Duhai Anakku. . .


Duhai anakku. . .
melihat kau semakin dewasa
membuatkan aku terharu

Seperti baru semalam
aku melihat kau merangkak perlahan
tertateh-tateh kau berjalan

Namun, Hari ini
kau berlari berkejaran
Riuh dengan omelan yang bermacam2

Telatahmu
membuatkan aku ketawa
sayang. . .
sayang. . .


Biar kau bukan anak ku. .
tapi aku menyanyangi-mu lebih dari segalanya
kerana kau berada di carta yang teratas dihatiku

aku ingin melihat
kedewasaanmu yang berjaya
hingga aku menutup mata. . .


Comments

Popular posts from this blog

Belajar jawi (part 2)

Doa imam Ghazali