Posts

Showing posts from April, 2011

Emosi Gila

Image
Malam ni. . bintang takde untuk aku curi sebagai teman bulan pun tak muncul untuk aku mencuri pandang yang ada. . . cume rasa sunyi yang membelengu hati rasa tak puas hati pada jiwa yang berselerak angin yang selalu sejuk menyapa tubuh penuh mesra malam ini seakan dingin dan hampa Hujan yang selalu mengusik diwaktu aku on9 membuatkan aku berlari anak mencari tempat berteduh langsung tidak bertandang Bunyi unggas dan berok hutan marah disekeliling aku juga seakan bersepakat senyap! seperti aku sendiri ahhh!! kalut jiwa kecil ini memikirkan rumit dengan setuasi sangsi dengan keputusan hilang dalam kenyataan ilusi yang bermain dalam fantasi lemas! lemas! di mana agaknya pelampung aku bersembunyi?? ya allah. . . jauhnya. .  aku mengelamun lupakah aku. . setiap rasa yang indah dan rasa luka yang singgah dalam kehidupanku adalah tarbiah darimu. . maafkan aku diatas sedikit keluh dan runsing yang mengusik emosi

Cerita Hari Jumaat

Image
Semalam tido lewat sangat terbalik ke kiri, ke kanan, terlentang. menerap but mate still terbuka sampai kul 5am kul 6.30 terjaga. . sebab ada hamba allah sms subuh!!!! aiyarkkk! hujan memang lebat gile sedap je tido nyway. . thanks sgt kat hamba allah tu semoga allah permudahkan segala urusan dia hakikatnya. . aku xkenal dia. dia pun xkenal aku tapi syukurlah, allah bukakan hati dia untuk sms aku subuh2 kalau tak . . adehhhh. . bangun tido. . terus gi blk air amek wudu` chek baby y aku jaga. . tembus ke tak dia nih adehhhhhhh. .  tembus! semalam sebelum tido aku dah tuko pampes dia still tembus? terdetik dalam hati aku "ahhhh! geramnye. . ." cepat2 aku pujuk hati aku "sabar deqyah. . ni baru anak org. nanti klo ko kawen. ade anak.. sorg or 2.. or 3. . mcm mane lak? xkan ni pun nak melenting.. cool! cool! hadiah di pagi jumaat" . aku memang pakar bab pujuk hati. so! small matter. aku solat. . wirid ringkas. gi kat baby. . korek2 idunk dia. main2 telinga dia. sampai

Sedih. . .

Image

Jika. . .

Image
Aku bukan seorang wanita yang sempurna tapi aku mengharapkan ada yang menyempurnakan aku Bukan dengan harta bukan dengan memuji rupa bukan juga dengan ayat-ayat cinta cukuplah kenalkan aku dengan yang maha esa dengan agama islam yang mulia Jika. . . aku terlanjur dalam perbuatan janganlah! ajar aku dengan kekasaran kerana jiwa halus ini akan tersalah tafsiran bentuk aku dengan kasih sayang dan kelembutan

Tips Sentiasa Ceria

Image
Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan. Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar. Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee&q

Jangan jadi Orang Bodoh

Image
Orang bodoh selalu dipersenda Orang bodoh selalu diketawa Orang bodoh selalunya, tidak dihiraukan sesiapa Orang bodoh pendapatnya tidak diambil kira Orang bodoh ibarat tin kosong yang tiada harga Belayarlah. . mencari ilmu dan ubahlah nasibmu. .

Corat coret saye. . .

Image
Jangan salah memilih kawan kelak kamu akan menjadi syaitan pilihlah kawan yang beriman balasanmu sejuta kebaikan Kehidupan ini ibarat belayar ditengah lautan pelayaran yang telah berjaya dilepasi seperti semalam yang telah pergi pelayaran dihadapan seperti esok yang belum pasti kapal yang sedang dinaiki ibarat hari ini syukur itu seperti menabur benih sebuah pohon Riak itu sepeti menuang setitik nila di dalam susu sebelanga jadikanlah malu sebagai pakaian menutup aurat jadikanlah nasihat sebagai pelampung sebelum lemas apabila kamu ingin menyanyi jadikanlah zikir sebagai nyanyianmu apabila kamu ingin mendengar lagu jadikanlah al-quran sebagai dendangan halwa telingamu Berhati-hatilah dengan kawan yang sering memberi pujian kerana disebalik pujian ada sesuatu yang diingini janganlah kamu membenci kawan yang sering memberi teguran kerana disebalik teguran ada kebaikan yang tidak diketahwi menjadi jahat ibarat mengenyit mata menjadi baik ibarat menunggu hari tua maka berhati2 lah d

ikhlaskan hati

Image
Ku menabur budi bukan mengharap puji hanya ku ingin redha ilahi hidup ini hanya sementara apa yang ada pada diri kita hanya pinjaman di dunia mari saling membantu bagi yang memerlu jika tiada wang cukup dengan tenaga dan waktu usah! mengharap balasan atau penghargaan iklhlas! kerana allah pasti akan dibalas kebaikan

itu pun nak kena bagitahu ke???

Image
Jangan becinta dengan orang gila Nanti sakit kepala masuk hospital sakit jiwa Jangan bercinta dengan bujang tak berkerja Nanti duit habis dikebas dia Jangan bercinta dengan si duda Kalau tak mahu ada anak segera Kalau rela terjah saja Segera dipanggil papa mama Bercinta! Bukan susah You love me I miss you Dating hujung minggu Habiskan gaji aku untuk kamu Orang kutuk buat tak tahu Yang penting bercinta Habiskan masa buat dosa Nak kena lempang agaknya Percuma ajeeee. . . Kalau dah suka! Jumpa ibu bapa Tak payah nak bermuka-muka Ada ongkos! Pinang saja Kalau tak ada Balik rumah.. berkerja!kumpul duit sampai cukup masa Itu pun Deqyah nak bagitahu ke??? ehehehehehehehe Peace~~

itu pun nak kena bagitahu ke???

Image
Jangan becinta dengan orang gila Nanti sakit kepala masuk hospital sakit jiwa Jangan bercinta dengan bujang tak berkerja Nanti duit habis dikebas dia Jangan bercinta dengan si duda Kalau tak mahu ada anak segera Kalau rela terjah saja Segera dipanggil papa mama Bercinta! Bukan susah You love me I miss you Dating hujung minggu Habiskan gaji aku untuk kamu Orang kutuk buat tak tahu Yang penting bercinta Habiskan masa buat dosa Nak kena lempang agaknya Percuma ajeeee. . . Kalau dah suka! Jumpa ibu bapa Tak payah nak bermuka-muka Ada ongkos! Pinang saja Kalau tak ada Balik rumah.. berkerja!kumpul duit sampai cukup masa Itu pun Deqyah nak bagitahu ke??? ehehehehehehehe Peace~~

Belajar jawi (part 4)

Image
Pelajaran Ke Empat: 1 . Untuk pelajaran ini anda akan diberikan beberapa panduan bagaimana untuk mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiyah yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain yang mana ia akan menghasilkan satu ayat yang sempurna . كامو سوكا ساي ماما . ساي سوكا كامو . ماما ساي سوكا كامو . كامو سوكا ساي . ساي سوكا ماما كامو . ماما كامو سوكا ساي . كامو ماما ساي *Jika anda Keliru sila rujuk muka surat 5-9. PERHATIAN! Walau pun, di dalam pelajaran ke empat ini, anda tidak diberikan panduan di dalam tulisan rumi, anda tidak perlu risau, kerana jika anda perhatikan dengan teliti, pelajaran ini tiada bezanya dengan pelajaran yang telah lalu. Namun, jika anda masih tidak dapat menguasai pelajaran ini. Anda dinasihatkan mengulangi kembali pelajaran 2 dan 3. SABAR ITU KUNCI KEJAYAAN. . . 2. Belajar Bagaimana mengeluarkan bunyi daripada huruf-huruf Hijaiy

Belajar jawi (part 3)

Image
Pelajaran Ke Tiga: 3. Setelah anda mahir dengan pelajaran pertama dan yang kedua dalam mempelajari sebutan Huruf Jawi Berpandukan Huruf Rumi . Kini anda akan di beri panduan bagaimana untuk mengeluarkan bunyi yang betul berhubung dengan huruf-huruf yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain, yang mana ia akan menghasilkan satu perkataan. 1. ا ALIF Bunyinya A Kini Anda akan diberikan beberapa huruf yang dimulai dengan Huruf ا yang bersambung dengan huruf-huruf yang lain dan akan mengeluarkan bunyi seperti berikut …. 1. ADA 1. ادا 2. IBU ايبو 2. 3. UBI . اوبي 4. ABI 4. ابي 5. ABU 5. ابو