sebahagian dari dirimu
jika aku tiada.. kau sepi dan hampa...

kau bijak dalam memenangi hatiku
sering aku rebah dalam pangkuan pujuk rayumu

Biar hati dihambat marah..
kau berjaya melembutkan ia menjadi setenang air

kerana langkah yang tidak ku sengajakan ini
aku terlanjur menyanyangimu..

saat ini, sukar untuk aku
berpaling lagi kerana aku sudah terlalu sayang

Monday, March 16, 2009

Tapi..

aku cuba jadi seindah 7 warna pelangi
tapi sayang aku hanya awan senja

aku cuba mendaki 7 gunung didunia
tapi sayang tubuh ku terlalu kecil untuk kesana

aku cuba menghiasi malam dengan 7 cahaya bintang
tapi gelap malam terlalu kelam

aku cuba meghadiahkan 7 senyuman
tapi ada berjuta wajah yang kesepian

aku cuba..cuba.. dan terus mencuba...
tapi..TAPI!! MENJADI MASALAHNYA...

kerana ada TAPI..
maka impian ku tidak menjadi..

Bestnye..

bestnye..bila kite kena buli dia dtg bekap kite
dia marah org tu sampai kite ketawa

bestnye.. bila kite menangis dia peluk kita
dia bagi kite kata2 semangat penguat jiwa

bestnye.. bila kita ada masalah
dia selalu ada tepi kite

bestnye.. bila kita gembira
kita boleh kongsi semuanya dengan dia

bestnye.. bila dia selalu kata syg kite
dan kite bebas untuk kata kat dia "syg awak juga"

bestnye..bila dia sedih
kite org p`tama yang pujuk dia

bestnye..bila dia susah
kite org p`tama juga yang akan tlg dia

bestnye..kalau dia hanya milik kita
sebab kite xnk kongsi dia dengan sape2..

besnye..kalau dia ada..
tapi sygnya..kite tak tahu dia sape..

senja

Senja..
menjelma..
bersama kegelapan malam
diiringi iringan suara azan

senja..
apakah kau datang bersama malam yang indah?
atau malam yang gelap gelita tanpa secalit cahaya?

senja..
jika ada duka dibalik tiraimu
basuh ia dengan air hujan yang mencurah

namun jika.. kau datang menyimbah cahaya
terbuka sejuta tangan menyambut kehadiranmu

yang pasti.. kau juga makhluk tuhan seperti aku
bersama kita saling membantu

dalam mencari redha yang satu..

Tidurlah sayang..

Saat aku terjaga dari lena
aku lihat sekujur tubuh yang aku cintai
lena didadaku damai seperti tiada apa yang menganggu fikirannya
lalu, aku peluk tubuh itu dengan erat
biar malam ini dia lena dalam pelukanku

ada sejuta perkara yang aku ingin dia tahu
ahh!! dia terlalu istimewa
kerana dia, aku mengenali erti sebuah cinta
dan kerana dia aku dikurniakan cahaya mata
dia anugerah yang terindah buatku..
esok! aku akan luahkan segalanya..
aku ingin dia tahu..
tanpa dirinya.. aku lemah..
tanpa cintanya.. aku kalah..
dia adalah jiwaku..

aku ingin mencium dahinya penuh kasih
mengucup kedua matanya dengan bibirku
dan aku ingin memohon maaf
pada dia satu2nya kekasihku
bahawa aku pernah mencurangi cintanya
aku pernah meyanyangi insan lain selain dia
tapi apakan daya... bukan kehendakku..
tapi.. aku lemah dengan godaan cinta yang sementara
sehingga aku terlupa..dialah cinta ku..

Dia tidak pernah mengeluh dengan kerenahku
tidak pernah marah biar letih dengan anak2ku
dia terlalu sabar dan tabah
aku yang bersalah..

sayang..
biar beribu cinta yang datang
kau tetap yang teristimewa
tiada yang dapat menggantikan tempatmu dihatiku
izinkan aku, menebus segala dosa lalu
dengan menyintai mu sepenuh hati
menjaga dan membelaimu penuh kasih

Tidur lah sayang..
aku akan selalu ada disisimu..

ooo.. mama..

ooo.. mama..
lihat papa..
dia main kayu 3
papa kata
mama dah tua
dah takde rupa bunga
pinggang tak ramping macam serengga
papa nak anak dara
dia nak kelihatan muda

ooo..mama..
cepat! goda hati papa
jangan biar papa
terlepas ditangan anak dara
tunjukkan kehebatan mama
biar tua tapi masih bergaya

000..mama..
xperlu pakai bedak setebal gunung
gencu semerah darah
hanya..
tawan dengan keikhlasan budi
kecantikan peribadi..

semoga berjaya mama...
untuk menawan kembali hati papa...

aku hanya bermain..

