Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Wednesday, December 31, 2008

aku selalu ada...

semalam ku datang
bukan untuk menduga
ku ingin menjadi penanggung dukamu
kau sambut dengan gembira
ku lihat kau tertawa
ku semat dalam jiwa
untuk membahagiakan mu
bila kau tersalah langkah
ku menegur penuh kasih
bila ku marah
bukan tanda ku benci
tapi kerana rasa sayang di hati
bila ku tak peduli
ku hanya ingin kau menyedari
berubah dari kesilapan
bukan menangisi tanpa perubahan
hari ini...
aku mengucapkan selamat tinggal
bila ku lihat kau mampu berdiri
tanpa ku...
aku akan melihat dari jauh
tetap menyayangimu seperti dulu
yang pasti aku selalu ada
bila kau memerlukan aku....

sixth sense TANPA

Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa....
Dirimu aku mati (x2)

Kini berat benar kurasakan
Dalam relung hatiku tak temu
Aku tak mengerti

Takut aku jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpa menuggu mati

ahaksss....

uiksss... dah kul 4.30 mate segar lagi ni. sok keje. sure! budak2 tu kena marah. huhuhu...xpe! minggu ni last aku masuk kelas. pasni dorang dah tak kena marah ngan aku. budak2 tu poyo je. bile aku kate nak benti. dorang pun cakap "kalau akak benti ktorg pun nak benti lah." wakakakaka... macam la aku tak tahu dorang suke aku benti. xdo dah kena marah. kena denda. or kdg2 kena rotan.... muahahahahahaha...

aku gertak dorang. aku cakap "habislah korang minggu depan ade guru baru. garang wooo! kalau korang buat perangai je. dia angkat korang letak atas bahu,pastu dia campak korang kat luar kelas."sengal je dorang percaya cakap aku... ekekeke... apo la. yang pasti mule2 guru tu mungkin tak garang. tapi lama2 aku pasti dia akan jadi rimau ngan perangai budak2 tu. ahakss... dorang baik.. cuma kdg2 nakal skit. nama pun budak2. ade kakak tu umur 33. selalu kena tegur ngan aku. adehhhh... tu y susah klo ajo orang y lebih tua. kalau tak tego. susah. klo tego susah. tapi seb bek akak tu jenis tak kesah ngan perangai aku. kalau tak. aku suruh je dia dok kelas mak aku. senang citer. tapi... sedey gak... sebab tahun depan dah xde orang nak celebrate bday aku. akakakakaka... dapek hadiah laie... tu y best.

hurmm... sayang sebenarnya nak tinggal budak2 ni. sebab aku dah anggap dorang macam adik2 aku. walaupun perangai dorang kadang. wat aku GERAM! tapi aku sayang dorang. bagi aku, dorang terlalu baik, cuma tersalah langkah dengan darah muda. aku harap dorang berubah, and aku nampak banyak perubahan pada diri dorang, cuma bagi yang taknak berubah, memang payah la. kena bom pon, klo dah xnak berubah. xjalan. huhuhu...

cerita benar....



ini satu cerita, bukan rekaan. ini benar! dari sebuah kebenaran.. ewahhhh!! mcm gempak je, muahahahahahahahahaha!!!

"Ade pelajar baru datang. janda! baru sehari kawen dia lari sebab ade krisis ngan laki dia. umur 22 tahun. masuk kelas ko kot." bagitahu kakak aku.

"22 tahun dah jadi janda? mudenye... kesian erkk. sehari lak tu kawen? iskk..isk.. sempat malam pertama tak? muahahahaha." gurau aku. Dalam hati. aku kesian kat budak tu. tarase teringin lak jumpa janda muda...ekeke...

mula kelas je mata aku melilau cari budak yang kakak aku citer tu. bukannye ape. bagi aku kesah hidup dia. lain dari pelajar lain.ade dua orang pelajar baru. so! aku kompius. mano janda mudo ni.

"hurmm... pelajar baru tolong kenalkan diri." arah aku ngan muka ala-ala budak poyo. ahakss.. sebenarnye inilah sesi yang paling aku suke. mase ni. aku akan tanye dorang macam2 soalan. pastu macam2 gelagat ado. yang menari2. senget2kan badan. sipu2 malu.
soalan yang selalu aku tanye. "kamu datang sebab ape?" haaaa... time ni dorang semua jawab. nak blaja la kak. cehhh! macam aku tak tahu. dorang datang sebab kena paksa, tapi xpe. satu je aku selalu pesan "kalau betul kamu datang sebab nak blajo. buktikan pada akak." akakaka... poyo je aku nih...

so! pelajar baru 2 orang tu pun kenalkan la diri. kat situ aku tahu la. yang mane satu janda mude tu. huhu... cantek woooo... macam mane leh jadi janda. iskk... sengal betul laki dia ni.. ekeke...

satu hari tu (ade x ayat lain selain dari ayat ni?...huhu) aku lepak ngan sarah (budak yang paling nakal kat dunia..ekeke) kat depan umah. aku tengok pelajar2 perempuan makin lama makin surut, macam nak pupus je kat Darul Atiq ni. so! aku tanye sarah.

"Budak pompuan ade bape org erkk? macam makin xde je." aku tanye sarah ngan muka siyes. ala-ala guru besar, muahahaha..

"hurmm.. ade la dalam 18 orang, sebab ramai dah benti, tadi kak hajar balik. laki dia amek, dorang tak jadi cerai." jawab sarah.

"erkkk... tak jadi cerai? bukan dorang dah failkan cerai ke?" terkejut aku. sampai tersembur air dari mulut aku. Setahu aku. si hajar ni ngan laki dia dah failkan cerai. macam mana tak jadi nak cerai lak? uhhh.. kompius..

"memanglah kak, tapi dah laki kak hajar nak dia balik. tak jadilah." jawab sarah ngan muka slumber.

"ermm... baik erkk laki dia. macam tak caya lak." aku senyum je ngan sarah. dalam kepala otak aku. aku salute la kat laki dia. ni la baru namanya lelaki. bertindak dengan cara orang siuman. bukan buat keputusan melulu. pastu baru nak menyesal, wa caya sama lu la... ahakss..

hari ni bila aku masuk kelas. aku nampak hajar. berseri je muka dia. ewahhhhh! suke la tu. aku pun suke. muehehehe...

"hurmmm... ade kamu. ingatkan bercuti lagi, dengar citer kamu nak kawen balik? betul ke?" soal aku. dengan muka si penyebuk... muahahaaha...

"a ah kak. tapi bukan nak kawen balik.cuma nak buat kenduri belah lelaki. sebab hari tu cuma sempat buat kenduri belah pompuan je. ktorg cuma failkan cerai tapi belum cerai." jawab hajar sambil hulurkan kad kawen dia. aku pun amek la kad kawen dia, belek2 skit. pastu aku tengok dia.

"asal tetibe laki kamu nak kamu balik?" soalan bodoh. tapi aku cuma kompius. hari tu punye ye2 nak bercerai. tetibe tak jadi. wakakakakaka... jahat aku ni.

"suami saya cakap, dia tengok muke abg saya, dia teringat2 kat saya," jawab hajar.

"ooo erkk.. bagus..bagus... ade rezeki akak datang la kenduri kamu." kate aku. walau pun aku memang tak dapat datang. sebab aku nak sambung blajo balik. apa pun aku tumpang happy untuk pelajar aku ni. yang hari2 kena marah ngan aku. sebab dia memang suka kena marah. hahaha... hajar...hajar.. semoga bahagia hingga ke anak cucu,

terfikir aku sejenak. bertapa manusia diberi pilihan. antara baik dan buruk. tapi kita selalu salahkan takdir. bila kita sendiri yang tersalah buat pilihan. bagi aku. apa yang terjadi pada hajar, satu perkara yang cukup menyedarkan aku. bahawa disebalik duka. ada sinar!

bila seorang lelaki beristeri. maka dia punya satu tanggungjwab yang besar untuk dipikul. takde alasan lagi untuk dia kate tidak! sebab isteri adalah amanah allah. bila isteri tersalah, dia tempat rujukan. bila isteri marah. suami kena redakan dengan nasihat.dalam hal ni, aku betul2 angkat tangan kat suami hajar. power la lu bro... muahahahaha... nk oto gerap leh? ekekeke....

aku lak...? adoi mak... kawenkan aku... wakakaka... jeles tengok hajar kawen aku nak kawen gak...wakakakakaka.. kalau la semudah tu. huhuhu...

no! kawen2... blajo dulu sampai lebam... yehaaaaaaaaaaaa!!!!

untuk adik...(y)

adik...
saat kau datang mengadu
tentang resah yang bertamu
hatiku dihambat pilu
aku ingin meringankan bebanmu
namun aku tak mampu...
aku hanya berdoa
pada yang maha esa
moga kau diberi kekuatan
dan kesabaran
dalam menempuhi ujian hidup
adik...
allah tidak akan memberi ujian
diluar kemampuan kita
percayalah disebalik ujian itu
terselindung seribu rahmat
adik...
jangan bersedih...
kesedihan hanya membuatkan hatimu terluka
kemurungan hanya membuatkan kau sakit
kau diberi pilihan antara
meniti jalan bahagia disaat terakhir
atau diselubungi duka sepanjang hidupmu
percayalah dik...
tiada siapa yang mahu menderita
tapi sebuah takdir bukan ditangan kita
jangan kalah dengan ujian hidup
berjuanglah! dan terus berjuang
jangan cari kekuatan
kerana kau takkan jumpa ia dimana-mana
tapi bina kekuatan itu.
satu petikan"letakkan masalahmu dibawah kaki
pijak ia! dan jerit sekuat hati. AKU TAKKAN BIARKAN
DUKA MELEWATI HIDUPKU. AKU AKAN TERUS BERJUANG DAN
BERJUANG UNTUK MENJADI ORANG YANG BERJAYA."
adik...
tenangkan fikiranmu
berdoalah pada yang maha esa
ingatlah, allah lebih mengetahwi apa yang terbaik untuk kita
jalan yang terbaik kembali padanya tanpa syak wasangka
adik...
salam sayang dari insan dhaif ini
diri ini sentiasa ada jika diperlukan
pesanan DrGile...hehe
senyumlah dengan duka
campak jauh2 dari pandangan mata
jadi insan yang bahagia
tiada insan yang sempurna
samada bahagia atau duka
kita yang menentukannya...
smile always...

Tuesday, December 30, 2008

ikrarku

lelah bercerita tentang sepi
sepi yang selalu melukai
penat menangisi memori
memori yang membakar ulu hati

lalu aku putuskan disini
aku takkan biarkan sepi menyelubungi diri
aku ada masa depan yang perlu aku kecapi
jika aku berterusan begini
maka aku akan mati sebelum malaikat melewati

wahai sepi...
dengarkan ikrarku
aku berdiri disini
dengan tekad yang tinggi
aku berjanji...
sepi adalah musuhku
maka aku hapuskan kamu
sehingga kau tidak mampu lagi memandang aku
yehaaaaaaaaa!!!!

Bila cinta menyapa

cinta: assalamualaikum

aku: waalaikumussalam cinta

cinta: sepi?

aku: hahaha...

cinta: jum bercinta

aku: erkk...untuk apa? klako...

cinta: untuk mencari bahagia

aku: Terima kasih cinta tapi aku tak pernah bahagia dengan kehadiran cinta

cinta: kau yang menghukum cinta

aku: aku tak pernah menghukum cinta, tapi aku yang terhukum kerana cinta

cinta: apa makna cinta bagimu

aku: hurmm... bagi aku cinta hanya satu bebanan

cinta: hahahaha... pasti hidupmu sepi

aku : erkk... aku bahagia dan aku tak pernah sepi

cinta: kau bahagia disebalik duka, kau menolak cinta kerana kau pernah terluka, hakikatnya kau memerlukan cinta. kau sepi...

aku: ahhh! aku tak memerlukan cinta, tanpa cinta pun aku bahagia

cinta: kau terlalu ego! menafikan kebenaran

aku: Ego adalah satu kekuatan, tanpa ego aku tak mampu berdiri, mungkin sekarang
aku sedang melutut di kaki dia, untuk dikasihi.

cinta: kasihan... dulu kau mengagungkan cinta. tapi sekarang kau membenci cinta.

aku: aku tidak pernah membenci sesiapa, apetah lagi cinta. suatu masa dulu pernah
membuat aku bahagia, cuma aku letih memuja cinta. biarkan aku begini...

cinta: tapi dengan cinta, hidupmu akan kembali bahagia.

aku: tanpa cinta, aku mampu meraih bahagia, malah aku lebih bahagia.

cinta: bukakan pintu hatimu, izinkan aku menumpang disudut hatimu.

aku: terima kasih cinta. aku tidak menafikan dengan kehadiran cinta. hidup lebih
bahagia. tapi bukan untuk aku. bagi aku cinta hanya satu bebanan. biar aku mencari bahagiaku sendiri. kerana aku tidak percaya! ada cinta sejati dalam kehidupan nyata ini. cinta sejati hanya wujud dalam novel cinta.

cinta: cinta sejati itu wujud. cuma kau belum berkesempatan untuk bertemu dengannya.

aku: kalau cinta sejati wujud. buktikan!!!

cinta: cinta sejati tak memerlukan bukti.

aku: ahhh!!! aku tak percaya! dan takkan pernah percaya

cinta: suatu hari nanti kau pasti akan percaya, yang pasti aku hanya ingin melihat kau bahagia.

aku: aku bahagia.

cinta: tapi kau hanya berpura.

aku: pedulikan aku, aku tak perlukan simpati sesiapa.

cinta: suatu hari nanti kau pasti memerlukan aku. saat itu kau hanya perlu membuka
pintu hatimu. dan aku pasti akan membahagiakan mu...

aku: terima kasih cinta.... aku tidak memerlukanmu

cinta: aku akan menunggu...

ilham si penyangak

aku juga manusia
walau suka buang masa
ada hati dan perasaan
walau menyangak di tepi jalan

jangan pandang penuh prasangka
aku bukan kacau sesiapa
cuma usik harta benda...ahakss.
tapi aku bahagia

aku bukan sembah syaitan
aku tetap menyembah tuhan(allah)
aku puasa,solat macam biasa
cuma tak cukup 5 waktu sahaja

mungkin cara hidup aku berbeza
sana sini orang mengata
tapi itu bukan perkara luar biasa
dah nama mulut manusia apa nak dikata?

aku nak jadi baik
tapi susah nak patah balik
aku akan berubah
takkan buat perkara tak berfaedah
bila? bila aku dah bersedia
muahahahaha...
(time bosan kat dalam kelas, datang la ayat sengal ni..ekekeke...
yang pasti penyangak ni bukan aku..ahakss..)

saat kau pergi

semalam kau menangis
kerana sikapku
kau kata aku sudah berubah
lalu kau pergi
meninggalkan aku disini
aku hanya berdiam diri
membiarkan kau berlalu
bukan kerana ku benci
tapi apa yang terjadi
memaksa aku berdiam diri
ikut hati yang rindu
aku ingin menghubungimu
tapi aku tahu
kehadiranku umpama api yang menyala
membakar jiwa yang tak bersalah
maafkan aku...
bukan niat dihati untuk melukai
mungkin lebih baik begini...

Saturday, December 27, 2008

beri aku kesempatan

Aku tidak meminta untuk jadi begini
Aku tidak tahu kenapa semua ini terjadi
Bukan permintaanku bukan kehendak ku
Tapi mengapa memandang aku penuh hina
Berikan aku sedikit ruang
Untuk bernafas diruang sempit ini
Jangan menghukum aku
aku hanya insan biasa
memerlukan sokongan dan bimbingan
salahkah jika aku tersenyum disebalik duka ini
aku tidak mahu membalas senyuman dengan tangisan
aku juga punya perasaan
aku menangis tapi bukan didepan mata insan
aku menyembunyikan disebalik reality kehidupan
biar terkorban satu hati
dari tercalar sejuta perasaan
beri aku kesempatan
mencipta bahagia
dalam duniaku
aku hanya meminta
beri aku ruang dan waktu
jangan bunuh jiwa ini
aku tidak kuat
aku bukan panglima perang
aku hanya seorang budak
yang perlu dibimbing…

bayar balik hutang aku

Bayar balik hutang aku
Ko ingat bila aku buat tak tahu
Aku halalkan semua tu
Jangan harap! aku nak buat macam tu
Hutang tetap hutang
Pandai hutang pandai bayar
Time aku minta duit aku
Kau buat muka seposen
Kau kate bulan depan
Sebab kau sengket tahap gaban
Bila aku datang bulan depan
Kau buat muka slumber macam cipan
Haghhh.. aku tak tahan
Aku rasa nak bawa kau atas bangunan
Campak! tanpa Belas kasihan
Bayar balik hutang aku!!!!!!

jawab soalanku

Teman…
Lihat aku sedalamnya
Aku bukan pelangi indah
Bukan juga kilauan permata
Tapi aku hanya
Senja yang suram
Jangan dilukakan hatimu
Dengan menyintaiku
Kerana aku sendiri
Tidak pasti
Apakah masih ada cinta
Dihati ini..
Aku seperti merpati
Yang telah kehilangan sayap
Carilah bintang yang bersinar
Bukan bulan dibalik awan
Aku mohon sejuta kemaafan
Bukan aku tidak mahu
Memberi peluang
Tapi aku sendiri
Tiada ruang
Hilang dalam
Kehidupan semalam
Jawab soalanku
Apakah kau akan bahagia?
Memiliki aku tanpa cinta?

bahase penink

Aku tilik diri
Atas dan bawah
Kiri dan kanan
Ku nilai satu persatu
Apakah sejuta impian
Yang pernah aku titipkan
Menjadi satu reality
Atau hanya menjadi
Bayangan sepi…
Hurmm..
Sejuta impian
Terlaksana
Dalam mimpi
Yang panjang
Sejuta mimpi
Menjadi reality
Dalam sebuah
Kehidupan nyata
Itu apa yang berlaku
Diluar jangkaan
Dan fikiran
Batas seorang insan
Namun…
Aku tetap tersenyum
Kerana aku percaya
Ada kemanisan
Disebalik kepahitan
Yehaaaaaaa!!!

Thursday, December 25, 2008

pengantin semalam

Semalam kau menjadi pengantin
Kau dihias indah Kau diapit syg
Mereka mengusik manja
Kau tersenyum tawa

Hari itu
Kau wanita bahagia
Kau tolak segala duka
Kau hampar kasih sayang dijiwa

Kau berdoa pada yang maha esa
Semoga perkahwinanmu bahagia
Hingga keakhirnya
Kau tekad membahagiakan dia

Namun, hari ni…
Harapanmu menjadi angan
Dia bukan milikmu lagi
Dia pergi bersama janji
Impianmu hanya jadi mimpi
Semoga kau tabah menghadapi
Hari esokmu wahai pengantin semalam

egomu...

Apakah titisan air mataku
Tidak mampu menghapus egomu
Aku hanya meminta
Setitis kasih Bukan segunung cinta

aku memberi cinta
bukan untuk dibalas
cukup sekadar kau mengerti
itu sudah memadai

Wednesday, December 24, 2008

cukup....

Cukup lah sekadar kenal
Tak perlu mengenali
Cukuplah sekadar memandang
Tak perlu merenung
Cukuplah sekadar tahu
Tak perlu ambil tahu
Kerana bila kau ingin
Mengenali,Merenung & Ambil tahu
Kau akan terikat tanpa disedari
Saat hati kau sudah terikat
Pasti kau sukar untuk melupakan
Jaga hati dari dilukai…

Saturday, December 20, 2008

pedulikan

Kenape? Bila kita dilanda masalah
Kita perlu tunjukkan wajah sedih?
For what? Untuk dikasihani?
Ahhh… pelik aku…
Coz bila aku dilanda problem
Aku tak reti tunjuk muke sedih
aku ketawa, buat muke slumber
macam orang xde masalah
sampai org len cakap aku ni
takde perasaan..
happy dengan apa yang berlaku…
erkkk… aku tak amek hati pun
ekekeke..
tak perlu tunjukkan pada semua orang
tentang apa yang kita rasa…
aku selalu ingatkan diri aku
orang lain hanya tahu menghukum
tapi yang melalui keperitan
adalah aku, AKU….bukan dorang.
Orang lain hanya tahu mengata kat belakang
Macam langau, so! Teruskan….
Yang aku tahu..
Hidup harus diteruskan…

Tuesday, December 9, 2008

pesananku...

Teman…
Lupakan lah cinta untuk seketika
Ingatilah cita2 yang jauh nun disana
Tidak perlu mengejar cinta
Kerana cinta sejati hadir tanpa dipinta
Namun, untuk mencapai cita-cita
Bukan lah semudah yang disangka
Cabaran dan dugaan datang tanpa dipinta
Hadapilah dengan tenang dan bersahaja
Tetapkan pendirian banyakkan usaha
Jadilah seorang yang berguna
Berfikirlah untuk berjaya
Berdoa`lah kehadratnya
Selamat maju jaya….

corat coret orang bosan

Hari ini aku bosan
Semua orang pergi tengok lembu korban
Aku tak join sebab terlalu bosan
Aku mengadap tv ingat nak lepas bosan
Tapi rupenya makin bosan
Aku amek novel ahhh! Lagi bosan
Aku mengadap pc
Boleh la hilangkan sedikit bosan
Klick sana klick sini
Lama-lama aku kembali bosan
Dengar radio kesukaan
Hotfm hangat dipasaran
Layan lagu cinta cintan
Ahhhhhh! Aku bosan…
Last-last.. aku tarik bantal
Ahhhh!!! Bestnye..
Harap aku tak bermimpi
Yang bosan-bosan…
Aku nak mimpi gi g.helen
Nak men roler koster sampai pengsan
Ekekekekeke….memang bosan…

fahamilah

Aku hargai kehadiranmu
Aku sayang padamu…
Tapi aku tidak mahu jadi penganggu
Antara kau dan dia
Kau bercerita tentang kebahagian kau dan dia
Sudah pasti aku gembira melihat kau bahagia
Aku ingin selalu bahagia itu milikmu
Aku tidak mahu menjadi penghancur
Kebahagian insan lain
Apetah lagi kebahagian insan yang aku sayangi
Jika aku menjauh
Bukan kerana aku benci
Aku hanya ingin membetulkan keadaan
Hargailah dia…
Kerana dia permata hidupmu
Aku hanya watak sampingan
Izinkan aku mengucapkan
Selamat tinggal…
Fahamilah aku juga menyanyangimu
Tetapi hubungan ini tiada nokhtahnya
Biar kita akhirkan semua ini disini..
Terima kasih di atas segalanya
Bencilah aku jika itu yang mampu
Membuatkan kau melupakan aku….

sendiri

Siapa kata sendiri itu sepi?
Pujangga sepi? Orang sepi?
Atau orang yang benci pada sepi?
Cuba Tanya pada orang yang hidup sendiri
Apakah hidupmu sepi?
Pasti jawabnya “jika aku sepi aku tidak memilih untuk hidup sendiri.”
Hidup sendiri dengan ditemani itu lebih indah
Tetapi orang yang hidup sendiri
Tak bermakna hidupnya sepi dan tidak bahagia
Mungkin dia punya cara yang tersendiri
Untuk mencari sebuah kebahagian…

cemburu

Ramai yang berkata
Kau cemburu pada aku
Aku ketawa lucu
Kenapa perlu cemburu?
Tidakkah kau tahu
Kau lebih hebat dari aku?
Aku hanya biasa-biasa
Tiada yang istimewa
Cuba lihat pada dirimu
Keistimewaan yang kau miliki
Tiada pada diri ku
kekurangan yang aku miliki
Tiada pada dirimu
Yakini apa yang kau ada
Maka cemburumu akan hilang
Dimamah masa…
Senyumlah…
Buang cemburu mu…
Kau adalah yang teristimewa
Kita punya kelebihan yang berbeza
Tiada apa yang perlu dicemburu
Jangan lukakan hatimu
Dengan cemburu yang menganggu
Cakkkkkkk…..hahahahaha…

kawan atau lawan?

Dulu aku selalu memandang setiap insan itu adalah kawan
Aku beri kepercayaan tanpa sedikit keraguan
Kerana aku percaya kawan tidak akan menghancurkan
Apetah lagi akan mengkhianati aku sebagai kawan
Sehingga suatu hari allah menggerakkan hati ini
Untuk menguji hati seorang kawan
Aku bertanya untuk mencari kepastian
Bukan untuk membelitkan keadaan
Tapi sayang… dia sangat mengecewakan
Aku termenung panjang….
Diakah kawan yang aku agungkan?
Diakah kawan yang mengaku kawan?
Diakah kawan yang selama ini sangat sopan?
Atau hanya satu lakonan
Ahhhh! Hebat dia menyembunyikan kebenaran
Silap aku…
Terlalu mudah memberi kepercayaan
Aku terlupa… insan adalah insan…
Seorang pelakon dipentas dunia
Terima kasih kawan…

kau kemana?

Teman…
Adakah kau tahu
Saat ini aku terlalu memerlukanmu
Aku ingin meluahkan segala resah yang bertamu
Aku ingin meminjam bahumu meluahkan sendu
Aku ingin kau meredakan rajukku dengan nasihatmu
Kau dimana?
Tidakkah kau tahu keperitan hatiku?
Dulu kau hadir disetiap tawa dan dukaku
Kini kau tiada, apakah kau sudah berubah?
Kau dimana?
Aku memerlukanmu….

kehilangan??????

Kehilangan????
Hanya orang yang pernah merasai kehilangan
Akan mengetahwi bertapa peritnya ujian itu
Orang lain hanya mampu melihat
Yang bersimpati akan memberi semangat
Yang dengki akan mengetawakan kita dengan hebat
Namun, itulah ujian hidup
Apa yang dapat aku pelajari
Pengalaman mengajar erti kedewasaan
Kehilangan mengajar erti sebuah kekuatan
Menghargai dan dihargai perlu dipelajari
Berkata2 dari bibir tak mungkin kita memiliki
Tanpa membuat sesuatu untuk menjadikan
Ia sebagai milik kita…

Monday, December 8, 2008

Blur di bulan Disember…

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
Disember oh Disember
Kenapa tidak bawa khabar gembira?
Kenapa hidangkan aku duka
Kenapa? Kenapa?
Itu soalan bodohku pada disember
Yang tidak boleh berbicara
Tapi dapat merasa
Setiap gelora jiwaku yang melanda
Apakah aku perlu bergembira?
Atau menangis, menjerit hiba?
Dimana harus ku adukan duka ini
Arghhhhhhhhhhhh!!!!!
Taknak pikir pape dah…
Taknak buat pape dah…
Taknak pape…
Taknak pape…
Taknak pape!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, December 7, 2008

cinta oh cinta

Semua orang jatuh cinta tapi cinta yang tulus bermula dari hati dan cinta tidak boleh dicipta kerana cinta adalah natural. Cinta bukan satu gambaran yang pasti, yang mampu dilihat dan disentuh. Tetapi cinta hanya boleh dirasa! Dan rasa itu hanya milik insan yang tertentu, namun! Yang pasti cinta itu ada dalam setiap jiwa manusia…
Cinta selalu dilebelkan sebagai buta!!! Butakah cinta? Sedangkan cinta tidak pernah punya mata seperti manusia. Hakikatnya manusia yang buta kerana cinta…
Cinta oh cinta…
Cinta boleh membawa kebaikan tetapi cinta juga boleh membawa padah dalam kehidupan. Tetapi bukan cinta yang memandu kita dalam kehidupan. Akal dan ilmu sebagai panduan allah sebagai penunjuk jalan. Maka jangan biarkan cinta memusnahkan hidup kita. Kerana hadirnya cinta bukan untuk derita tetapi cinta datang bersama berjuta-juta kebahagian dan senyuman.
Cinta…
Kita selalu tersenyum bila cinta membelai kita dengan bahagia, membuat kita tersenyum dengan kehadiran dia. Saat itu kita mengagung-ngagungkan cinta, kita laungkan pada semua “aku jatuh cinta. indahnya hidup bila bercinta…” tetapi bila kita diduga dengan kecurangan cinta. Cinta yang pernah kita agungkan kita tolak ketepi, kita berteriak marah “sial cinta, kalau aku tahu peritnya bercinta. Aku tak mahu jatuh cinta…” kenapa macam tu? Hakikanya itulah manusia… bersyukur dengan nikmat marah dengan ujian…
Sedangkan cinta adalah satu nikmat dan ujian adalah satu rahmat…
Cinta dan nafsu adalah dua perkara yang berbeza…
Bila kita sanggup berubah kearah kebaikkan demi seseorang, itulah cinta! Tapi bila cinta merubah kita menjadi seseorang yang bebal sehingga kita sanggup menyerahkan mahkota seorang perempuan pada seorang lelaki yang bukan mahram atau menjatuhkan maruah kepimpinan seorang lelaki dengan mencabuli an-nisa` yang telah di amanahkan allah kepadanya. Itu bukan cinta. Tapi itu nafsu amarah yang hidup dalam diri manusia.
Cinta adalah sesuatu yang murni tetapi manusia selalu mengotori cinta dengan nafsu.
Hargailah nilai sebuah cinta. Kerana cinta adalah satu nikmat dan anugerah dari allah.
Dan nikmat itu milik allah. jangan menyesal bila suatu hari nanti allah menarik kembali nikmat itu. sama-samalah kita berfikir. Kerana aku, kau atau kamu punya rasa cinta….hikhikhik…

Saturday, December 6, 2008

andai aku pergi dahulu

Sejuta kemaafan ku pohon
Dari seseorang yang bergelar insan
Yang pernah megenaliku
Yang pernah ku sakiti
Dari segala kesilapan
Yang aku lakukan
Percayalah…
Aku tidak bermaksud
Untuk melukakan hati sesiapa
Tetapi kerana ketandusan ilmu kehidupan
Membuatkan aku melakukan kesilapan
Hingga menyakiti hati seseorang
Yang aku sayangi.
Aku adalah aku
Yang kau kenali
Yang dipenuhi kekurangan diri
Namun, aku menghadiahkan kasih sayang
Yang lahir dari lubuk hati
Bukan dari kepuraan wajah seorang sahabat
Mati itu pasti jika bukan hari ini mungkin esok atau lusa
Maka aku ingin memohon kemaafan dari segala dosa
Yang aku lakukan..maafkan aku ….
Aku selalu ingin insan disekelilingku
Sentiasa bahagia, jauh dari duka
Namun, gelora kehidupan sukar untuk dijangka
Jika namanya hidup, masalah selalu mendampingi kita
Pesanku… apa jua rengekkan hidup yang kau hadapi
Kembalilah pada allah.. kerana allah yang mendatangkannya
Maka allah juga yang akan meringankan beban dibahumu
Percayalah…
Manusia lain tidak mampu menjatuhkanmu
Hanya dengan izin allah
Maka jangan berikan ketakutanmu kepada manusia
Kerana ketakutan itu hanya milik allah…
Assalamualaikum…

Di saat2 terakhirku

Terkenang sejuta dosa lalu
Menggigil tubuh badanku
Ya allah ampunkanlah dosa2ku
aku hambamu yang banyak menzholimi diri
aku hambamu yang dipenuhi dosa dan maksiat
aku hambamu yang lalai dalam menunaikan
tanggungjawabku sebagai hambamu
aku hambamu yang leka dengan keindahan dunia
aku takut dengan kemurkaanmu ya allah
aku takut dengan pembalasanmu
dihari pembakitan yang pasti
akhir2 ini…
aku rasakan segalanya makin jauh
aku rasakan dunia ini satu ancaman buatku
dunia ini membuatkan aku leka…
tentang asal usulku, dan untuk apa aku diciptakan?
Bukan untuk memperhambakan diri pada dunia yang fana ini
Tetapi untuk menyerahlan diri sepenuhnya kepadamu
Hidup kerana lillahi taala…
Syukur ya allah…
Kerana menjaga rambutku dari terdedah
Kerana menjaga auratku dari yang bukan mahramku
Kerana menjauhkan aku dari raja segala dosa iatu arak
Ya allah…
Disebalik kehidupan yang payah ini
Kau hamparkan aku seribu rahmatmu
Allah…allah…allah…
Andai manusia tahu…
Kepedihan azab api nerakamu
Pasti mereka menderu2 mencari pahala
Menjauhkan diri dari dosa
Tapi manusia sudah terlalu jauh
Dari landasan hidup berpandukan agama
Ya allah .. aku hambamu yang berdosa ini
Memohon disaat2 terakhirku izinkan
Aku memperhambakan diri sepenuhnya kepadamu
Mengingatimu saban hariku
Mengingati mati yang akan menjemputku
Berbakti kepada kedua ibu dan bapaku
Memenuhi segala kehendak mereka tanpa keluhan
Yang membawa dosa
Ya allah…
Janganlah kau biarkan aku bergelumang dengan dosa
Setelah kau memberikanku pertunjuk
Bimbing aku ya allah…

Thursday, December 4, 2008

bila nak berubah?

Bila nak berubah?
semua orang dah menyampah
tunggu kena pukul sampai rebah
baru terhegeh2 nak berubah

bila mereka marah
kau merajuk resah
kata mereka kau tak heran
kata sendiri dipertahan
walau semua menyimpang dari kebenaran


jangan begitu kawan
mereka marah bukan kerana benci
tetapi kerana kau disayangi
ingat satu perkara bila kau tidak dipeduli
maka kau tidak lagi sayangi
bila kasih sayang tidak kau miliki
maka kau tergolong diantara mereka yang rugi

berubahlah demi masa depanmu
jangan bila tubuh dah bongkok
baru mnitiskan air mata penyesalan
saat itu penyesalanmu tidak lagi bermakna

ya allah

Hidup ini adalah satu pertaruhan antara kejayaan atau kegagalan
Kita diberi pilihan antara memilih jalan kearah kebaikan@keburukan
Andai kita tersalah membuat keputusan maka perbaikilah keadaan
Bukan menyalahkan takdir dan terus menyerah kalah kerana…
Allah memberi kita ujian bukan untuk melihat kita putus asa
Tetapi untuk menguji sejauh mana kita sabar menghadapi ujian hidup
Kita selalu mengeluh bila diberi ujian, hakikatnya,Disebalik ujian itu
tersembunyi seribu kemanisan…

Jangan bersedih bila melihat awan mendung
Mendung ia kerana ingin melindungi kita dari terik matahari
Jangan berteriak marah bila duka melewati hidup
Tapi renunglah pada setiap nikmat yang terhampar…
Sesungguhnya… kita selalu terlupa…
Kita selalu Ketawa dengan nikmat tapi marah dengan ujian…
Ya allah… ya allah…. Ya allah….

nekad

Aku nekad untuk pergi jauh darimu
Tiada yang berhak menghalang
Kerana ini adalah keputusanku
Muktamad! Dari hati yang nekad

Mungkin semua akan menyalahkan aku
Menuding jari aku yang bersalah
Terserahlah! Aku tetap dengan keputusanku
Kerana hanya aku yang tahu…
Apa yang telah aku lalui…

Hukumlah aku!
Marahlah aku!
Bencilah aku!
Aku tetap tidak akan merubah keputusanku…
Aku bukan bukan ego
Tapi aku nekad dari sebuah kekuatan
Bukan mudah untuk melupakanmu
Setelah aku melupakanmu
Aku tidak mampu lagi menerima kau dalam hatiku
Lupakan segala pertalian yang ada
Lupakan segala cinta yang pernah terbina
Maafkan aku…
Aku nekad.. dan aku tidak akan merubah keputusanku….

Follow Post Terbaru Dari Kami