Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Monday, April 20, 2009

Merpati

Merpati...
hari ini aku bersedih
kerana aku buat dia menangis
Merpati
semalaman aku berfikir
berdosakah aku
membuat dia terluka
merpati
salahkah jika aku ingin pulangkan kembali
hatinya yang tidak sengaja ku curi?
kerana aku tidak mahu dia terluka
dan menangis kerana aku
aku tidak mampu
berdiri disampingnya
maka kerana itu
aku mahu melangkah pergi
Merpati
apa daya diri ini
aku tidak mampu..
andai pertemuan ini hanya 1 dugaan
moga masih ada sisa kekuatan
maafkan aku..
andai aku dibenci
maka aku terpaksa merelakannya
Merpati
terbang padanya
dan khabarkan
bahawa aku bersalah
biar aku pergi
kerana bahagianya tetap ada
walau tanpa aku
End..

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami