Posts

Showing posts from October, 2009

:) . . .

Image
Dalam mencari yang terbaik kita mungkin tersalah pilih dalam mengharap bahagia kita mungkin akan terluka kerana itu. . . hidup ini meminta sejuta kesabaran namun, percayalah. . . saat allah menarik kebahagian yang diimpikan pasti ada yang lebih baik yang pasti. . . hidup ini bukan mudah tapi tak bermakna payah

Bukan ego. . .

Image
Bukan ego merantai hati atau benci menyelubungi diri hanya 1. . . kerana aku telah tawar hati maka yang terlerai biarkan saja tak perlu disimpul menjadi 1 tak perlu dirungkai atau diberi penjelasan yang sudah itu sudahlah. .

aku bukan orgnya. . .

Image
Aku mungkin xhot mcm artis aku juga xreti bergaya mcm supermodel inilah aku. . . comot dari utan belantara ;) jika rupa menjadi taruhan aku pasti kalah dalam pemilihan jika harta menjadi punca aku xmungkin jadi pemenangnya aku tidak pernah sampai ke menara gading aku hanya sang kecil yang merangkak di bumi yang nyata seharusnya. . . jangan memandang aku dari segi harta dan rupa kerana aku bukan pemiliknya

suamiku. . .

Suamiku. . . Sedarkah kau saat kau menikahi aku aku menangis bukan kerana takut untuk melayari hidup denganmu tapi aku takut jika tidak mampu menjadi yang terbaik Suamiku. . . jika kau letih izinkan aku melayanmu penuh kasih jika kau marah izinkan aku memohon maaf sesungguhnya. . . aku bukan beban padamu namun, aku tongkat yang sedia menampung kesusahanmu suamiku. . . jika kau tidak mampu menyediakan kemewahan untukku jangan pernah merasa sedih kerana aku tidak meminta kau memanjakan aku dengan harta atau mengajar aku tentang kenikmatan dunia namun, ajarkanlah aku tentang erti ketakutan kepada tuhan Suamiku. . . jika terbit rasa bosan terhadapku tunjukkanlah dimana silapku jangan tinggalkan aku tanpa sebab dan alasan kerana aku adalah isterimu suamiku. . jika dimata insan lain kau tidak sempurna namun, dimata isterimu ini kau adalah yang terbaik.. Dan seharusnya kau tahu. . . jika ada yang memandangmu aku cemburu kerana aku mengasihimu lebih dari apa yang kau tahu tentang kesetia

Takdir cinta ku

aku tak pandai menulis tapi aku suka buang masa dengan menulis tak kesah tentang apa pun jika ada yang terklick blog aku ni sudi2 la kirenye bagi kumen supaya aku boleh memperbaiki mutu pernulisan aku salam syg . . . “u ni kenape Fatin? Tak cukup ke pengorbanan I pada u selama ni?.” Izwan megeluh marah, sakit hati dengan permintaan Fatin Farhana. Bertahun menjalinkan cinta, semudah tu Fatin Farhana mahu dia memutuskan hubungan mereka. “Iz, I bukan tak sayang u, bagai nak gile i sayangkan u tau. tapi I dah penat hidup dengan dosa, I takut kalau I mati sebelum sempat bertaubat.” Fatin Farhana cuba menerangkan setuasi sebenar. Dia terlalu sayangkan Fariz Izwan, berulang kali dia minta Izwan berjumpa dengan kedua ibu bapanya, tetapi Izwan seakan tidak mengendahkan permintaanya. Bukan sekali dia terlanjur bersama Izwan tetapi berulang kali. “syg, I faham maksud u, I pun takut. Tapi tolong la bagi I mase, ekonomi I tak stabil sekarang ni. I janji kita tetap akan kahwin.” Pujuk Izwan, di

Dia. . .

Image
Dia. . . pernah hadir menjadi sebahagian diriku Pernah membuatkan aku bahagia dan tersenyum Dia. . . Pernah berjanji Untuk tidak menyakiti aku malah dia pernah meyakinkan aku bahawa dia takkan pernah membuat aku menangis Dia. . . pergi jauh saat aku meminta dia menjauh aku hanya menguji dan akhirnya aku teruji Kini. . . aku tidak pernah berharap untuk kembali menjadi miliknya biar dia memujuk atau ingin membina apa yang telah hancur bagi aku yang berlalu biarkan lah berlalu saat dia meninggalkan aku itulah titik nokhtah antara aku & dia

jgn sesekali terlupe. .

Image
Dalam sepi. . kite, selalu berharap ada y menemani Dalam suka. . kite, selalu ingin ada y sudi berkongsi lumrah kehidupan ini kite, sering mencari sebab untuk dimengerti dan difahami jangan merase jauh tatkala tiada sesiapa disamping kite disaat-saat kite terlalu memerlukan kerana sesungguhnye. . . kite, sentiada dibawah jagaannye hakikatnye, kite tidak pernah sendiri tapi terhijab oleh hati y mati