Posts

Showing posts from February, 2009

Tentang sebuah Mimpi

tentang sebuah mimpi yang sukar ditafsiri seperti permainan ngeri juga bak 7 warna pelangi entah apa hendak aku namakan mimpi atau reality yang datang disebalik mimpi mengunjungi tanpa sedar... saat aku terjaga aku tersenyum kadang aku menangis impak sebuah mimpi atau mimpi gile.. yang mengusik jiwa kkecil ini.. hurm.. biar mimpi jadi teman biar mimpi buat aku tersenyum biar mimpi buat aku menangis yang pasti jangan mimpi ngeri itu hadir dalam reality...

sesaat aku berbicara...

aku gagahkan jari jemari menaip satu persatu mengikut lenggok hati kadang bicara songsang kadang bicara yang terlahir dari sebuah rasa yang menyesakkan dada biar nampak usang... namun, itulah aku... aku dan puisiku.. sesaat terlalu pantas untuk aku merakam bicara panjang kerana subuh telah memanggilku untuk bertemu tuhan dan pergi menuntut ilmu maka bicara sesaat ku terpaksa aku tinggalkan untuk seketika ini...

kasihani diri...

kita selalu fikir masa kita masih panjang maka kerana itu kita hidup dalam kelalaian bangga bila kita melakukan maksiat suka bila kita mendedahkan aurat apakah kita lupa tentang hari pembalasan! dimana lelaki pemimpin ummah? dimana wanita solehah? dimana kekuatan akal seorang lelaki? dimana malunya seorang wanita? apakah zaman jahiliah terjadi pada zaman yang dipenuhi dengan ilmu?

bila ada kamu..

Bila ada kamu aku tersipu malu kerana aku suka kamu kau perhatiku ku perhatimu lantas kita pandang ke awan biru ku tahu.. hatimu getar melihatku kerana aku juga begitu namun, kita saling diam tanpa bicara.. hanya mata menjadi pengikat kasih antara kita..

tanya hati...

Cinta itu indah gambaran sebuah bahagia seperti 7 pelangi menjelma namun, jangan terpedaya kerana disebalik bahagia cinta tersembunyi sejuta duka tanya hatimu.. jika dia berani untuk terluka bersedia menghadapi kemungkinan untuk dilukai dan disakiti... moga kesabarannya akan bertemu dengan cinta yang telah ditakdirkan untuk hatimu... muahahahahaha...

1000 persoalan

Apakah ada jawapannya untuk 1000 persoalanku ingin aku bertanya tapi cintamu ada disitu aku takut.. selangkah ke arahmu mengundang perselisihan antara kau. aku&dia aku cuba mengabaikan apa yang bermain difikiran namun, aku tersepit antara sebuah kejujuran&pernipuan mungkin diam lebih baik...

aku terpesona...

Kali pertama melihat wajahmu aku terpaku dan terpesona wajahmu selembut sutera matamu seperti kaca senyumanmu seindah mutiara semakin aku mendekatimu semakin aku ingin tahu segalanya tentang kamu kau ada aura.. mampu menggegarkan jiwa siapa pun yang mengenalimu pasti ingin memiliki cintamu..

Duhai putri...

Dalam merentasi lautan kehidupan Rupa paras bukan ukuran kerana.. kejayaan bukan bermula dengan rupa tetapi bermula dengan usaha Ingatlah! jangan kalah dengan tohmahan jadikan sebagai tembok kekuatan menangis bila perlu menjerit bila mahu jangan simpan dalam takut berubah jadi dendam jadilah putri ikutan ke arah jalan yang diredhai tuhan bukan putri ikutan ke jalan syaitan.. huhu..

sahabatku..

Duhai sahabatku.. kau dicipta dari rusuk seorang lelaki kerana dirimu yang mudah rapuh maka allah kurniakan seorang lelaki untuk menjadi pembimbingmu moga dia adalah lelaki yang soleh bukan lelaki yang membawamu ke neraka jahannam.. Sahabatku... saat hatimu terdetik untuk membuka aurat ambillah api, bakar sedikit kulitmu jika sakit.. ingatlah.. api neraka lebih pedih jika kau tak mampu menahan api dunia jangan sesekali kau membuka auratmu kerana saat kau bangga merperlihatkan auratmu pada yang bukan mahram sesungguhnya kau menuju jalan kehancuran sahabatku... jangan la kau lupa akan kemurkaan allah sesungguhnya syurga dan neraka bukan omongan kosong tapi itu janji allah pada hamba2nya yang beriman dan Engkar! Sahabatku.. salinglah kita mengukur diri...

Rindu yang terbatas

Ada rindu dalam hati Tapi terbatas oleh keadaan Biar waktu menyembunyikan rindu Biar masa menghapuskan rindu semalam yang indah hanya bayangan bahagia hari ni kenyataan yang pasti tiada bahagia yang tergambar hanya impian yang direka hanya janji yang tercipta sekeping hati terluka kerana insan yang suka bermain kata moga tiada lagi yang terluka...

maaf...

Bila ada yang ingin berkawan aku hulurkan salam persahabatan bila ada yang ingin berlawan aku akan menghadiahkan senyuman selangkah berundur ke belakang bukan kalah sebelum berjuang tetapi kerana aku bukan panglima perang ada pistol atau senapang.. aku hanya budak-budak.. tak suka men tembak-tembak aku cuma suka kawan-kawan bukan lawan-lawan.. jika maaf boleh meredakan kedaan biar aku memohon maaf pada yang berkenaan biar aku sendiri tidak tahu dimana silap aku.. tolak tepi pasal sakit hati yang penting hidup biar harmoni YEHAAAAAA!!!

peliharaku...

ya allah.. berikan aku kekuatan bila ujian dan dugaan datang menguji kesabaran ya allah.. jangan biarkan kerapuhan jiwaku melemahkan langkah kaki ku izinkan lah aku terus mengorak langkah dari secebis kekuatan yang kau kurniakan ya allah.. bila aku tersalah jangan biarkan aku terus dalam kesesatan bimbing aku dengan rahmatmu ya allah.. ya allah.. aku hanya seorang wanita... yang penuh dengan kesilapan dan kekurangan diri.. tabahkan hati ini ya allah dalam aku menempuhi hidup di dunia mu ini teguhkan hati ku dengan al-quran dan sunnah nabi tempatkan aku diantara wanita yang solehah jauhkan aku dari maksiat dunia yang boleh menjatuhkan maruahku sebagai seorang muslimah islam ya allah... pelihara imanku pelihara auratku pelihara lidahku pelihara diriku agar aku tidak menyalah gunakan pinjamanmu demi sesungguhnya... apa jua yang aku ada adalah milikmu..

aku masih disini...

aku masih disini ditangga yang pertama masih berusaha menaiki tangga yang teratas dulu.. aku menaiki tangga yang salah akhirnya aku jatuh terjunam tangga itu terlalu rapuh untuk menampung tubuh kecil ini namun, aku masih ingin mencuba walau serong mata yang memandang aku teguh berdiri kerana aku takkan mengalah hanya kerana mata yang memandang mulut yang mengomel kerana mengalah tanpa mencuba umpama mati sebelum dijemput..

hati dan jiwa

sukar untuk ditafsirkan tentang rengekkan hati yang melemaskan jiwa entah kenapa hati menangis dengan usikkan jiwa entah kenapa jiwa merajuk dengan penyataan hati hati dan jiwa sering bercanggah karam ditengah lautan hidup siapa yang memahami tentang jiwa gersang di hamparan bahagia seribu duka yang tertanggung... duka yang keliru... menoreh luka lama namun, tumbuh pula akar kekuatan disaat kemarau duka menimpa hanya mampu memujuk dengan senyuman saat hati resah hanya mampu diam tanpa kata..

keikhlasan

Sebuah keikhlasan bukan mudah untuk ditemui dalam sejuta jiwa yang terlihat belum tentu keikhlasan itu ada nilai murni itu sering diketepikan, dibiarkan... dan diganti dengan kepentingan diri sedangkan keikhlasan mampu melembutkan hati yang keras memujuk hati yang rajuk tapi sayang... kita selalu memandang keikhlasan itu dengan pandangan yang sepi

aku pasti terluka

Bencinya bila hati diusik cinta pada seseorang yang entah sesiapa tidak pernah bersua hanya mengenali dari suara dan ayat-ayat cinta yang mengusik jiwa dia datang dalam mimpi dan emosi saat aku cuba pegang dia dalam reality dia berselindung disebalik bayangan diri entah siapa dia... mungkin segalanya adalah dusta mungkin juga dia telah berpunya hanya aku yang tidak tahu reality yang berlaku hanya satu yang aku tahu jika aku tidak melangkah pergi aku pasti akan terluka...