Wednesday, April 27, 2011

Jika. . .



Aku bukan seorang wanita yang sempurna
tapi aku mengharapkan ada yang menyempurnakan aku

Bukan dengan harta
bukan dengan memuji rupa
bukan juga dengan ayat-ayat cinta
cukuplah kenalkan aku dengan yang maha esa
dengan agama islam yang mulia

Jika. . . aku terlanjur dalam perbuatan
janganlah! ajar aku dengan kekasaran
kerana jiwa halus ini akan tersalah tafsiran
bentuk aku dengan kasih sayang dan kelembutan


Dan jika. . .
Terdengar bisikan tentang keburukanku
janganlah menghindar tanpa berbincang
berikanlah ruang dan waktu untuk kita saling mengenali

Seandainya...
aku lah yang tertulis untukmu
terimalah seadanya aku
dan jika tidak. . .
tutup mata dan pintu hatimu
dari terus mengenali ku

0 org berceloteh:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link anda Disini. . supaya senang Deqyah nak melawat korang balik