Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Thursday, April 9, 2009

apakah kita sudah bersedia?

Perjalanan hidup ini umpama sebuah lukisan
jika kita bijak melukis,lukisan itu akan menjadi perhatian
namun, jika sekadar melukis tanpa kesungguhan
lukisan itu akan menjadi hambar dan tidak menarik

hidup ini akan menjadi indah . . .
jika diukir dengan pelbagai warna warni kehidupan
jangan berputus asa bila tersalah langkah dan terjatuh
kerana selagi kau bernafas peluang untuk melangkah kehadapan masih terbentang luas.
janganlah! mengkhianati diri dengan berterusan hidup digerbang dosa, kerana jika mati sebelum bertaubat tempatnya adalah neraka.

kini, kematian terdengar dimana-mana
mungkin esok, lusa kita adalah orangnya. . .

sering kita diingatkan tentang keindahan syurga
dan kegerunan api neraka, namun, apakah ada kesedaran dihati kita?

allah itu maha pengampun . . .
sebelum matahari terbit dibarat, sujudlah kehadratnya bersama sejuta penyesalan

akan tiba suatu hari, dimana kita akan bertemu tuhan.
apakah kita sudah bersedia? dengan bekalan ketika di dunia?

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami