Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Thursday, December 20, 2012

DROPSHIP!

ASSALAMUALAIKUM..
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI EGENT ATIQ RESOURCES.
SILA BACA SYARAT2 YANG DIBERIKAN SEBELUM PM SAYA.
SYARAT BARU MENJADI EGENT ATIQ RESOURCES!
1.ANDA DIKEHENDAKI MEMBUAT BAYARAN YURAN PENDAFTARAN SEBANYAK RM20. (bayaran yuran adalah bertujuan untuk mencari egent yang benar2 serius untuk membuat jualan sahaja. Bukan yang hanya sekadar ingin mendapatkan harga murah sebagai egent. Harap maklum. Tq~ )
2.SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN HANTARKAN DETAILS BANK IN KEPADA SAYA.(SILA LETAKKAN EMAIL KAMI SEMASA MEMBUAT PEMBAYARAN ONLINE EMAIL :atiq_resources@yahoo.comNOR RAMZIAH GHAZALI CIMB(12560003531529)NOR RAMZIAH GHAZALI MAYBANK(162076636255 )SMS ONLY: 0126494589
3.ADD FB SAYA "http://www.facebook.com/norramziah". PM UNTUK MENJADI EGENT DENGAN BUKTI PEMBAYARAN SEBANYAK RM20.
BERIKAN DETAILS TERSEBUT KEPADA SAYA.
1.NAMA
2.ALAMAT
3.NO HP
4. SETELAH SAYA MENERIMA PAYMENT DAN REQUEST FREND DARI ANDA. SY AKAN APPROVE DAN ADD ANDA DALAM GROUP EGENT ATIQ RESOURCES.

HARGA EGENT:SAYA AKAN MEMBERI POTONGAN 10% UNTUK SEMUA ITEM UNTUK EGENT.

CONTOH:RM130 EGENT RM117.RM180 EGENT RM 162RM200 EGENT RM180ANDA DIBENARKAN U NTUK MARK UP PRICE!KEBANYAKKAN ITEM KAMI ADALAH FREE POS.

BAGI EGENT YANG BERJAYA MENJUAL 15 PASANG PAKAIAN SETIAP BULAN. SAYA AKAN MEMBERI FREE GIFT!

ANDA HANYA DIBENARKAN MENJUAL ITEM YANG ADA DI PAGE
1."http://www.facebook.com/dropshipboutiqueatiqresources
2.http://www.facebook.com/BoutiqueOnlineAtiqResources

JIKA BERMINAT SILA PM SAYA..UNTUK MENGHUBUNGI SAYA: 0126494589 (SMS)

Tuesday, September 11, 2012

Istimewanya seorang wanita. . .

enty ini saya ambil dari blog seorang teman.
untuk perkongsian kita bersama.
selamat membaca.


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
 2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
 3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki. 
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki. 
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung Dan melahirkan anak. 
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
 7. Talak terletak di tangan suami Dan bukan isteri. 
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid Dan nifas yang tak Ada pada lelaki. Itu sebabnya banyak yang berpromosi 
untuk “MEMERDEKAKAN WANITA”. 

 1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman Dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak Akan dibiarkan terserak bukan? Itulah perbandingannya dengan seorang wanita. 

2. Wanita perlu taat kepada suami. Bahwa sesungguhnya lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya.

 3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi bahwa harta itu menjadi milik pribadinya Dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri Dan anak-anak.

 4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati karena melahirkan adalah syahid dan surga menantinya. 

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawab kan terhadap 4 wanita, yaitu : isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya Dan saudara lelakinya.

 6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu: shalat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya

 7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

 Masya ALLAH! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita. 

Ingat firmanNya, bahwa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut/tunduk kepada cara-cara/peraturan yang diproduct. Bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Ia yang Maha Tahu akan manusia, sehingga segala hukumNya/peraturanN ya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang diproduct. 

