Tuesday, December 9, 2008

kawan atau lawan?

Dulu aku selalu memandang setiap insan itu adalah kawan
Aku beri kepercayaan tanpa sedikit keraguan
Kerana aku percaya kawan tidak akan menghancurkan
Apetah lagi akan mengkhianati aku sebagai kawan
Sehingga suatu hari allah menggerakkan hati ini
Untuk menguji hati seorang kawan
Aku bertanya untuk mencari kepastian
Bukan untuk membelitkan keadaan
Tapi sayang… dia sangat mengecewakan
Aku termenung panjang….
Diakah kawan yang aku agungkan?
Diakah kawan yang mengaku kawan?
Diakah kawan yang selama ini sangat sopan?
Atau hanya satu lakonan
Ahhhh! Hebat dia menyembunyikan kebenaran
Silap aku…
Terlalu mudah memberi kepercayaan
Aku terlupa… insan adalah insan…
Seorang pelakon dipentas dunia
Terima kasih kawan…

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Bukan Tanpa Alasan

  Jika Suatu Hari Nanti Seseorang Tidak Lagi Bertanya Khabar Jangan Terburu Buru Menyalahkan Atau Bertanya Kemana Dia Pergi Yang Lebih Penti...