Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Saturday, May 30, 2009

hindustan?

minat layan citer hisdustan?
huahuahua..
dulu aku suke gile
siap nangis2.. harhar..
tapi rasenye dah bertahun aku xtengok citer hindustan
tapi hari ni, entah mcm mane tertengok lak
best gak.. bese lah.. citer cinta..
tajuk? aku tak ingat. ekekeke..
ayat dia yang aku suka
"aku telah pindahkan
sepanjang hayatku atas nama kekasihku"
ahakss.. ayat dia tak ingat..
jiwang giler..
satu lagi
"wajahmu, umpama sajak yang mentafsirkan kesederhanaan"
adehh.. aku suke ayat tu..
cinta hindustan mmg gempak
org mati pun leh hidup balik
ehehe.. apa pun
layan jelah..


uhhhh!!

ahhh! hairan. . .
susah aku nak paham hati lelaki ni
time kite ngah syok gile kat dia
sayang tahap cipan
leh lak.. dia tinggalkan kite
dengan alasan yang kunun2nye munasabah
bagi dia la munasabah
bagi aku?
watcaaaaa!!
rasa nak je aku kasi silat harimau
time dia say good bye dulu
tapi skunk. . .
leh lak dia kate syg aku sgt2..
uhhh!! dia ingat aku ni ape?
anak patung?
xde perasaan?
haaa.. padan muke
terase la tu klo bace
tak kire..
aku bengang!!!
bile dah say good bye
xyah la citer psl syg
psl mase depan
dulu.. xnak hargai kehadiran aku
senang2 je tinggalkan aku
uhhh!! aku marah!!!
hai.. lelaki..lelaki..
tau x..
skunk nih
ade someone yang amek berat psl aku
lebih dari dia..
mcm mane?
xkan nak wat citer cinta 3segi
so! skunk dia happy?
ade org len yang syg aku
yang amek berat psl aku
happy?????
dia tipu. . .
dulu kate xkan buat aku menangis
takkan buat aku susah hati
tapi sume punca aku mengong
sume sebab dia
uhhh! skunk ape kes?
memang dulu aku merajuk
sampai minta benda bukan2
tapi klo dia betul2 syg aku
dia xkan buat aku sengal mcm ni
waaaaaaaa!!!
jgn la usik2 lagi hati aku
apa yang dah berakhir
biarkan je berakhir..
sebab aku dah letih untuk mengharap
dia kate nak bagi perhatian pada aku
for what?????
masih bermakna ke?
ahhh!!






Friday, May 29, 2009

bile dah mule merepek

bile dah mule merepek. .
mule lah datang idea ntah pape

bile dah mule merepek
mule lah nak menggile

bile dah mule merepek
kena tahan jelah mate sape yang bace

bile dah mule merepek
adehhh.. hari2 nak MEREPEK!!
Haiyaaaaaa..
layan jelah. . .

biarkan saja. . .

bile semua bertanya. . .
kemana?
kenapa?
aku hanya mampu bisu

bila semua bertanya. . .
untuk apa?
sampai bila?
aku hanya mampu pekakkan telinga

bila semua bertanya. . .
merajuk?
marah?
aku hanya mampu senyum paksa

bila semua bertanya. . .

aku tiada jawapan
untuk setiap persoalan
maka biarkan saja..

aku. . .

aku merangkak di atas jalan yang indah
yang dihiasi permata dan mutiara

aku ingin berdiri
tapi ditolak oleh emosi

aku ingin menyambut tangan yang menghulur
tapi terhalang oleh jiwa yang bebal

aku ingin menyahut suara yang memanggil
namun, terhijab oleh hati yang jijik

aku menangis!
namun, hanya kedengaran oleh alam yang bisu

aku menjerit!
namun, hilang oleh angin yang singgah

aku terus bisu. .
buta dan pekak
dalam sendu yang keliru..


Rindu lah!!!

Ahhhh!!
Rindu...Rindu...Rindu...
aku RINDU!!!!
Tak Tahan
ya allah...
Rindu sangat
Aghhhhh!!!
cukup lah Rindu
jangan diasak jiwa aku terlalu dalam
aku bukan jiwa besi
atau jiwa pendekar sakti
aku hanya jiwa kecil
jika terus diasak dan diganyang
aku akan lelah dan letih
huwaaaaaaaaa!!!!
Rindu bangat...
adehhhh..



Thursday, May 28, 2009

jiwa ini

mengembara. . .
diperjalanan hampa
masih mengukir senyum
untuk tidak tampak muram
biar jiwa lain
menyangka jiwa ini segar
hakikat dalam sebuah kehalusan
hanya jiwa ini yang bisa merungkai
kaca atau permata
atau sampah yang tidak berharga
biar jiwa ini saja yang tahu
bercerita itu dan ini
hanya untuk menutup bocor
yang menitik
bukan untuk menjelaskan
sesuatu yang menjadi tafsiran
biar ia menjadi rahsia
dalam hati yang paling dalam
agar ia terus bersembunyi
dalam jiwa ini. . .


mungkin aku. . .


biar tiada bicara
yang terungkap dibibir ini
untuk menyatakan sayang dan rindu
tapi percayalah..
perasaan itu tidak pernah pudar
walau beribu batu aku berlari
namun, aku tetap sayang dan rindu
aku tak mampu
mengungkap ia menjadi 1 perkataan
untuk difahami dan mengerti
kerana..
aku jahil dalam melahirkan sebuah perasaan
maka, ia tampak kaku
yang pasti
aku tetap aku
yang dikenali dulu
aku takkan berubah
atau berpaling arah
cuma aku tersalah langkah
terjerat dalam emosi
maka sayang dan rindu ini
hanya menjadi persoalan
tanpa jawapan
mungkin aku yang bersalah. . .


...

yang lelah
tidak lagi bersuara
yang jemu
terus membisu
yang tinggal
hanya sebuah pengharapan
yang belum pasti

jika ia 1 kesilapan
biar ia menjadi 1 hukuman. . .


Thursday, May 7, 2009

adakalanya. . .

siapa yang tahu tentang sebuah takdir...
andai sebuah kebahagian dan penderitaan
terbentang didepan mata
pasti aku memilih untuk lena
diatas hamparan bahagia
namun...
aku hanya serangga dihutan belantara
adakalanya...
keresahan jiwa sukar untuk diduga
sukar untuk difahami
celaru dan keliru

cinta on9ku

Siapa sangka
Aku suka padamu
Hanya dengan messages on9
Aku angau dan sasau
Setiap malam aku tunggu depan laptop
Menanti penuh sabar kau on9
Aku rela bersengkang mata
Aku tak heran bila orang bilang aku gila
Kerana aku memang menggilaimu
Aku menjadi penungu setia ym dan irc
Semata2 kerana ingin melihat telatahmu
Dan membaca setiap ungkapan sayang dan rindu-mu
Biar kita tidak pernah bertemu
Namun, itu bukan persoalannya
Soalnya aku telah jatuh cinta!!!
Cinta on9 ku. . .
Aku sayang. . .
Aku rindu . . .
Sehari tanpa messages on9mu
Seperti membunuhku
Jika sudi. . biar cinta on9 ini
Berakhir dengan sebuah reality

(bukan untuk sape2.. harap maklum..ehehe)

usah bermimpi

Aku ingin ucap selamat tinggal
Biar tiada lagi suara rindu
Bisikan sayang
Biar saja aku melangkah pergi
Jangan mengharap untuk aku kembali
Kerana.. sekali aku melangkah
Aku takkan menoleh
Biar sayang memuncak dalam dada
Namun, untuk bermula sekali lagi
Tak mungkin akan berlaku
Sekali kau menghancurkan
Kesannya akan tinggal untuk selamanya. . .
Biar kau datang dengan pelbagai janji
Aku takkan terpujuk
Kerana terlalu merajuk
Cukuplah! Apa yang telah berlaku
Biarkan ia berlalu seperti air
Anggap saja aku hanya sejarah yang hanya boleh dipandang
Namun, untuk kau miliki sekali lagi usah bermimpi . . .

mungkin kerana hati rindu. . .

malam ini. . .
aku terpaku sendirian
dibawah sinaran bulan
ditemani cahaya bintang dan rintik hujan

entah. . .
apa yang hendak dibicara hati
entah. . .
apa yang membuat dia terusik
hingga malam yang indah seperti tidak bermakna

mungkin kerana hati rindu pada yang jauh. . .



Wednesday, May 6, 2009

Duhai cinta


Duhai cinta. . .
jika tidak perlu
janganlah mengusik2
kerana aku takut terusik

Duhai cinta. . .
jangan terlalu bergelora
kerana aku takut terjatuh lalu lemas
dan karam ditengah keasyikkanmu

Duhai cinta. . .
mungkin kau bijak memujuk
hingga hati terpujuk
namun, janganlah menunjukkan
kehebatanmu padaku
kerana aku tidak ingin terjatuh
dalam perangkapmu

Duhai cinta. . .
pergilah. . . jangan mengintai
kamar hatiku
biar saja ia sepi dan sunyi
kerana aku tidak mahu kehadiranmu
menambahkan resah yang bertamu
jika perlu. . .
pergi dan jangan kembali


anugerah buatku. . .

kau senyum
saat aku tertateh melangkah
aku merajuk
lalu, kau terus memelukku penuh kasih
kau ketawa
saat aku jatuh tersadung
aku menangis sakit
lalu kau memujuk dengan sayang
kau seperti putri dalam cerita dongeng
yang selalu buat aku tersenyum
kadang kau juga penyebab aku menangis
namun, jika kau tiada
aku sunyi dan sepi
kerana kaulah insan yang bergelar kakak
yang selalu berada disampingku
biar saat aku suka atau duka
kau tidak pernah jemu
melayan kerenahku
terkenang..
saat aku terjatuh
luka itu membuatkan aku merajuk dan menyepikan diri
lalu kau datang.. bisikmu
" janganlah begini, kerana inilah takdirmu"
dan kau bisikkan lagi
"akak lihat kau selalu tabah. maka kali ini, jgn lah kau mengalah."
aku menangis dibahumu
namun, kau sejukkan hatiku dengan pelbagai kata
yang membuatkan aku kembali berdiri
sesungguhnya kau adalah anugerah yang terindah buatku
kakak.. kakak..kakak..
panggilan ini tidak akan terhenti
selagi aku bernafas
kerana aku akan selalu menyusahkan-mu
ekekeke.. lebyu



Teman . .

Teman..
andai aku tersalah langkah
pimpinlah aku kearah jalan kebenaran
kerana langkahku masih terumbang ambing
goyah dan jelek
jika aku tersalah bicara
tegur aku dengan kejujuranmu
kerana kadang aku berkata tanpa
melihat dari sudut yang nyata
maka terlahir sesuatu yang sumbing
yang dipandang mengundang marah
Teman..
aku tidak berpakaian indah
namun, jangan malu untuk berdamping denganku
kerana aku takkan mengotorimu
yang pasti..
biarlah perkenalan ini terus berkekalan

sebuah cerita..

berbicara tentang kehidupan seperti menimba air dilautan
sebuah kehidupan yang menceritakan tentang suka duka insan
dimana disitu terlahirnya pelbagai watak dalam drama reality
setiap insan berperanan sebagai watak untuk menghidupkan sebuah cerita
kadang hadir satu watak yang tidak diundang
menjadi permulaan sebuah cerita
untuk lebih menarik
ahh! kehidupan dan drama telenovela
tiada bezanya
semuanya berkisar tentang kehidupan reality
andai aku bijak mengarang
aku ingin abadikan sebuah kesah
tentang seseorang yang pernah menjadi salah satu watak dalam
kehidupan aku. . .
yang pernah buat aku tersenyum
dan menangis. . .

bicaraku. . .

Bicaraku..
hanya bicara bisu
bukan gelombang
yang bisa menghanyutkan
hanya sentuhan biasa
bukan untuk menghancurkan
andai difahami satu persatu
ia hanya irama biasa
bukan berbentuk simbolik
yang sukar difahami
namun, setiap satu
ada maksud yang tersendiri
mungkin juga ia terlahir kerana-mu..

Sunday, May 3, 2009

aku merindui..

Teman..
mengapa terlalu suram?
dulu kau datang bersama cahaya kabahagian
kau hamparkan pelbagai impian
bisikmu. "biar apa jua yang berlaku. kau xkan berubah"
tapi kini..
kau bagai bayangan sepi..
hanya kerana aku menolak untuk "BERCINTA"
Teman..
apakah setiap cinta memerlukan pembalasan?
apakah bila kite menyintai
maka adakah kita wajb dicintai?
mengapa kemesraan dulu
hilang seperti kita tidak pernah mengenali
apakah aku harus memberi cinta?
maka baru kau akan tersenyum seperti dulu?
apakah kau akan berpuas hati?
mengapa setiap hubungan adam dan hawa
perlu disulami cinta?
salahkah jika kita terus berteman?
tanpa cinta dan menyintai?
Teman..
jadilah seperti dulu
kerana aku merindui..
seorang teman yang selalu buat aku ketawa dan tersenyum
janganlah merajuk hanya kerana tiada jalinan cinta antara kita
..... (P)

Saturday, May 2, 2009

akhirnya

air mata ini menitis lagi
saat lemahnya jiwa dalam mempertahankan sebuah pendirian

diri mengutuk jiwa
hati berdengus marah

akhirnya kemenangan berpihak
pada yang tak berhak...

terkulainya sebuah jiwa
yang sedang meniti sebuah perjalanan ditanah merah

segalanya seperti mimpi ngeri yang bertandang
penyesalan hanya ejekan hiba buat jiwa yang lemah

akhirnya...


apa kesudahannya..

Tipis iman didada
nafsu bermaharajalela

apa yang dipertahankan
rapuh! bertembangan bagai kayu kering dijalanan

titisan air mata dari sebuah dosa
bukan penentu sebuah penerimaan taubat!

kekalahan ini membuatkan aku menangis..

apa kesudahannya jika nafsu mengatasi akal...

Follow Post Terbaru Dari Kami