Posts

Showing posts from March, 2011

Sikap wanita yang disenangi lelaki

Image
Sabda Nabi SAW, " Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau. " (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani) 01. Keibuan Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress , cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu. 02. Keanak-anakkan Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati. 03. Penuh pengertian Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. S