Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Friday, October 21, 2011

ujian~


aku halusi kehidupan ini
dengan sabar dan tenang
 walau kadang perjalanannya tidak seindah mimpi
dan kadang aku tersenyum sendiri
saat hidup seakan ingin bergurau 
namun, aku hadapi ia dengan senyum
walau kadang pahit untuk ditelan
tapi indah jua untuk di kenang
dan aku selalu percaya
tiap ujian yang hadir
ada kemanisan yang akan terasa
tidak adil untuk kehidupan
jika hanya keindahan yang aku harapkan
perjalanan yang semakin jauh ini
mengajar aku erti kematangan
tiap kemungkinan yang bakal menjelma
aku telah bersedia dari segi segalanya
kerana hidup tidak seindah mimpi~
dan reality tidak pernah mengenal sesiapa
aku hanya berharap. . .
dapat membina jati dalam diri
menongkah arus sebagai sorang isteri
menjadi pendamping yang tidak mengenal lelah
menjadi pendengar yang tidak pernah pekak
menjadi perotector dalam kehalusan jiwa seorang suami
daya itu aku tidak tahu
tapi mampu itu menjadi pengiring doa
kerana yang lebih mengetahwi itu adalah "dia"
perjalanan yang masih bersisa ini
biarlah menjadi punca kebahagian yang empunya hati
semoga aku dapat menjadikan "mahligai dari pinjaman ilahi"
satu memory manis dalam dairy kehidupan seorang suami
yang aku kasihi dan aku cintai
dan moga kasih ini tidak terhenti di dunia
tapi berterusan hingga ke syurga
menjadi isteri solehah itu sangat payah
namun, redha suami menjadi pengharapanku
kerana tanpa redhanya
maka aku akan jauh dari redha tuhanku
walau jauh menjadi halangan kita
tapi kasih sayang ini sentiasa bertaut dan utuh untuk abg. . .


1 comment:

  1. semoga allah kuatkan haty deqyah serta suami deqyah...

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami