Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Monday, October 17, 2011

setuasi~


Lemahnya aku dalam menerima erti sebuah takdir.
Selama ni aku selalu rasa aku sangat kuat!
Tapi hakikatnya. Apabila menempuh alam rumah tangga dan bergelar seorang isteri.
Dan saat allah menguji kami harus berjauhan untuk seketika waktu.
Delima setuasi selalu menjadi punca emosi.
Malam ni, 3am: untuk ke sekian waktu.
Aku harus melepaskan pemergian suami aku ke johor.  
Berat sangat rasa hati untuk biarkan dia pergi.
Dalam waktu malam yang dah terlalu lewat.
Ada perasaan risau yang terlalu sangat.
Aku takut dia mengantuk. Takut dia penat.
dan satu yang sangat pasti. Aku dah taknak rasa “berpisah”.
Tapi… tanggungjawab yang harus suami aku pikul untuk keluarga kami.
Membuatkan aku redha dengan ketentuan yang tertulis.
Sesak rasanya menahan gelora hati bila tengok kelibat suami aku hilang dari pandangan.
Tercongok sekejap kat depan pintu pagar. Tunggu kete dia beransur pergi.
Aku iringi perjalanan suami aku dengan doa. 
 Berharap allah permudahkan perjalanan dia ke johor dengan selamat.
Jauh dari bala dan musibah.
Dan akhirnya, aku akur.. apabila ego aku mula tercarit.
Kerana aku mula menangis setiap kali dia balik ke johor.
Sebab “aku bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata.”

Andai ada pilihan. Aku nak selalu berada di samping suami aku.
Sakit pening dia aku jaga. Resah hati dia aku redakan.
Namun, setuasi belum mengizinkan.
Semoga allah memberi kami kesabaran.
Semoga suami aku faham. Aku menyintai dia sepenuh hati aku.
Sah aku menjadi isteri dia. dia lah segalan2nya bagi aku.
Keutamaan aku adalah dia.
Cuma jujurnya.
Aku tak pandai melahirkan rasa kasih. Aku tak pandai mengungkapkan kata cinta.
Tapi selagi allah mengizinkan aku bernafas di muka bumi nya.
Aku takkan mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.
Benar! Aku bukan wanita yang sempurna. Dari segi wajah. Aku tak cantik!
Dari segi peribadi, aku banyak kurang. ! Dari segi ilmu, aku jahil!
tapi sebagai seorang isteri.
Aku cuba lakukan yang terbaik untuk membuatkan suami aku rasa disayangai dan dihargai.
Maafkan sayang…
diatas segala kebodohan dan kekurangan sayang.

Percayalah, sayang juga sangat tenat bila berjauhan dengan abang.
Tapi sayang terpaksa bersikap lebih terbuka dan buat tak tahu dengan hati.
Sebab sayang takut emosi sayang akan mengeruhkan keadaan.
Kerana emosi wanita sangat merbahaya,
apetah lagi untuk setuasi kita yang selalu berjauhan.
Semoga suatu hari nanti abang akan tahu. “ abang terlalu penting buat sayang.”

Andai sikap sayang membuatkan abang kecil hati.
maafkan sayang.
Sayang tak kuat. Tapi sayang belajar untuk jadi kuat.
Agar sayang tidak kalah dengan emosi.
Jaga solat! Jaga hati! Jaga diri!.
Sayang selalu ada dengan abang. Insyaallah…

Salam sayang~

1 comment:

  1. saya doakan deqyah serta suami kuat melalui segala ujian yg mendatang....suka tgk u all...peace....

    ReplyDelete

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami