Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Wednesday, April 29, 2009

sahabat

Sahabat..
aku bersyukur dan bersujud
kerana pertemuan ini
hadirmu lebih indah dari warna pelangi

jenuh aku mengembara
mengilingi 7 lautan dunia
mencari sahabat sejati
dan kini
allah menghadiahkan insan sejujurmu
menitis air mata ini
kerana hadirmu
menyentuh hati

sahabat..
jika aku diminta
memilih antara kau dan segunung harta

aku akan merebutmu
biar harta hilang dipandangan mata
namun, jika kehilanganmu
aku tidak bermakna
kerana kau adalah jiwa

rupa dan harta
perlu dijaga
tapi sahabat
kita saling memelihara

sahabat..
jika kau bersedih
aku sentiasa ada
bahu ini sentiasa sudi menampung air matamu
telinga ini tidak pernah jemu mendengar setiap keluhanmu
bibir ini tidak pernah lelah memujukmu
dan aku sentiasa ada dan ada untukmu

sahabat..
jika langkah ku songsang
tegurlah dengan hikmah dan ilmu

jika sayang..
berikan keberaniamu
untuk menegur silapku
kerana aku hanya insan biasa
yang dilingkungi sejuta kekurangan
tanpa secalit kelebihan
dan hadirmu
menyempurnakan aku

sahabat..
"kerana kau aku ingin menjadi bintang yang berkilau"

Sunday, April 26, 2009

mak!!

blur!!
hari ni pale blur
entah pape..
10 mende aku cube karang
1 ape pun xjadi
aku nak msk rendang
jadi telur 3 suku pulak
perumpamaan je tu..
hikhikhik
adehhh..
ape kene la ngan aku ni
sengal semacam je
huwaaaaa..
mak!!!!

mungkin

Mungkin langkah ini perlahan
Tertateh aku berjalan

Pandangan sinis aku endahkan
bicara haru aku biarkan

yang sebuk
akan terus menyebuk

yang pasti..
langkah ini adalah 1 pertaruhan

tanpa keberanian mimpi tidak akan bermakna



Saturday, April 25, 2009

aku rela berkorban (ep 1)

Gemersik suara unggas dan hembusan angin senja membuatkan adriana sofea leka dijendela. fikirannya mengerawang jauh terkenangkan adam iskandar. ahhh! dia lah lelaki tampan yang berjaya mencuri hatinya. bertahun dia cuba mempertahankan hatinya dari diteroka oleh insan yang bernama lelaki. namun, Adam Iskandar menceroboh tanpa sedar. Biar pun begitu, kini dia bahagia kerana dicintai lelaki tampan itu.

bip..bip..
Adriana tersenyum, sms yang dinanti2 saban waktu. pantas tangannya mencapai hp diatas katil. dia menerap sambil mata tertancap pada screen hp.
" syg dah solat maghrib? hari ni adam rindu sgt kat syg.."
ringkas sms Adam Iskandar, namun, memberi maksud yang tersendiri.
dia tekan botton reply..
"dah.. masuk waktu je kite terus solat, ariana pun lindu stg kat dia tau.."

Adam iskandar tersenyum puas bila sms yang tersayang muncul di screen..
ahh! Adriana sofea.. ingin saja aku memperisterikan kau secepat mungkin.
namun, batas dan waktu tidak mengizinkan, tunggu lah sayang lamaran dari ku.
bisik hati Adam Iskandar. jika diturutkan kata hati. sekarang juga dia nak kebas adriana sofea dari pakcik ismail dan makcik maznah. nasib baik dia masih mampu menahan gelora lelakinya
dari terpantul.. Adam iskandar tersenyum sendiri.

........................................................................................................................................................................


Seperti biasa, sebelum pergi kerja. Adriana sofea akan berserapan pagi bersama puan maznah dan haji ismail. kalau tak.. terpaksalah dia dengar ceraman free dari puan maznah. dua hari dua malam tak habis.. nanti sakit perut.. xelok xserapan pagi.. mcm2 lagi la.. untuk keselamatan. dia akan menjamah serapan pagi. walau pun sedkit.

"hai.. mama tengok adik ngan adam ni hari2 sms, call.. bila si adam nak masuk meminang anak mama ni? mama dah tak sabar nak timang cucu." puan maznah mengusik Adriana sofea penuh makna. bila dilihat hp tak berenggang dari tangan anak gadis kesayangannya.

Adriana sofea tersenyum sipu, pantas dia menyimpan hp dalam handbag.
"iskk.. mama ni.. awal lagi la, lagi pun adam tu kan baru mula keje.. klo kawen sekarang, nanti adam nak bagi anak mama ni makan ape? nanti mama juga yang sedih tengok anak mama ni kelaparan..ehehe" jawab Adriana sambil memeluk erat pinggang puan maznah.

"hurmm.. yelah, anak mama ni, klo mama ckp, ade je jawabnya. tapi ingat, adik tu dah masuk 30-an. klo lambat2 nanti, xde org nak. kan papa. " usik puan maznah.

"betul cakap mama tu, papa lagi suka kalau adik ngan adam cepat2 disatukan.." sampuk haji Ismail.

"ade2 jelah papa ngan mama ni, adik nak gi keje dah, nanti lambat." jawab Adriana sambil bingkas bangun dan menceom pipi kedua2 wajah tua itu. lagi lama dia duduk disitu, makin menjadilah usikkan mama dan papa.

puan maznah dan haji ismail hanya tersenyum melihat gelagat Adriana. kadang kedua hati tua itu diundang resah, bila memikirkan Adriana yang semakin dianjak usia. tapi masih mengambil ringan tentang soal jodoh. Adriana sofea.. Dialah Racun.. dan Dia jugalah Penawar..

.........................................................................................................................................................................

"cikgu.. " Adriana sofea tersedar dari lamunan apabila tersentap dengan panggilan melissa.
"cikgu tingat kat pakwe cikgu ye.." soal melissa. anak kecil yang petah bercakap dan keletahnya selalu mencuit hati.
"nakal la melissa ni, mane adelah. cikgu tengah pikir, mcm mane nak kenakan melissa yang nakal ni. " jawab Adriana Sofea sambil mencuit hidung mancung melissa..

"Tak baik lah kenakan org cikgu, berdosa! allah marah. mak lisa cakap, kite kena buat baik ngan sume org, baru allah syg." Adriana Sofea ketawa besar dengan jawapan melissa. Budak-Budak sekarang, bercakap mengalahkan orang dewasa. Adriana gelengkan kepala sambil tangannya mengusap lembut rambut melissa.

"yelah tu, budak pandai, dah, cepat siapkan latihan tu." arah Adriana Sofea dengan senyuman mesra.

Bip..bip..
"Dah Lunch ke syg? Adam baru nak suapkan nasi dalam mulut, tetibe tingat kat syg, ehehe.. rindu sgt. i love u syg.. " Adriana Sofea tersenyum. saban hari sms Adam Iskandar menjadi pengubat rindu. Dia terlalu menyintai lelaki itu. sehari tanpa sms dan call dari Adam Iskandar seperti menerima hukuman di penjara. ehehe..

Sedang asyik dengan sms Adam telifon dia berbunyi
tertera nama ZULAIKHA.. di screen hp.

"Riana.. " haaa.. sudah nape pulak ngan minah sorang ni, len macam je suara, mesti si fikral ni bual hal lagi. teka Adriana.

"fikral.. dia buat lagi." Adriana menarik nafas lega. kalau pasal fikral. dia tak heran sangat, memang mamat tu suka sangat buat member dia makan hati. hai Zulaikha.. kesian ko. bisik hati kecilnya.

"ko tunggu la aku kat Restoran Seri Indah. nanti aku sampai." risau dia dengan tangisan Zulaikha yang tak henti-henti. Fikral ni pun satu, bini sikit punya cantik, tapi tak reti nak jaga elok-elok. hairan! apa yang lelaki tu nak.. bebel Adriana sofea.

Sampai di Restoran Seri indah. Zulaikha setia menanti. dengan muka orang tak siap. Adriana gelengkan kepala.

Belum sempat Adrina duduk. Zulaikha dah mula buat muka sedih.

"apa lagi ni ika?" soal Adriana sambil mengenggan erat tangan Zulaikha. dia memandang wajah Zulaikha penuh rasa simpati. sebagai seorang wanita hatinya turut tersentuh.

"entah la riana. aku letih la. aku tak tahu apa kurangnya aku. apa lebihnya pompuan tu. aku dah cuba buat yang terbaik. tapi dia tetap gilakan pompuan tu. aku ni. mcm xde perasaan dia buat." luah Zulaikha. tersedu2 Zulaikha menahan sebak.

"hurmm.. ko ikat jelah si fikral tu kat tiang letret kat umah ko. asyik mengganas je kejenye." seloroh Adriana.

"ko nih ariana, aku serius. ko memain lak. aku ngah sedih gile ni." Bentak Zulaikha. dengan sepenuh perasaan dia menangis. si ariana ni boleh buat lawak lak.

"ehehe.. habis tu, ko asyik menangis je dari tadi, runsing aku, ko kasi je, si fikral tu kawen. sure pasni dia tak gatal dah. " usik Adriana lagi sambil tersenyum nakal.

"uhh! sengal dapat kawan macam ko." Zulaikha mendengus marah. geram dengan usikkan Adriana.

"ehehe.. lex lah. ko ni, sejak dah kawen ni, macam mak orang. asyik nak marah je." Adriana gelengkan kepala.

"yelah, mane aku tak marah. aku jumpa ko. nak kasi relexkan pale. jawapan ko tu, buat aku bertambah runsing. iskk.." Zulaikha tarik muncung sedepa. dia tahu Adriana hanya mengusik. tanpa sahabat seperti Adriana dia tak sekuat sekarang. Adriana banyak memberi semangat dan sokongan untuk dia lebih tabah dan kuat untuk hidup dengan lelaki seperti Fikral.

"ok la, sorry." Adriana buat muka seposen.

"haaa.. mcm tu la. adehh.. dah xde mood sedih aku ni. ko ni memang la Riana." Zulaikha garu kepala. Adriana memang pandai sejukkan hati dia yang marah.

"aku tak suka tengok ko sedih. klo ko izinkan, nak je aku tampo si fikral tu. kawan aku punye la cun. fasha sanda pun kalah. bukan nak jaga elok2." tergelak Zulaikha dengan seloroh Adriana. tapi dia memang cantik. dulu sebelum Fikral berjaya menawan hatinya. dia menjadi rebutan setiap lelaki dikolej. tapi Fikral juga yang jadi pilihan hati. tapi sayang.. fikral tak tahu menghargai. dan kecantikkannya hanya menjadi hiasan yang tak berguna.

"Dah la ika, sampai bila ko nak mcm ni, dah 3tahun ko kawen ngan fikral. xde cerita lain. asyik2 fikral men kayu 3. ko kena fikirkan dari sudut yang positif. samada, ko bagi fikral kawen lain. atau ko buat keputusan yang terbaik untuk diri kau. aku rasa kau faham." nasihat Adriana.

.........................................................................................................................................................................

Adriana sofea menghempaskan tubuh kecilnya di atas katil empuk. 3jam dia cuba memujuk Zulaikha. Ceramah free untuk sahabat kesangannya. dia tersenyum puas kerana berjaya memujuk Zulaikha. dalam hati dia berdoa. semoga fikral berubah dan rumahtangga mereka bahagia.

Adrina dail no Adam Iskandar. hatinya diamuk rindu.
"maaf, no yang anda dail tidak dapat dihubungi..." iskk.. tak pernah-pernah adam ni of hp xbgth. Rindu ni. manelah pergi mamat ni. ngomel Adriana.

akan bersambung bile ade mase..


-DrGILE-

perang dengan cinta

aku istiharkan perang dengan cinta
dengan 9 tentera dendam
berserta 8 senjata benci
dengan 7 tikaman marah
6 pistol ego
dan 5 senapang geram
jika cinta berani datang
mengusik hati
dengan sengaja
aku bersedia
dengan 4 silat tanpa guru
sebagai pembuka peperangan
3 langkah berani
dengan 2 gerak tanpa senyum
maka peperangan dengan cinta akan bermula
hanya dengan 1 merajuk
yang menjadi punca
perang dengan cinta
ekekekeke..
peace!

aku suka

aku suka melihat bintang
kerana dia menawan
aku suka hujan
kerana dia memberi ketenangan
aku suka bulan
kerana dia memberi cahaya dalam kegelapan
dan aku juga suka
bicara indah
kerana dia buat aku tersenyum

Friday, April 24, 2009

kerana hati . . .

Ada seungkap bicara
yang ingin terungkap
namun, tiada kata indah
yang tercoret

Ada sejuta rasa
yang ingin dititip
namun, tiada suara
yang terdengar

jiwa yang selalu menjadi mangsa
dek hati yang tidak bertanggungjawab
jiwa yang sengsara
kerana hati yang bengong
akhirnya sesal
tiada berguna
jiwa hanya mampu rela
kerana hati adalah raja



Wednesday, April 22, 2009

subuhku

subuh
kau datang lagi
mengejutkan aku dari mimpi
kau pinta aku sujud kehadratnya
mohon ikhsannya
kau ingin aku berkhalwat dengannya
penuh rasa bersyukur
kau bisikkan ditelingaku
bahawa aku diantara mereka yang bertuah
kerana masih bernafas
dan bernaung dibumi indah
kau bisikkan lagi
bahawa wujud aku dibumi ini
hanya untuk seketika
kau peringatkan
agar aku tidak tertipu dengan dunia
kerana dunia hanya tempat persinggahan
aku menangis
aku takut!
kerana aku diantara mereka
yang sering alpa dan leka
lalu aku bertanya padamu
duhai subuh
apakah masih ada ruang untuk aku disisi allah?
jawabmu " rahmat dan ksh syg allah selalu melebihi kemarahannya"

andai aku pergi

Andai aku pergi
biar tulisan ku menjadi penganti diri
penawar rindu
andai aku pergi
fahami setiap kata-kataku
disitu ada kasih yang tersimpan untukmu
disitu juga ada kalimah cinta
yang aku ilhamkan hanya untukmu
andai aku pergi
simpan setiap janji
yang pernah aku ikrarkan
aku teguh disini kerana janji yang terpatri
andai aku pergi
kenang aku dalam memory
lepaskan aku dari kenangan
agar ada tempat dan ruang
untuk insan lain merajai hatimu
diakhir kata ini
apa yang pernah aku ucapkan
jujur dari hati yang sangat mengasihimu

hikss..

Cinta itu indah
halusi dengan iman dan takwa
Cinta itu anugerah
hiasi dengan kejujuran dan keikhlasan
Cinta itu manis
semaikan dengan kasih
Cinta itu semangat
Eratkan dengan kesetiaan
Cemburu???
perlu ada dalam cinta
kerana cemburu itu tanda sayang
tapi jangan cemburu keterlaluan
hingga mendatangkan bahana!
ekekeke..
tawan hati kekasih dengan cara tersendiri
hinnga tidak kelihatan insan lain dimatanya
resahkan hatinya dengan kasih syg
hingga dia hanya menyintai kau seorang
hebat sebuah cinta
mampu meroboh tembok cina
ahakss..

malam ini

Malam ini
Bintang dan bulan membuat ku tersenyum
angin membelai dengan kasih
namun, pelangi tiada untuk aku bermanja

aku menanti hujan turun
tapi aku takut jika bulan dan bintang hilang
hujan! jika kau datang
berikan sedikit ruang
pada bulan dan bintang
agar mereka tidak merajuk dan cemburu

aku hanya melihat matahari semalam
esok aku akan menunggu lagi
tanpa jemu
tapi penuh rindu
matahari..
biar perit sebuah pernantian itu
namun, percayalah
aku tidak pernah berubah
malam ini
aku ingin tidur dengan lena
tanpa secalit resah dan gelisah



Tuesday, April 21, 2009

jangan biarkan bahagia itu pergi

Mengapa biarkan jiwa itu
hidup dalam kensunyian
sedangkan disana
bahagia sedang menanti
mungkin kenangan itu indah
namun, jika ia menyakitkan
biarkan ia pergi
jangan hidup dalam kekesalan
kelak, jiwa mu akan mati
hiduplah dengan penuh harapan
moga hidupmu lebih bermakna
jadikan pengalaman sebagai pengajaran
bukan satu alasan
untuk kalah dalam kehidupan
bukan soal lelaki atau perempuan
tapi soal bagaimana
kita membawa diri
disimpang payah atau mudah
bahagia itu indah
jangan biarkan ia tenggelam
dalam sunyi yang menyakitkan

senja ini

Senja ini
aku terdiam tanpa suara
aku kaku
tanpa kata
aku cuba tafsirkan
senja yang indah ini
bersama matahari yang tersenyum
namun, aku lihat awan cemburu
pelangi merajuk
seperti aku endahkan mereka
bukan itu yang terhampar
ada sejuta kasih
seribu sayang
namun, aku bingung
untuk melahirkannya menjadi mutiara
yang terlihat hanya kaca
maka banyak hati yang terluka
aku berdiri dianjung senja ini
dengan rasa bersalah

Monday, April 20, 2009

Merpati

Merpati...
hari ini aku bersedih
kerana aku buat dia menangis
Merpati
semalaman aku berfikir
berdosakah aku
membuat dia terluka
merpati
salahkah jika aku ingin pulangkan kembali
hatinya yang tidak sengaja ku curi?
kerana aku tidak mahu dia terluka
dan menangis kerana aku
aku tidak mampu
berdiri disampingnya
maka kerana itu
aku mahu melangkah pergi
Merpati
apa daya diri ini
aku tidak mampu..
andai pertemuan ini hanya 1 dugaan
moga masih ada sisa kekuatan
maafkan aku..
andai aku dibenci
maka aku terpaksa merelakannya
Merpati
terbang padanya
dan khabarkan
bahawa aku bersalah
biar aku pergi
kerana bahagianya tetap ada
walau tanpa aku
End..

Bintang dan hujan

Bintang itu cantik
selalu memukau pandangan
Hujan pula indah
kehadirannya selalu menjadi penantian
namun, jika hujan hadir
maka bintang akan hilang
antara bintang dan hujan
mana yang lebih utama?
aku suka bintang
kerana cahaya bintang buat aku tersenyum
tapi aku juga suka hujan
kerana hujan mendamaikan
ahh! aku keliru..
antara hujan dan bintang
kedua2nya istimewa
apakah aku boleh memilikinya
dalam 1 masa?
hujan takkan marah?
bintang takkan merajuk?
aku sayang keduanya
Hujan dan Bintang
Jangan tinggalkan aku





milikmu

Malam itu. . .
aku terlalu letih
maka aku tertido
tanpa mengucapkan selamat malam padamu
esoknya. .
kau merajuk
katamu" payahkah untuk menetapkan seminit untukmu?"
aku diam tanpa jawapan
kerana aku juga merajuk
tidakkah kau tahu
aku menetapkan setiap waktu untukmu
bukan untuk seminit
tapi untuk seberapa waktu yang kau inginkan
jika kau menyintai aku
seperti mana aku menyintaimu
pasti kau tidak akan meragui
sejujur cinta yang telah terbina untukmu
ketahwilah kekasihku
jika aku terlupa
bukan kerana aku tidak merindu
jika aku tidak berbicara sepatah kata
bukan kerana aku jemu
jika ada yang menegur dan aku menyapa
bukan kerana aku tidak setia
sesungguhnya
aku telah menetapkan..
sayang, kasih dan rindu ini
semunya milikmu..
kerana hati ini adalah kepunyaanmu..

sebuah tanda tanya..

cinta. .
untuk apa?
nafsu?
atau kerana allah?
cinta..
demi apa?
untuk suka-suka
atau sampai ke syurga?
salahkah?
jika cinta tanpa berpegangan tangan?
kolotkah jika bercinta tanpa berpelukan?
kerana apakah cinta itu?

lelaki. . .
itu siapa?
pemimpin dunia? keluarga?
atau sekadar memimpin dirinya?
dimana terletaknya kehebatan seorang lelaki?
apakah tatkala dia berjaya meroboh kesucian seorang wanita
maka! dia digelar juara?
jika itulah seorang lelaki
maka layakkah mereka digelar khalifah allah?

wanita. . .
siapa mereka?
perhiasan dunia?
atau hamba kepada nafsu?
mereka itu indah?
dimana terletaknya keindahan mereka?
dijalan? di kelab malam?
dimana letaknya malu seorang wanita?
pada tubuh yang didedahkan?
pada rambut yang ditayangkan?

hakikatnya...
cinta itu indah
lelaki itu khalifah
wanita itu anugerah
jika disatukan dengan iman dan takwa
maka tiada terlahirnya
anak-anak tanp SEORANG BAPA


Wanita

wanita solehah adalah seindah hiasan di dunia. . .

wanita yang sejahtera adalah wanita yang memiliki iman dan takwa
yang memelihara sifat malunya kerana allah. .

wanita yang beriman adalah wanita yang redha
dengan setiap apa yang termaktub oleh dirinya

wanita yang hebat adalah wanita yang kuat melawan hawa nafsunya
yang kental melawan gelora jiwanya yang inginkan dunia

wanita yang cerdik adalah wanita
yang boleh merubah keadaan buruk menjadi baik

"cantiknya seorang wanita
apabila dihiasi dengan ilmu dan peribadi yang mulia"

sekadar pesanan..

Bukan mudah untuk membawa diri kearah jalan kebaikan
dan bukan juga payah untuk membuat kejahatan
buat baik perlu sejuta kekuatan
buat jahat! pejam mata dah boleh jalan
jika pahala dan dosa
diperlihatkan!
pasti semua berlumba mengejar pahala
dan semua berlari dari dosa
duhai diriku dan temanku
lihatlah dari sudut
diambang maut
jika kita terus leka
kita akan tercampak dalam lombong kehinaan!
sesungguhnya..kasih sayang allah
selalu melebihi kemarahannya


Jangan biar aku resah

Di senja nan indah ini
aku berlari keanak-anakkan
untuk menyentuh matahari
yang semakin tenggelam
jika matahari pergi
tanpa sempat aku melihatnya
maka, malam ini
aku tidur dalam rindu
hati ini akan resah
jiwa ini akan gundah
duhai matahari
tunggu aku. .
izinkan aku menatapmu
biar untuk seketika waktu
agar malam ini
tidurku lena
tanpa resah dan gundah merinduimu

Thursday, April 16, 2009

Kejujuran

Andai kejujuran boleh dibeli
aku sanggup gadaikan diri

Andai kejujuran boleh diminta
aku rela menjadi pengemis buta

Andai kejujuran dalam hutan hantu
aku sanggup sesat disitu

Andai kejujuran dalam lautan dalam
aku rela karam dan tenggelam

Andai kejujuran dalam mulut serigala
aku sanggup dibahamnya

tapi sayang. . .
kejujuran berada dalam hati insan

yang tidak boleh diteroka dan dipaksa
hanya terlahir bila direlakan kelahirannya

realitynya. .

Lihat dari jauh
seperti mutiara berharga

lihat dari dekat
rupanya hanya gangsa

Dengan khabar berita
seperti manusia sempurna

Bila jumpa depan mata
Hanya indah khabar dari rupa

itulah realitynya. .
"sinar bintang dilangit, belum tentu sinarannya asli"

pape jelah . .

Jangan melihat dari mata yang kecewa
Lihatlah dari kaca mata usaha

Jangan menangis dihamparan bahagia
senyumlah diatas lautan duka

jangan melangkah dengan takut
pergilah dengan keberanian jiwa

Wednesday, April 15, 2009

Biarkan . .

Biarkan saja bicara ku
terus begini

kerana ku tahu
dia pasti akan ceria

bila ku temui dirinya
dalam diriku

Biarkan saja hari ini
ku bercerita tentang duka

kerana ku percaya
dia pasti datang membawa bahagia

Biarkan saja aku terbang sendiri
di awan biru yang tinggi

kerana ku yakin
diakan hampir menemaniku

Biarkan saja gelora ini
membunuhku. .

kerana ku tahu sebelum ku mati
diakan hadir menyelamatkanku

biarkan saja. .

aku takut

Kerana memory . . .
aku umpama bayangan sepi

takut memasang impian
resah dengan sebuah harapan

Duka dan luka yang telah sebati
kadang tanpa bahagia aku mampu berdiri

kerana duka sering mengusikku
luka selalu menemaniku

maka aku telah terbiasa. . .

saat bahagia datang
aku takut dan gelisah

kerana.. aku takut jika bahagia itu
hanya mengujiku . .

Biar sepi menjadi teman
dari bahagia yang datang seketika

bicara kosong

Dalam setiap bicara
Tiada watak yang tercipta

Dalam setiap kata cinta
Tiada hati yang dipuja

Dalam yang terkarang
Tiada yang tersayang

Hanya bicara kosong
Dari Hati yang terpesong

Tiap

Tiap degup jantung ini
ada dirimu. . .

Tiap gelora hati ini
ada Deruan Rindu untukmu . .

Tiap hela nafas ini
Ada hembusan kasih ku terhadapmu

Tiap bicaraku
ada nama mu

Tiap lakaranku
ada cintamu

Setiap rongga hati ini
ada sejuta harapan dan impian untuk bersamamu

S.a.y.a.n.g

aku hilang dalam dirimu
aku kalah dalam kasih sayangmu

aku menangis saat kau menyentuh hatiku
namun, aku terpujuk dengan cintamu

aku bilang setiap saat untuk bersamamu
aku rindu dan terlalu rindu . . .

aku menncari sebab mengapa aku menyanyangi
namun, tiada sebab yang aku temui

tiada sehari pun yang berlalu
tanpa aku merindu . . .

diakhir 5 minit

Di akhir 5 minit ini aku ingin bercerita
tentang soal hati yang entah apa-apa

Di akhir 5 minit juga
aku ingin melakar sebuah lukisan indah

Diakhir minit ini
aku ingin memadamkan semua resah

Diakhir 5minit ini
aku ingin lagi . .
namun, 5 minit terlalu singkat untuk aku berkata dan melakar sesuatu
maka, aku biarkan 5minit berlalu dengan pandangan jauh . . .

Tuesday, April 14, 2009

Duhai hati . .
jangan berpuisi sedih

duhai jiwa. .
jangan berlagu pilu

jika berterusan begini

aku suram
umpama langit mendung

berikan sedikit cahaya bulan
agar aku berseri . . .

janganlah . .

Jika aku tersalah
tegur dengan hikmah

jika aku bersalah
marah dengan kasih

jika aku salah melangkah
pimpin dengan sayang

namun, janganlah patahkan hati ini
dengan bicara-mu yang menyakitkan . .

kerana, aku takut!
jiwa yang tabah itu patah . .

jika

Jika yang sepatutnya memelukku dengan kasih
memandang penuh keji dan bersuara hampa

maka, aku umpama burung yang kehilangan sayap

Jika bahu tempatku mengadu
menolak penuh marah

maka, aku hanya serangga kecil yang meminta simpati

Jika tubuh yang ku pohon menumpang kasih
berada dihujung anjung dan tidak menoleh kearahku

maka, aku hanya pengemis di jalanan

entahlah. . . seketika ini, aku harus tabah dan kuat . .

Monday, April 13, 2009

Sukar

sukar untuk memahami apa yang terbuku di hati insan lain
sangka madu rupanya hempedu dan dendam yang tertanam

kadang terfikir, adakah alat untuk memenangi sekeping hati?
dan adakah sesuatu untuk memahami jiwa insan yang dikasihi?

mungkin hati kecewa dengan khabar yang tidak disangka
namun, ikatan yang terjalin membuatkan hati tidak mampu marah

hanya mampu menerima dan berserah . . .

jika suara ku mampu didengar
aku ingin katakan, aku terlalu sayang . .

biar aku dibiar sendiri dalam mengayuh sampan kehidupan
biar aku dihukum atas sesuatu yang membunuh jiwa kecil ini

namun, kasih sayang ini tetap utuh
cuma, saat ini aku akan membawa hati yang kecewa dan hampa . .

pengajaran buat aku yang terlalu suka dimanja
bahawa emas itu belum tentu TULEN . . .

jauh hati . . .

Aku tidak kesah jika yang berkata
mereka yang tidak mengenali siapa aku

aku tidak heran jika yang berbicara
mereka yang tidak tahu perkara sebenarnya

namun, aku terlalu kecewa
jika yang bersuara mereka yang ku kasih

Aku tidak minta untuk difahami
cuma janganlah berterusan menghukum

aku tidak meminta simpati
cuma berilah aku kesempatan untuk bermula semula

aku terlalu berharap
mereka tempat ku bersandar

aku terlalu mengharap
mereka yang berdiri disampingku

tapi kenapa. . .
memuji dihadapan? namun keji dibelakangku?

sukarkah untuk mengerti. . .
apa yang berlaku bukan di atas kehendakku?

aku yang tidak pernah merajuk
namun, saat ini aku terlalu jauh hati . . .

Hanya 10 minit

Mencantas mimpi yang panjang
Dengan solat, zikir dan al-quran

Biar masih ingin asyik
namun, seruan ilahi bingkas tubuh pinjam ini bangun

Hanya untuk 10 minit bersama kekasih
Hanya untuk 10 minit membaca kitab suci-mu

aku bersujud bersyukur . .
kerana masih diberi kesempatan untuk menyebut nama kekasihku. .

subuh yang terlalu dingin
namun, menghambat sejuta rasa nikmat . .

Saturday, April 11, 2009

hanya Dirimu. . .

aku lihat engkau seperti air laut
lalu aku hidup ditepi pantai untuk melihatmu

aku lihat engkau seperti bintang
lalu aku selalu menunggu malam

aku lihat engkau seperti hujan
lalu aku berharap hujan tidak akan berhenti

aku lihat engkau seperti lagu klasik
lalu aku menyanyikannya menjadi music hidupku

aku lihat engkau seperti puisi
lalu aku menjadi seorang penyair

aku lihat engkau seperti isteri/suami
lalu aku merelakan kau menakluki hati

dan aku juga lihat tiada yang sempurna
melainkan hanya dirimu. . .

keluarga

keluarga itu jiwaku
mereka hidupku

keluarga itu penawar
mereka kekasihku

keluarga itu harta
mereka segala-galanya

keluarga itu permata
mereka tiada nilainya

tanpa keluarga
aku hanya pengemis buta

Entah

Entah mengapa bicara ini sedih
entah mengapa bicara ini kaku

apakah akan datang
suatu hari, dimana semua kesedihan dan kekakuan ini

berubah seperti kerlipan bintang?
indah seperti lukisan awan?

aku lelah dengan bicara luka
aku letih dengan bicara benci

namun, yang terkarang hanya ini
yang tercoret hanya itu. . .

moga saat itu akan melewati hidupku
tika itu akan mencoretkan yang indah-indah

tanpa secalit duka dan luka
hanya kebahagian dan senyuman

namun, jika hari itu seperti membuat istana dikaki langit
biarlah bicara ku terus begini . . .

aku ingin . . .

aku ingin mencari teman yang dipenuhi kejujuran
namun, aku diuji dengan penipuan

aku ngin mengenali keikhlasan
namun, aku menemui kehampaan

aku ingin memasang impian
namun, harapan hanya angan

aku juga ingin mendaki gunung yang paling tinggi
untuk menjerit sepuah hati. . .

aku ingin berlari ke hujung dunia
untuk melupakan segala yang menyentuh jiwa

aku ingin memetik bulan dan bintang
untuk membuat teman dikegelapan malam

aku ingin. . .
dan aku ngin. . .

apakah?

Apakah 1 perubahan mampu merubah keadaan?
apakah 1 perubahan mampu merubah 1 kesilapan?

apakah 1 perubahan mampu merubah sejuta pandangan
apakah 1 perubahan mampu merubah kata-kata insan?

apakah 1 peubahan mampu meraih kejayaan?
apakah 1 perubahan mampu mengubati kelukaan?

dan apakah 1 perubahan mampu memadamkan sebuah kenangan?

Thursday, April 9, 2009

Rindulah . .



Sofia oh sofia. . .
selalu aku kalah dengan budak sorang ni...
ingat nak balik umah 17 ni, tapi rindu sangat kat anak buah aku ni.
kalau xde aral melintang, esok aku balik. rindu la sayang. .

Rindu sangat2. . .

apakah kita sudah bersedia?

Perjalanan hidup ini umpama sebuah lukisan
jika kita bijak melukis,lukisan itu akan menjadi perhatian
namun, jika sekadar melukis tanpa kesungguhan
lukisan itu akan menjadi hambar dan tidak menarik

hidup ini akan menjadi indah . . .
jika diukir dengan pelbagai warna warni kehidupan
jangan berputus asa bila tersalah langkah dan terjatuh
kerana selagi kau bernafas peluang untuk melangkah kehadapan masih terbentang luas.
janganlah! mengkhianati diri dengan berterusan hidup digerbang dosa, kerana jika mati sebelum bertaubat tempatnya adalah neraka.

kini, kematian terdengar dimana-mana
mungkin esok, lusa kita adalah orangnya. . .

sering kita diingatkan tentang keindahan syurga
dan kegerunan api neraka, namun, apakah ada kesedaran dihati kita?

allah itu maha pengampun . . .
sebelum matahari terbit dibarat, sujudlah kehadratnya bersama sejuta penyesalan

akan tiba suatu hari, dimana kita akan bertemu tuhan.
apakah kita sudah bersedia? dengan bekalan ketika di dunia?

Ya allah . . .

ya allah . . .
Aku inginkan syurga
namun aku masih leka dengan dunia

aku takutkan neraka
namun, aku masih alpa

aku bencikan syaitan laknatullah
namun, aku selalu mengikut jejaknya

kematian itu hampir tiba
namun, aku selalu terlupa

ya allah . . .
jangan biarkan kejahilanku
menempah tiket ke neraka

ya allah . . .
tunjukkan aku jalan kebenaranmu

Mimpi Yang Tak sudah

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

-Ibnor Reza-

Kata-kata yang menawan hati (bukan bicara ku)

Teman,aku ingin
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar Al-Siddiq
Persahabatan terjalin kerana Al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit
Cintakan kebenaran,sanggup bersakit

Serta tawakal Ibrahim mulia
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Meyakini Allah sebagai penjaga

Aku impikan antara kita seorang ummah
Berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
Menggerunkan musuh durjana

Serta senyuman Syed Al-Qutb
Ketika berhadapan dengan tali maut
Akidah mantap tidak terenggut
Roh dakwahnya tidak surut

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair
Menahan panahan hajjaj dengan rela
Bersama si ibu tua
Lantas syahid rohnya ke syurga

Marilah kita menyemai benih Hasan Al- Banna
Fikrahnya jernih menggegar dunia
Merelakan tubuhnya dimamah peluru
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul

Aku cintakan pemuda Giffari
Menentang kezaliman walaupun diancam
Mogakan lahir lagi di abad ini
Jiwa jitu pemuda yang tidak pernah suram

Aku ingin sepemaaf Yusuf
Tetap mencintai saudaranya
Walaupun dihumban ke perigi tua
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya

Aku ingin pusara kita harum mewangi
Bagai harum pusara Masyitah
Semerbak kasturi
Aku persahabatan indah ini bias menjadi syafaat di mahkamah mahsyar nanti

Wednesday, April 8, 2009

awak. . .

Awak...
kite sedih sangat
kite nak pinjam bahu awak leh?
nak nangis kat situ lame-lama
nak ngadu kat awak
sume pasal kite. . .

awak...
boleh tak bagi masa awak skit kat kite?
sekejap je, 10 minit pun xpe
kite perlukan awak sangat-sangat
tapi kite takut kite akan bebankan awak

awak...
betul ke awak sayang kite?
kalau ya! kenapa awak selalu abaikan kite?
kenapa awak selalu buat kite sedih?
awak tipu kite ye?

awak...
kite tahu kite bukan sape-sape
kite takde pape
kite tak istimewa
tapi jangan mainkan kite

awak...
kalau awak nak pergi tinggalkan kite
pergilah... kite takkan halang awak
cuma 1 je kite nak awak tahu
kite tak pernah tipu awak

awak...
awak taukan?
kite sayang awak?
sayang sangat
terlalu sayang

awak...
kite dah ngantuk
sok kite nak bagitahu awak lagi
yang kite sayangkan awak
walau pun kite ego tapi kite betul2 sayangkan awak. .

awak..
sebelum kite tidur
kita nak awak tahu
kite rindukan awak
rindu sangat2

awak...
selamat malam
ceom pipi awak skit "emmmuahh" (hanya untuk org y dah berkahwin. . ekekeke. .)

siapa?

Siapa yang menggoda?
siapa yang tergoda?
siapa pula yang ternoda?

yang menggoda itu gila-gila?
yang tergoda itu hampir gila?
atau yang ternoda itu yang gila?

siapa yang untung?
yang ambil untung?
dan yang beruntung?

kerana mereka. . .

Semalaman aku berfikir
apakah akhirnya semua ini
apakah sangkar ini akan terus membuat aku menangis
atau sangkar ini mengajar aku erti kehidupan yang tertulis untukku

bukan mengeluh atas apa yang termaktub
namun, aku hanya ingin memahami apa yang terselindung
agar kelihatan sebuah jalan yang harus ku lalui
bukan perjalanan yang penuh dengan kabus kehidupan

memang payah melangkah dari kesilapan semalam
namun, disebalik kepayahan itu aku harus terus melangkah
biar kadang kala. . bertemu dengan insan yang sengaja ingin mengambil kesempatan
aku hanya mampu tersenyum, kerana dia hadir dalam takdirku. . .

terkenang kepada mereka yang sentiasa membawa senyuman
aku endahkan duka yang bertandang. . .

terkenang mereka yang mengharap
aku abaikan hati yang gundah

kerana mereka aku perlu bangun
dan biarlah aku nisankan sebuah impian yang telah terlahir dalam hati . . .

kadang. . .

Kadang, hati terusik dengan bisikan kasih
kadang, hati tersentuh dengan belaian sayang

sehingga hati terleka dan terlena. . .

Seharian dimanja dengan pelbagai impian
seharian dipeluk dengan sejuta pengharapan

mampu Rapuh hati yang teguh. . .

namun, jika dillihat pada reality
segalanya hanya mimpi. . .

Hadir untuk mengusik-ngusik hati. . .

Unggas

Aku terdengar bisikan sang unggas
bersuara penuh misteri. . .

katanya. . "aku hanya bermimpi"

aku hanya tersenyum dengan gurauan sang unggas
mana mungkin aku bermimpi sedang aku masih terjaga

Dan tiada pengharapan yang aku harapkan
untuk aku lakarkan ia dalam sebuah mimpi

sang unggas yang cemburu. . .

Tuesday, April 7, 2009

Dari Seseorang

Terdengar lagu awak
Terus teringat awak
Terbayang senyuman di wajah awak
Tersemat rindu pada awak
Terpaut kasih untuk awak
Terbit rasa sayang dengan awak
Terpahat cinta kerana awak
Terpatri impian untuk hidup bersama dengan awak

.....

ada sesuatu. . .

Ada yang ingin terluah
namun, kegusaran yang menghimpit
membuatkan bicaraku tersekat di kerongkong. .

ada yang ingin ku hamparkan
menjadi bicara yang akan menghurai
setiap simpulan yang terbelit
namun, terlalu payah untuk aku lakukan

ada yang ingin ku lafazkan
agar jernih kekeruhan yang melanda
namun, aku tidak mampu

akhirnya. . .
aku terpaksa membalas semuanya dengan DIAM
walau dalam hati ada sejuta perkara yang ingin aku sampaikan

Monday, April 6, 2009

Memory

"memory umpama bayang-bayang yang akan sentiasa mengekori kita."

Walaupun kita dapat menipu berjuta mata yang memandang, namun, satu hakikat yang pasti kita takkan dapat menipu diri sendiri, walaupun kita dapat membalas setiap pandangan dengan sebuah senyuman, semua itu hanya untuk menyembunyikan keperitan yang tertanggung.

Larilah kehujung dunia. . . memory itu tetap takkan hilang, andai ia adalah suatu MEMORY INDAH kita akan sentiasa tersenyum bila ia kembali melewati hidup. namun, jika ia MEMORY LUKA saat ia datang mengusik jiwa, kita akan menangis. . .

Hari demi hari aku cuba memahami erti hidup sedikit demi sedikit, agar aku tidak terkurung dalam sangkar semalam, dan aku dapati, hidup ini penuh dengan hukuman!
hukuman yang boleh mematikan jiwa yang cuba kembali hidup.

yang salah tetap bersalah, namun, yang telah berubah janganlah terus menghukum, jika kita tidak memberi ruang bagaimanakah "Dia" dapat mencari ruang?? salahkah jika kita membantu mereka yang dalam kegelapan? yang teraba-raba mencari cahaya. . .

Bila aku simpulkan semuanya, lelah jiwa untuk memenangi hati insan lain, dan akhirnya. . . aku putuskan, "BIAR SERONG MATA YANG MEMANDANG. . HIDUP KITA, KITA YANG LALUI.. SAKIT, BAHAGIA HANYA KITA YANG MERASAI, JIKA DIIKUTKAN KATA ORANG. . . JANGAN KATAKAN HENDAK BERDIRI, MELANGKAH PUN KITA TAKKAN MAMPU.. KERANA KATA-KATA MANUSIA UMPAMA PEDANG YANG TERHUNUS. . . "

Sunday, April 5, 2009

i love you

Waaaaaaa!!!
hurmm. . . entah la.. .
menyampah! tapi . . ahhh! entah la.
uhh! waaaaaaa!!
tak tahu la. . .
iskk. . .
adehhh. . .
ada bende aku nak type
tapi aku tak tahu apa...
ayyark . . .
mengong. . .
haaa.. amek!!
sebenarnya org nak cakap. . .
i love you. .
muahahahahaha..
siyes la. . i love you so much . . .
bace x ni? tul la. . .
sayang sangat
gile2 sayang tau
org xnak sape2 dah
nak sayang sorg je
nak manja ngan sayang
nak ketawa ngan sayang
nak menangis ngan sayang
nak tulis puisi hanya untuk sayang
sume untuk sayang. . .
sebab? adehh. . .
xde sebab la sayang
cukup la sayang tahu
yang orang sayang sangat kat sayang
nak cakap sekali lagi la
dan selalu nak cakap

i love you

i love you

i love you

muahhhh!!!

april fool!!!
muahahahahahahahahahaha!

-DrGile-

Saturday, April 4, 2009

aku selalu menunggu

Merpatiku. . .
bawa aku terbang tinggi

tenangkan hatiku
dengan hembusan angin

bersama keindahan alam
yang menjadi hiasan bumi

merpatiku. . .
jangan terbang terlalu pantas
kerana aku bisa terjatuh

tubuhku terlalu kecil
untuk terhempas dibumi yang keras

merpatiku. . .
jangan bawa aku dipersinggahan kotor
kerana aku takut kekotoran itu akan melatari tubuhku

merpatiku. . .
jangan tinggalkan aku sendiri ditempat yang asing
kerana aku takut jika aku tersalah langkah lastas terjatuh dalam lubang yang dalam

merpatiku. . .
jika kau pulang kesarangmu
besok datang lah lagi menjemputku

kerana aku selalu menunggumu. . .

kawan kita. . .

Kawan. . .
bicara itu sangat indah
jika dihiasi dengan kata hikmah

kawan. . .
Bicara itu sangat jelek
jika dipakai untuk hati yang marah

kawan. . .
ada pelbagai rupa kawan disekeliling kita
yang menghasut kearah kejahatan itu bukan kawan tapi syaitan
yang lembut menyeru kearah kebaikan itulah kawan. .

kawan. . .
untuk mencerminkan siapa kamu
lihat lah siapa yang menjadi teman-mu

kau atau aku. . .
kita saling punya kawan
semoga kawan kita adalah insan yang beriman

agar kita dapat bersama mencapai redha tuhan. . .

aku ada kamu. . .

Aku tidak pandai menyusun
sebuah puisi indah buat kau terpegun
atau melakar sebuah bicara hiasan
umpama lukisan indah untuk menawan hati mu

Yang terlahir itu. . .
bicara dari lubuk hati
bukan rekaan atau mainan
untuk menjerat kamu. . .

hanya satu. . .
izinkan aku menikmati hari ini dan esok
untuk menyayangi mu. . . .

andai tiada ruang dan waktu untuk kita esok hari
aku tidak akan mengeluh marah
kerana aku hanya ingin menyayangi-mu
tanpa mengharapkan apa-apa. . .

Biar kau tidak memilih aku
untuk mengisi ruang hidupmu
aku tetap akan tersenyum

kerana seketika ini
aku terlalu bahagia
kerana aku ada kamu. . .

namun, jika kau ingin melangkah pergi
jangan pergi tanpa sebarang kata. . .

jauh dalam lubuk hati
aku ingin kau selalu ada. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami