Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Saturday, September 12, 2009

memory ku . . .

Aku ingin abadikan. . .
setiap memory disini
agar suatu hari nanti
ia menjadi 1 kenangan y terindah
untuk diingati

namun. . .
tatkala dairy hatiku
menjadi tatapan umum
aku malu dan tersipu
lalu. . . ku padamkan 1 persatu
yang tinggal hanya puisiku. . .

lagi pun. . .
aku takut, jika aku menangis
tatkala memoryku mengusik hati
kerana aku mudah terusik dan merajuk
jadi biarlah. . .
memory2 itu hanya kekal
dihatiku. . .
tanpa dirungkai
dibahan
dan diberi pelbagai tafsiran

namun.. memory
hadirmu memberi seribu makna. . .
aku tidak melihat
memory itu sebagai sesuatu y menyakitkan
cuma kadang2. . . memory selalu buat aku menangis
dan dia adalah pembuli
yang paling kejam
ahakss. . .

sayang

Sayang. . .
aku tak mampu
membeli mahligai indah
atau kereta termahal didunia
untuk ku hadiahkan padamu

tapi sayang. . .
jika kau benar2 menyintai aku
aku akan berikan seluruh hidupku untukmu
masaku. . .
jiwaku. . .
diriku. . .
dan segalanya milik aku
ku hadiahkan padamu

sayang. . .
jika ada yang melihatku
akan ku khabarkan padanya
bahawa hatiku telah ku miliki
agar kau tidak cemburu
dengan pandanganya

jika ada yang ingin melamarku
akan ku katakan padanya
bahawa aku telah berjanji
untuk menjadi isterimu

namun. . .
jika kau hanya bermain kata
aku tundukkan wajah
dari melihat matamu
kerana aku takut
dari sinar mata yang bersatu
aku akan hilang arah
dan mengharap tanpa tuju


Thursday, September 10, 2009

di akhir Ramadhan. . .


Ramadhan. . .
pemergianmu semakin hampir
namun, apakah aku mensyukuri kehadiranmu
dengan ibadah, iman dan takwa?
atau hari2 ku bersamamu
hanya menahan lapar dan dahaga?
tanpa al-quran, zikrullah dan solat?
apakah bagiku. . .
hadirmu. . hanya untuk mencukupi syarat?

aku juga. . .
adalah diantara mereka yang sering terlupa
bahawa ramadhan
adalah bulan barakah
dan marghfiroh
mudahan. . .
setiap akhir detik bersama-mu
tidak dipersiakan dengan perkara yang lara. .

jika hadirmu. . .
hanya kerana keseronokan menanti syawal
kau xubah seperti mei, april, atau jun
tiada bezanya. . .
namun, jika hadirmu
disambut dengan amal ibadah
dan ketakutan memohon keampunan allah
kau seperti mentari yang sering dinanti

Ramadhan. . .
keindahan mu disinari dengan rahmat tuhan


Tuesday, September 8, 2009

bisik hati . ..

Suatu hari nanti
aku akan pergi
bersama memory & lukisan hati
aku bahagia kerana sering disayangi
aku gembira kerana sering dimengerti
Terima kasih
namun, aku memohon sejuta kemaafan
bukan kerana lebaran
tapi atas segala kesilapan
kerana. . .
aku sering menyakiti
hati2 insan y aku sayangi
aku adalah antara berjuta
y berharap
untuk memiliki saat2 y terindah
selamanya. . .
namun, sebagai insan
aku akur
jika. . . kemungkinan esok hari
tidak berpihak untuk aku meniti titian bahagia
atau tersenyum mesra
kerana gelora hidup
tidak pernah memberi isyarat
untuk melontar gelombang hebat
selagi ada masa y tersisa
aku akan cuba mengukir bahagia
bukan diatas pasir y bertaburan
tetapi di atas batu y unggul
biar masa terus beranjak
namun, aku adalah aku
kadang terjatuh
kadang menangis
kadang ketawa
kadang aku lah y paling bahagia
bisik ku pada hati
bahagia bukan selalu milikku
tapi aku boleh memilih untuk selalu bahagia
tanpa berduka..
kerana. . . duka adalah musuh jiwa
seindah hati y bicara
seindah itu aku ingin menjadi cahaya. . .

Monday, September 7, 2009

Hanya serumpun bicara subuh. . .

Aku berimpian
untuk tidur didalam bulan
mengereng dan hampir ditangan
tersenyum ke arah dunia
dengan redupam mata
dan aku. . .
menjadi perhatian mata2 manusia
bukan kerana kejahatan
tetapi sejuta kebaikan dihamparan bulan
namun, saat aku hampir menggapai bulan
rupanya aku hanya bermimpi disiang hari
mana mungkin aku menggapai bulan yang tinggi
apetah lagi, menjadi simbol kebaikan
sedang aku penuh dengan kesilapan

Bukan bicara sang air mata
tapi seorang pendosa
dalam meniti hidup yang sementara
di dalam bumi tumpangan allah

Didalam sedar ini aku terjaga
"bahawa mimpi xmungkin menjadi reality
jika hanya bermimpi disiang hari.
dan reality xmungkin menjadi mimpi
kerana ia terlah termaktub sejak azali"

Diakhirnya. . .
biar aku berdiri dikaki sendiri
bukan teranaiya ( salah ejaan ehh? ehehe)
dengan janji manusia
atau meniti harap
hanya kerana secebis kasih
dan rayuan sayang . . .


secarik bicara . . .

Aku tidak mahu
menjadi mulia dimata manusia
tapi hina disisi tuhan

aku takut dengan pujian
kerana ia melambung ke arah kemegahan
lantas membawa aku kearah kehancuran
maka, arah mana aku akan ditempatkan?

aku takut jika dipandang seperti madu
sedang aku hanya bunga layu
oleh itu, jangan mudah membuat tafsiran
lihat dari mata hati
bukan dari mata turun ke hati

"lemah gemalai seorang wanita
bukan terletak pada lenggok bahasanya
tapi bagaimana cara dia mengelola hidup"

Wednesday, September 2, 2009

Mungkin. . .
aku haus dengan kasih
Mungkin . . .
aku lapar dengan cinta
Mungkin. . .
aku lemas dilautan kering
saat aku dirayu dengan pelbagai janji dan harapan
mungkin. . .
aku buta dalam terang
tika aku dilamar dengan kata2 dusta
maka. . .
kerana itu. . . aku biarkan jiwa kecil ini
terus dihalusi cahaya hambar
namun,
tatkala.. aku terjaga dari keasyikkan itu
aku mula sedar. . .
rupanya. . . aku terlena sebentar
diatas hamparan indah buatan manusia
luluh hatiku . .
disaat aku jatuh cinta dengan jujur
tika aku berharap penuh kasih
rupanya. . . aku hanya mempermainkan diri sendiri
harus bagaimana lagi aku khabarkan pada diri?
berhenti mengharap?
atau terus lena di atas impian palsu?
ahhh!
kenapa? saat aku tergagau meniti hidup
dia hadir dengan kasih?
kenapa? mempersendakan jiwa sengal ini?
ekekeke.. peace. ..

"yang indah itu hanya sementara"




Follow Post Terbaru Dari Kami