Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Wednesday, July 8, 2009

kerana aku seorang wanita. . .

Kerana aku seorang wanita
maka, hati ini selalu ingin didampingi
seseorang yang bernama lelaki

Bukan lelaki buaya
bukan lelaki gila harta
atau lelaki gilakan dara
tetapi lelaki pilihan jiwa
dan keluarga

aku insan lemah
yang selalu tersalah langkah
maka aku ingin. . .
seseorang yang membimbing
dikala aku dianjak gelora nafsu

kerana aku seorang wanita. . .
untuk memiliki sebuah cinta
bukan sesuatu yang sukar
namun, cinta yang aku inginkan
bukan kerana nafsu
atau kerana dunia
tapi cinta yang sejati
lahir dari hati yang suci
yang sentiasa mencari redha ilahi
bersama menuju jalan yang hakiki

namun, cinta kini
terlalu menguji erti sebuah kesabaran
nafsu selalu mengatasi akal
mudahan cinta yang datang
membawa aku kearah kebaikan
bukan mengubah menjadi saudara syaitan

kerana aku seorang wanita. .
maka aku juga selalu mengimpikan
lelaki yang berilmu
yang dibaluti iman dan takwa
melamar aku menjadi permaisurinya. .
Tut!!
muahahahahahahahaha!!!!!







No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami