Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Thursday, October 27, 2011

Takziah~


Bekerja sebagai warden 
membuatkan aku berpeluang mengenali pelbagai orang
dari latar belakang yang berbeza.
alhamdulillah.. niat baik arwah abah untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah yang memerlukan pertolongan dari segi akhlak dan bantuan dari segi fardu ain.
walau pun, dorang datang dengan masalah yang berbeza-beza.
tapi aku memandang mereka seperti adik-adik comel yang sedang mengorak langkah menuju jalan yang di redhai allah.
dan aku tidak permah menghukum mereka dari kesilapan yang lalu
kerana bagi aku tiada manusia yang sempurna
dan aku suka sangat!
bila tengok ada perubahan pada diri mereka
walau pun sometime sikap nakal mereka mencabar kesabaran aku
but! denda tetap denda sebagai pengajaran
ehehehehe.
apa yang nak aku sampaikan kat sini
bersama mereka banyak membuka minda aku tentang erti sebuah kehidupan
dan setiap pertemuan itu pasti akan berakhir dengan perpisahan
nape ea? aku cakap pasal perpisahan?
ermmm... sbb semalam aku dikejutkan dengan berita
ex student aku (selain jadi warden aku mengajar mengaji ) meninggal
tak caya sangat. sebab 2 hari sebelum dia meninggal aku baru borak2 dengan arwah dekat fb
dia berhenti sebab ambil pmr.
and sebelum arwah meninggal
dia memang selalu cuba rapatkan diri dengan aku
berbeza dari sebelum dia mula2 datang D.a
berita ni buat aku terpana sekejap
last msg arwah
dia kata nak datang D.a
tapi suruh aku amek dia
tapi aku lupa nak jwb msg tue
and bila aku teringat
aku buka fb dia
aku terkejut bila kat wall dia penuh dengan ucapan takziah
aku msg dia fmly dia untuk dapatkan kepastian
dan kenyataan tu buatkan aku menangis
tiba-tiba ada rasa takut dalam hati tentang sebuah kematian
kematian yang berada di alam Ghaib
datangnya entah bila
dan tiada siapa yang tahu
aku ukur diri aku atas bawah
bersediakah pula aku berhadapan dengan pencipta
dalam keadaan yang penuh dengan kekurangan?
salam takziah buat keluarga arwah Nur sabrina
aku hanya mampu kirimkan al fatehah dan bacaan yasin untuk arwah
berserta doa semoga allah tempatkan arwah dikalangan hamba allah yang beriman
setiap kehidupan akan berakhir dengan kematian
persoalannya bagaimana kah kita nanti?

Sunday, October 23, 2011

hanya allah yang tahu. . . :)


Ermmmm. . .
Rindunyeeeee!!!
subhanallah
hanya allah yang tau
bila rindu rasa nak marah!
geram!
malas nak layan sesape
nak ZzZzZz je
semoga allah berikan kami kekuatan
walau pun kdg2 aku tak mampu mengawal setuasi dan emosi
air mata jadi penawar
hohohoho.. geli erkk...
entah ler.. sejak peknen nie
hati sensitif sgt
tapi aku cuba bersikap terbuka
aku bukan nak ngade2
tapi aku Rindu!
rindu dengan suami yang kuat mengusik
rindu everytg tentang dia
hari2 cakap ngan pewot. . .
"ibu rindu ayah..."
entah ler baby paham ke x..
huhuhuhu
apa pun
aku anggap sume ni adalah ujian dari allah
untuk mengeratkan kasih syg kami suami isteri
aku percaya. . . ada org lain yang setuasinya lebih teruk dari aku
aku tak hebat
aku tak kuat
tapi aku yakin,,
aku punya jiwa yang kuat!
sebab kepercayaan tu
aku selalu berlagak cool
ehehehehe
aku yang selalu bersikap slumber
buatkan suami aku selalu rasa aku tak rindukan dia
andai hati aku boleh di teropong
biarlah dia tau sendiri
banyak mana rindu yang dah bersawang dalam hati aku
RINDU DALAM HATI NIE TAK PERNAH HABIS UNTUK ABG!
nanti klo jiwang syg dtg
abg sakit perot bace
apa pun
i love so much . . .


Friday, October 21, 2011

ujian~


aku halusi kehidupan ini
dengan sabar dan tenang
 walau kadang perjalanannya tidak seindah mimpi
dan kadang aku tersenyum sendiri
saat hidup seakan ingin bergurau 
namun, aku hadapi ia dengan senyum
walau kadang pahit untuk ditelan
tapi indah jua untuk di kenang
dan aku selalu percaya
tiap ujian yang hadir
ada kemanisan yang akan terasa
tidak adil untuk kehidupan
jika hanya keindahan yang aku harapkan
perjalanan yang semakin jauh ini
mengajar aku erti kematangan
tiap kemungkinan yang bakal menjelma
aku telah bersedia dari segi segalanya
kerana hidup tidak seindah mimpi~
dan reality tidak pernah mengenal sesiapa
aku hanya berharap. . .
dapat membina jati dalam diri
menongkah arus sebagai sorang isteri
menjadi pendamping yang tidak mengenal lelah
menjadi pendengar yang tidak pernah pekak
menjadi perotector dalam kehalusan jiwa seorang suami
daya itu aku tidak tahu
tapi mampu itu menjadi pengiring doa
kerana yang lebih mengetahwi itu adalah "dia"
perjalanan yang masih bersisa ini
biarlah menjadi punca kebahagian yang empunya hati
semoga aku dapat menjadikan "mahligai dari pinjaman ilahi"
satu memory manis dalam dairy kehidupan seorang suami
yang aku kasihi dan aku cintai
dan moga kasih ini tidak terhenti di dunia
tapi berterusan hingga ke syurga
menjadi isteri solehah itu sangat payah
namun, redha suami menjadi pengharapanku
kerana tanpa redhanya
maka aku akan jauh dari redha tuhanku
walau jauh menjadi halangan kita
tapi kasih sayang ini sentiasa bertaut dan utuh untuk abg. . .


Rindu menduga kesabaran~


Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat…. Sabtu?
Yuhuuuuu! My tayunk balik.
But.. baru je nak loncat2 eppy.
 Ermmmm… dia xdapat blk lak minggu nie.
 Kerja!
Sedikit kecewa. Tapi aku accept dgn hati yang terbuka.
 Rindu? Boleh aku jerit kat sini banyak2? Agrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!.
Itu lah dia luahan hati aku.
Terpaksalah kira balik hari
 sabtu- sabtu minggu depan.
Its ok!
Syg ok je… “ syg kan cool” hehehehe.

3 bulan menjadi seorang isteri
Hari ni, aku mula faham sedikit demi sedikit
Apa yang kakak ipar aku maksudkan
Putar balik waktu masa aku nikah
Toink! Toink!
Pas selesai nikah and kenduri comel2
Kakak ipar aku (kak mah) dtg polok aku kuat2
And dia nangis
Masa tu dia peluk aku..
 dia pesan “ hidup berumah tangga ni, banyak sgt ujian. Kuatkan hati. banyakkan sabar.”
Mase tu, aku xde lah paham sangat
Sebab pale aku nie blur cikit
Hekhekhek…
Tapi.. skunk.. aku semakin faham
Hidup berumah tangga very complicated!
Tapi sweet! Hehehe
Best tau gado2.. pastu men pujuk2
Dapat bunga. Hehehehe.
Pat2 la kawen bg sesape y lum kawen tue
Hehehe.. ~peace~
Tapi ktorg selalu gado men2 je
Tapi.. walau pun my asben ade silat
Dia selalu kalah ngan aku
Selalu kena tumbuk
Kena lempang.. (lempang2 manje)
Kena tolak sampai jatuh
Tapi aku tau…
Dia kesian kat aku
Klo dia bagi aku betul2
Sure aku terlekat kat dinding
Nyway.. aku ada ayat penyelamat
“tak baik buli ibu mengandung”
Ehehehehehehehe.
Klo mcm agak nak panas je..
Shhhhh~ diam je jgn cakap pape
Nanti dia senyap sendiri
Tak pun polok dia kuat2
Hohohohoho.
Nyway..
 tanggungjawab seorang isteri sangat besar
And kita kena selalu bersikap matang dan terbuka
Bak kata alang “ Deqyah bukan budak kecik lagi. Yah kena jadi matang. Sebab yah dah jadi isteri orang. Dan bakal jadi ibu.”
Ye alang.. aku yang selalu akur
Tapi selalu jadi si degil
Hehehe

Abang. . .
Sayang memang nakal
Tapi syg selalu cuba berubah jadi baik untuk abang dan bakal anak kita
Sayang tau sayang degil
Tapi hari2 syg belajar mcm mana nak jadi good wife
Tapi abg jgn risau ea
Walau pun kt dok jauh
Tapi syg akan selalu jaga diri untuk abg
And syg tau batas syg sebagai seorg isteri
Abg jaga hati ngan mata untuk syg ea..
Love u~

mungkin kata2 syg agak poyo. . .
tapi andainya suatu hari nanti syg pergi dulu sblm abg
biarlah kata2 poyo syg nie menjadi perantara Rindu~

Monday, October 17, 2011

setuasi~


Lemahnya aku dalam menerima erti sebuah takdir.
Selama ni aku selalu rasa aku sangat kuat!
Tapi hakikatnya. Apabila menempuh alam rumah tangga dan bergelar seorang isteri.
Dan saat allah menguji kami harus berjauhan untuk seketika waktu.
Delima setuasi selalu menjadi punca emosi.
Malam ni, 3am: untuk ke sekian waktu.
Aku harus melepaskan pemergian suami aku ke johor.  
Berat sangat rasa hati untuk biarkan dia pergi.
Dalam waktu malam yang dah terlalu lewat.
Ada perasaan risau yang terlalu sangat.
Aku takut dia mengantuk. Takut dia penat.
dan satu yang sangat pasti. Aku dah taknak rasa “berpisah”.
Tapi… tanggungjawab yang harus suami aku pikul untuk keluarga kami.
Membuatkan aku redha dengan ketentuan yang tertulis.
Sesak rasanya menahan gelora hati bila tengok kelibat suami aku hilang dari pandangan.
Tercongok sekejap kat depan pintu pagar. Tunggu kete dia beransur pergi.
Aku iringi perjalanan suami aku dengan doa. 
 Berharap allah permudahkan perjalanan dia ke johor dengan selamat.
Jauh dari bala dan musibah.
Dan akhirnya, aku akur.. apabila ego aku mula tercarit.
Kerana aku mula menangis setiap kali dia balik ke johor.
Sebab “aku bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata.”

Andai ada pilihan. Aku nak selalu berada di samping suami aku.
Sakit pening dia aku jaga. Resah hati dia aku redakan.
Namun, setuasi belum mengizinkan.
Semoga allah memberi kami kesabaran.
Semoga suami aku faham. Aku menyintai dia sepenuh hati aku.
Sah aku menjadi isteri dia. dia lah segalan2nya bagi aku.
Keutamaan aku adalah dia.
Cuma jujurnya.
Aku tak pandai melahirkan rasa kasih. Aku tak pandai mengungkapkan kata cinta.
Tapi selagi allah mengizinkan aku bernafas di muka bumi nya.
Aku takkan mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.
Benar! Aku bukan wanita yang sempurna. Dari segi wajah. Aku tak cantik!
Dari segi peribadi, aku banyak kurang. ! Dari segi ilmu, aku jahil!
tapi sebagai seorang isteri.
Aku cuba lakukan yang terbaik untuk membuatkan suami aku rasa disayangai dan dihargai.
Maafkan sayang…
diatas segala kebodohan dan kekurangan sayang.

