Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Wednesday, May 6, 2009

anugerah buatku. . .

kau senyum
saat aku tertateh melangkah
aku merajuk
lalu, kau terus memelukku penuh kasih
kau ketawa
saat aku jatuh tersadung
aku menangis sakit
lalu kau memujuk dengan sayang
kau seperti putri dalam cerita dongeng
yang selalu buat aku tersenyum
kadang kau juga penyebab aku menangis
namun, jika kau tiada
aku sunyi dan sepi
kerana kaulah insan yang bergelar kakak
yang selalu berada disampingku
biar saat aku suka atau duka
kau tidak pernah jemu
melayan kerenahku
terkenang..
saat aku terjatuh
luka itu membuatkan aku merajuk dan menyepikan diri
lalu kau datang.. bisikmu
" janganlah begini, kerana inilah takdirmu"
dan kau bisikkan lagi
"akak lihat kau selalu tabah. maka kali ini, jgn lah kau mengalah."
aku menangis dibahumu
namun, kau sejukkan hatiku dengan pelbagai kata
yang membuatkan aku kembali berdiri
sesungguhnya kau adalah anugerah yang terindah buatku
kakak.. kakak..kakak..
panggilan ini tidak akan terhenti
selagi aku bernafas
kerana aku akan selalu menyusahkan-mu
ekekeke.. lebyu



No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami