Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Saturday, April 30, 2011

Emosi Gila


Malam ni. .
bintang takde untuk aku curi sebagai teman
bulan pun tak muncul untuk aku mencuri pandang
yang ada. . . cume rasa sunyi yang membelengu hati
rasa tak puas hati pada jiwa yang berselerak

angin yang selalu sejuk
menyapa tubuh penuh mesra
malam ini seakan dingin dan hampa

Hujan yang selalu mengusik diwaktu aku on9
membuatkan aku berlari anak mencari tempat berteduh
langsung tidak bertandang

Bunyi unggas dan berok hutan marah disekeliling aku
juga seakan bersepakat
senyap! seperti aku sendiri

ahhh!!
kalut jiwa kecil ini memikirkan
rumit dengan setuasi
sangsi dengan keputusan
hilang dalam kenyataan
ilusi yang bermain dalam fantasi
lemas! lemas!
di mana agaknya pelampung aku bersembunyi??

ya allah. . .
jauhnya. .  aku mengelamun
lupakah aku. .
setiap rasa yang indah dan rasa luka yang singgah dalam kehidupanku
adalah tarbiah darimu. .
maafkan aku diatas sedikit keluh dan runsing yang mengusik emosi


Friday, April 29, 2011

Cerita Hari Jumaat

Semalam tido lewat sangat
terbalik ke kiri, ke kanan, terlentang. menerap
but mate still terbuka
sampai kul 5am
kul 6.30 terjaga. . sebab ada hamba allah sms
subuh!!!!
aiyarkkk!
hujan memang lebat gile
sedap je tido
nyway. . thanks sgt kat hamba allah tu
semoga allah permudahkan segala urusan dia
hakikatnya. .
aku xkenal dia. dia pun xkenal aku
tapi syukurlah, allah bukakan hati dia untuk sms aku subuh2
kalau tak . . adehhhh. .
bangun tido. . terus gi blk air amek wudu`
chek baby y aku jaga. . tembus ke tak dia nih
adehhhhhhh. .  tembus!
semalam sebelum tido aku dah tuko pampes dia
still tembus?
terdetik dalam hati aku "ahhhh! geramnye. . ."
cepat2 aku pujuk hati aku
"sabar deqyah. . ni baru anak org. nanti klo ko kawen. ade anak.. sorg or 2.. or 3. . mcm mane lak? xkan ni pun nak melenting.. cool! cool! hadiah di pagi jumaat" . aku memang pakar bab pujuk hati. so! small matter.
aku solat. . wirid ringkas. gi kat baby. . korek2 idunk dia. main2 telinga dia. sampai dia jaga. ehehehe. waktu y paling syok. . sbb ini waktu dia akan marah2. . weeeee!
cian baby. . tapi nak wat mcm mane
dia kencing tembus
nak atau tak. . tetap kena bersihkan dia
seb bek aku lapik tempat tido dia ngan toto tebal
so! xdelah kena tilam cute aku tu. walau pun sebelum ni tilam tu memang telah dirasmikan dengan air tencing dia. adehhhhh. . seb bek baby. . kalau bapa baby. . pang! pang! pang!
ahahahahaha. . 
so! hari ni tilam aku selamat.
pas bersihkan segala yang terkena najis
aku watkan baby susu
aku baring sebelah dia
aku polok dia
dia polok aku
assseyyyy! bukan baby je tido
dengan aku2 sekali hanyut
sedo2 je kul 11am. .
tengok baby. . 
ayyarkkkkkkkk!!!
tembus lagi???????
ngan toto selimut aku pun kena
sekali ngan tilam cute aku??
lame aku dok termenung. .
adehhhhh. . " mase tu gak terfikir..."
padan ngan muka aku
tadi dah bangun gi tido balik wtpe. ..
huwawawawawa!!
angkat baby. . menangis2 dia kena kaco kali kedua
sorrylah baby. . 
"jaga baby. . memang ajar aku erti kesabaran.."
nyway. .  terubat rasa hati. . bile pas mandikan baby
dia polok and ceom aku
den memang lomahhhh! klo kena polok ngan ceom
pandai main politik baby nihhhhh
adehhhhh..
pas bersihkan tilam and  apa y patut
gerak gi umah mak
basuh 2 toto
bagi baby makan
layan tv sambil tunggu toto siap
petang kirim kat mak pampes PETPET
harap malam nanti baby tak tembus
penat cikit hari ni. .
lagi2. . bile nak balik umah kena daki bukit
sebelah kiri pegang tangan baby
sebelah kanan pegang toto ngan beg
dah mcm mak org aku nih
lalu depan plaja2  lelaki  lak tu
lantak kat kome lah nak kate aku apa pun
yang penting! hidup harus COOL!
wink wink wink wink!
sampai umah tangan aku menggigil
sebab letih daki bukit ngan baby and barang
adehhhh. . my sweet home ( tinggi bebeno)
nyway. . pas baby ni beso. . dia kena kawen ngan anak aku
itu pun klo aku kawen. . . kehkehkehkeh

Sedih. . .


Wednesday, April 27, 2011

Jika. . .



Aku bukan seorang wanita yang sempurna
tapi aku mengharapkan ada yang menyempurnakan aku

Bukan dengan harta
bukan dengan memuji rupa
bukan juga dengan ayat-ayat cinta
cukuplah kenalkan aku dengan yang maha esa
dengan agama islam yang mulia

Jika. . . aku terlanjur dalam perbuatan
janganlah! ajar aku dengan kekasaran
kerana jiwa halus ini akan tersalah tafsiran
bentuk aku dengan kasih sayang dan kelembutan

Tips Sentiasa Ceria


Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Saturday, April 23, 2011

Jangan jadi Orang Bodoh


Orang bodoh
selalu dipersenda
Orang bodoh
selalu diketawa
Orang bodoh
selalunya, tidak dihiraukan sesiapa
Orang bodoh
pendapatnya tidak diambil kira
Orang bodoh
ibarat tin kosong yang tiada harga
Belayarlah. . mencari ilmu
dan ubahlah nasibmu. .

Corat coret saye. . .


Jangan salah memilih kawan
kelak kamu akan menjadi syaitan
pilihlah kawan yang beriman
balasanmu sejuta kebaikan

Kehidupan ini ibarat belayar ditengah lautan
pelayaran yang telah berjaya dilepasi
seperti semalam yang telah pergi
pelayaran dihadapan
seperti esok yang belum pasti
kapal yang sedang dinaiki
ibarat hari ini

syukur itu seperti menabur benih sebuah pohon
Riak itu sepeti menuang setitik nila
di dalam susu sebelanga

jadikanlah malu
sebagai pakaian menutup aurat
jadikanlah nasihat
sebagai pelampung sebelum lemas

apabila kamu ingin menyanyi
jadikanlah zikir sebagai nyanyianmu
apabila kamu ingin mendengar lagu
jadikanlah al-quran
sebagai dendangan halwa telingamu

Berhati-hatilah dengan kawan yang sering memberi pujian
kerana disebalik pujian ada sesuatu yang diingini
janganlah kamu membenci kawan yang sering memberi teguran
kerana disebalik teguran ada kebaikan yang tidak diketahwi

menjadi jahat ibarat mengenyit mata
menjadi baik ibarat menunggu hari tua
maka berhati2 lah dengan setiap tindakanmu


ikhlaskan hati

Ku menabur budi
bukan mengharap puji
hanya ku ingin redha ilahi

hidup ini hanya sementara
apa yang ada pada diri kita
hanya pinjaman di dunia

mari saling membantu
bagi yang memerlu
jika tiada wang cukup dengan tenaga dan waktu

usah! mengharap balasan
atau penghargaan
iklhlas! kerana allah pasti akan dibalas kebaikan

itu pun nak kena bagitahu ke???

Jangan becinta dengan orang gila
Nanti sakit kepala masuk hospital sakit jiwa
Jangan bercinta dengan bujang tak berkerja
Nanti duit habis dikebas dia
Jangan bercinta dengan si duda
Kalau tak mahu ada anak segera
Kalau rela terjah saja
Segera dipanggil papa mama
Bercinta! Bukan susah
You love me
I miss you
Dating hujung minggu
Habiskan gaji aku untuk kamu
Orang kutuk buat tak tahu
Yang penting bercinta
Habiskan masa buat dosa
Nak kena lempang agaknya
Percuma ajeeee. . .
Kalau dah suka! Jumpa ibu bapa
Tak payah nak bermuka-muka
Ada ongkos! Pinang saja
Kalau tak ada
Balik rumah.. berkerja!kumpul duit sampai cukup masa
Itu pun Deqyah nak bagitahu ke???
ehehehehehehehe
Peace~~

itu pun nak kena bagitahu ke???

Jangan becinta dengan orang gila
Nanti sakit kepala masuk hospital sakit jiwa
Jangan bercinta dengan bujang tak berkerja
Nanti duit habis dikebas dia
Jangan bercinta dengan si duda
Kalau tak mahu ada anak segera
Kalau rela terjah saja
Segera dipanggil papa mama
Bercinta! Bukan susah
You love me
I miss you
Dating hujung minggu
Habiskan gaji aku untuk kamu
Orang kutuk buat tak tahu
Yang penting bercinta
Habiskan masa buat dosa
Nak kena lempang agaknya
Percuma ajeeee. . .
Kalau dah suka! Jumpa ibu bapa
Tak payah nak bermuka-muka
Ada ongkos! Pinang saja
Kalau tak ada
Balik rumah.. berkerja!kumpul duit sampai cukup masa
Itu pun Deqyah nak bagitahu ke???
ehehehehehehehe
Peace~~

Belajar jawi (part 4)

Pelajaran Ke Empat:

1. Untuk pelajaran ini anda akan diberikan beberapa panduan bagaimana untuk mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna.

كامو

سوكا

ساي

ماما




. ساي سوكا كامو


. ماما ساي سوكا كامو


. كامو سوكا ساي


. ساي سوكا ماما كامو


. ماما كامو سوكا ساي


. كامو ماما ساي


*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.

PERHATIAN! Walau pun, di dalam pelajaran ke empat ini, anda tidak diberikan panduan di dalam tulisan rumi, anda tidak perlu risau, kerana jika anda perhatikan dengan teliti, pelajaran ini tiada bezanya dengan pelajaran yang telah lalu. Namun, jika anda masih tidak dapat menguasai pelajaran ini. Anda dinasihatkan mengulangi kembali pelajaran 2 dan 3. SABAR ITU KUNCI KEJAYAAN. . .


2. Belajar Bagaimana mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain. Yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna.

ايت

كريتا

جوڬا

اد

مان


1.مان كريتا ماما ساي


2.ايت ماما ساي جوڬا


3.ماما اد كريتا, ساي جوڬا اد


4. ماما اد ﭭﺎﭭﺎ, ساي اد ماما


5. ابو جوڬا اد كريتا


6. كامو سوكا كريتا ساي


7. ساي سوكا كامو


*Jika anda perhatikan perkataan yang diberi tiada beza dengan PELAJARAN KETIGA. Tetapi ia hanya berubah berbentuk ayat setelah disambungkan dengan huruf yang lain.



*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.


3. Belajar Bagaimana mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain. Yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna.

نام

دولو

بلي

باجو

بارو

مالو


1. كامو مالو, ساي جوڬا مالو


2. دولو ساي اد كريتا


3.ماما بلي ساي باجو


4.باجو ساي بارو


5. ساي اد ماما


6. نام ماما ساي


7 . كامو اد ڨاڨا


8. ماما ساي, ماما كامو جوڬا


*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.

SABAR DAN JANGAN MUDAH MENGALAH. . .


4.Belajar Bagaimana mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain. Yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna.

ﭼاﭼﻲ

لالو

ماهو

ايت

لاوا

ڬولا

كتاوا


.ساي سوكا كتاوا


2.ساي ماهو لالو


3.دي سوكا كتاوا


4.جاجا اد ڬولا- ڬولا


5. ايت ماما ساي


6. دي ﭼوچو ماما ساي


7.ماما كامو لاوا


8. ماما ماهو كريتا بارو


9. كامو ﭼاﭼﻲ دي, لالو دي ﭼاﭼﻲ كامو


*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.


TERUSKAN USAHA ANDA. . . .


5.Belajar Bagaimana mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain. Yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna.

راس

اڨ

كناڨ

سياڨ

اين

جادي

لوڨا

براڨ


.كناڨ ماما كامو سوكا ساي


2.دي سياڨ, دي سوكا جادي اڨ


3.اڨ نام دي, ساي لوڨا سياڨ دي


4.سياڨ سوكا كامو, اڨ كامو ماهو


5.كامو ماهو براڤ ڬولا- ڬولا


6.ساي راس مالو


7.ماما كامو اد دمان


8.دي ماهو جادي ماما ساي


9. ساي جادي ڬورو دي


10.اين دي ماما ساي


*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.

TAHNIAH! Anda telah Berjaya menguasai pelajaran 1,2,3 dan 4.


Friday, April 22, 2011

Belajar jawi (part 3)

Pelajaran Ke Tiga:

3. Setelah anda mahir dengan pelajaran pertama dan yang kedua dalam mempelajari sebutan Huruf Jawi Berpandukan Huruf Rumi.

Kini anda akan di beri panduan bagaimana untuk mengeluarkan bunyi yang betul berhubung dengan huruf-huruf yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain, yang mana ia akan menghasilkan satu perkataan.

1.

ا ALIF Bunyinya A

Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf ا yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut….

1.ADA 1.ادا

2.IBU ايبو 2.

3.UBI .اوبي

4.ABI 4.ابي

5.ABU 5.ابو

*A Seperti Sebutan Di Dalam Huruf Rumi Bukan Dimaksudkan Sebagai abjad A.

*Janganlah anda merasa kecewa, jika di dalam pelajaran ini, sebutan anda belum lancar bermakna anda belum benar-benar mahir lagi pelajaran yang telah lalu. SABAR! Dan ulanglah kembali pelajaran yang lepas.

*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.

2.

BA Bunyinya BA

Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut

1.BARU1.بارو

2.BOLA 2.بولا

3.BAJU 3.باجو

4.BAJA 4.باج

5.BESI 5.بسي

3.

TA Bunyinya TA

Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut….

1.TALI1.تالي

2.TATU 2.تاتو

3.TIPU 3.ﭠﻳﭬﻮ

4.TISU 4.تيسو

5.TEBU 5.تبو


*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.

4.

JIM Bunyinya JA

Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut

1.JARI1.جاري

2.JAWI 2.جاوي

3.JELI 3.جيلي

4.JUDI 4.جودي

5JALA 5.جالا

5.

CA Bunyinya CA

Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut….

1.CACI 1.ﭼﺎﭼﻲ

2.CUCI 2.ﭼﻮﭼﻲ

3.CUKA 3.ﭼﻮكا

4.CUCU 4.ﭼﻮﭼﻮ

5.CUTI 5.ﭼﻮتي

*Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9.

6.

د DAL Bunyinya DA

Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf د yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut

1.DURI1.دوري

2.DADA 2.دادا

3.DIRI 3.ديري

4.DOSA 4.دوسا

5.DADU 5.دادو

7.

ر RO Bunyinya RA


Follow Post Terbaru Dari Kami