Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Thursday, August 25, 2011

Syaitan


Bismillahirrohmanirrohim. .  .

Sedikit kelapangan masa yang allah berikan kepada saya seketika waktu ini, saya ambil kesempatan untuk berkongsi pengetahuan bersama sahabat2 yang dikasihi allah.. yang saya petik dari buku arwah abah saya Ustaz Ghazali Bin Hasbullah yang bertajuk “Syaitan” sesungguhnya ilmu itu milik allah.. hanya allah yang berkuasa memberikan pada sesiapa yang dikehendakinya. Ilmu dunia itu normal.. namun untuk mengetahwi ilmu akhirat itu sangat sedikit golongan yang memperolehinya.. semoga sedikit perkongsian ini ada manfaatnya… “ berikan sedikit masa anda untuk mengetahwi apa yang belum kita ketahwi….” . 

Syaitan. . .    
                                                             
Saya percaya, tiada siapa yang tidak pernah mendengar nama SYAITAN. Tapi adakah kita cukup mengenali siapakah sebenarnya SYAITAN? Yang menyeru kita ke arah jalan neraka? Ke arah maksiat? Dan ke arah jalan menyekutukan allah? Maka, disini saya lampirkan sedikit latar belakang SYAITAN.

1.       Nama sebenar : IBLIS
2.       Nama gelaran : SYAITAN
3.       Nama sebelum di laknat allah :  A`ZAZIL
4.       Tarikh lahir : SATU TAHUN SEBELUM PERINTAH SUJUD KEPADA NABI ADAM
5.       Jantina : JANTAN & BETINA
6.       Status : BERKAHWIN & BERANAK
7.       Bangsanya : berupa ULAR, KALA, ANJING, BERSAYAP TERBANG DI UDARA. BERMUKIM & BERPINDAH.
8.       Warga Negara : DUNIA
9.       Agama : KAFIR
10.   Alamat tetap : neraka jahannam
11.   Pekerjaan : menyeru pada kemungkaran & kerosakan
12.   Tempoh pekerjaan: HINGGA HARI QIAMAT
13.   Modal kerja : MENIPU
14.   Perangkap : WANITA
15.   Tempat kediaman : TANDAS, PERIGI LAMA, RUMAH TERBIAR, KUBUR.
16.   Tulisan rasmi : TATU DAN GENCU DIBIBIR WANITA…. : )
17.   Kesukaan : MENGUMPAT, MENGHASUT DAN MENCARI KEBURUKAN ORANG LAIN.
18.   Tempat hiburannya : ANTARA CELAH PEHA PEREMPUAN
19.   Tempat melepaknya: DI HATI ORANG YANG LALAI
20.   Rumah rehatnya :DI LUBANG HIDUNG ORANG YANG TIDUR TANPA BERWUDUK
21.   Kelemahannya : ORANG YANG BERIMAN DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH.
22.   Tempat tumpangan : DIBULU KETIAK YANG PANJANG, MISAI YANG PANJANG, DAN DI BULU KEMALUAN YANG TIDAK BERCUKUR.
23.   Di luar kemampuannya : MENGETAHWI ALAM GHAIB, MENYERUPAI NABI MUHAMMAD (S), MENEMBUSI LANGIT, MENEMBUSI BUMI
24.   Amalan yang disukai : GAY DAN LESBIAN
25.   Majlis kesukaan : PASAR, BERJUDI, MENYEMBAH BERHALA DAN BERTENUNG NASIB
26.   Musuh utama: NABI MUHAMMAD (S), PEMIMPIN YANG A`DIL, ORANG YANG TAWADU`, PENIAGA YANG JUJUR, ORANG YANG KHUSU` SOLATNYA, ORANG YANG MENGIRATKAN SILATURRAHIM, ORANG YANG BERTAUBAT, ORANG YANG SENTIASA BERWUDUK, ORANG YANG BANYAK BERSEDEKAH, PEMBACA AL-QURAN.
27.   Paling di takuti : AL-QURAN, ZIKRU LLAH, MASJID
28.   Orang yan paling dibenci : ORANG YANG SELALU BERZIKIR
29.   Paling ia Sedih : ORANG YANG BERTAUBAT
30.   Isteri Syaitan : WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT
31.   Kekasih utama: ORANG YANG LALAI MENGINGATI ALLAH
32.   Anak-anaknya: ORANG YANG MENIPU DALAM BERJUAL BELI, ORANG YANG SUKAKAN MAKSIAT, ORANG YANG MENYERU REMAJA MELAKUKAN KEMUNGKARAN
33.   Cucu syaitan : ANAK YANG DERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA
34.   Tabiat semula jadi : BERCAKAP, BERLETER, BERDENDAM, GOPOH GAPAH, BOROS, BERGADUH,

