Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Saturday, April 23, 2011

Corat coret saye. . .


Jangan salah memilih kawan
kelak kamu akan menjadi syaitan
pilihlah kawan yang beriman
balasanmu sejuta kebaikan

Kehidupan ini ibarat belayar ditengah lautan
pelayaran yang telah berjaya dilepasi
seperti semalam yang telah pergi
pelayaran dihadapan
seperti esok yang belum pasti
kapal yang sedang dinaiki
ibarat hari ini

syukur itu seperti menabur benih sebuah pohon
Riak itu sepeti menuang setitik nila
di dalam susu sebelanga

jadikanlah malu
sebagai pakaian menutup aurat
jadikanlah nasihat
sebagai pelampung sebelum lemas

apabila kamu ingin menyanyi
jadikanlah zikir sebagai nyanyianmu
apabila kamu ingin mendengar lagu
jadikanlah al-quran
sebagai dendangan halwa telingamu

Berhati-hatilah dengan kawan yang sering memberi pujian
kerana disebalik pujian ada sesuatu yang diingini
janganlah kamu membenci kawan yang sering memberi teguran
kerana disebalik teguran ada kebaikan yang tidak diketahwi

menjadi jahat ibarat mengenyit mata
menjadi baik ibarat menunggu hari tua
maka berhati2 lah dengan setiap tindakanmu



No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami