Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Wednesday, April 29, 2009

sahabat

Sahabat..
aku bersyukur dan bersujud
kerana pertemuan ini
hadirmu lebih indah dari warna pelangi

jenuh aku mengembara
mengilingi 7 lautan dunia
mencari sahabat sejati
dan kini
allah menghadiahkan insan sejujurmu
menitis air mata ini
kerana hadirmu
menyentuh hati

sahabat..
jika aku diminta
memilih antara kau dan segunung harta

aku akan merebutmu
biar harta hilang dipandangan mata
namun, jika kehilanganmu
aku tidak bermakna
kerana kau adalah jiwa

rupa dan harta
perlu dijaga
tapi sahabat
kita saling memelihara

sahabat..
jika kau bersedih
aku sentiasa ada
bahu ini sentiasa sudi menampung air matamu
telinga ini tidak pernah jemu mendengar setiap keluhanmu
bibir ini tidak pernah lelah memujukmu
dan aku sentiasa ada dan ada untukmu

sahabat..
jika langkah ku songsang
tegurlah dengan hikmah dan ilmu

jika sayang..
berikan keberaniamu
untuk menegur silapku
kerana aku hanya insan biasa
yang dilingkungi sejuta kekurangan
tanpa secalit kelebihan
dan hadirmu
menyempurnakan aku

sahabat..
"kerana kau aku ingin menjadi bintang yang berkilau"

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami