Posts

Showing posts from February, 2010

aku milikmu

Image
Sayang. . . aku bukan menyintaimu kerana harta apetah lagi kerana rupa harta akan habis dimamah masa rupa akan tua dianjak usia maka apa alasannya. . aku menyintaimu? hanya 1 yang aku tahu kerana hatiku telah terpaut pada hatimu usah kau pinta aku berhenti menyintaimu kerana selagi nadi ku tidak berhenti selagi itu cinta ku tetap utuh walau dilanda gelora kehidupan walau diusik cemburu buta namun, cintaku tetap bersemadi untukmu sayang. . . usah, sesekali kau menitiskan air mata keranaku aku hadir untuk memancarkan sinar bahagia disetiap pelusuk hidupmu jika kau menangis keranaku aku akan merana namun, jika kau yang membuat aku menangis sedarlah, setiap kesilapanmu aku telah sediakan ruang kemaafan Bersaksikan mata yang memandang biar ku laungkan pada dunia Hati ini adalah milikmu usah gusar dengan mata yang mengintaiku kerana aku tidak pernah mengizikan ia menembusi hatiku kerana aku telah bisikkan pada mereka "aku milikmu"

ahhh! bintang

Image
berjuta bintang yang kelihatan di langit tuhan semua menyinar indah namun, hanya 1 yang menarik hati yang buat aku tersenyum dan menggamit memory aku bukan memuja bintang tapi aku kagum dengan keindahan sinar yang ada padanya Saat sepi mengusik hati aku cari sinar bintang untuk menagih sedikit senyum dibibirku ahhh! bintang tanpa sedar kau selalu menjadi sumber ilhamku

biarkan

Image
Dalam retak menanti belah masih mengharap tercantum lagi Dalam usang menanti roboh masih mengharap ada ikhsan dihati hingga lupa yang berakhir takkan dimiliki yang terlepas xkan digenggam lagi apa lagi? harapan sudah punah impian telah hancur yang tersisa hanya bicara menikan jiwa maka biarkan jangan ditabur luka dengan garam kelak menyimpan benci dan dendam

sayang. . .

Image
mengenali-mu adalah saat2 yang terindah kau bagai sang cahaya yang menyinari saat aku dalam kegelapan sikapku sering mengusik hatimu namun, kau masih sabar melayan kerenah ini entah, aku hanya kejora malap namun, kau membuatkan aku terasa sempurna jika aku seorang pelukis ingin rasanya aku melukis potretmu disetiap penjuru hidupku agar hatiku selalu tahu bahawa.. kau telah memilikinya jika hatimu cemburu bisikkan padanya aku hanya menyintaimu terlalu sayang..

untuk yang merajuk

Image
Awak. . . janganlah merajuk lama sangat kite xbiase bile awak xde dulu. . mase kite susah hati org pertama yang kite ingat adalah awak mase kite eppy awak gak org per1 yang kite cari sebab awak special sgt awak. . . . kite ingat lagi tau awak pernah cakap ngan kite "walau seburuk mana pun kite, awak akan terima kite seadanya, and! awak xkan tinggalkan kite walau apa pun yang terjadi." tapi sekarang. . . awak kat mane? kite cari awak kat merata2 tempat tapi tak jumpe awak dah tak sayang kite? dah tak perlukan kite mcm dulu? awak. . . awak taukan. . . kite sayang awak banyak mane? awak taukan awak penting sangat bagi kite? awak. . . maafkan kite klo awak terasa ngan sikap kite tapi, kite nak awak tau kite selalu cuba yang terbaik untuk buat awak gembira tapi, klo awak tak gembira ngan kite biar. . pasni kite lak yang merajuk ngan awak baru awak tau mcm mane sakitnye merindu. . awak. . miss u sangat (bukan untuk sape2. hanya untuk awek or pakwe y merajuk) peace...

aku tak peduli lagi

Image
Tak peduli lagi Tentang dirimu Tak peduli lagi Apa kau mahu aku tahu. . . kau penuh dengan kepalsuan! setiap bicaramu hanya kosong tidak berisi aku lelah! letih! dengan permainanmu maka terserahlah kerana aku sudah tidak peduli lagi kau ada atau tiada kini, bagiku tiada bezanya yang penting. . . kite ENJOY!!! ehehe. . .

terpulang pada masa. . .

Image
Suatu ketika dahulu ku ukir namamu disetiap penjuru hati hembusan nafasku adalah kerana menyintaimu tingkah laku ku pelihara agar kau bangga memiliki cintaku dan aku percaya kau jujur menyintaiku tanpa sekelumit pura lalu ku bercerita pada yang bertanya KAU KEKASIHKU! namun, saat aku telah membuat keputusan untuk menerima lamaranmu rupanya, kau hanya bermain LULUH hati ini namun, aku tidak berdaya untuk menolak apa yang telah tertulis hari ini biar pun aku tidak lagi memiliki cinta itu namun, aku masih cinta walau kau manabur benih benci namun, ku menghias benih rindu terpulang pada masa untuk tumbuh jambangan bunga atau duri yang mencucuk

aku hanya kaca

Image
Aku bukan Bintang yang mampu membuat insan lain tersenyum bukan juga bulan yang menerangi manusia Bukan pelangi yang mengkagumkan bukan titisan hujan yang indah namun. . . aku adalah serpihan kaca kaca yang pecah dari tangan yang melepaskan