Percayalah, sayang juga sangat tenat bila berjauhan dengan abang.
Tapi sayang terpaksa bersikap lebih terbuka dan buat tak tahu dengan hati.
Sebab sayang takut emosi sayang akan mengeruhkan keadaan.
Kerana emosi wanita sangat merbahaya,
apetah lagi untuk setuasi kita yang selalu berjauhan.
Semoga suatu hari nanti abang akan tahu. “ abang terlalu penting buat sayang.”

Andai sikap sayang membuatkan abang kecil hati.
maafkan sayang.
Sayang tak kuat. Tapi sayang belajar untuk jadi kuat.
Agar sayang tidak kalah dengan emosi.
Jaga solat! Jaga hati! Jaga diri!.
Sayang selalu ada dengan abang. Insyaallah…

Salam sayang~

Monday, October 10, 2011

hidup adalah simple!


Hidup ea. . .
hakikatnya hidup ni simple jerpp
tapi ramai diantara kita yang menjadikan kehidupan ni
its very complicated
Deqyah selalu pegang 1 perkara
"benda kecik. klo pikir beso! akan jadi perkara yang sangat membebankan"
but... " benda beso. klo pikir kicik punye hal. insyaallah allah akan mudahkan."
pokok pangkal hati
and cara kita mengelola kehidupan
ehemmmm~
mcm hebat lak kehidupan Deqyah ea
hohohoho
~ ku adalah si naif~
nyway.. kesah silam! kegagalan!
its normal
semua orang ada
klo takde itu yang tak normal
hekhekhek
apa yang penting sifat berani untuk melakukan perubahan
coz, kenangan dan kesah lalu
bagi Deqyah seperti air sungai yang mengalir
ibarat masa yang telah berlalu
tak mungkin dapat di miliki lagi
hari ini lah yang harus kita hargai
di mana kita berada
dan dengan siapa kita bersama!
apa yang paling harus dikesalkan
apabila kita terus berada di takuk kegagalan dan takut untuk pandang ke masa hadapan
 orang yang takde impian dan harapan
sama lah macam mayat hidup!
aiyorkkkkk... jangan macam tu ea
hati kena kuat
sebab allah duga kita mengikut kemampuan kita
kena banyak sabar
sebab sabar itu antara sifat orang yang beriman
and satu lagi sifat yang paling Deqyah suka!
wat toyeeee jeee!
macam hati kering ler
fikir2kan.. dan selamat berjuang untuk hidup
pe pun.. tiada yang sempurna di dalam dunia nie
but. . . harusnya kita berusaha untuk menjadi diantara yang sempurna
tangisan itu perlu untuk meredakan beban hati
tapi untuk selalu bersedih 
so bad!
out dulu ea. . .
nanti encik somi balik umah xkemas lagi
mcm mana nak tawan hati suami?
hihihihihi
next time kita citer mcm mana nak tawan hati suami ea
walau pun Den xde pengalaman!
hekhekehek
terjah aje...
da daaaaa.. 
ops! salam

~jangan jahat, tapi nakal tu sweet : )~

Thursday, October 6, 2011

lebyu poleber~


Rindu sama kamu~
semoga ujian kecil ini
membuatkan kasih syg kita semakin erat
hadir insan kecil ini
bukan sekadar sbg isteri
namun, juga sebagai kawan
rebahkan lah segala resah dibahu ini
biarlah kita pikul bersama
menjadi beban yang ringan untuk di tanggung
sesungguhnya tiada yang lebih bagus
daripada melihat senyum di bibirmu
tenang di wajahmu
tak pandai rasanya untuk melahirkan kata yang romantis
hanya satu~
kasih syg terhadapmu tiap hari bertambah menjadi hebat
biarlah apa yang berlaku
menjadi asam manis rumah tangga kita
agar kita menjadi lebih sweet dan cool.. hehehe
Hei. . . i love u poleber and eber. .

Follow Post Terbaru Dari Kami