BENTENG PERTAHANAN DIRI DARI DI RASUK DAN DIPERDAYA OLEH SYAITAN LAKNATULLAH.

1.       Bersungguh2 pada menjauhi sekalian maksiat yang disukai oleh syaitan
2.       Bersungguh berbuat taat kepada allah
3.       Bersungguh berbuat kebajikan yang di redhai allah
4.       Tinggalkan semua perkara yang mengikuti orang kafir kerana syaitan itu adalah kafir
5.       Segera bertaubat dari segala dosa dengan allah dan sekalian makhluk
6.       Banyakkan berzikir “ LA ILA HAIL LA LLAH” 100 kali sehari semalam
7.       Banyakkan membaca “ AU`ZUBILLAH HI MINAS SYAITON NIR ROJIM.”
8.       Memelihara waktu solat
9.       Menutup aurat
10.   Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan
11.   Berkawan dengan orang yang soleh, ulama`, orang yang bertakwa dan ahli ibadah
12.   Jauhi dari bergaul dengan orang kafir, munafik, fasik dan orang yang rosak akhlak
13.   Berzikir dan membaca al-quran
14.   Qiamul lail
15.   Bersedekah dan berbuat kebajikan
16.   Menuntut ilmu

Setakat ini dahulu yang dapat saya kongsikan.. insyaallah… di lain kelapangan saya akan kongsikan sediki pengetahuan hasil penulisan daripada arwah abah saya dari beberapa petikan dari buku-buku beliau. Insyaallah. 

Sebarang kesilapan saya mohon kemaafan diatas kejahilan saya.. 

“ kamu mengejar dunia… mati memburu kamu. . . .”  -ustaz Ghazali Hasbullah-

Tuesday, August 23, 2011

biarkan aku berbicara sendiri. . .


Dalam kemerlapan cahaya bulan di atas sana
aku termenung di satu sudut bumi
yang tertulis untukku bernaung disini
aku masih begini
dalam 1 kehidupan yang sederhana
namun, cukup membuatkan nafasku sekata
menungku bukan kerana duka
bukan juga kerana lelah
tapi kerana rasa syukur di atas kebahagian yang tidak terhingga ini
aku bukan bangga
apetah lagi lupa diri
namun, rasa untuk menghargai
membuatkan pesona ku hanya untuk melakar memori
biar ada suara yang menggoncang hati
ada mata yang termual sendiri
selagi aku tidak menyentuh rasa yang tidak enak di hati insan lain
maka biarkan aku berbicara sendiri
kerana nokhtah kecil ini
akan menjadi lakaran rindu buatmu~
 


Saturday, August 20, 2011

Jika esok bukan milikku lagi~



Aku hanya lah si hamba
menumpang disudut bumi yang sementara
Aku mengembara diserata kehidupanku
Menjadi titik permulaan dan pengakhiran satu kehidupan
Dimana dan bila terhentinya pengembaraanku
Hanya allah yang tahu. . .
Kerana tiada hujahnya untuk aku berhujah
Bila waktu itu akan tiba~
Namun, selagi allah menginginkan untuk aku berada di bumi yang semakin tua ini
Maka, aku akan terus berjalan dan bernafas di atas izinnya. . .
Aku bukanlah si kecil lagi
Untuk aku terus bermain dan alpa dengan perjalanan hidupku
1 misi yang termaktub sejak azali
Adalah memperhambakan diri kepada yang maha mencipta
Namun, aku adalah di antara yang gagal
Untuk menepati apa yang harus aku tepati
Demi sedikit masa yang masih tersisa
Pengharapan ku adalah mencari redha “nya” dan redha suamiku
Yang selebihnya. . . aku serahkan pada allah.
Semoga di akhir perjalanan ku disisi hamba-nya yang dikasihi dan beriman
Buat yang pernah mengenaliku. . .
Sejuta kemaafan diatas rasa yang pernah hadir ketika mengenaliku
Aku hanyalah si naïf. . .
Dan jika esok bukan milikku lagi
maafkan setiap kesilapanku
Tentang hari esok. . . siapa yang tahu. . . : )
Entahkan Ramadhan yang terakhir
Entahkan hari yang tiada bernafas
Selamat hari raya yang bakal menjelang

Peace~

Dari
Anak bungsu abah. . . 

~pegeon~

Tuesday, August 16, 2011

Rindu sokmo dehhh. . .



Seteguh mana pun diriku
Masih goyah tatkala rindu mengoncang hati

Sekuat mana pun aku
Masih lemah disaat wajah-mu meliar difikiran

Hanya doa pengubat kerinduan
Gurau senda menjadi teman

Walau berat menongkah hati dengan perpisahan sementara yang termaktub
Namun, aku redha diatas tanggungjawab dibahu-mu

Usah resah diatas penerimaanku. . .
Kerana aku telah berjanji pada diri
Untuk menjadi kekuatan dan penenang dirimu~

Usah gusar saat tidak mampu memenuhi keinginan duniaku
Kerana aku bukan ingin dimanja dengan harta

Saat bila dirimu sangat mengenali diri ini
Maka saat itu. . . kau akan tahu permintaan kecilku hanya sebuah pengertian~

Kuatkan hati mu
Kerana allah telah mengukur kemampuan yang ada pada dirimu dan diriku

Tentang hari esok. . .
Aku serahkan pada ketentuan ilahi

Namun, hari ini aku hanya ingin menyintaimu kerana allah
Hanya ingin menjadi kekuatan buatmu~

Biar dunia marah dengan rasa cintaku
Biar dunia cemburu pada rasa kasihku

Hanya satu yang aku tau
Disaat aku ditakdirkan menjadi isterimu~

Ada Deqyah kesah apa orang nak kata?
Hihihihihihi . . . .

Peace~  {sape suruh bace. . . kikiki } mood jiwang . . . 

pistttt. . .  tak sampai sehari abg balik jb. Sayang dah Rindu abg  . . . 
 
 abang. . .
~jangan lemah ea dengan gelombang emosi, jangan keget dengan setuasi. . . hadapi dengan senyuman. 

Dari isteri abg yang pemalu~ heeeeeee. . .

Friday, August 5, 2011

terima kasih abg~


 
semalam aku dikejutkan dengan kehadiran halilintar
rupanya allah ingin berikan aku khabar gembira
bahawa hari ni ada seorang pendamping yang akan membahagiakan aku
hadir dia membuatkan aku lupa tentang badai kehidupan
senyuman dia cukup membuatkan aku rasa selamat
ya allah~
kekalkanlah rasa kasih ini hingga ke syurga
aku ingin membahagiakan dia
berkongsi segala suka duka
dan menjadi penenangnya dikala gurauan kehidupan menyentuh hatinya
abg. . .
syg bukan wanita yang sempurna
tapi insyaallah.. syg akan belajar menjadi diantara yang sempurna
untuk abg... suami syg yang tercinta...
andai ada kekurangan dan kebodohan syg selama kita bersama
syg mohon kemaafan
dimata syg. . 
abg cukup sempurna...
selagi allah mengizinkan syg disisi abg
selagi itu syg akan membahagiakan abg...
love u forever
insyaallah.... :)
terima kasih ea jadi suami syg. .

Follow Post Terbaru Dari Kami