Jagalah isterimu karena dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, 
sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kita (kaum lelaki) berbuat baik selalu (gently) terhadap isterimu. Adalah sabda Rasulullah bahwa ketika kita memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan mengantarkannya menjadi muslimah Yang baik, maka surga adalah jaminannya. 
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, niscaya surga menanti

Monday, September 3, 2012

Muhammad Ghazali Al Atiq


Muhammad Ghazali Al Atiq. . .
ibu sayangkan atiq tau
ibu bersyukur pada allah
kerana beri ibu kesempatan bawa atiq dalam rahim ibu selama 9 bulan 
hingga ibu melahirkan atiq. . .
hanya allah yang tahu bertapa sakitnya melahirkan seorang zuriat
namun, kesakitan itu terubat apabila ibu melihat wajah atiq
kaki kecil atiq.. suara nyaring atiq menangis
alhamdulillah syg...
allah masih memberi ibu kesempatan memelihara atiq sehingga ke hari ini
ibu ini jahil syg
ibu tak baik
tapi dalam hati ibu berangan untuk mendidik atiq sehingga menjadi seorang hafiz dan ulamak
persis arwah atok atiq (USTAZ GHAZALI HASBULLAH)
kadang ibu bertanya sendiri
"layakkah wanita seperti aku melahirkan seorang ulamak?"
ibu tahu...
jawapan itu.. hanya akan terjawab apabila atiq telah dewasa
tapi ibu takut
jika kesempatan itu tiada untuk ibu
oleh itu, anak ku...
ibu berpesan!
taat pada ayah!
jadilah insan yang beriman dan bertakwa
sentiasalah dalam urusan agama kerana allah
jika atiq tersasar dari laluan hidup
KEMBALI PADA ALLAH
rujuk pada al quran, sunnah, qias dan ijmak!
dan pesan terakhir ibu
walau apa pun yang terjadi
tetaplah di DARUL ATIQ
teruskan perjuangan atok dan pak lang
bantulah mereka yang memerlukan
jika atiq tidak mampu menolong dengan wang
tolonglah mereka dengan masa @ tenaga 
@ ilmu @doa.
JADILAH INSAN SYG!


~ketika ini atiq berusia 4 bulan 4 hari...
saat ini hati ibu terdetik untuk menulis sesuatu untuk atiq~


IBU SAYANG ATIQ~

Saturday, July 7, 2012

ikhlaskan kita dalam amal perbuatan kerana allah?



Ikhlas adalah sesuatu perkara yang dilakukan kerana ALLAH taala.
Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : 
يا ايهاالناس أخلصوا لله العمل . فإن الله سبحانه لا يقبل من الأعمال إلاماخلص له

Wahai Manusia, ikhlaslah kalian semua kepada Allah dalam beramal, sesungguhnya Allah Swt. Tidak menerima setiap amal perbuatan kecuali jika dibarengi dengan rasa ikhlas karena-Nya.


 Tetapi, rasa ikhlas itu bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi. untuk mendapatkannya perlu ada mujahadah yang tinggi dan berterusan.

dalam era dunia globalisasi sekarang.
saya tak rasa ramai yang menitip beratkan soal keikhlasan dalam hati
kenapa saya cakap macam tu?
jawapannya ada pada diri kita sendiri
cuba tanya diri kamu
"apakah hari ini, apa yang aku lakukan. kerana allah? atau kerana seseorang? 
atau kerana wang?" :)
firman allah Taala:
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. 163. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).” (QS Al-An’am : 162-163)
 
kerana. . . 
dari pengalaman saya sendiri
sesuatu perkara yang dilakukan kerana seseorang atau wang
hasilnya..." tiada kepuasan dalam hati."
tetapi jika kita lakukan kerana allah.
akan terbitnya rasa ketenangan yang maha hebat
hanya kita dan allah mengetahuinya
sekilas pandang. . . dari reality sebuah kehidupan
ruginya jika seseorang itu melakukan amal perbuatan kerana sesuatu
kerana tiada nilainya disisi allah
tapi bergembiralah wahai insan yang mencari redha allah
kerana balasannya sangat besar!
firman allah Taala:

“Barangsiapa mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguh­nya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerja­kan.” (Q.s. an-Nahl: 97).
saya bukanlah seseorang yang sempurna
apetah lagi untuk menjadi sempurna adalah mustahil bagi insan
tetapi, sebagai hamba kita masih dapat memperbaiki amal kebajikan kita menjadi lebih baik dan di pandang mulia disisi allah.
"ikhlas adalah sifat yang mudah untuk disebut
tetapi untuk melaksanakannya sangat sukar. mohonlah kekuatan dari allah."
maaf jika ada kesilapan dalam penulisan saya.
~hamba yang jahil lagi dhaif~
salam ukhuwah fillah



Saturday, June 9, 2012

hati ini milik 2 lelaki...



aku adalah seorang isteri
aku juga seorang ibu
namun, keutamaanku tetap pada seorang suami
jika tangan kiri ini membelai tubuh anakku
maka, tangan kanan ku takkan pernah lepas memegang jemari suamiku
kerana dia adalah syurga bagi seorang isteri seperti aku

alhamdulillah ya allah. . .
kerana mengurniakan 2 lelaki ini di dalam hidupku
aku takkan pernah berjanji untuk menjadi yang terbaik untuk mereka
tetapi aku akan selalu berikhtiar untuk memenuhi segala kebajikan mereka
dan membuatkan mereka bahagia dengan kehadiran ku
wink2~

lebyu encik somi and my baby buuuuu....

merapu...

Entah ape ea.. Aku nak merapu.. sebenarnya saje je nak try. Coz br dwload app untuk tab.
Tak sangka lak android ade app untuk blog.. senang gile nk berblog. Hanya Di hujung jari anda. Heeee.
Ni y maleh nk explore lebih2. Sbb Aku pun jd lebih2. Hekhekhek.
Bile dah ade encik somi and my baby bu... time terhad. Huhuhu
Published with Blogger-droid v2.0.4d

Friday, March 23, 2012

Rindu~


Nokhtah cinta buat seorang suami…

Abg . . .
Maafkan syg
jika ada kekurangan saat syg menjadi pendamping abg
Maafkan syg
 jika terlalu banyak khilaf yang menconteng kasih sayang kita
maafkan syg
jika abg pernah rasa terabai
jujurnya, abg adalah pinjaman allah yang sangat terindah
syg akui, dalam syg cuba menjadi yang terbaik untuk abg
masih ada ketidaksempurnaan yang syg terlepas pandang
Terima kasih ea..
 sebab selalu jadi kawan dan suami yang baik untuk syg
abg. . .
seandainya. . .
jika esok mata kita berpaling
dan itu adalah tolehan kita yang terakhir
dan jika saat itu tiada kesempatan untuk syg melafaz kata
tolonglah!
 maafkan segala khilaf dan ketidaksempurnaan syg sebagai isteri
kuatkan hati dalam jalan agama
sabarkan jiwa dalam menahan amarah
kerana syg tahu
abg adalah lelaki soleh syg
love u forever~
hingga ke syurga.


Mood Rindu~


Sunday, March 11, 2012

baby ibu~



Cepat rasenye masa berlalu. . .
pejam celik2!
rupanya lagi 7 minggu aku akan bersalin
adehhh.. berdebar2 rasenye
dulu sblm kawen..
aku sll cakap
" klo deqyah bersalin nanti.. mase ngah tran nanti pes sekali deqyah nak tunjuk ~PEACE~"
ingatkan kakak2 aku dah lupa
rupanya sampai skunk dorg ingat
dorg cakap.." ktorg nk tgok ko sempat ke x.. tunjuk ~PEACE~"
hehehehehe.
nyway, 33 minggu nie
perut agak xselesa
xleh tido malam
agak sakit sikit bila bby men tendang2
nyway.. still sweet!
weeeeee~!
but... y bestnye
pewot aku kecik jeeee
sampaikan klo g kedai jln sorg2
siap ade mamat yang senget dok men siul2!!
ea ehhhh!!
pang! kang...
alhamdulillah la
harap sglnya berjalan dgn baik
ermm.. baru2 ni scan
doter kate "BABY BOY!"
but... abg aku ckp "BABY GIRL"
hehehehe
so, kt tunggu la bile dah due nanti
jeng! jeng! jeng!
apa pun...
aku tak kesah
bby boy or girl
yang penting bby sht
cume 1 je
xsabo nak tgok rupa sape
rupa aku ke?
rupa encik zizan ke?
hihihihihihihi

Tuesday, February 14, 2012

kesah cinta kita~


Wajah ini yang mencuri hati
yang merungkai segala persoalan dalam diri
pada awalnya. . .
aku tak pernah menyangka FACEBOOK
adalah penyebab allah menemukan jodoh aku dgn "dia"
dan pada awalnya juga
aku tak pernah rasa kami ada persamaan klo bersama
aku hanya gadis kg
dia lak sorang lelaki yang berkerjaya sbg ast enggineer
and.. pes time berborak ngan dia
aku rasa, maybe itu kali pertama dan terakhir
tapi. . .
rupanya allah telah menetapkan sesuatu untuk kami
nyway, awal perkenalan ktorg
aku tak pernah letak pic full face kat fb
aku bagi 1 link tentang fmly aku
and aku suruh dia cari mana 1 aku melalui album keluarga
ingatkan dia xjumpa
but one day.. dia cakap
"awak yang ada taik lalat atas bibir tu ea.."
adehhh..
mcm mane leh kenal?
"tengok dari mata...."
hurmmm
sejak dari tue
ktorg makin rapat
but hanya melalui fb and tel
and bila dia kate nak serius dengan aku
aku minta dia jumpa my fmly
dan untuk pertama kalinya
aku perkenalkan seseoran dengan abg aku
tak sangka jawapan abg dan fmly
adalah "GOOD..."
and one day
bila dia cerita tentang life dia
hati aku rasa sebak sangat
its complicated!
tak tahu kenapa aku rasa nak jadi seseorang yang menanggung beban yang dia rasa
and tetibe je masa tu terkeluar 1 ayat sengal dari mulut aku
"jummm kawen nak?"
e ehhh. . . masa tu ktorg baru je kenal 2 bulan lebih
and jawapan dia
"jummmmm..."
ahahahahaha
mcm main2 je erkk kawen tue
and aku cakap..
"klo mcm tu, jumpa my fmly..."
satu malam dia drive dari kedah
dia terus jumpa my fmly
and mlm tu
my fmly terus buat meeting
masa tu dia kena kepong ngan adik badik
aku tengok muka dia mcm dah nak kena lantai
asyik tertunduk je
hehehehehehe~
kakak aku cakap..." keje sape ni? sian dia dik"
aku tak tahu
abg beso yang suruh buat meeting
and masa tue dengan beraninya dia cakap
"saya ikhlas nak jadikan yah isteri saya....."
pastu adik badik tanya persetujuan aku
aku gelak jelah
op kos la aku setuju
ahahahahaha. 
and pastu
dalam meetg fmly alang suruh fmly dia yang berurusan dgn alang sendiri
bukan ikut adat tapi ikut adab
and untuk pertama kalinya waktu aku jumpa fmly dia
waktu itulah kami bertunang
dan dua minggu lepas tu..
kami di ijab kabulkan


walau pun dalam keadaan yang sederhana
tapi alhamdulillah
segalanya dipermudahkan
kami kenal selama 3 bulan
dari fb hingga ke alam pernikahan
dan hari ni aku sedang mengandungkan anak suami aku
azizan zakaria
yang berusia 7 bulan (due 27/4/2011)
klo lihat dari kecepatan yang berlaku
mesti org cakap..."wehh kena tangkap basah ape?"
kikikiki
takde yang basah cik besah oi
sumenye halalan toiyiban
atas istikharoh dan restu keluarga
aku memilih dia sebagai suami aku
dan sesuatu yang teramat tidak aku sangka
bila dia sanggup lepaskan kerjaya dia sbg ast angneer
dan tolong my fmly uruskan madrasah darul atiq
klo lihat dari kehidupan dia yang lalu
memang terlalu banyak perubahan
pada awal aku kenal dengan dia
pernah ada orang tanya aku
"betul ke awak nak kawen dengan lelaki mcm dia?"
aku tanye..."kenapa?"
"nampak sosial..."
jawapan aku senang... " hidayah itu milik allah.."
dan aku bukan tuhan untuk menghukum org lain
dan aku sangat percaya dengan petunjuk yang telah allah berikan
dan sekarang. . .
bila suami aku tanya
"apa ye hikmah abg duduk darul atiq selain dekat dengan syg?"
aku senyum
jawapannya. . . " perubahan pada diri abg.. itu lah hikmahnya.."
masih banyak lagi akan terungkai
yang paling penting sekarang
adalah kesabaran
aku bersyukur pada allah di atas jodoh ini
aku bahagia
dan bagi aku dia adalah yang terbaik
yang telah allah pilihkan untuk aku
semoga allah kekalkan jodoh kami hingga ke syurga
soal esok hari
biarlah menjadi rahsia allah
sebagai hamba
aku hanya menjalani apa yang telah ditetapkan
Terima kasih abg~
kerana membahagiakan syg.
nanti. . . bila baby dah lahir
abg tetap akan jadi keutamaan syg
dont worry k
sebab abg adalah jalan syg ke syurga
kerana abg adalah my baby beso syg
hehehehe~
lebyu so much.

~hanya tatapan dihari tua...~

Mengapa doa tidak termakbul?



Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa. Di antara adab-adab berdoa ialah:
  • Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
  • Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
  • Berdoa dengan menghadap kiblat.
  • Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
  • Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
  • Berdoa dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’ dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
  • Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
  • Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
  • Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.
  • Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

Saturday, February 11, 2012

sometime~


sometime. . .
rasa macam tak caye yang aku dah kawen
walau pun, dah ada baby dalam pewot aku nie
and. . . klo my asben ngah tido
rasa tenang sangat tengok muka dia
and dalam hati .." ini rupanya suami aku"
nyway... aku bersyukur sgt dapat asben mcm dia
coz.. walau pun dia agak "panas skit.." hihihi
tapi dia alwez wat aku eppy ngan dia
hari ni banyak sgt lak request dia
"abg nak mandi air terjun ngan plaja laki leh?"
" wat kan abg cekodok leh?"
"masakkan nasi goreng leh?"
hehehehehe~
boleh syg
enytg 4 u.
but... yang xbestnye
ngah syok2 msk nasi goreng
gas lak habis
GrRrR... BERANGIN JE
nyway.. sebenarnya.
gas tu dah bertahan selama setahun lebih
dari sblm aku kawen
itu menandakan
yang aku nie memang tak rajin untuk ke dapo..
kikikikiki
but.. pas kawen bawu la rajin sikit2
tu pun sbb my asben selalu nak aku msk
bezanya...
dulu.. klo nak mkn pape
"mak....."
skunk...
"sygggg....!" huhuhuhuhu

Wednesday, February 8, 2012

perbezaan bujang dan bersuami~


Ermmm...
terlalu banyak perbezaan bila dah jadi seorang isteri
everytg yang aku buat pun
firts sekali, mesti fikirkan encik azizan
1. takleh bangun lewat
hari2 kena siapkan sarapan untuk encik somi
sometime.. "cop ea.. sok syg nak bangun lewat.."
hihihihihihi

2. makan sepinggan (hope sampai tua.)
aku takkan makan selagi suami aku tak balik
sebab xsyok mkn klo tahu dia lum mkn
walau pun pewot dah bunyi2... 

3. jadi jam loceng
"syg.. hari ni kejutkan abg kul..." kul bape je y dia pesan
walau pun jam kat hp dah bunyi berpuluh kali
dia takkan bangun, selagi aku tak kejutkan
hai... my baby beso... hehehe

4.takleh kuar sorg2
selalunya.. g mane2 pun ngan encik somi
klo dia xde. kena bawa student teman

5. menyampah bila ada orang lelaki tengok
GrRR.. rasa nak lempang muka org lelaki y dok usyar
dalam hati membebel..." tak tahu ke aku dah kawen.. tgok2 ape?"
hohohohohoho
permintaan encik suami suruh aku pakai purdah
belum dapat ditunaikan
insyaallah ye syg.

6. share everytg. . .
 
7. kena masak
selalu kena bebel sebab aku malas masak
hehehehe.

8. tak suka benda yang berkenaaan dengan baju
melainkan shopping baju.. heeee
tapi bila dah kawen
hari2 kena buat 
demi mu suami ku~
akan ku relakan

9. sakit penink ada org take care
sama gak, bila dia xsehat
kita pun rasa tak sehat
 
10. kena selalu utamakan dia
sebab dia lah jalan aku ke syurga.

banyak lagi la perbezaannya
tak tertulis rasanya.
nyway.. bujang ngan dah bersuami
lagi bagus dah bersuami
banyak benda boleh di jaga
dan perkongsian hidup sangat indah!
bila dah terbiasa dengan encik somi
klo dia g mane2 lame2 sgt
RINDU! 
klo dekat2 gado
suka perang mulut
sampai mak pun penink pale
bukan takat gado
siap men resling
hehehe.
nyway, sume tu membuatkan aku bertambah syg kat dia
esok? biarlah takdir berjalan mengikut aturannya
yang pasti hari ni..
aku nak lalui apa adanya
dengan encik somi yang nakal
lebyu so much~

oh my baby. . .


Toink Toink Toink!
pagi tadi gi klinik
g wat ultra sound and chek pewot
teruja la saya bile dengo jantung baby
cian kat encik somi nak masuk dengok sekali
tapi xleh..hehehe
hari ni kena bebel ngan misi
sebab darah turun
GrRrR..
"sy dah mkn ikan banyak, sayur banyak. buah xyah citer le.."
hari2 bedal
darah turun gak!
tak pasal2 kena makan ubat tambah darah balik
ahhh!! penink pale
tak suka ubat!!!
dah jenuh encik somi bising
" syg makan ubat, minum susu..."
adehhhhh...
kenapa la kena mkn ubat?
kenapa kena minum susu?
oh my baby. . .
segalanya untukmu ku turutkan
hari ni xsedap pewot
rasa loya
penink pale
minggu y agak xbape nak best
tapi alhamdulilah
peknen nie, aku xde alah pape
cume suka penink pale je
y lain sume ok!
still rajin untuk mengemas
tapi sangat pemalas untuk masak
peace~ kat encik somi
hehehehe
baby...
lebyu
abg~
double love u..
:)

Monday, February 6, 2012

abg.....~


Buah hati syg~
Usah dipersoalkan erti  kasih yang telah termaktub untuk abg
Sah! Disudut agama kita sebagai sepasang suami isteri
Maka hari itu, seluruh isi bumi menjadi saksi syg adalah milik abg
Sebagai pinjaman di dunia dan amanah dari allah
Syg berikan seluruh rasa sayang dan cinta dihati syg
Hanya untuk suami yang tercinta
Kesedaran selalu ada
Tentang pinjaman erti rasa kasih ini
Kerana syg tahu
Apa jua yang ada di dunia ini bersifat sementara
Namun, itu bukan persoalannya
Kerana selagi allah mengizinkan untuk syg berada disisi abg
Maka syg ingin terus menyintai abg dari keluhuran hati seorang isteri
Andai! Takdir bercerita tentang sebaliknya
Biarlah. . . kerana esok adalah rahsia allah
Janganlah takut tentang badai dunia
Kerana selagi kita bernafas
Hidup sentiasa meminta untuk kita berjuang
Bersabar dan berdoa lah
Agar kita kuat untuk menjalani erti kepayahan seorang hamba
Dalam menghidupkan erti takwa dan iman di dalam diri
Maafkan segala khilaf syg
Kedhaifan layanan syg
Simpanlah sekemasnya dalam hati
Bahawa syg terlalu menyintai abg
Dari istikharoh dan restu kita disatukan
Maka izinkan la kasih kita terus bersemi tanpa ragu dan sangsi
Syg cintakan abg . . . .:)
Baby kita pun syg kan ayah….
~peace~

sensitif~


aku tidak pernah meminta agar hati ini dibelai dengan sempurna
cukup sekadar " pengertian dua hati dalam sebuah perkongsian hidup"
namun, hati wanita ini ibarat kain sutera yang lembut
mudah tercarit dan terkoyak
walau tanpa di sengajakan
begitu juga hati ini
semakin di ajar " open mainded"
semakin mengada dan mudah tersentuh
agrhhh!!!
mungkin juga kerana pembawakan "seseorang"
si kecil yang sedang menumpang di dalam rahim
atau aku memang begini
"cik sensitif"
ErRRr... rasanya tidak
kerana aku berhati batu
si toyeee!!
katalah apa pun 
KU TAK AMEK KESAH!
tapi kenapa ea!
di akhir ni
hati aku macam 
entah pape!
cepat terase
cepat menangis
gRrrRr
its not me!
semakin di ajar tentang erti " kematangan"
semakin menjadi sikap kebudakan
mohon maaf pada encik somi
maafkan syg ea
but... one day
klo syg takde
mesti abg akan rindukan sikap syg
pasan jap... ( hihihihihi...)
apa pun
love u so much~
maafkan segala kekurangan syg

Thursday, February 2, 2012

~peace~


salam. . .
Tetibe je rasa nak share pengalaman waktu peknen
nyway, kandungan Deqyah dah msk 28 minggu
mcm mane perasaan Deqyah ea?
GrRrRr.. ade 1000 rasa yang bermain dalam fikiran
tak sangka dah nak jadi ibu
hari2 dok gelek2 pewot
"mcm mana la rupa anak ibu ni ea..." hihihihihi
pes day Deqyah tahu
yang Deqyah peknen
Deqyah lari laju2 turun 35 tangga gi umah kakak ipar (umah atas bukit)
nak kompem betul2
"betul ke, aku peknen nihhh?" wink2~
pas kompem kakak ipar cakap.. " POSITIF WEHHH.."
terus dail no my asben
"sayang peknen!!!!!!"
teruja la encik somi saya tue
hehehehe
nyway.. masa 1month xth Deqyah peknen tue
ktorg ade men ice keating kat sunway
Sedap je Deqyah jatuh golek2 kena langgar
tapi alhamdulillah... takde pape y jadi
awal peknen...
kaki sebelah kanan sakit gile
tiap2 kali bangun tido
rasa kaki takleh gerak
nak jalan pun rasa sakit sgt
urut 3 kali
pastu baru ok
bile dah msk ke angka 7 bulan nie
ada rasa teruja yang teramat sangat
lagi2 bile baby men tendang2
adehhhh... rasa geli2
kadang2 tergelak sendiri
"nak jadi ibu dah aku erkkk... rasa mcm xcaye je.."
heeeee
nyway.. malam memang susah nak tido
sebab mase tu la baby aktif men tendang2
sekali baby tendang
sekali Deqyah bunyi " auwssss"
hohohohoho..
anak pes la kate kan
agak sengal2 sikit
encik somi lak
bile dia nampak baby gerak2
terkekek2 dia gelak
aishhhhh!
ermmm..
"ibu sayang baby..."
boleh mcm tue? hihihihihihi
~peace~!

Monday, January 16, 2012

saje~


Dah lame rasenye tak beceloteh dalam blog nie. . .
ERMMM..
maybe inilah yang dikatakan
"perbezaan apabila telah bergelar seorang isteri"
dulu hari2 on9
boleh dikatakan setengah hari
masa depan laptop
tapi skunk... 2minggu sekali pun belum tentu
sebab ape ea?
entah ler. . .
apa pun
alhamdulillah
skunk life aku lebih baik dari dulu
"indahnya sebuah perkahwinan hanya yang dah berkahwin je yang tahu"
hehehehehe
tapi kadang2 aku tak nafikan
rumah tangga nie ada pasang surutnya
cume, sebagai suami atau isteri
kita kena bijak mengawal keadaan
apabila allah berikan kebahagian
pelihara dengan rasa syukur
andai allah uji dengan sedikit duka
terima dengan hati yang redha
apa yang penting
"hati kena kuat"
tiada yang sempurna
maka terima lah pasangan kita seadanya

~abg. . . i love u so much... :)

Wednesday, January 4, 2012

hanya pinjaman. . .


aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai seseorang  yang dipenuhi dengan kasih sayang
baik dari sisi keluarga, suami atau sahabat.
maka, bila mana allah uji aku dengan kepelbagaian sikap seseorang insan
bagi aku. . . itu hanya sentuhan kecil untuk buat aku tersenyum
walau pun, pada mulanya...
emosi aku akan tergendendala dengan iklan kehidupan
tapi apabila difikir2
kenapa aku harus mengambil hati dengan ujian kecil ini
sedang allah berikan aku beribu nikmat yang tidak terhingga
aku hanya ingin jalani kehidupan ini apa adanya
belajar untuk menerima takdir yang telah termaktub dari sejak awal
nikmat kasih sayang yang aku ada sekarang hanya pinjaman dari allah
kalau bukan hari ni, mungkin esok harus aku kembalikan
mungkin akan berakhir dengan perpisahan atau kematian
kerana hidup memang begitu
tiada yang kekal melainkan allah
jujurnya. . . 
akhir ini aku tidak lagi mengharapkan pengertian dari sesiapa
aku hanya mengharapkan redha allah dan suami
yang selebihnya. . .
biarlah allah yang menentukan apa yang terbaik untuk aku jalani
diakhir kalam
aku memohon atas segala khilaf


Follow Post Terbaru Dari Kami