Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Friday, April 22, 2011

makna bahagia



Dianugerahkan jiwa yang beremosi membuatkan aku sering ingin mencoretkan kata-kata yang indah. Cume, sometime aku di datangi setuasi sugul yang tidak diingini membuatkan bicara aku agak kosong dan hiba. Namun, itu tidak bermakna aku tidak bahagia. Bagi aku, bahagia bukan diertikan dari dua hati yang sedang bercinta. Tapi makna bahagia itu amat luas untuk dihuraikan.

Apa makna bahagia?

Setiap orang mempunyai definasi yang berbeza mengikut setuasi. Nyway, bagi si kecil seperti aku. Makna bahagia itu datang dari ketenangan hati. Apabila kita menyerahkan segala urusan kepada allah dan menjalani kehidupan ini dengan penuh kesyukuran. Percayalah. Kebahagian yang kita rasa sewaktu bercinta. Takkan boleh melawani rasa bahagia yang kita rasakan saat hati benar-benar diserahkan kepada yang lebih mengetahwi. Tapi. . . haruslah mempercaya akan qadar dan qada` yang telah allah tentukan.

Tak percaya?

Sebenarnya. Rasa percaya itu juga adalah dahan-dahan yang tumbur dari akar kebahagian. Nak bahagia? Mulakan dengan mempercayai qadar dan qada` allah dan serahkan segalanya kepada allah. Secara tak langsung ketenangan hati akan muncul. Bermula dari mana? Dari kepercayaan dan i`tiqad.

Dari pemerhatian dan pengalaman yang aku sendiri alami. Cinta antara dua hati itu bukan punca sebuah kebahagian tapi ia hanya syarat untuk menyempurnakan kehidupan. Aku bukan bercakap dari hati yang kecewa tentang cinta. Tapi aku berani bersuara sebegitu, kerana pengalaman!
Maka, jangan sangka orang yang hidup berpasangan hati mereka bahagia. Dan orang yang hidup bersendirian itu tidak bahagia. Kerana setiap orang punya cara yang tersendiri untuk membuat hidup mereka bahagia. Tetapi.. berpasangan itu lebih baik dari hidup bersendiri. Why? Sebab segala suka dan duka kita ada tempat untuk dikongsi. Dan adalah menjadi lumrah kehidupan hidup kita sentiasa berpasangan.

Aku amati dari segala sudut kehidupan. Kebahagian itu datang dari hati yang bersyukur dan redha dengan segala ketentuan dan takdir yang telah termaktub dari awal. Semoga aku, dan kamu. . kamu mengerti dengan lebih mendalam definasi bahagia. Agar kehidupan kita sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat allah….

Nyway. . salah silap dalam penulisan aku. harap dimaafkan.
peace~~

1 comment:

  1. definasi bahagia boleh diertikan dgn pelbagai situasi...rasa tenang n nyaman dlm hati...tidak menganggu org lain...bersangka baik sesama kita...rasa ingin menolong org...dll

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami