Duhai cinta


Duhai cinta. . .
jika tidak perlu
janganlah mengusik2
kerana aku takut terusik

Duhai cinta. . .
jangan terlalu bergelora
kerana aku takut terjatuh lalu lemas
dan karam ditengah keasyikkanmu

Duhai cinta. . .
mungkin kau bijak memujuk
hingga hati terpujuk
namun, janganlah menunjukkan
kehebatanmu padaku
kerana aku tidak ingin terjatuh
dalam perangkapmu

Duhai cinta. . .
pergilah. . . jangan mengintai
kamar hatiku
biar saja ia sepi dan sunyi
kerana aku tidak mahu kehadiranmu
menambahkan resah yang bertamu
jika perlu. . .
pergi dan jangan kembali


Comments

Popular posts from this blog

Belajar jawi (part 2)

Doa imam Ghazali