Thursday, October 27, 2011

Takziah~


Bekerja sebagai warden 
membuatkan aku berpeluang mengenali pelbagai orang
dari latar belakang yang berbeza.
alhamdulillah.. niat baik arwah abah untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah yang memerlukan pertolongan dari segi akhlak dan bantuan dari segi fardu ain.
walau pun, dorang datang dengan masalah yang berbeza-beza.
tapi aku memandang mereka seperti adik-adik comel yang sedang mengorak langkah menuju jalan yang di redhai allah.
dan aku tidak permah menghukum mereka dari kesilapan yang lalu
kerana bagi aku tiada manusia yang sempurna
dan aku suka sangat!
bila tengok ada perubahan pada diri mereka
walau pun sometime sikap nakal mereka mencabar kesabaran aku
but! denda tetap denda sebagai pengajaran
ehehehehe.
apa yang nak aku sampaikan kat sini
bersama mereka banyak membuka minda aku tentang erti sebuah kehidupan
dan setiap pertemuan itu pasti akan berakhir dengan perpisahan
nape ea? aku cakap pasal perpisahan?
ermmm... sbb semalam aku dikejutkan dengan berita
ex student aku (selain jadi warden aku mengajar mengaji ) meninggal
tak caya sangat. sebab 2 hari sebelum dia meninggal aku baru borak2 dengan arwah dekat fb
dia berhenti sebab ambil pmr.
and sebelum arwah meninggal
dia memang selalu cuba rapatkan diri dengan aku
berbeza dari sebelum dia mula2 datang D.a
berita ni buat aku terpana sekejap
last msg arwah
dia kata nak datang D.a
tapi suruh aku amek dia
tapi aku lupa nak jwb msg tue
and bila aku teringat
aku buka fb dia
aku terkejut bila kat wall dia penuh dengan ucapan takziah
aku msg dia fmly dia untuk dapatkan kepastian
dan kenyataan tu buatkan aku menangis
tiba-tiba ada rasa takut dalam hati tentang sebuah kematian
kematian yang berada di alam Ghaib
datangnya entah bila
dan tiada siapa yang tahu
aku ukur diri aku atas bawah
bersediakah pula aku berhadapan dengan pencipta
dalam keadaan yang penuh dengan kekurangan?
salam takziah buat keluarga arwah Nur sabrina
aku hanya mampu kirimkan al fatehah dan bacaan yasin untuk arwah
berserta doa semoga allah tempatkan arwah dikalangan hamba allah yang beriman
setiap kehidupan akan berakhir dengan kematian
persoalannya bagaimana kah kita nanti?

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...