Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Tuesday, July 21, 2009

Pesanan ayah dan ibu ( hak milik insan lain)


Anak-anakku
Ingatlah pesanan ayah dan ibu
Jadilah mentari yang mengeringkan
ikan-ikan di jemuran
Bukan lalat-lalat yang mengotorkan ikan

Jadilah lebah yang membawa madu
Bukan ulat yang membusukkan bau
jadilah bebunga yang mengindahkan taman
Bukan lalang yang menyamak pandangan

Jadilah rumput yang menghampar laman
bukan kerikil yang menyukarkan laluan
Jadilah hujan yang menyuburkan tanaman
Bukan banjir yang memusnahkan

Jadilah Bulan Bintang yang bersinar terang
Bukan gerhana kemarau kontang
Jadilah aingin yang menyejukkan jiwa
Bukan ribut yang meruntuhkan segala

Jadilah air yang menyegarkan dahaga
Bukan debu yang menyesak dada
Jadilah Gunung yang menghijaukan mata
Bukan mendung meyapu mata

Jadilah laut yang menenangkan duka
Bukan gelora yang menghanyut semua
Jadilah pokok rimbun yang memberi teduh
Bukan ranting kering yang menunggu jatuh

Jadilah muara
sungai tempat kapal2 berlabuh
Bukan kuala sampah sarap penuh

Anak-anak ku..
Jadilah diri penyebab kepada kesukaan
dan penyelesai masalah
Bukan penyebab kepada kedukaan
Dan penambah masalah

Monday, July 20, 2009

Lu pikir la sendiri


Slamber. .
Buat mcm biase
Jangan pula buat muke
Peduli apa org nak kate
Yang penting kau tahu kau siapa
Hidup ini
Memang mcm itu dan ini
Tapi jangan kau susah hati
Sebab perjalanan hidup kau masih panjang lagi
Jangan kerana satu perkara
Kau jadi gila
Buat kerja Cara manusia
Bukan sekadar lepaskan batuk ditangga
Usaha, usaha
Klo nak Berjaya
Klo nak jadi papa
Relex je, tak payah buat pape
Lu pikir la sendiri

aku berharap . .


Kau sangka. .
Caramu disukai
Caramu dihormati
Namun, disebalik nya
Mereka menuding jari
Menyalahkanmu tidak henti
Tapi kau masih bersahaja
Kerana kebenarannya tersembunyi wajah mesra
Aku yang melihat
Bersimpati dan terasa ingin membantu
Namun, aku tahu. .
Kau bukan diantara yang terbuka
Oleh kerana itu..
Selamanya kau takkan tahu
Bahawa dibelakangmu
Mereka mengata kau yang terburuk
Dihadapanmu mereka tunduk
Aku berdoa
Semoga kau akan tahu hakikat yang sebenarnya. ..

aku ingin menyanyi


Aku ingin menyanyi
Satu lagu tentang keindahan hati
aku tercari-cari sebuah irama dan melodi
aku keliru dalam memilih yang terindah

Lalu ku pilih 1 lagu
yang paling terindah
Lantas ku nyayikan bersama irama dan melodiku

Tentang hati dan kekalutan jiwa
Tentang Hidup dan Impian
biar suaraku tidak semerdu penyanyi pujaan
namun, laguku hanya untuk
didengar oleh jiwa
yang inginkan keindahan..


Tuesday, July 14, 2009

sedikit tentang hati . . .

Aku tertawa bila mereka ketawa tentang aku
aku tersenyum bila mereka menyindir sikapku
aku berdiam diri bila mereka memarahi
bila aku tak tahan lagi
aku menangis di malam hari
lalu jiwaku berbisik
itu hanya ujian
untukku meniti alam dewasa
lantas hati terus senyum
walau lelah dan letih
mendahului bahagia. .

Saturday, July 11, 2009

pernah ke kite berfikir?

Bile hati jatuh cinta. .
kita selalu berikrar
akan membahagiakan pasangan kita
biar apa pun yang terjadi
kita akan selalu mendahulukan Dia dari segalanya
Namun, bile kt telah memiliki "DIA"
adakah kita menunaikan segala yang di ikrar?
atau. . janji hanya tinggal janji?
pernahkah sekali kite berfikir
jika kita kehilangan dia
segala penyesalan tidak lagi bermakna. .
kerana sekali kita persiakan
selamanya kita xkan memiliki lagi
salahkah jika kita menghargai?
memberi apa yang patut diberi
.....

Thursday, July 9, 2009

ape2 je. . .

Aku letih dan penat. .
maka mata ini
ingin terus pejam
dibantal yang tidak empuk
di atas tilam yang keras dan busuk
tapi minda ini
terus mengerawang ke merata-rata
cuma tak sampai keseluruh negara
setakat dalam malaysia je. .
maka jejari yang semakin gelap ini
terus menaip di atas laptop ecer
yang semakin kusam
dengan ilham gila yang bermcm-mcm
rasa nak bercerita
tentang cinta
tapi hati geli pula rasa
rasa nak bercerita tentang hidup
tapi hati takde selera
rasa nak makan nasi ptg tadi
tapi perut taknak terima
membazir duit je
nak mangadu manje
pasal badan letih buat keje
tapi dekat sape?
ade yang sudi mendengar?
sampai panas telinga. .
masalahnye. .
aku malas nak borak ngan sape2
tepon jadi hiasan tak bermakna
sudahnye. . dpt msg org terase. .
ape nak buat?
belok sana belok sini
sampai pening pale
rasenye. .
dah tibe masenye untuk lelapkan mate
dgn cik ti ..cik katak. . cik cicak
dan juga peneman setia
penghuni kubur kat depan umah
ini le namenye hidup. .
pape je le. .




Sahabat. .

Dalam meniti sebuah kehidupan
yang dipenuhi dugaan
kita selalu memerlukan
sebuah persahabatan

Namun, jika kejahilan
Dalam ilmu kehidupan
kita akan tertipu dengan wajah seorang kawan
kerana wajah x melambangkan kejujuran

Lihatlah dari sudut yang berbeza
agar persahabatan yang lterjalin
terlahir dari sebuah keikhlasan
bukan kerana adanya 1 agenda

Yang pasti. .
kita selalu ingin
adanya seorang sahabat
yang sentiasa memberi dgn kasih
menerima dgn syg. .

jika kita inginkan seorang sahabat
maka" jadilah seorang sahabat". . .


Epekkan Gila. . .

Orang kate aku gile?
aku wat slamber je. .
sebab aku mmg gile-gile
cuma bukan gile mcm org gile
jadi ape nak heran?
wat je muke toye. .

orang kate aku sengal?
aku tak kesah pun
ape nak kesah
sebab aku mmg tak kesah
malas nak amek kesah
jadi buat je tak kesah..

Orang kate aku suke menyusahkan?
aku angguk je pale
sebab klo ye pun
nak wat mcm mane. .
sebab aku mmg org susah
jadi mcm tu le citernye. .

Orang kate aku ni bla..bla..
aku tak heran pun
sukati korg le..
janji bahagia. .
yang pasti. . .
aku mcm ni ler.
.
kdg2 mmg manyampah
ngan aku ni
tapi kdg2 boleh buat org syg
sampai xleh lupe. .(perasan)
wakakakaka..

kdg2 perasan ni best gak
bese ler. . manusia sume ade perasaan
jadi selalu2 le perasan
supaya jadi org yang berperasaan
jgn jadi org yg tak berprikemanusian
sudah ler. .
apa pun. .
hidup ni harus simple dan relex..

so!
nak mengate tak salah
sebab kite ada mulut yang nak berkate2
sile la berkate2
sebelum tuhan tarik nikmat untuk bersuara
tapi jgn sampai jadi dosa
takut-takut ajal tiba
tak sempat nak minta maaf ye. .

saje merepek
sebab banyak mase
bace. . . jgn simpan dlm jiwa
bace. . untuk suke-suke k. .
daaaa. . .
muahahahaha. .




apa nak jadi

Menggoda. .
hanya dengan jelingan manja
hingga ada yang tersiksa

Tergoda. .
Hanya kerana senyuman
Hingga hati Tak keruan

Digoda. .
Hanya dengan kata-kata manis
Hingga tertipu Harta pun Habis

Apa nak jadi. .
menggoda tak henti-henti

Apa nak jadi. .
Tergoda hari-hari

Apa nak jadi..
Digoda Hingga ternoda

mengoda
tergoda
digoda
ternoda
siapa yang lebih hebat?
hikss. .


Duhai Anakku. . .


Duhai anakku. . .
melihat kau semakin dewasa
membuatkan aku terharu

Seperti baru semalam
aku melihat kau merangkak perlahan
tertateh-tateh kau berjalan

Namun, Hari ini
kau berlari berkejaran
Riuh dengan omelan yang bermacam2

Telatahmu
membuatkan aku ketawa
sayang. . .
sayang. . .


Biar kau bukan anak ku. .
tapi aku menyanyangi-mu lebih dari segalanya
kerana kau berada di carta yang teratas dihatiku

aku ingin melihat
kedewasaanmu yang berjaya
hingga aku menutup mata. . .


Wednesday, July 8, 2009

kerana aku seorang wanita. . .

Kerana aku seorang wanita
maka, hati ini selalu ingin didampingi
seseorang yang bernama lelaki

Bukan lelaki buaya
bukan lelaki gila harta
atau lelaki gilakan dara
tetapi lelaki pilihan jiwa
dan keluarga

aku insan lemah
yang selalu tersalah langkah
maka aku ingin. . .
seseorang yang membimbing
dikala aku dianjak gelora nafsu

kerana aku seorang wanita. . .
untuk memiliki sebuah cinta
bukan sesuatu yang sukar
namun, cinta yang aku inginkan
bukan kerana nafsu
atau kerana dunia
tapi cinta yang sejati
lahir dari hati yang suci
yang sentiasa mencari redha ilahi
bersama menuju jalan yang hakiki

namun, cinta kini
terlalu menguji erti sebuah kesabaran
nafsu selalu mengatasi akal
mudahan cinta yang datang
membawa aku kearah kebaikan
bukan mengubah menjadi saudara syaitan

kerana aku seorang wanita. .
maka aku juga selalu mengimpikan
lelaki yang berilmu
yang dibaluti iman dan takwa
melamar aku menjadi permaisurinya. .
Tut!!
muahahahahahahahaha!!!!!







Follow Post Terbaru Dari Kami