Jangan kau berani
untuk mendekati aku
pasti aku kan membunuhmu
pergilah..
kerana kau bukan sainganku
kau hanya cinta sementara
aku hanya ingin bermain
jangan tersentuh dengan cintaku
semua hanya palsu
pergilah..
jangan menuntut
apa yang pernah aku janjikan
kerana aku hanya membuat janji palsu
kini aku ada dia
cintamu tidak sedikit pun
menyentuh hati ku
pergilah...
pergilah...
jemu aku mendengar namamu
benci melihat wajahmu
maafkan aku...

Thursday, March 12, 2009

Duhai rindu..

Duhai rindu..

aku tahu
kau adalah anugerah buatku
tapi kenapa duhai rindu?
hati ku sesak denganmu

Duhai rindu..

apa tujuanmu?
mengusik2 hatiku..
cemburukah kamu
dengan ketenanganku
hingga kau memasuki hatiku
dan membuatkan aku jadi tak tentu

Duhai rindu..

Pergilah sayang..
aku tak mampu
menanggung bebanmu
katakan padanya
benar aku rindu..

salam ukhuwah..

di akhir cerita ini
biarlah semua gembira

jangan ada yang menitiskan air mata
kerana aku tak biasa..

aku takut..
jika air mata menjadi teman

kerana ia bisa memakan jiwa kecil ini
hingga terluka dan kecewa..

Biarlah kehidupan biasa ini
membuat aku tersenyum

jangan lah diusik hati ini
aku hanya berjalan sendiri

tanpa menuju batu pada sesiapa
aku hanya ingin membina

sebuah kehidupan
dari kegagalan lalu

jika tak mampu menjadi teman
jangan lah menjadi lawan

salam ukhuwah..

saja suka-suka

Kalau diri papa kedana
jangan berangan nak jadi raja
kalau rasa diri tak sempurna
muhasabah diri setiap masa

wajah cantik nan jelita
pujaan para teruna
apa guna cantik gila-gila
kalau perangai macam hantu raya

biar susah nak makan
tapi cuba untuk cari makan
daripada susah dalam kehidupan
tapi tak pernah berusaha untuk masa depan

jangan rasa diri hebat
kalau setakat pandai berdebat
hidup harus sepakat
baru membawa berkat

hanya kata dari budak biasa
sekadar nak buang masa
jangan ambil hati dan terasa
saja suka-suka.. kehkehkehkeh..

Merpatiku..

Merpatiku..
10 tahun dulu
aku lihat kau disitu
aku terpesona dengan gerak langkahmu
saat itu, aku selalu menjadi pemerhati yang paling setia

Dan saat itu juga
menjadi detik yang pertama
aku hidup dalam dirimu
tanpa kau mengenali aku

jika kau tahu
selama ini aku lah pemujamu
pasti kau akan menghargai
setiap apa yang pernah aku lakukan

namun, kehadiranku bukan untuk dihargai
hanya mengasihimu dari jauh
sudah memadai..
1 yang ku tahu
aku ingin selalu melihat
ada senyum dibibirmu...

Sunday, March 8, 2009

Hidup..

Hidup.. jika untuk hilai tawa
balasannya tangisan disana

Hidup.. jika hanya mencari harta
apakah harta mampu menolong kita?

Hidup.. jika hanya mengejar dunia
apakah dunia akan digendong ke syurga?

Hidup.. jika hanya mengadu domba
mampukah menanggung siksa?

Hidup dengan iman dan takwa
pasti balasannya adalah redha allah

Saturday, March 7, 2009

aku yang alpa...

Aku terlupa..
bahawa dia kiriman allah

Datang Bersama ujian
untuk menguji sejauh mana kesabaran

kerana kealpaan itu
aku marah pada takdir yang tertulis

ini bukan bala..
tapi kemanisan iman

aku yang leka
maka aku kalah dikaki nafsu amarah

terhampar luas bertapa nipis keimanan diri
terlihat bertapa rapuh kesabaran ini

dapat aku simpulkan..
bahawa peperangan yang paling hebat dan dahsyat

bukan dengan insan..
tetapi dengan nafsu yang hidup dalam diri

aku terlalu alpa..
aku tewas dalam mempertahankan kesabaran

ya allah..
jauhkan aku dari penyakit amarah
tenangkan aku dengan zikrullah

Biar seribu suara
mengancam jiwa kecil ini

tutupkan mata dan jiwaku
dari mengambil kesah

Jauhkan aku dari kejahilan
tetapkan hatiku dengan al-Quran

di penghujung jalan..
biar persimpangan payah ini

membawa aku kearah
hidup yang bahagia di sana nanti
amin...

Friday, March 6, 2009

masa

Masa yang semakin pantas
sejam umpama sesaat yang berlalu

kita harus bijak menyusun masa
agar masa tidak berlalu sia-sia

gerak masa bukan seperti dulu
laju roket yang berlalu
laju lagi pintasan masa
oleh itu, laju kan langkah
agar gerakan seiring bersama masa

hakikat masa..
semakin tiada
tapi kealpaan kita
membuatkan kita terlupa
bahawa kita berada dipenghujung masa...

salam sayang..

terlahir seungkap kata
bukan untuk menghiris jiwa

terbentang 1000 bicara
bukan untuk menyakitkan mata

hanya bicara kosong
dari jiwa seorang wanita biasa

bukan untuk menggugat jiwa sesiapa
hanya meluangkan masa yang tersisa

salam sayang...

biar...

biar bicara ini
menjadi perantara antara kita

walau masa, jarak dan waktu
menjadi tembok penghalang
kasih ini xpernah hilang
selamanya kau ku sayang

biarkan juga kasih ini
hanya untukmu..

biar ada ribut taufan
datang melanda..
aku xpernah goyah
untuk berpaut ditanganmu..

ikrar janji kita..
biar kita kota bersama
menjadi bukti teguhnya
kasih yang terbina

biar pernantian ini berakhir
dengan senyuman dibibir kita..

satu bicara



Salah berbicara
terkena sumpahan manusia
salah dalam berkata
dibenci selamanya

kata indah hiasan mata
kata dusta penyakit jiwa

jika bijak menyusun kata
jadikan seperti lukisan permata
bukan bingkisan cerca
atau bicara yang tiada harga

satu bicara
mampu meruntun jiwa
tapi bukan bicara gila
yang membuat hati lain terluka

-end-

Thursday, March 5, 2009

titiskan air matamu..



Jangan lihat matahari yang terbenam
lihatlah bulan yang sedang menjelma untukmu

jangan menangis bila bintang tiada
kerana dia sedang mengumpul cahaya untuk buat kau tersenyum

jangan marah dengan panas membakar
kerana sebentar lagi hujan akan menemanimu

jangan marah dengan kata nista
kerana ia mencerminkan siapa dirimu

jangan marah dengan penipu
kerana dia mengajar erti kehidupan kepadamu

namun...
jika kau ingin menangis kerana sesak yang tertanggung
titiskan air matamu tanpa malu..
kerana dia akan memberi jawapan bagi setiap hela nafas yang tersekat..

payah&mudah



Lelah jiwa ini melangkah
berjalan atas titian payah
disimpang penuh riuh rendah
dibelakang sejuta kesah

Harus melangkah
Haram mengalah
yang payah itu indah
yang mudah itu helah

pen dan kertas



cinta itu asyik..

Jika kau bijak mengelola cinta
cinta akan membawa kau kearah sinar
namun, jika kau terlalu asyik dengan cinta
kau akan hanyut di bawah arus kehancuran

jadikan mata hati sebagai penghulu cinta
kerana cinta tidak pernah bermata..
cinta boleh membawa ke syurga
namun cinta juga boleh menempah tiket ke neraka

cinta dengan iman dan takwa
kau akan jumpa erti sebuah kenikmatan
cinta dengan nasfu amarah
kau akan jumpa sejuta keaiban


cinta dan manusia..
umpama pen dan kertas..
hanya kau yang mampu mencoretnya
menjadi coretan indah atau coretan sampah!

Sunday, March 1, 2009

semalam... dan hari ni...

seindah semalam
aku melangkah
indah lagi langkah hari ini
bila semalam mengundang tangis
hari ini buat aku tersenyum..
biar badai semalam datang melawat
hari ini hujan datang bersama rahmat
semalam bicara songsang
hari ni bicara berbunga mesra
ahhh! semalam y suram
namun hari ni, datang cahaya terang..
syukur pada ilahi...

siapa ye?

seperti pernah ku lihat
tapi dimana?
seperti pernah ku kenal
tapi siapa?
wajah serupa
gaya sama
tapi entah siapa2..
bukan alasan untuk mengorat
tapi rupa seperti biasa dilihat
nak tegur..
tapi takut termalu..
lalu aku biarkan dia berlalu..
jika esok berjumpa lagi
mungkin tardirnya denganku...
wawawawa...

Follow Post Terbaru Dari Kami