Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Thursday, September 29, 2011

muntah- muntah... help~

pic yang xde kene mengene.. ehehehe~

muntah2? sape? Deqyah ke?
haippp!
ni bukan cerita pasal Deqyah k
tapi citer Tentang
jeng... jeng... jeng. . .
layan~
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

p/s: ehehehehehe... pakai lah rexona ye... supaya xde org yang termuntah2 bila berada disamping anda.
wink2~

Robot kesan bohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…
 
p/s: jangan sesekali anda menipu org yang mempercayai anda. 
       dan jangan sesekali anda mempercayai orang yang pernah menipu anda.
        ~peace~

Wednesday, September 28, 2011

adehhh terubuk ikan masin...


GrrRrRrr....
geramnye tengok ikan masin terubuk nie
meleleh air liur
ahhhh!!! teringin sangat nak makan
nyway. . . bukan mengidam k...
cume teringin sebab dah lame tak makan
heeeeeee. . . ~peace~
tapi mcm mane Deqyah nak dapatkan ikan masin terubuk nie?
setahu Deqyah dia cuma ada jual kat serawak
Deqyah xde member org serawak
adehhhhh...
xkan nak gi serawak?
ayyarkkkk! help me. . .
andai kata. . . .
ada yang terklik and terbaca post Deqyah nie
and dia tahu mcm mane nak dapatkan ikan masin terubuk nie
plz! bagitahu Deqyah
jasa anda amat lah di kenang...
TERINGIN! !!!!

Sunday, September 25, 2011

kesah si katak

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.



Renungan :

Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.

Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.

Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit darikeputus-asaanya, kejatuhannya, ataupun kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.


http://cerita-tauladan.blogspot.com/

Wednesday, September 21, 2011

Bantu aku ya allah~

Ya allah.. ku hanya wanita biasa
Kadang lemah jua dengan ujian yang kau duga
Namun, aku percaya dalam hati
Tiap yang terjadi ada hikmah tersembunyi
Resahku hanya mainan jiwa
Inginku hanya nafsu yang bertapa
Harusnya aku teguh berdiri
Kerana kau tidak pernah tinggalkan ku sendiri
Ya allah… jika aku tersasar
Sedarkan aku dengan kasih sayangmu
Jika aku terlalai
Ingatkan aku dengan teguranmu
Gentar hatiku berada dilautan dosa
Sedang harapku adalah redhamu
Bantu aku ya allah~
Tentang kefanaan dunia ini
Ku mohon maghfirahmu
Dia atas segala khilafku

Monday, September 19, 2011

Deqyah syg suami Deqyah. .

Pejam celik.. pejam celik. . . (alhamdulillah baik masih celik... :) rupanya hampir dua bulan Deqyah bergelar seorang isteri. ( kecoh je erkk.. belum dua tahun... hihihi). alhamdulillah.. dalam tempoh seketika yang allah kurniakan pada Deqyah bersama dengan suami tercinta. saat2 mcm nie rasa indah sgt.. ( alamak... mood jiwang pulak... ) apetah lagi bila Deqyah di sahkan peknen. org kata bunting pelamin... xkesah la bunting apa pun. apa yang penting Deqyah bersyukur sgt. terima kasih pada keluarga Deqyah yang merestui perhubungan kami.. pada keluarga pihak suami yang boleh terima insan kekurangan seperti Deqyah seadamya.. dan yang selebihnya Deqyah serahkan pada allah. sebab tentang hari esok siapa yang tahu. tapi setiap hari Deqyah berdoa semoga allah berkati dan rahmati perkahwinan kami hingga ke syurga. insyaallah. dan Deqyah percaya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang allah lebih mengetahwi apabila allah menghendaki ia berlaku.

arwah abah selalu pesan.. apa pun yang berlaku... "jangan takut... allah ada..." tauhid Deqyah tak tinggi mcm arwah abah.  semoga tempiasnya tercalit sikt pada Deqyah yang nakal nie...

Deqyah bukan nak memuji suami Deqyah lebih2.. semua orang ada suami. tapi disebabkan Deqyah dikurniakan jiwa yang suka berpuitis. dan Deqyah suka untuk melahirkan kata2 yang Deqyah sangat menghargai kehadiran suami Deqyah dalam kehidupan Deqyah. biarlah kalau orang nak kata..." ek elehhh.. poyo je budak nie..." Deqyah tak kesah pun. selagi Deqyah tak menganggu kehidupan orang lain... its up to u nak say apa pun.. sebab.. sapa2 pun berhak memberi pendapat masing2.

abg zizan. . . . :)
maafkan syg ea. sebab selalu karate abg. sape suruh abg silat ngan syg.... ehehehehe
nyway. syg bahagia sgt adanya abg dalam kehidupan syg.
kasih syg yang abg pamerkan selalu buat hati syg tersentuh
abang2 syg selalu pesan dgn syg. " jaga zizan baik2..."
haipppp! op kos lah syg akan jaga abg baik2. abgkan suami syg. permata hati syg.
walau pun abg selalu cakap..." bertuah abg memiliki syg."
hakikatnya syg tau... syg bukanlah sesiapa2. syg hanya wanita yang penuh dgn kekurangan
tetapi disempurnakan dgn kehadiran abg.
syg terharu sgt. . . bile abg ye2 je makan byk2 bila syg masak untuk abg
walau pun hakikatnya syg xpandai masak. pandai abg jaga hati syg ea.
dan syg bersyukur sgt. bila abg selalu tolong syg buat keje umah same2.
bila abg cakap.." maafkan abg kalau abg bukan suami yang baik untuk syg..."
sedeyyy je hati budak2 syg nie... sebab abg terlalu baik untuk syg.
sepertimana yang syg selalu katakan  pada abg dari sebelum kita nikah lagi
syg xminta abg bagi syg apa2. . . harta kekayaan atau benda2 meterialistik
cukup sekadar abg bimbing syg menjadi isteri yang solehah.
sebab syg xbaik. . . jadi syg berharap abg jadi permbimbing syg
untuk syg berada di kalangan org yang baik2.. yang dikasihi dan dirahmati allah.

abang. . .
perjalanan hidup kita masih baru dan berada di puncak permulaan
jika kita biarkan nafsu memandu kita. maka rumah tangga kita takkan kemana
tapi syg percaya. abg bijak mengelola bahtera rumah tangga kita ke arah jalan yang di redhai allah.
pandu syg.. dan bakal anak2 kita. . . . :)
selagi allah izinkan syg berada disisi abg sebagai penenang dan permaisuri abg
syg akan selalu ada. saat abg susah atau senang.
tetapi bila mana allah katakan.. cukup waktu itu untuk syg.
jadilah lelaki yang selalu kuat
kuat dalam membimbing diri sendiri dan orang lain
kuat dalam mencari redha allah dan jalan agama islam
anggaplah syg hanya seorang perantara untuk abg ke arah "jalan itu"
dan janji dgn syg. anggaplah keluarga syg sebagai keluarga abg sampai bila2 pun.
maafkan syg. . . bila mana syg tak pandai jaga hati abg
maafkan syg. . . bila syg buat abg rasa terabai
maafkan syg. . . atas segala kekurangan dan kebodohan syg
walau pun syg selalu cakap.. "syg lebih sygkan rambutan dari abg.."
tapi hakikatnya. . . syg sayangkan abg lebih dari segalanya.
abg boleh marahkan syg. bila syg degil
tapi jangan cakap kasar2 ea...
sebab hati syg mcm kaca. . . lagi2 pas peknen anak abg. :)
nyway. . . love u poleber. . .
selalu nak bercinta dengan abg sampai ke syurga. . . boleh?
syg tunggu abg 24 nie amek syg. . .
windu. . . rasa bengong2 bila pjj nie..( perkahwinan jarak jauh... ehehe)
hei... selalu simpan dalam hati ea... Ramziah syg azizan. . .
Biarlah dunia mengutuk kasih syg yang ada dihati syg pada abg
apa yang syg tau... tak semua orang berkesempatan melahirkan rasa syg dan penghargaan pd orang yang tersayang. disebabkan syg lemah dalam melontarkan kata2 saat kita berdepan. syg abadikan ia dalam bentuk tulisan. sebagai tanda. syg menghargai abg dalam kehidupan syg.
rindunya nak bergaduh ngan abg. . . waiting 4 u. . . . :)

Solawat al-fatih dan doa untuk anak cerdik


Salam comel, salam mesra dan salam ukhuwah fill ah…

Disini saya lampirkan solawat al-Fatih dan doa untuk anak cerdik yang disediakan oleh Almarhum ayah saya Ustaz Ghazali Hasbullah. Sebelum tu saya memohon beribu kemaafan pada akak Arisa Yoshifumi kerana terlambat memenuhi permintaan akak atas asbab sedikit sebuk dan terlupa… : ). Maafkan saya. Semoga doa ini dapat kita dan para2 ibu diluar sana a`malkan. Insyaallah. Selamat beramal dan beristiqomah… sebarang kesilapan saya mohon kemaafan. 


صلوات الفاتح :

اللهم صلي على سيدنا محمد ن الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق والناصر الحق با لحق والها دي الى صراط المستقيم وعلى اله وصحبه حق قدره ومقدره العظيم. 

Solawat al-Fatih:

Allah humma sol li a`la sai yidina muham madinil fatih lima ur liqo wal khotimi lima sabaqo wan nasiril haq qo. Bil haq qi wal hadi ila sirotol mustaqimi. Wa a`la alihi wasoh bihi haq qo qod rihi wamiq da rihil a`zim.  

Doa cerdik untuk anak lelaki : 

( dibacakan pada ubun2nya pada tiap2 hari lahirnya. Sebelum membaca doa ini bacakan dahulu solawat al fatih diatas 3 kali. Selamat beramal…J )

اللهم ارزقه الفهم والعلم والعقل والحكمة.

Allah hum mar zuq hul  fahma, wal i`l ma, wal a`q la, wal hik mah.

Doa cerdik untuk anak perempuan: 
اللهم ارزقها الفهم والعلم والعقل والحكمة

Allah hum mar zuq hal  fahma, wal i`l ma, wal a`q la, wal hik mah.



-Ustaz Ghazali Hasbullah-

~Deqyah Pegeon~




Follow Post Terbaru Dari Kami