Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Friday, April 22, 2011

Belajar jawi (part 1)

بسم لله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala pujian bagi allah S.W.T. Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya dan para sahabat-sahabat r``anhum.

Syukur kepada Allah kerana taufik dan inayah-Nya telah mengizinkan saya menulis buku “PINTAR JAWI JILID 1 DAN 2.” Sekali gus dalam waktu yang singkat.

Saya hanya seorang hamba allah yang naif namun, membawa segunung harapan semoga buku ini akan memberi manfaat dan bimbingan dalam mempelajari tulisan jawi. Jika anda mempelajari kaedah yang betul anda tidak perlu membuang masa yang lama untuk mempelajari tulisan jawi. Kerana ia sangat mudah! Oleh itu, saya terpanggil untuk menulis buku ini atas dasar ingin membantu anda dan memanfaatkan sedikit pengetahuan yang ada untuk dikongsikan bersama.

Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan saya memohon keampunan Allah S.W.T atas yang demikian itu kerana bukanlah kemampuan saya melainkan dengan pimpinan dan pertolongan-Nya.

Teguran yang membina adalah amat dialu-alukan. Sekian.

Wa billahi taufiq wassalamu`laikum warahmatullahi wabarakatuh.

Penulis,

Nor Ramziah Ghazali@ Deqyah Pegeon.

PENGHARGAAN:

TERIMA KASIH yang tidak terhingga.Kepada saudara-saudaraku yang telah banyak membantu dalam menyumbangkan idea, memberikan pelbagai teguran yang bernas serta memberi galakan dalam menjayakan penulisan buku ini. Abang Lan, Ustaz Abdul, Kak Asma`, Kak suhana, Aida dan Zahari. Juga kepada kedua-dua ibu, dan ayahanda Ustaz Ghazali Hasbullah, abang yang dikasihi Ustaz Ahmad Rizam dan keluarga yang tercinta.


PINTAR JAWI JILID PERTAMA

Sebelum anda mempelajari pelajaran yang pertama. Kenalilah dahulu huruf-huruf rumi. Setelah anda mahir sepenuhnya dalam mengenali huruf-huruf rumi. Barulah anda belajar mengenali pula apakah itu huruf-huruf jawi yang dikenali sebagai huruf-huruf Hijaiyah.


PENGENALAN HURUF-HURUF RUMI.

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O

P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z

-


PENGENALAN HURUF-HURUF HIJAIYAH.

ا

ب

ت

ث

ج

ح

خ

د

ذ

ر

ز

س

ش

ص

ض

ط

ظ

ع

غ

ف

ق

ك

ل

م

ن

ه

و

ۏ

ي

ڽ

ڨ

ڠ

ڬ

-

*JANGAN! Memulakan lagi pelajaran seterusnya.Sebelum anda benar-benar mahir mengenali huruf-huruf rumi dan jawi.



Pelajaran Pertama:

1. Pada pelajaran pertama ini, anda akan di beri panduan bagaimana mengenali Huruf-Huruf Hijaiyah . Iaitu permulaan di dalam mempelajari ilmu Jawi.

ALIF

ا

BA

ب

TA

ت

THA

ث

JIM

ج

HA

ح

KHO

خ

DAL

د

ZAL

ذ

RO

ر

ZAI

ز

SIN

س

SYIN

ش

SHOD

ص

DHOD

ض

THO

ط

ZHO

ظ

A`IN

ع

GHIN

غ

FA

ف

QAF

ق

KAF

ك

LAM

ل

MIM

م

NUN

ن

HA

ه/ﻪ/ﻫ

WAW

و

VA

ۏ

YA

ي

NYA

ﭗ/ڽ

CA

PA

ڤ

NGA

ڠ

GA

ڬ

-

*Halaman ini sekadar untuk membantu anda mahir di dalam sebutan huruf jawi. Anda boleh belajar sendiri. Atau meminta bantuan pada yang lebih mahir

.

SEDIKIT PENJELASAN MENGENAI KAEDAH PEMBELAJARN JAWI BERPANDUKAN HURUF-HURUF RUMI.

1.Di dalam pelajaran pertama yang telah lalu anda telah mengenali apakah itu huruf-huruf hijaiyah berpandukan

huruf-huruf rumi yang diberikan.

2. Di dalam pelajaran kedua pula anda akan diberi panduan menyebut sebutan yang betul di dalam ejaan jawi berpandukan sebutan di dalam ejaan rumi berdasarkan huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf ,,ي. Seperti. . .

A

E

Ê

I

U

O

ا

ا

اي

اي

او

او

3. Setelah anda mahir dengan pelajaran pertama, anda akan diberi panduan pula bagaimana untuk mengeluarkan bunyi yang betul berkaitan dengan huruf-huruf yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain. Anda akan diberi perkataan-perkataan yang mudah berpandu pelajaran 1 dan 2 yang telah anda pelajari.

4. Di dalam pelajaran ke empat pula anda akan di beri panduan bagaimana menyebut sebutan huruf-huruf yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain Seperti . . .

AN

EN

Ê N

IN

UN

ON

ان

ان

اين

اين

اون

اون


5. setelah anda mahir dengan kesemua sebutan-sebutan yang diberikan anda akan diberi panduan pula bagaimana untuk mengeja dan membaca.

Anda akan diberikan panduan untuk memahami dengan mudah dan cepat.

3 comments:

  1. Salam..syukur alhamdulillah..sy sekarang memang sedang mencari ilmu yg berkaitan dgn tulisan jawi. Bacaan jawi saya hanya biasa-biasa saje. Manakala penulisan jawi hanya tahu perkataan yg mudah-mudah je. Harap dpt mbuat lagi entry mengenai tulisan jawi ini. Terima kasih!

    ReplyDelete
  2. salam.. bukan xnk teruskan entry ni sis.. tp terlalu byk tajuk. klo sis nak.. sendkan alamat dekat email sy. nanti sy poskan buku nie dekat sis.. pegeon87@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. If you want to take a great deal from this paragraph then you have to apply these methods to your won website.


    Also visit my web site; plytki szczecin

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami