Sudi tak Polow Deqyah? wink2~

Tuesday, August 23, 2011

biarkan aku berbicara sendiri. . .


Dalam kemerlapan cahaya bulan di atas sana
aku termenung di satu sudut bumi
yang tertulis untukku bernaung disini
aku masih begini
dalam 1 kehidupan yang sederhana
namun, cukup membuatkan nafasku sekata
menungku bukan kerana duka
bukan juga kerana lelah
tapi kerana rasa syukur di atas kebahagian yang tidak terhingga ini
aku bukan bangga
apetah lagi lupa diri
namun, rasa untuk menghargai
membuatkan pesona ku hanya untuk melakar memori
biar ada suara yang menggoncang hati
ada mata yang termual sendiri
selagi aku tidak menyentuh rasa yang tidak enak di hati insan lain
maka biarkan aku berbicara sendiri
kerana nokhtah kecil ini
akan menjadi lakaran rindu buatmu~
 


No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

Follow Post Terbaru Dari Kami