Posts

Showing posts from 2008

aku selalu ada...

semalam ku datang bukan untuk menduga ku ingin menjadi penanggung dukamu kau sambut dengan gembira ku lihat kau tertawa ku semat dalam jiwa untuk membahagiakan mu bila kau tersalah langkah ku menegur penuh kasih bila ku marah bukan tanda ku benci tapi kerana rasa sayang di hati bila ku tak peduli ku hanya ingin kau menyedari berubah dari kesilapan bukan menangisi tanpa perubahan hari ini... aku mengucapkan selamat tinggal bila ku lihat kau mampu berdiri tanpa ku... aku akan melihat dari jauh tetap menyayangimu seperti dulu yang pasti aku selalu ada bila kau memerlukan aku....

sixth sense TANPA

Resah yang ku ubah dalam kata Melukiskan kesunyian Tanpa engkau aku tak mengerti Meski pagi itu indah Tapi akan sunyi tanpamu Menemani aku sepi Tanpa... Cintamu aku resah Tanpa... Kasihmu aku hampa Tanpa.... Dirimu aku mati (x2) Kini berat benar kurasakan Dalam relung hatiku tak temu Aku tak mengerti Takut aku jauh dari dirimu Dan kau tinggalkan aku sendiri Tanpa menuggu mati

ahaksss....

uiksss... dah kul 4.30 mate segar lagi ni. sok keje. sure! budak2 tu kena marah. huhuhu...xpe! minggu ni last aku masuk kelas. pasni dorang dah tak kena marah ngan aku. budak2 tu poyo je. bile aku kate nak benti. dorang pun cakap "kalau akak benti ktorg pun nak benti lah." wakakakaka... macam la aku tak tahu dorang suke aku benti. xdo dah kena marah. kena denda. or kdg2 kena rotan.... muahahahahahaha... aku gertak dorang. aku cakap "habislah korang minggu depan ade guru baru. garang wooo! kalau korang buat perangai je. dia angkat korang letak atas bahu,pastu dia campak korang kat luar kelas."sengal je dorang percaya cakap aku... ekekeke... apo la. yang pasti mule2 guru tu mungkin tak garang. tapi lama2 aku pasti dia akan jadi rimau ngan perangai budak2 tu. ahakss... dorang baik.. cuma kdg2 nakal skit. nama pun budak2. ade kakak tu umur 33. selalu kena tegur ngan aku. adehhhh... tu y susah klo ajo orang y lebih tua. kalau tak tego. susah. klo tego susah. tapi seb be

cerita benar....

Image
ini satu cerita, bukan rekaan. ini benar! dari sebuah kebenaran.. ewahhhh!! mcm gempak je, muahahahahahahahahaha!!! "Ade pelajar baru datang. janda! baru sehari kawen dia lari sebab ade krisis ngan laki dia. umur 22 tahun. masuk kelas ko kot." bagitahu kakak aku. "22 tahun dah jadi janda? mudenye... kesian erkk. sehari lak tu kawen? iskk..isk.. sempat malam pertama tak? muahahahaha." gurau aku. Dalam hati. aku kesian kat budak tu. tarase teringin lak jumpa janda muda...ekeke... mula kelas je mata aku melilau cari budak yang kakak aku citer tu. bukannye ape. bagi aku kesah hidup dia. lain dari pelajar lain.ade dua orang pelajar baru. so! aku kompius. mano janda mudo ni. "hurmm... pelajar baru tolong kenalkan diri." arah aku ngan muka ala-ala budak poyo. ahakss.. sebenarnye inilah sesi yang paling aku suke. mase ni. aku akan tanye dorang macam2 soalan. pastu macam2 gelagat ado. yang menari2. senget2kan badan. sipu2 malu. soalan yang selalu aku tanye.

untuk adik...(y)

adik... saat kau datang mengadu tentang resah yang bertamu hatiku dihambat pilu aku ingin meringankan bebanmu namun aku tak mampu... aku hanya berdoa pada yang maha esa moga kau diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi ujian hidup adik... allah tidak akan memberi ujian diluar kemampuan kita percayalah disebalik ujian itu terselindung seribu rahmat adik... jangan bersedih... kesedihan hanya membuatkan hatimu terluka kemurungan hanya membuatkan kau sakit kau diberi pilihan antara meniti jalan bahagia disaat terakhir atau diselubungi duka sepanjang hidupmu percayalah dik... tiada siapa yang mahu menderita tapi sebuah takdir bukan ditangan kita jangan kalah dengan ujian hidup berjuanglah! dan terus berjuang jangan cari kekuatan kerana kau takkan jumpa ia dimana-mana tapi bina kekuatan itu. satu petikan"letakkan masalahmu dibawah kaki pijak ia! dan jerit sekuat hati. AKU TAKKAN BIARKAN DUKA MELEWATI HIDUPKU. AKU AKAN TERUS BERJUANG DAN BERJUANG UNTUK MENJADI ORANG YANG BERJAYA.&qu

ikrarku

lelah bercerita tentang sepi sepi yang selalu melukai penat menangisi memori memori yang membakar ulu hati lalu aku putuskan disini aku takkan biarkan sepi menyelubungi diri aku ada masa depan yang perlu aku kecapi jika aku berterusan begini maka aku akan mati sebelum malaikat melewati wahai sepi... dengarkan ikrarku aku berdiri disini dengan tekad yang tinggi aku berjanji... sepi adalah musuhku maka aku hapuskan kamu sehingga kau tidak mampu lagi memandang aku yehaaaaaaaaa!!!!

Bila cinta menyapa

cinta: assalamualaikum aku: waalaikumussalam cinta cinta: sepi? aku: hahaha... cinta: jum bercinta aku: erkk...untuk apa? klako... cinta: untuk mencari bahagia aku: Terima kasih cinta tapi aku tak pernah bahagia dengan kehadiran cinta cinta: kau yang menghukum cinta aku: aku tak pernah menghukum cinta, tapi aku yang terhukum kerana cinta cinta: apa makna cinta bagimu aku: hurmm... bagi aku cinta hanya satu bebanan cinta: hahahaha... pasti hidupmu sepi aku : erkk... aku bahagia dan aku tak pernah sepi cinta: kau bahagia disebalik duka, kau menolak cinta kerana kau pernah terluka, hakikatnya kau memerlukan cinta. kau sepi... aku: ahhh! aku tak memerlukan cinta, tanpa cinta pun aku bahagia cinta: kau terlalu ego! menafikan kebenaran aku: Ego adalah satu kekuatan, tanpa ego aku tak mampu berdiri, mungkin sekarang aku sedang melutut di kaki dia, untuk dikasihi. cinta: kasihan... dulu kau mengagungkan cinta. tapi sekarang kau membenci cinta. aku: aku ti

ilham si penyangak

aku juga manusia walau suka buang masa ada hati dan perasaan walau menyangak di tepi jalan jangan pandang penuh prasangka aku bukan kacau sesiapa cuma usik harta benda...ahakss. tapi aku bahagia aku bukan sembah syaitan aku tetap menyembah tuhan(allah) aku puasa,solat macam biasa cuma tak cukup 5 waktu sahaja mungkin cara hidup aku berbeza sana sini orang mengata tapi itu bukan perkara luar biasa dah nama mulut manusia apa nak dikata? aku nak jadi baik tapi susah nak patah balik aku akan berubah takkan buat perkara tak berfaedah bila? bila aku dah bersedia muahahahaha... (time bosan kat dalam kelas, datang la ayat sengal ni..ekekeke... yang pasti penyangak ni bukan aku..ahakss..)

saat kau pergi

semalam kau menangis kerana sikapku kau kata aku sudah berubah lalu kau pergi meninggalkan aku disini aku hanya berdiam diri membiarkan kau berlalu bukan kerana ku benci tapi apa yang terjadi memaksa aku berdiam diri ikut hati yang rindu aku ingin menghubungimu tapi aku tahu kehadiranku umpama api yang menyala membakar jiwa yang tak bersalah maafkan aku... bukan niat dihati untuk melukai mungkin lebih baik begini...

beri aku kesempatan

Aku tidak meminta untuk jadi begini Aku tidak tahu kenapa semua ini terjadi Bukan permintaanku bukan kehendak ku Tapi mengapa memandang aku penuh hina Berikan aku sedikit ruang Untuk bernafas diruang sempit ini Jangan menghukum aku aku hanya insan biasa memerlukan sokongan dan bimbingan salahkah jika aku tersenyum disebalik duka ini aku tidak mahu membalas senyuman dengan tangisan aku juga punya perasaan aku menangis tapi bukan didepan mata insan aku menyembunyikan disebalik reality kehidupan biar terkorban satu hati dari tercalar sejuta perasaan beri aku kesempatan mencipta bahagia dalam duniaku aku hanya meminta beri aku ruang dan waktu jangan bunuh jiwa ini aku tidak kuat aku bukan panglima perang aku hanya seorang budak yang perlu dibimbing…

bayar balik hutang aku

Bayar balik hutang aku Ko ingat bila aku buat tak tahu Aku halalkan semua tu Jangan harap! aku nak buat macam tu Hutang tetap hutang Pandai hutang pandai bayar Time aku minta duit aku Kau buat muka seposen Kau kate bulan depan Sebab kau sengket tahap gaban Bila aku datang bulan depan Kau buat muka slumber macam cipan Haghhh.. aku tak tahan Aku rasa nak bawa kau atas bangunan Campak! tanpa Belas kasihan Bayar balik hutang aku!!!!!!

jawab soalanku

Teman… Lihat aku sedalamnya Aku bukan pelangi indah Bukan juga kilauan permata Tapi aku hanya Senja yang suram Jangan dilukakan hatimu Dengan menyintaiku Kerana aku sendiri Tidak pasti Apakah masih ada cinta Dihati ini.. Aku seperti merpati Yang telah kehilangan sayap Carilah bintang yang bersinar Bukan bulan dibalik awan Aku mohon sejuta kemaafan Bukan aku tidak mahu Memberi peluang Tapi aku sendiri Tiada ruang Hilang dalam Kehidupan semalam Jawab soalanku Apakah kau akan bahagia? Memiliki aku tanpa cinta?

bahase penink

Aku tilik diri Atas dan bawah Kiri dan kanan Ku nilai satu persatu Apakah sejuta impian Yang pernah aku titipkan Menjadi satu reality Atau hanya menjadi Bayangan sepi… Hurmm.. Sejuta impian Terlaksana Dalam mimpi Yang panjang Sejuta mimpi Menjadi reality Dalam sebuah Kehidupan nyata Itu apa yang berlaku Diluar jangkaan Dan fikiran Batas seorang insan Namun… Aku tetap tersenyum Kerana aku percaya Ada kemanisan Disebalik kepahitan Yehaaaaaaa!!!

pengantin semalam

Semalam kau menjadi pengantin Kau dihias indah Kau diapit syg Mereka mengusik manja Kau tersenyum tawa Hari itu Kau wanita bahagia Kau tolak segala duka Kau hampar kasih sayang dijiwa Kau berdoa pada yang maha esa Semoga perkahwinanmu bahagia Hingga keakhirnya Kau tekad membahagiakan dia Namun, hari ni… Harapanmu menjadi angan Dia bukan milikmu lagi Dia pergi bersama janji Impianmu hanya jadi mimpi Semoga kau tabah menghadapi Hari esokmu wahai pengantin semalam

egomu...

Apakah titisan air mataku Tidak mampu menghapus egomu Aku hanya meminta Setitis kasih Bukan segunung cinta aku memberi cinta bukan untuk dibalas cukup sekadar kau mengerti itu sudah memadai

cukup....

Cukup lah sekadar kenal Tak perlu mengenali Cukuplah sekadar memandang Tak perlu merenung Cukuplah sekadar tahu Tak perlu ambil tahu Kerana bila kau ingin Mengenali,Merenung & Ambil tahu Kau akan terikat tanpa disedari Saat hati kau sudah terikat Pasti kau sukar untuk melupakan Jaga hati dari dilukai…

pedulikan

Kenape? Bila kita dilanda masalah Kita perlu tunjukkan wajah sedih? For what? Untuk dikasihani? Ahhh… pelik aku… Coz bila aku dilanda problem Aku tak reti tunjuk muke sedih aku ketawa, buat muke slumber macam orang xde masalah sampai org len cakap aku ni takde perasaan.. happy dengan apa yang berlaku… erkkk… aku tak amek hati pun ekekeke.. tak perlu tunjukkan pada semua orang tentang apa yang kita rasa… aku selalu ingatkan diri aku orang lain hanya tahu menghukum tapi yang melalui keperitan adalah aku, AKU….bukan dorang. Orang lain hanya tahu mengata kat belakang Macam langau, so! Teruskan…. Yang aku tahu.. Hidup harus diteruskan…

pesananku...

Teman… Lupakan lah cinta untuk seketika Ingatilah cita2 yang jauh nun disana Tidak perlu mengejar cinta Kerana cinta sejati hadir tanpa dipinta Namun, untuk mencapai cita-cita Bukan lah semudah yang disangka Cabaran dan dugaan datang tanpa dipinta Hadapilah dengan tenang dan bersahaja Tetapkan pendirian banyakkan usaha Jadilah seorang yang berguna Berfikirlah untuk berjaya Berdoa`lah kehadratnya Selamat maju jaya….

corat coret orang bosan

Hari ini aku bosan Semua orang pergi tengok lembu korban Aku tak join sebab terlalu bosan Aku mengadap tv ingat nak lepas bosan Tapi rupenya makin bosan Aku amek novel ahhh! Lagi bosan Aku mengadap pc Boleh la hilangkan sedikit bosan Klick sana klick sini Lama-lama aku kembali bosan Dengar radio kesukaan Hotfm hangat dipasaran Layan lagu cinta cintan Ahhhhhh! Aku bosan… Last-last.. aku tarik bantal Ahhhh!!! Bestnye.. Harap aku tak bermimpi Yang bosan-bosan… Aku nak mimpi gi g.helen Nak men roler koster sampai pengsan Ekekekekeke….memang bosan…

fahamilah

Aku hargai kehadiranmu Aku sayang padamu… Tapi aku tidak mahu jadi penganggu Antara kau dan dia Kau bercerita tentang kebahagian kau dan dia Sudah pasti aku gembira melihat kau bahagia Aku ingin selalu bahagia itu milikmu Aku tidak mahu menjadi penghancur Kebahagian insan lain Apetah lagi kebahagian insan yang aku sayangi Jika aku menjauh Bukan kerana aku benci Aku hanya ingin membetulkan keadaan Hargailah dia… Kerana dia permata hidupmu Aku hanya watak sampingan Izinkan aku mengucapkan Selamat tinggal… Fahamilah aku juga menyanyangimu Tetapi hubungan ini tiada nokhtahnya Biar kita akhirkan semua ini disini.. Terima kasih di atas segalanya Bencilah aku jika itu yang mampu Membuatkan kau melupakan aku….

sendiri

Siapa kata sendiri itu sepi? Pujangga sepi? Orang sepi? Atau orang yang benci pada sepi? Cuba Tanya pada orang yang hidup sendiri Apakah hidupmu sepi? Pasti jawabnya “jika aku sepi aku tidak memilih untuk hidup sendiri.” Hidup sendiri dengan ditemani itu lebih indah Tetapi orang yang hidup sendiri Tak bermakna hidupnya sepi dan tidak bahagia Mungkin dia punya cara yang tersendiri Untuk mencari sebuah kebahagian…

cemburu

Ramai yang berkata Kau cemburu pada aku Aku ketawa lucu Kenapa perlu cemburu? Tidakkah kau tahu Kau lebih hebat dari aku? Aku hanya biasa-biasa Tiada yang istimewa Cuba lihat pada dirimu Keistimewaan yang kau miliki Tiada pada diri ku kekurangan yang aku miliki Tiada pada dirimu Yakini apa yang kau ada Maka cemburumu akan hilang Dimamah masa… Senyumlah… Buang cemburu mu… Kau adalah yang teristimewa Kita punya kelebihan yang berbeza Tiada apa yang perlu dicemburu Jangan lukakan hatimu Dengan cemburu yang menganggu Cakkkkkkk…..hahahahaha…

kawan atau lawan?

Dulu aku selalu memandang setiap insan itu adalah kawan Aku beri kepercayaan tanpa sedikit keraguan Kerana aku percaya kawan tidak akan menghancurkan Apetah lagi akan mengkhianati aku sebagai kawan Sehingga suatu hari allah menggerakkan hati ini Untuk menguji hati seorang kawan Aku bertanya untuk mencari kepastian Bukan untuk membelitkan keadaan Tapi sayang… dia sangat mengecewakan Aku termenung panjang…. Diakah kawan yang aku agungkan? Diakah kawan yang mengaku kawan? Diakah kawan yang selama ini sangat sopan? Atau hanya satu lakonan Ahhhh! Hebat dia menyembunyikan kebenaran Silap aku… Terlalu mudah memberi kepercayaan Aku terlupa… insan adalah insan… Seorang pelakon dipentas dunia Terima kasih kawan…

kau kemana?

Teman… Adakah kau tahu Saat ini aku terlalu memerlukanmu Aku ingin meluahkan segala resah yang bertamu Aku ingin meminjam bahumu meluahkan sendu Aku ingin kau meredakan rajukku dengan nasihatmu Kau dimana? Tidakkah kau tahu keperitan hatiku? Dulu kau hadir disetiap tawa dan dukaku Kini kau tiada, apakah kau sudah berubah? Kau dimana? Aku memerlukanmu….

kehilangan??????

Kehilangan???? Hanya orang yang pernah merasai kehilangan Akan mengetahwi bertapa peritnya ujian itu Orang lain hanya mampu melihat Yang bersimpati akan memberi semangat Yang dengki akan mengetawakan kita dengan hebat Namun, itulah ujian hidup Apa yang dapat aku pelajari Pengalaman mengajar erti kedewasaan Kehilangan mengajar erti sebuah kekuatan Menghargai dan dihargai perlu dipelajari Berkata2 dari bibir tak mungkin kita memiliki Tanpa membuat sesuatu untuk menjadikan Ia sebagai milik kita…

Blur di bulan Disember…

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Disember oh Disember Kenapa tidak bawa khabar gembira? Kenapa hidangkan aku duka Kenapa? Kenapa? Itu soalan bodohku pada disember Yang tidak boleh berbicara Tapi dapat merasa Setiap gelora jiwaku yang melanda Apakah aku perlu bergembira? Atau menangis, menjerit hiba? Dimana harus ku adukan duka ini Arghhhhhhhhhhhh!!!!! Taknak pikir pape dah… Taknak buat pape dah… Taknak pape… Taknak pape… Taknak pape!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

cinta oh cinta

Semua orang jatuh cinta tapi cinta yang tulus bermula dari hati dan cinta tidak boleh dicipta kerana cinta adalah natural. Cinta bukan satu gambaran yang pasti, yang mampu dilihat dan disentuh. Tetapi cinta hanya boleh dirasa! Dan rasa itu hanya milik insan yang tertentu, namun! Yang pasti cinta itu ada dalam setiap jiwa manusia… Cinta selalu dilebelkan sebagai buta!!! Butakah cinta? Sedangkan cinta tidak pernah punya mata seperti manusia. Hakikatnya manusia yang buta kerana cinta… Cinta oh cinta… Cinta boleh membawa kebaikan tetapi cinta juga boleh membawa padah dalam kehidupan. Tetapi bukan cinta yang memandu kita dalam kehidupan. Akal dan ilmu sebagai panduan allah sebagai penunjuk jalan. Maka jangan biarkan cinta memusnahkan hidup kita. Kerana hadirnya cinta bukan untuk derita tetapi cinta datang bersama berjuta-juta kebahagian dan senyuman. Cinta… Kita selalu tersenyum bila cinta membelai kita dengan bahagia, membuat kita tersenyum dengan kehadiran dia. Saat itu kita mengagung-nga

andai aku pergi dahulu

Sejuta kemaafan ku pohon Dari seseorang yang bergelar insan Yang pernah megenaliku Yang pernah ku sakiti Dari segala kesilapan Yang aku lakukan Percayalah… Aku tidak bermaksud Untuk melukakan hati sesiapa Tetapi kerana ketandusan ilmu kehidupan Membuatkan aku melakukan kesilapan Hingga menyakiti hati seseorang Yang aku sayangi. Aku adalah aku Yang kau kenali Yang dipenuhi kekurangan diri Namun, aku menghadiahkan kasih sayang Yang lahir dari lubuk hati Bukan dari kepuraan wajah seorang sahabat Mati itu pasti jika bukan hari ini mungkin esok atau lusa Maka aku ingin memohon kemaafan dari segala dosa Yang aku lakukan..maafkan aku …. Aku selalu ingin insan disekelilingku Sentiasa bahagia, jauh dari duka Namun, gelora kehidupan sukar untuk dijangka Jika namanya hidup, masalah selalu mendampingi kita Pesanku… apa jua rengekkan hidup yang kau hadapi Kembalilah pada allah.. kerana allah yang mendatangkannya Maka allah juga yang akan meringankan beban dibahumu Percayalah… Manusia lain tidak ma

Di saat2 terakhirku

Terkenang sejuta dosa lalu Menggigil tubuh badanku Ya allah ampunkanlah dosa2ku aku hambamu yang banyak menzholimi diri aku hambamu yang dipenuhi dosa dan maksiat aku hambamu yang lalai dalam menunaikan tanggungjawabku sebagai hambamu aku hambamu yang leka dengan keindahan dunia aku takut dengan kemurkaanmu ya allah aku takut dengan pembalasanmu dihari pembakitan yang pasti akhir2 ini… aku rasakan segalanya makin jauh aku rasakan dunia ini satu ancaman buatku dunia ini membuatkan aku leka… tentang asal usulku, dan untuk apa aku diciptakan? Bukan untuk memperhambakan diri pada dunia yang fana ini Tetapi untuk menyerahlan diri sepenuhnya kepadamu Hidup kerana lillahi taala… Syukur ya allah… Kerana menjaga rambutku dari terdedah Kerana menjaga auratku dari yang bukan mahramku Kerana menjauhkan aku dari raja segala dosa iatu arak Ya allah… Disebalik kehidupan yang payah ini Kau hamparkan aku seribu rahmatmu Allah…allah…allah… Andai manusia tahu… Kepedihan azab api nerakamu Pasti mereka men

bila nak berubah?

Bila nak berubah? semua orang dah menyampah tunggu kena pukul sampai rebah baru terhegeh2 nak berubah bila mereka marah kau merajuk resah kata mereka kau tak heran kata sendiri dipertahan walau semua menyimpang dari kebenaran jangan begitu kawan mereka marah bukan kerana benci tetapi kerana kau disayangi ingat satu perkara bila kau tidak dipeduli maka kau tidak lagi sayangi bila kasih sayang tidak kau miliki maka kau tergolong diantara mereka yang rugi berubahlah demi masa depanmu jangan bila tubuh dah bongkok baru mnitiskan air mata penyesalan saat itu penyesalanmu tidak lagi bermakna

ya allah

Hidup ini adalah satu pertaruhan antara kejayaan atau kegagalan Kita diberi pilihan antara memilih jalan kearah kebaikan@keburukan Andai kita tersalah membuat keputusan maka perbaikilah keadaan Bukan menyalahkan takdir dan terus menyerah kalah kerana… Allah memberi kita ujian bukan untuk melihat kita putus asa Tetapi untuk menguji sejauh mana kita sabar menghadapi ujian hidup Kita selalu mengeluh bila diberi ujian, hakikatnya,Disebalik ujian itu tersembunyi seribu kemanisan… Jangan bersedih bila melihat awan mendung Mendung ia kerana ingin melindungi kita dari terik matahari Jangan berteriak marah bila duka melewati hidup Tapi renunglah pada setiap nikmat yang terhampar… Sesungguhnya… kita selalu terlupa… Kita selalu Ketawa dengan nikmat tapi marah dengan ujian… Ya allah… ya allah…. Ya allah….

nekad

Aku nekad untuk pergi jauh darimu Tiada yang berhak menghalang Kerana ini adalah keputusanku Muktamad! Dari hati yang nekad Mungkin semua akan menyalahkan aku Menuding jari aku yang bersalah Terserahlah! Aku tetap dengan keputusanku Kerana hanya aku yang tahu… Apa yang telah aku lalui… Hukumlah aku! Marahlah aku! Bencilah aku! Aku tetap tidak akan merubah keputusanku… Aku bukan bukan ego Tapi aku nekad dari sebuah kekuatan Bukan mudah untuk melupakanmu Setelah aku melupakanmu Aku tidak mampu lagi menerima kau dalam hatiku Lupakan segala pertalian yang ada Lupakan segala cinta yang pernah terbina Maafkan aku… Aku nekad.. dan aku tidak akan merubah keputusanku….

novemberku...

november... meniti hari-hari bersamamu tersimpan seribu kenangan suka dan duka adakalanya aku tersenyum adakalanya aku diamuk resah namun, november sentiasa melebarkan sayap kebahagian untukkku syukur ya allah masih memberiku kesempatan untuk menikmati hari2ku dibulan november yang indah... november... hari ini, hari terakhir kita bersama entah! kita akan bertemu lagi atau tidak esok Disember akan melewati hidupku bersama khabar bahagia dan pelbagai kemungkinan duka... selamat tinggal november dan selamat datang Desember...

aku keliru

aku memandangmu penuh keliru sukakah kau padaku atau benci kau melayan aku seperti pu3 namun, itu hanya berlaku saat aku mencarimu jika tidak.. kau hanya membisu sepi tanpa berita adakah hanya aku hanya aku yang menyinta? tapi kenapa kau marah jika aku turut membisu kau cemburu jika ada yang mengusikku... apa sebenarnya apa mahumu... aku keliru sayang...

kaukah sahabatku...

ku percaya padamu kerana kau temanku ku khabarkan semuanya tentang aku dan dia bertapa ku cinta padanya namun, dia pergi meninggalkan aku bersama janji2nya.. tapi aku masih merindu dan aku tidak mampu melupakannya kau lah tempatku mengadu dan kau jua yang memujuk hatiku tapi tanpa ku sedari... rupanya kau dan dia ada cinta... sampai hatimu kau berselindung disebalik kejujuranmu kau bermain dengan hati dan perasaanku teman... aku marah bukan kerana kau menyintai dia aku tahu, cinta itu datang tanpa dipinta aku juga adalah mangsa cinta namun, apa yang membuatkan hatiku terguris kau memujuk aku agar melupakannya tapi engkau pula memadu kasih dengan kekasihku.. aku bukan pemuja cinta sehingga aku sanggup membelakangkan seorang teman kerana cinta andai kau berterus terang tidak mungkin aku akan terus merindui dia... aku sanggup melepaskan cinta ini jika kau dan dia saling menyintai tapi sayang... kau mempertaruhkan persahabatan kita hanya kerana dia ... kaukah sahabatku? atau aku yang tert

Jeritan Rindu...

RINDU!!!!!!!!! Ku cuba mencipta satu puisi Rindu kerana hati ku terlalu rindu dibibirku hanya terucap namamu difikiranku hanya ada kamu ahh! ku tak menentu mana puisi ku? mana puisi rinduku? tiada..tiada puisi rindu yang ada aku RINDU PADAMU... rindu ini membuat hati ku menjerit aku menjerit sekuatnya... AKU RINDU!!!!!!!!

kerana memilihmu

Sayang... Tidak pernah kah kau mendengar keluhan hatiku sayang... Tidak pernahkah kau terasa deritanya hatiku Terpaksa ku tersenyum walau dihati pedih terpaksa ku ketawa walau jiwa tak keruan pilunya hati ini terpaksa merayu meminta kasihmu inikah janjimu dulu inikah bahagia yang kau gambarkan sendiri ku melalui ranjau hidup ini kejamnya dirimu sampainya hatimu namun, inilah yang harus aku terima kerana memilihmu...

apa akhirnya...

cukup-cukup la sayang menyakiti hati ku sudah-sudah la sayang membuat ku menderita jika tak mampu jangan memberi harapan kerana hati ini semakin berdarah andai semua ini perlu berakhir dari diteruskan hanya melahirkan bibit-bibit benci aku sanggup kehilanganmu daripada aku membenci seorang insan yang bergelar kekasih berikan satu jawapan... agar aku tahu dimana kedudukkanku jangan buat aku begini... aku tak mampu untuk menghadapinya...

bukan aku

sayang... bertapa luhur cintamu kau masih menantiku walau aku telah menikam hatimu dengan sebuah janji yang aku mungkiri kau tidak pernah jemu menyintaiku... kau tidak pernah lelah meraih cintaku maka kerana itu hari ini kau tersiksa kerana aku... cintamu indah namun, aku buta dalam menilai cintamu cintamu jujur namun, aku tertipu dengan kebodohanku aku tidak pernah menghargaimu namun kau masih lagi ada disisiku menemaniku tiap waktu walau kau tahu aku bukan milikmu lagi Mengapa sayang? mengapa kau siksa hati aku hanya bunga layu yang tiada seri aku bukan wanita idaman yang istimewa maka tidak perlu kau memuja aku seperti itu... carilah seseorang yang layak menerima cintamu tapi bukan aku...

aku masih kekasihmu

Sayang... kau tahu aku gile padamu mengapa masih bertanya apakah masih ada ruang untukmu dihatiku... kau tahu... sejak dulu lagi aku meyintaimu walau kau datang dan pergi namun, cintaku masih untukmu kau kerap bertukar kekasih kau mudah jatuh cinta dan punya penganti baru namun, aku masih menyintaimu Bila kau resah kau cari aku bila kau bahagia kau lupa aku namun, aku masih merinduimu kau telah dimiliki namun, hidupmu sengsara kau cari aku kau luahkan segalanya kau meraih cintaku aku katakan padamu.. aku masih kekasihmu...

camar

camar... mengapa pandang daku jangan biar ku terpaut padamu kerana jika itu terjadi kau takkan bisa lagi bebas ke sana kemari Bila kau milikku akanku ikat dirimu di dalam sangkar hidupku dan kau hanya milik aku Duhai Camar... pergi lah dari mana kau bermula kerana dunia mu bukan disini aku sayang padamu... aku ingin memilikimu tapi aku mahu kau bebas dengan duniamu kerana kita dari dunia y berbeza mana mungkin kita akan bersama...

bukan reality

Bukan aku tidak sudi bukan aku cuba menjauhkan diri tapi cuba kau lihat pada diriku sedalamnya.. Lihatlah siapa aku pandanglah dengan mata reality bukan ilusi yang kita cipta sendiri Dan bukan juga sebuah imaginasi ... Ikut kata hati aku ingin menjadi milikmu selalu ingin kau ada disisiku tapi.. itu tidak mungkin berlaku kerana aku hanya satu ilusi dan kau hanya satu mimpi Kita bahagia begini berkasih dan bercinta walau tidak pernah bersua dan kita tahu.. kita hanya mengharap pada sesuatu yang tidak mungkin ada yang tidak mungkin kita miliki namun, kita masih degil untuk meneruskan hanya kerana kita saling cinta.. cinta ini membelengu hidup kita tenggelam dalam keasyikkan cinta namun, aku mula sedar.. kau hanya satu mimpi dan aku hanya satu ilusi cinta ini bukan realiti...

Terima kasih

Image
Terima kasih kerana sudi bersamaku menyayangiku setulus hatimu membuatku tersenyum saat aku menangis memujukku bila aku terasa hati Terima kasih kerana selalu ada disampingku menemani suka dukaku sabar dengan celotehku yang tidak henti-henti sentiasa ada saat aku memerlukan Terima kasih kerana memahami setiap keluhan dan rintihan memberiku kekuatan&sokongan untuk menempuhi ranjau kehidupan Terima kasih diatas segalanya...

entah lah..

Sampai bila harus begini.. berpura bahagia sedang hakikatnya hati menderita tawa dalam duka tangis dalam ketawa kenapa? memandang aku seperti seorang panglima mengapa butakan mata? lihatlah aku sebagai seoranng wanita aku tidak sekuat yang disangka, tidak setabah yang diduga aku menangis saat insan lain bergembira aku menyembunyikan air mata disebalik tirai kehidupan aku tiada pilihan! hidup mengikut arus kehidupan Puas aku cuba menjelaskan namun, mereka hanya memandang menghukum diatas keputusan lalu tanpa cuba memahami aku lelah.. sehingga aku tiada jawapan bagi setiap persoalan aku hanya mampu menjawab ``entah lah..``

bile bosan

bile bosan rasa nak ketawa bile bosan rasa nak nangis bile bosan rasa nak menjerit bile bosan rasa nak sepak orang tiga2 tu aku selalu buat tapi yang ke4 aku tak pernah cuba lagi kalau boleh!!!! nak je... ekekeke bile bosan rasa nak nyanyi Bile bosan rasa nak makan bile bosan rasa nak berjalan bile bosan rasa nak shopping tapi lagi bosan kalau shopping time poket tengah kering rasa nak penampo je muka jurujual tuh! muahahahahahaha... kenapa bosan... kenapa? kenapa? kenapa? akakakakakaka... soalan bengong! tapi ini lah yang selalu berlaku..

itulah kamu...

Jiwamu lembut bak sutera mudah terguris dan menangis punya rasa simpati yang tinggi kasih sayang yang melimpah kau hidup dengan caramu namun, hatimu terlalu keras dan degil adakalanya menyusahkan adakalanya memberi kekuatan pendirianmu modah goyah dan terpengaruh dengan keadaan kau insan yang sangat memerlukan perhatian dan sokongan kau boleh bertolak ansur kau tidak pernah mengambil serius dengan setiap gurauan kau mampu hidup berdikari tapi tak mahu menjalani kehidupan yang susah kau jujur dan bertanggungjawab namun sukar mengawal diri dan emosi kau punya impian yang bermacam-macam tetapi keyakinanmu terlalu kecil itulah kamu...

jangan kesal

Jika semalam atau kelmarin tidak memberi kepuasan dihatimu janganlah bersedih atau berteriak marah jadikanlah ia sebagai pengajaran untuk hari ini hari ini adalah sebaik-baik hari untukmu syg.. kerana semalam tak mampu diraih lagi dan esok belum pasti hadirnya namun, hari ini adalah satu kepastian. oleh itu, jangan sia-siakan setiap minit yang kau miliki, jangan tergolong diantara mereka yang rugi bersungguh-sungguhlah dalam setiap perkara agar nikmatnya dapat dirasa...

Merpati putihku...

Terbanglah dengan sayapmu penuh ketenangan Hamparkan tubuhmu bersama tiupan angin yang menghembus namun, janganlah terlalu asyik dengan kelembutan angin kerana kau bisa terjatuh saat kelalaian menghantuimu singgahlah disetiap perhentian yang menarik perhatianmu agar hatimu berlagu riang...Namun, terbanglah setingginya jika ada insan yang cuba menyakitimu jangan biarkan ia mendekatimu agar dirimu tidak terluka jadila merpati putih yang sesuci warnanya...

Rimas

Ramai yang bertanya sampai bile nak mcm ni? xbosan ke? xpenat ke? dan ada juga yang berkata ``Buatlah keputusan... Sabar lah... n Bla..Bla..`` Ahhh! Rimas... Rimas dengan semua persoalan dan pelbagai andaian yang diberikan dorg xtahu ke! semua pertanyaan dorang tu menyakitkan hati aku... Yang melalui aku.. yang sakit juga aku tak perlu tunjukkan simpati sebab simpati tu takkan dapat merubah keadaan tak payah cakap banyak sebab sume tu hanya buat aku Rimas..Rimas...Rimas...

saat dia ketawa...

saat dia ketawa aku terpaku melihatnya manis! aku tertawan hahaha! aku juga turut ketawa ketawa dengan diri sendiri mcm mane aku boleh tertawan dengan tawanya sedangkan dia tidak pernah perasan dgn kehadiran aku hanya aku yang memandangnya dari jauh.. tapi dia... leka dengan dunianya.. sesekali aku cuba mencuri pandangannya tapi entah kenapa! dia seperti tidak peduli xlawakah aku? xcantikkah aku? hahahaha... mungkin hatinya telah berpunya maka dia tidak berani menoleh kearah aku menjaga pandangan dari seseorang yang bukan muhrim erkk... ade ke lelaki macam tu? ekekekeke... namun yang pasti... senyumannya lebih manis dari madu kalau madu tau, madu pasti menangis..hehe..

selamat tinggal pojaan

sayangku merajuk lagi puas ku pujuk tapi tak dipeduli hari2 aku merayu tapi dia buat tak tahu aku titiskan air mata tektik memikat si dia tapi dia buat muka cehh! kejam gila tapi aku tak putus asa aku buat muka slamber aku bagi dia bunga dia kata ``buang masa`` uhh! tercabar kesabaranku esoknya aku cari kekasih baru pastu baru dia kata dekat aku sayang i love you... cehh! aku pujuk ko tak layan aku dah menyampah ko lak jadi meroyan amek ko! selamat tinggal pojaan...

kate org gile...

aku tanye kat org gile kenape ko gile? org gile tu kate sape kate aku gile? sebab aku suke ketawe? sebab aku cakap sorang2 ke? org gile tu kate... aku ketawe sebab aku suke aku cakap sorang2 sebab aku punye suke ler ko peduli ape???... ek elehhh..org gile..org gile... memang ko gile... pastu ade ke patut org gile tu kate aku yang gile sebab aku kate dia gile isk..isk... kate org gile... jangan percaye! nanti boleh jadi gile tapi kalau kate DrGile... kena percaya... sebab DrGile cuma gile-gile tapi bukan gile...ahaksss...

oh bulan

oh bulan dilangit mengapa suram dimana seri mu setiap malam apakah malam ini engkau bersedih maka cahaya mu tidak berseri oh bulan.. buangkan resah mu itu agar cahaya mu kembali bersinar seperti selalu... oh bulan... lihatlah sekelilingmu semua makhluk tuhan memerlukan cahayamu bulan tanpamu gelap lah seluruh alam pamerkan keaslian cahayamu yang indah jangan disorok disebalik awan... oh bulan..

kenangan bersamamu

Saat hujan melimpah ruah dimuka bumi tuhan aku termenung dijendela melihat setiap titisan hujan yang turun. Dijendela sepi ini aku tercari-cari satu susuk tubuh yang aku rindui. Dimanakah kau sayang? Adakah kau masih merinduiku sepertimana aku merinduimu.Cinta dulu tak mungkin aku lupakan.Cinta dulu masih aku simpan. kaulah yang pertama memulakan segalanya. kenangan bersamamu biar bertahun berlalu. namun.. masih segar diingatanku... sayang... Khabarku terima, kehidupanmu tidak menentu. mengapa sayang begitu! sangkaku kau bahagia dengan kehidupanmu. andai aku tahu kau tersiksa tak mungkin aku meninggalkanmu, tapi semuanya telah berlalu. antara kita tak mungkin akan bersama seperti dulu. hanya satu doaku! semoga kehidupanmu dirahmati allah dan semoga kau mendapat hidayah dan petunjuk darinya... aku masih merinduimu...

3 sebab

3 sebab aku mampu melupakanmu pertama bila kau mengabaikan aku tanpa memperdulikan perasaanku kedua bila kau tinggalkan aku sehingga terkontang kanting aku menjalani hidup ini sendiri... ketiga aku masih memikirkanya...

sayang...

Tidurlah wahai manja ku dodoikan dengan mesra ku nyanyikan lagu cinta hanya antara kita berdua lupakan segala masalah yang membuat engkau resah hamparkan segala duka biarku ubatinya... Baring diatas dadaku tanpa ragu kerana aku tidak akan meniggalkanmu andai ada yang datang menggangu akanku usir mereka dengan kekuatan cinta kita hihihi....

S.e.p.i

Bila sepi terjah lagi hati ingin menangis air mata tiada untukku titiskan... ku sepak sepi ketepi sepi menjerit woi!!!! ``bertahun aku menemani kau senang2 kau nak sepak aku? kenapa?`` adehhh... bodohnya punye sepi... aku tiada jawapan untukmu sepi apa yang pasti kau selalu buat aku menangis andai ada sekelumit simpati bagimu... pergilah dari hidupku... kerana aku tidak pernah bahagia dengan kehadiranmu... tapi aku terpaksa tersenyum dalam payah walau kau sering menghimpit hidupku tapi sayang... tidak mungkin sepi memahami bicaraku...

Kau pilihan hati

Sayang...Namamu... Sering menghiasi ruangan hidupku sehari tidak menyebut namamu terasa hidupku tidak sempurna Sayang... Sayang... sayangnya aku padamu... Aku bertanya... ilmu apa yang gunakan padaku? kau hanya tersenyum lalu... ah! jawapanmu buat aku terdiam seketika katamu kau hanya menyintaiku dengan sejujur hati aku sayang padamu... Sayang... dalam banyak yang menghulurkan cinta kau yang mencuri hati... Temanilah aku sayang sehingga aku menutup mata izinkan aku menyintaimu selamanya aku rela... walau jiwaku tersiksa merinduimu kerana kau pilihan hati

lepaskan aku...

sayang... bohong! jika aku katakan aku benci padamu dusta! jika aku katakan kau tiada dihatiku apakah mungkin, kau yang pernah hadir dalam hidupku membawa suka dan duka, tawa dan rajuk... semudah itu aku mencampakkan kau dari hidupku, tidak mungkin... Aku masih sayang padamu aku masih mengasihimu tapi aku ingin pergi darimu kerana kita tidak sehaluan bukan kerana jarak dan waktu tapi antara kau dan aku punya satu kehidupan yang berbeza Sayang... aku cuba memahami apa yang berlaku kini aku tahu, antara kita... cukup sampai disini.. biar kita saling menyayangi tapi cintamu menyakitiku jika kau mangasihiku lepaskan aku... Dulu aku melihat potretmu dengan penuh kasih tapi kini, potretmu mengundang luka dihatiku aku cuba ubati luka itu dengan mengingati memori indah bersamamu... tapi sayang luka itu semakin parah sehingga aku rasa tidak sanggup lagi bersamamu maafkan aku...

aku tidak kesal

sayang... aku bukanlah sempurna aku punya kekurangan aku pernah melakukan kesilapan Tinggalkan aku jika tiada cinta dihatimu tinggalkan aku jika kau rasa perlu tapi jangan tinggalkan aku kerana kesah semalamku... Sayang... aku berterus terang padamu tentang kesah hidupku bukan untuk kau menghakimiku tapi untuk kau mengenali siapa aku... Aku percaya... andai kau menyintai aku dari hati yang jujur kau akan menerima aku seadanya namun. jika cintamu hanya mainan masa aku tidak kesal jika aku kehilanganmu hanya kerana kejujuranku...

permaisuriku...

sayang... senyumanmu mencetuskan sebuah puisi matamu bak kilaun permata yang indah gerak langkahmu membuat setiap wanita cemburu budi pekertimu idaman setiap lelaki... Diantara mereka Kau adalah yang teristimewa kau hebat! bisa membuatku tidak keruan mampu membunuh keegoanku dan mencairkan hati lelakiku... Andai ada yang bertanya.. siapa kau dihatiku... aku tidak akan teragak-agak memberi jawapan kau adalah ratuku... kau adalah permaisuri hidupku tanpamu aku tidak sempurna..

aku sayang padamu

Aku ingin berpuisi tapi puisi tiada dihati lalu ku bayangkan wajahmu kasih tersenyumku sendiri... Adakah engkau tahu aku sayang padamu tidak mengira waktu aku merinduimu... sayang... walau aku tahu... kau sudah berpunya dah aku juga tahu selain aku kau ada dia tapi sayang.. aku tidak mampu menolak perasaan ini semakin aku cuba menjauhimu semakin kuat aku menyayangimu Sayang... aku tidak minta kau melebihi aku daripada dia malah aku tidak pernah bermimpi untuk merampas kau dari dia aku hanya ingin menyayangimu dengan sepenuh hati... kerana aku sayang padamu... namun, jika kau ingin pergi dari aku aku tidak akan menghalang atau membenci dirimu kerana aku selalu tahu kau ada dia... dan aku hanya menumpang disudut hatimu...

guruku...

guruku... Disaat malamku gelap tanpa cahaya kau datang membawa pelita saat aku tersalah langkah dan terjatuh kau hulurkan tanganmu dengan sebuah senyuman Guruku... kau selalu berpesan orang yang berilmu hidup berpandukan ilmu namun, orang yang tidak berilmu hidup berpandukan nafsu orang yang tidak berilmu sering diperbodohkan Tetapi orang yang berilmu sering dijadikan tempat rujukan aku memegang pesanan itu menjadi prinsip kehidupan pesananmu guru menjadi satu peringatan... guruku... Pernah suatu waktu aku membuat kau menitiskan air mata tersedu sedan kau menahan sebak di dada namun, bibirmu masih berbicara memberi kata-kata nasihat untukku jadikan pedoman aku mengagumi ketabahan dan kekuatanmu guru tanpamu aku hanya insan jahil y tidak mengenal ilmu Guruku... Biarpun hatimu sering terguris dengan kenakalan dan kelalaianku namun, kau tidak pernah jemu untuk memberiku ilmu disaat aku mengadu aku malas guru.. aku bodoh guru aku tidak mahu menuntut ilmu kau memandangku dengan matamu y

bicara bisu

Saat gerimis mengundang Hatiku turut diundang bergerak mengikut alunan sepi entah apa yang hendak diluahkan entah apa yang hendak dikatakan kelam tanpa bicara, hitam tanpa cahaya namun, jari jemari kecil masih terus menari mengikut gerak hati yang tak keruan aku cuba menyusun sebuah puisi namun, hanya bicara sepi yang tercoret

teman

Teman… Ini bukan ilusi, tapi reality yang harus kamu terima, bahawa takdir membawa kamu ke sini untuk memperbaiki kesilapan lalu. Janganlah bersedih lagi, ukirlah senyuman di bibir-mu, kerana senyuman-mu lebih manis daripada madu. Teman… Tatkala kamu bersedih, luahkan lah kesedihan-mu di bahu seorang teman, kerana seorang teman yang baik adalah seorang teman yang sentiasa berada di sisi-mu di saat kamu ketawa atau berduka. Bukan berlari jauh dari kamu saat kamu memerlukan pertolongan. Namun, jangan sesekali kamu mendedahkan ‘aib kamu kepada orang lain kerana mereka akan memandang rendah kepada kamu. Di depan kamu mereka akan memuji, tapi di belakang kamu mereka akan mengeji dan mengetawakan kamu. Teman… Diri-mu adalah seindah perhiasan di dunia, oleh itu, perbaiki akhlak-mu. Kerana sebaik-baik manusia diantara kamu, adalah orang yang paling baik akhlaknya. Teman… Diri ini hanya mampu meninggalkan pesanan, kamu lah yang berhak menentukan masa depan kamu. Diri ini terlalu berharap, ka

Subuh

Gemersik suara alunan azan melingkari ruang pendengaran isyarat subuh menziarahi kehidupan keindahan subuh dari sebuah kesempatan Bangun dengan seribu kekuatan sujud menghadap tuhan dengan penuh keinsafan semoga mendapat keampunan Subuh... ketenanganmu yang terhampar meresap dalam jiwa yang lemah melahirkan kekuatan yang jitu yang tidak terungkap dengan kata namun, hanya buleh dirasa oleh insan yang terjaga dan bertemu dengan subuh yang indah... semoga esok subuh masih melewati hidupku bersama rahmat dah kasih yang maha esa...

Tak mampu memiliki

Teman... andai dengan mencipta seribu puisi aku mampu memilikimu akanku berikan seluruh waktuku untuk mengarang puisi untukmu tapi syg... biar aku ratu cantik malaya atau orang yang terkaya didunia namun, aku hanya mampu memandangmu dari jauh, untuk memilikimu tidak mungkin... walau hari-hariku ditemani suaramu perhatianmu, kasih sayangmu namun, aku tetap xmampu memilikimu kerana kau milik seseorang.. dan aku hanya menumpang disudut hatimu kau datang saat sunyi mengundang hatimu kau pergi saat kau terisi dengannya kerana kau milik dia bukan aku....

ermmmm....

Andai yang sepatutnya membela menjadi penghalang andai yang sepatutnya memujuk memberi tangisan adakah hati yang semakin parah akan terubat? adakah hati yang sepi akan tersenyum? bukan meminta untuk difahami sekadar memberi ruang untuk bernafas bukan mengharap untuk ditemani sekadar jangan memandang penuh prasangka cukuplah menghukum! jangan diungkit lagi kisah lalu yang berlalu biarkan ia pergi mengapa masih mengusik-ngusik hati sehingga sebak jiwa yang semakin pulih cukuplah...

keinsafan

sinarilah bayangan mu dgn cahaya keimanan dengarilah nasihat ku ikutlah perintah tuhan Bagaikan raja dunia kau bersemadi dengan dosa kau serahkan dirimu pada dunia hidupmu hanya dengan khayalan semata-mata kau sangka kau bahagia sedangkan kau sengsara lelah insan disekelilingmu menasihati penuh payah namun sedikit pun kau tak endah bagimu nasihat umpama diludah lalu kau terus alpa dengan dosa dan maksiat namun,kau lupa tuhan itu maha penyayang hidayah-Nya mengirimu kiri dan kanan jadikan kesilapan lalu sebuah pengajaran dan pedoman agar kekuatan jadi milikmu demi taubat dan keinsafan

hati-hati

senangnya nak cari kenalan bukan susah nak cari kawan tapi terlalu payah untuk jumpe seorang sahabat kejujuran dan keikhlasan sering jadi bahan mainan yang ada hanya penipuan dan kita selalu terkeliru antara kejujuran dan penipuan Nampak seperti lelaki budiman atau perempuan melayu terakhir tapi hakikat yang tersirat terkandung sejuta helah Namun, disebalik ramai yang menipu ramai juga yang jujur dan memberi salam perkenalan dengan ketulusan hati cuma! untuk bertemu dengan seseorang yang jujur, kita perlu bertemu dengan ramai si penipu! hati-hati dengan setiap langkahmu!

kritikan

kita selalu jadi pengkritik, mengate org sana sini. tapi bila kita dikritik. kita marah! geram, sakit hati. hati panas! sedangkan masa kita mengkritik orang lain dengan kata-kata yang pedas sehingga orang tu menitiskan air mata, sikit pun kita tak heran. Bahkan, dalam hati timbul rasa bangga.Memang senang nak kritik orang, cakap sampai keluar API dari mulut. Hebat! Tapi, bila kena kat batang hidung sendiri baru tahu macam mana sakitnya bila dikritik.Yup! memang kritikan itu perlu! malah, terlalu perlu! tapi beri kritikan yang membina bukan kritikan yang boleh menjatuhkan orang lain. sebab tak semua orang jiwa dia kuat macam kita (bagi sesiapa yang rasa jiwa dia kuat). terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....? kata-kata senjata yang paling merbahaya! oleh itu, berhati-hati la dengan kata-kata anda. dan bila kita suka mengkritik orang lain jangan marah kalau suatu hari nanti kita dikritik sampai menangis...

maafkan aku

Teman... Tersenyum aku sendirian saat telatahmu bermain difikiran sangkamu aku perlukan sebuah percintaan sedangkan aku hanya menghulurkan salam persahabatan Jangan mudah melatah dengan kemesraanku kerana inilah aku jangan mudah salah sangka dengan kata-kataku kerana aku tidak berniat menyentuh hatimu Teman.. Jika kemesraanku menimbulkan salah sangka dihatimu Maafkan la aku. aku menyanyangimu sebagai sahabatku bukan cinta @ kasih yang aku dambarkan aku hanya ingin menjalinkan persahabatan!!!

kenapa dia macam tu?

kadang2 hati kita rasa sunyi sangat, dan masa tu kita rasa teringin sangat nak berbual dengan seseorang, nak dia sejukkan hati kita, pujuk hati kita yang xtentu arah sebab dia, bagi kita kata-kata semangat dan dorongan untuk teruskan hidup kita. tapi bila kita tersedar, rupanya dia xde! kita cuma berharap pada seseorang yang tak mungkin memahami hati kita. bagi dia kita yang berubah, sebab tu dia semakin menjauh. padahal kita tak pernah berubah pun. cuma kita rasa jauh hati ngan sikap dia.kadang2 kita rasa kita ni takde harga kat mata dia. bukan sesiapa untuk dia hargai. kadang2 kita tertawa sendiri. dulu, dia selalu kata nak bahagiakan kita. nak jaga hati kita sebab kita permaisuri hati dia. tapi bila kita dah jadi milik dia. dia wat kita macam takde perasaan je. dia cakap, kita ni penting sangat bagi dia, tapi kita tak tahu apa maksud dia.adehhhh... bila kita fikir2kan balik, kita rasa penat sangat. penat menyintai seseorang yang tak hargai kita. ikutkan hati kita, kita sayang giler

satu kesilapan

sebagai manusia biasa kita sering membuat kesilapan sering terjatuh dan menangis namun, itu lumrah kehidupan dari pengalaman kita mengenal erti hidup pengalam mengajar kita erti kedewasaan kesilapan juga membuatkan kita lebih berhati2 dalam membuat sesuatu keputusan berbahagialah sesiapa yang bangun dari kesilapan tapi bagi sesiapa yang terjatuh pada tempat yang sama kasihanilah diri sendiri dan muhasabah diri kerana kita masih lagi berpeluang untuk membetulkan satu kesilapan!

kesah cintaku

“Semalam yang berlalu, aku lepaskan Ia pergi bersama angin yang menghembus, kisah antara kita hanya satu sejarah indah yang tak mampuku kikiskan dari hatiku, kita bertemu tanpa perasaan cinta, tapi cinta jua yang menyatukan kita, kita berikrar atas nama cinta untuk setia, namun, takdir ilahi tidak menyebelahi kita untuk terus hidup bersama, aku pasrah, biar pun bukan mudah untukku melupakanmu.” Alia Syafinaz melepaskan keluhan yang panjang dan menyandarkan kepalanya dikerusi, dia merenung dairi kesayangannya yang berada diatas meja, biar pun dairi itu nampak usang, namun, isinya terlalu berharga, yang telah menemaninya selama 5 tahun, seusia dia menggenali Mohd syazwan. “ibu, Finaz bukan nak membantah cakap ibu dan Ayah, tapi Finaz terlalu muda untuk menjadi seorang isteri, Ibu pun tahukan yang Finaz baru je habis spm.” “Bukan ibu nak paksa Finaz, tapi Ayah yang nak sangat Finaz kahwin dengan Wan, bukan Finaz tak kenal dengan perangai Ayah tu, kalau dia kata hitam, hitamlah, Finaz den

pergilah

saat aku memerlukan kau disisiku kau jauh dari aku saat aku merinduimu kau meminta aku melupakanmu saat aku benar2 melupankanmu kau bertanya padaku "dimana kasih sayangku dulu?" kau buat aku ketawa... saat hatiku mula jauh kau mula merayu saat aku pula meminta kau melupankan aku kau kata xsangka begini akhirnya! kau buat aku separuh gila hidup dalam sengsara tapi semahunya kau menutup kesilapanmu dengan mengatakan aku yang salah sangka aku bosan dengan sikapmu aku juga punya perasaan aku juga punya hati kau terlalu pentingkan diri maka kerana itu kau hiduplah dengan caramu

entah pape entah

aku gembira saat hati terluka aku terluka saat aku gembira aku keliru dengan diriku aku jadi xtentu meraba dalam terang bermimpi dalam jaga permainan yang tercipta dari hati yang lara dari jiwa yang sengsara

air mata

apa yang harus aku lakukan jika keperitan xmampu diluahkan dengan air mata hati ingin menangis tapi air mata tiada untuk ditangiskan terlalu parah parut yang kau tinggalkan hingga aku xmampu menangis lagi

pilihan

hidup ini adalah medan perjuangan yang kuat akan terus berjuang yang lemah akan kalah namun,perjuangan tetap harus diteruskan... kita perlu pandai membezakan antara reality dan fantasi jangan jadi seperti org celik tapi buta kita diberi pilihan antara baik dan buruk buatlah keputusan berpandukan akal jangan biar nafsu mengatasi akal jangan jadi seperti orang bodoh berlagak pandai kenali dirimu dan kau akan mengenali penciptamu

izinkan aku pergi

aku pergi dahulu jangan titiskan air matamu kerana air matamu terlalu berharga untuk dibaziri oleh insan seperti aku hanya ini pesananku.. terima kasih kerana menyintai aku terima kasih kerana membahagiakanku terima kasih kerana memberi aku ruang untuk menumpang disudut hatimu. sesungguhnya kau adalah anugerah yang terindah untukku kasih sayangmu umpama sungai yang mengalir dalam hatiku tidak pernah kering walau dilanda kemarau.. kepergianku hanya ingin meleraikan kekusutan antara kita biar masih ada sayang yang bertamu tapi kepercayaan telah hilang haluan semakin berbeza hanya pergaduhan mengakiri perbualan kita aku penat sayang! izinkan aku pergi jangan memaksa aku untuk meneruskan hubungan yang semakin hambar... biarlah segalanya berakhir tanpa dendam antara kita...

percayalah...

aku menghulurkan salam persahabatan bukan untuk meniti kekecewaan aku mengharapkan sebuah keikhlasan dan juga sebuah kejujuran! aku impikan seorang sahabat bukan seorang kawan yang datang&pergi aku mahu meluahkan segala bebanan dan menanggung bebananmu benar! aku hanya insan biasa diselaputi kekurangan namun, terimalah aku seadanya kerana aku adalah aku! biar selama mana sekalipun kau mengenali aku aku tidak akan berubah mengikut peredaran masa kerana aku hidup dengan caraku buruk dan baik diriku itulah aku! sahabat... jangan hamparkan api kebencian dihatiku dengan pembohonganmu namun, berikan aku keikhlasanmu percayalah! aku sentiasa ada saat kau memerlukan aku

kawan&teman

kawan... ada saja dimana2 jika kita tidak mencari mereka mereka akan mencari kita ada kawan biasa kawan istimewa kawan suka2 kawan berjenaka kawan hanya istilah biasa datang dan pergi tidak mengira masa itulah adat dunia indahnya jika ada kawan tapi lebih indah jika berteman kawan&teman 2 perkara yang berbeza kawan ada dimana2 tapi teman belum tentu kita jumpa kerana teman lebih istimewa dari kawan teman ada waktu suka&duka tapi kawan hanya ada waktu ketawa

bersabarlah

hidup ini penuh ranjau berduri ada saja ujian yang menduga kiri kanan ada bahaya perlu ada kesabaran di jiwa umpama ditengah lautan jika salah langkah kubur tidak bernisan bersedialah meghadapi kemungkinan jangan menyalahkan tuhan jika kau diuji dengan pelbagai dugaan kerana disebalik kepayahan ada kebaikkan dluar pengetahuan insan bersabarlah! kerana itulah kunci kejayaan!

aku tidak mampu berpura lagi

kasih... segalanya telah berakhir hatiku bukan milikmu lagi dan bukan juga milik sesiapa aku ingin bersendiri dulu! saat aku membuat keputusan untk bersamamu kerana aku percaya kau mampu membahagiakan aku kau mampu menjadi pelindungku mengasihiku seperti janjimu namun, itu hanya sangkaanku hadirmu hanya membawa sengsara impian untuk bahagia terkubur bersama mimpi nyata kasih... aku tidak mampu berpura lagi kasih yang ku semai untukmu dulu kini hilang dtimbusi taufan benci kau tiada saat aku memerlukan kau tiada saat aku memerlukan perlindungan kasih.. masihkah kau ingat saat kau pinta aku melupankamu melupakan bahawa ada ikatan yang terjalin antara kita bertapa payah untuk aku melakukannya hanya tangisan yang menemani hari2ku aku belajar menjadi kuat biarpun hakikatnya aku tidak mampu namun, aku tidak punya pilihan melainkan hanya belajar menerima kini, aku bahagia hidup tanpa memikirkanmu saat kau datang, aku hanya melayanmu demi seorang insan, bukan kerana cinta lagi hatiku ko

katakanlah...

aku hanya memandangmu dari jauh pandangan penuh kasih memujamu dalam sepi namun, kau selalu ada dihatiku aku terpikat dengan bicaramu aku terpesona dengan caramu tawamu,senyunmu segalanya tentang kamu mencuri perhatianku! mungkin kau tidak tahu setiap kali kau lewat dihadapanku dadaku berombak laju nafasku terhenti, aku keget dan malu bertapa aku ingin selalu memandang wajahmu dan setiap kali kau membalas pandanganku aku tertunduk malu. mengapa kau buat tidak tahu? katakanlah kau juga suka padaku aku ingin kau selalu ada disisiku melewati hari2 yang medatang bersamamu

mengapa mudah berubah?

bertanya seorang teman mengapa manusia cepat berubah? mengapa hati mudah berpaling arah? dulu kata sayang,rindu dan cinta tapi kini, hanya ungkapan benci panggilan syg dibalas hampa segalanya bagai sebuah mimpi luluh sekeping jiwa hancur impian kasih di mana janji yang diikrar? dimana cinta yang dibina? jika ini akhirnya sebuah cinta! semua insan akam menderita bahagia? mungkin hanya dalam novel cinta ah! kejam benar jika itu kenyataanya...

salahkah?

salahkah jika aku berubah? salahkah jika aku berlalu? salahkah jika kau tiada dihatiku? salahkah jika aku ingin hidup tampamu? aku lelah menyintaimu aku letih menunggumu aku penat merinduimu aku sakit hidup denganmu biar segalanya berakhir...

aku memujamu

kasih... kau umpama bintang yang berkelipan indah di dada langit keindahanmu memukau hati aku terpesona menatapmu ingin sekali aku menyentuhmu membelaimu penuh kasih saat kerlipan mu malap akanku tiup dengan kasih sayanng agar kau kembali bersinar kasih.... aku terlalu menyayangimu sejak dari dahulu lagi namun, aku hanya mampu memendam perasaan ini, kerana kau telah dimiliki aku menyintaimu dari hati yang tulus bagiku, kau terlalu istimewa jika dia mengabaikanmu izinkan aku membahagiakanmu sakit hatiku mendengar keluhanmu melihat air matamu aku tidak sanggup kasih... biar aku terluka kerana menyintaimu biar aku kecewa kerana memujamu aku tidak akan letih selamanya kau bertahkta dihatiku.

kau ilhamku

teman... pertemuan ini bukan satu kebetulan namun, ini adalah satu ketentuan mengenalimu melahirkan sebuah senyuman senyuman yg hilang dari sebuah kehancuran kau umpama pelangi yang indah menjadi perhatian dikala hujan melewati bumi yang gersang kau adalah sebuah ilham yang datang saat hati dilanda suka dan duka jika kau tiada maka ilhamku tiada terlaksana hanya keranamu aku berpuisi hanya keranamu aku berseni kerana kau ilhamku

puisi sepi

puisi ku puisi sepi puisi tangisan hati puisi ku puisi sedih puisi jiwa yang merintih inginku karang puisi cinta puisi hati bahagia namun, yang tecoret hanya puisi resah aku karam penuh payah saat fikiranku melayang ilham ku mula datang tapi sayang,... puisi ku terlalu garang terhampar seribu kekecewaan terlihat sejuta kejatuhan puisi ku tidak lagi indah hanya puisi dari jiwa yang pasrah!

cinta yang hilang

kasih... aku sujud dikakimu memohon kemaafan ku campak maluku demi sebuah pengertian sejujurnya ikatan ini memberi penyeksaan memberi mimpi ngeri dalam kehidupan ku cuba memahami kehendak seorang lelaki namun, semakin aku cuba memahami semakin aku tidak mengerti aku bagai pelangi yang tidak dipeduli kau janji sebuah kebahagian namun kau beriku tangisan hari2 ku penuh dengan kehampaan malam2 ku ditemani kedukaan aku hanya seorang perempuan memerlukan kasih sayang dan perhatian mungkin aku akan dipersalahkan kerana tidak memahami dan tiada kesabaran namun, pernahkah sesiapa memahami diriku apa yang aku rasai dan apa yang aku alami cinta dan rindu hilang dimamah masa dia juga yang meminta aku melupakannya saat aku cuba menjelaskan sesuatu agar dia memahamiku namun, semahunya dia ingin aku memahaminya saat itu aku mula memahami satu perkara apa juga penjelasan ku tidak mampu mengubah pendiriannya. sejak itu, aku tidak pernah meluahkan tika hati dilanda kecelaruan aku menjerit melepa

hanya sebuah kata2!

jangan meratap pada yang telah pergi jangan mengharap pada yang sudah benci yang pergi takkan kembali yang benci takkan dimiliki bila ada tidak dihargai bila tiada meratapi mula meraih simpati akirnya kebencian menguasai diri bila diri disayangi keegoaan manguasai diri difikir masa itu miliknya hakikatnya masa itu terhad untuk manusia hargai apa yang ada didepan mata jika di tangan hanya ada sepotong roti jangan mengharap pada sebungkus nasi kerana apa yang dimiliki itulah yang terbaik untuk diri jangan bandingkan kaca dengan permata biar permata tinggi di mata dunia namun, kaca juga ada harganya kerana sumbangan kaca ada pada manusia

nasihat

pesan berpesan adat kehidupan namun, ada yang memerlukan ada yang mengelak dan mencari alasan kerana bukan semua insan suka akan kebaikan nasihat itu lebih berharga dari mutiara kerana dengan satu nasihat mampu mengubah manusia namun, manusia terlalu buta alpa dengan kehidupan dunia nasihat itu umpama ubat! apabila nasihat dihulurkan jangan balas dengan api kebencian tapi sambutlah dengan sebuah senyuman kerana disebalik nasihat itu tersimpan 1000 hikmah diluar pengetahuan insan...

senyum dan tangis

kasih... saat hatiku diusik pilu ingin sekali ku rebahkan tangisku dibahumu namun,hanya aku yang memujuk diri hingga air mata kering sendiri saat hatiku diundang bahagia aku ingin berkongsi bersamamu namun, aku ketawa berteman sepi hadirmu hanya sebuah mimpi andai tangis dan tawa hanya berteman kecewa akanku lewati pusara bersama kelayuan cinta

erm

Tersenyum dalam payah menangis dalam pasrah yang tersimpan tidak diluah yang diluah tidak diendah lubuk hati telah mati ditengelami sepi bernisankan benci berkuburkan janji

????

siapa yang bersalah siapa yang perlu dipersalah yang memutuskan @ yang diputuskan apa yang berlaku apa yang akan berlaku kegelapan @ sinar harapan kehancuran @ kebahagian bermimpi dalam reality reality dalam mimpi apakah maksud disebalik apa yang terjadi apakah ini mimpi @ satu reality!!!!!

kesah lalu

terkenang sejarah lalu waktu aku tersilap langkah saat beradu tercampak ke lautan dosa lemas dalam gerak masa aku memburu sebuah janji hingga kebodohan menerpa dalam diri menyerah dalam kepasrahan dan aku menjadi mangsa perjanjian bukan dia yang bersalah tapi aku yang harus dipersalah dia hanya mengajak bermain satu permainan tapi aku yang mengangkat tangan saat aku tersedar dari lamunan aku bangkit dari kejatuhan namun, aku hanya sendirian hidup dalam cemuhan dengan sedikit ketabahan aku teruskan kehidupan walau banyak mata yang memandang mentafsir tanpa diundang aku terkilan saat aku memerlukan dorongan agar memandu aku kearah kebenaran hanya pandangan serong dilemparkan wajarkah, menghukum tanpa memberi peluang? mengapa disisihkan dan dibiarkan? bukankah jiwa yang kehausan perlu diberi air keinsafan aku tidak pernah putus asa selepas kejadian itu aku memahami beberapa perkara bahawa pengalaman adalah guru dalam kehidupan kita cemuhan membangkitkan kekuatan jiwa takdir alla

pasrah

saat malam sunyi dan sepi aku terjaga sendiri ku lihat kanan dan kiri rupanya aku hanya seorang diri entah mengapa hatiku diulit sepi tanpa ku sedari air mata mengalir dipipi jiwa ku bagai dihiris belati hendak ku pujuk namun, rajuk tidak henti mungkin kerana aku bintang yang malap maka kerana itu aku tidak dihiraukan mungkin juga kerana aku pelangi yang pudar maka kewujudan aku tidak menjadi perhatian jika kehadiran aku tidak diperlukan aku juga tidak memerlukan jika aku hanya sebuah objek untuk disimpan tinggalkan aku sendirian aku tidak akan merayu lagi apetah lagi meminta2 simpati biar terus ditemani sepi aku akan terus memujuk hati namun, andai aku berubah janganlah aku dipersalah namun, jika kau berubah aku pasrah!!

fikirkan

merangkak dalam kepayahan berdiri dalam keperitan berlari dalam keterpaksaan akhirnya terhenti dalam ketakutan apa makna sebuah kehidupan jika hidup dalam kesempitan sedang bahagia ada di hadapan sayang, jika hidup dipersiakan bukan tiada peluang tapi tidak mencari ruang sengaja menyalahkan keadaan sedang mahu hidup dalam kesenangan fikirkan masa depan kerana sebuah harapan perlu kesungguhan bukan angan-angan

aku benci!!!!!

aku benci dengan sepi yang mencengkam diri aku benci dengan sepi yang mendatangi aku setiap hari saat sepi menerjah hatiku aku menolaknya dengan kekuatan namun, sepi bertindak kejam terhadapku menghimpitku dengan kekasaran saat sepi memeluk dengan mesra aku hanya mampu memejamkan mata rela dalam terpaksa harapanku bila aku terjaga sepi telah tiada pergi dengan kecewa namun, telahan ku hampa sepi masih disisiku walau jaga atau dalam tidur sepi tetap ada menemaniku penuh setia kenapa dan mengapa dulu aku hidup dalam bahagia tapi kini saat cinta menerpa hidupku berubah, hanya ditemani sepi yang durjana ah! aku semakin tidak berdaya

semalam&hari ini

Benar semalam itu indah namun, hari ini lebih bermakna Benar semalam itu bahagia namun, hari ini penentu segalanya jangan menangis teman kerana semalam telah pergi lakarkan sebuah senyuman kerana hari ini kau xperlu menangis lagi ini bukan satu janji tapi satu reality semalam dan hari ini dua perkara yang perlu dibezai kerana ini bukan emaginasi

dia yang istimewa

semalam aku jatuh cinta! dengan seorang lelaki yang terlalu istimewa boleh dikatakan lelaki idaman setiap wanita cara dan gayanya yang memikat jiwa sentuhannya yang tidak terasa pandangannya yang luar biasa kasihnya yang berharga emmm, aku benar2 jatuh cinta dia bagai sebuah pelita yang memberi cahaya saat aku dalam ketakutan dia dakap aku penuh kemesraan sering diungkap kata2 manja yang menjerat aku ke alam cinta cinta antara aku dan dia bersamanya aku terlalu bahagia namun,aku terpaksa melupakan segalanya saat ibunya melarang cinta antara aku dan dia saat dia merayu agar aku terus menunggu aku terpaksa berlalu membiarkan dia seorang diri di persimpangan itu bukan aku tak cinta atau xsetia namun, keadaan yang memaksa aku tidak mahu membina istana cinta tanpa restu keluarga maafkan aku sayang...

hati seorang wanita

Hati wanita umpama kaca sentiasa mahu dibelai dan dijaga jangan kasar dan gopoh-gapah kerana kaca itu mudah pecah jika kaca itu berderai maka hati jugakan berkecai saat itu segala memori akan terpadam dari sudut hati salah tingkah kan disergah jika disergah pasti rasa bersalah jangan marah kerana dia adalah satu anugerah yang datang sebagai amanah allah wanita dipenuhi dengan emosi namun, disebalik kelemahan diri tersembunyi ketabahan dan kekuatan di hati yang tiada pada tubuh sasa lelaki namun, air matanya mudah tertumpah biar hanya sebuah kesah bisa membuat hatinya berdarah apetah lagi tentang sebuah reality pasti air matanya mengalir tidak henti jiwanya dipenuhi kasih sayang yang tidak terperi hingga bisa memikat hati si lelaki namun, jangan sesekali bermain janji kerana selagi janji tidak ditepati dia akan terus mengejar hingga janji ditunai terlalu banyak hendak dicerita tentang hati seorang wanita tapi sayang tak cukup masa lain kali jumpa lagi ya. daaaa...

ibu

ibu... kasihmu membawa ke syurga kerana itu aku selalu ingin menjaga hati mu menjaga keperluanmu namun,adakalanya tanpa aku sedari aku menyakiti hatimu ibu! ampunkan setiap ketelanjuranku aku mahu membalas setiap kepayahanmu dengan baktiku katakanlah wahai ibu, apa saja permintaanmu akanku penuhi. kerana kau mutiara yang berharga bukan mutiara dunia, tapi mutiara syurga.............sambung!

cinta chat aku!!!

aku suka kat ko ah kau pria aku aku jadi xtentu kerana kamu walau tak pernah bersuara atau bertentang mata tapi kau selalu ada ada dalam jiwa pertama kali kita bersua dalam chatting kampung kita tiba2 ada satu rasa rasa yang sunnguh selesa kita berbahasa kau ngan aku biar ganaz bahasamu tapi itu tak pernah menganggu rasa suka ku padamu kerana ku tahu kamu adalah kamu kerana itu aku suka kamu! aku suka kamu! aku suka kamu! wait... satu soalan cepumas untukmu sudikah kau jadi pacarku hahaha! betul! aku tak tipu jujur, aku suka pada mu bila masuk kampung chat itu pasti aku cari kamu kdg2 kau xde kat situ aduh! sakit benar hatiku walau hanya bercinta dalam chat sahaja aku rela... tak kenal tak pe yang penting kau ade pasti aku hepi je... huhuhu. jangan marah seh...

ahhhhhhhhh!

cinta? sayang? rindu? benarkah ungkapan itu untukku atau hanya mainan di bibir. geram! rasa dihati digoda aku dengan madah cinta di usik hatiku dengan rindu. sedangkan dia sudak punya kekasih hati dan aku?????? aku hanya kekasih gelapnya benarkah begitu? aduh!!!! sakit hati ku. setiap malam diganggu aku dengan lunak suaranya panggilan kasih ciuman sayang perh!!! hati ku bisa bergoyang jahat sungguh lelaki itu namun, lelaki itu jugalah yang aku rindu berkali aku ingin lari darinya namun, direntap tanganku dengan kata sayang dan kemaafan ah, luluh benar hatiku...

janji...

andai ku punya dua hati kanku berikan padamu namun, janji tetap janji dan ku hanya punya satu hati sungguh ku hargai kau selalu buat ku bahagia dan sungguh ku akui kau selalu ada melebihi dia tapi sayang... cinta tidak boleh di bahagi dua apetah lagi untuk dikongsi bersama orang yang ketiga cinta adalah satu janji yang perlu dikota oleh dua hati yang saling menyintai kerana itu.. berhenti berharap dari cinta ini kerana tidak mungkin aku akan memungkiri janji yang telah aku ikrarkan padanya benar sayang... ada secubit kasih dihati ku untukmu namun, biarlah kasih itu terus terkubur tanpa bernisan. namun, aku mahu kau tahu aku juga menyintai mu sejujur hatiku.. kau hadir saat hati ku terluka dan kaulah penawar luka ku..