Posts

Showing posts from June, 2008

dia yang istimewa

semalam aku jatuh cinta! dengan seorang lelaki yang terlalu istimewa boleh dikatakan lelaki idaman setiap wanita cara dan gayanya yang memikat jiwa sentuhannya yang tidak terasa pandangannya yang luar biasa kasihnya yang berharga emmm, aku benar2 jatuh cinta dia bagai sebuah pelita yang memberi cahaya saat aku dalam ketakutan dia dakap aku penuh kemesraan sering diungkap kata2 manja yang menjerat aku ke alam cinta cinta antara aku dan dia bersamanya aku terlalu bahagia namun,aku terpaksa melupakan segalanya saat ibunya melarang cinta antara aku dan dia saat dia merayu agar aku terus menunggu aku terpaksa berlalu membiarkan dia seorang diri di persimpangan itu bukan aku tak cinta atau xsetia namun, keadaan yang memaksa aku tidak mahu membina istana cinta tanpa restu keluarga maafkan aku sayang...

hati seorang wanita

Hati wanita umpama kaca sentiasa mahu dibelai dan dijaga jangan kasar dan gopoh-gapah kerana kaca itu mudah pecah jika kaca itu berderai maka hati jugakan berkecai saat itu segala memori akan terpadam dari sudut hati salah tingkah kan disergah jika disergah pasti rasa bersalah jangan marah kerana dia adalah satu anugerah yang datang sebagai amanah allah wanita dipenuhi dengan emosi namun, disebalik kelemahan diri tersembunyi ketabahan dan kekuatan di hati yang tiada pada tubuh sasa lelaki namun, air matanya mudah tertumpah biar hanya sebuah kesah bisa membuat hatinya berdarah apetah lagi tentang sebuah reality pasti air matanya mengalir tidak henti jiwanya dipenuhi kasih sayang yang tidak terperi hingga bisa memikat hati si lelaki namun, jangan sesekali bermain janji kerana selagi janji tidak ditepati dia akan terus mengejar hingga janji ditunai terlalu banyak hendak dicerita tentang hati seorang wanita tapi sayang tak cukup masa lain kali jumpa lagi ya. daaaa...

ibu

ibu... kasihmu membawa ke syurga kerana itu aku selalu ingin menjaga hati mu menjaga keperluanmu namun,adakalanya tanpa aku sedari aku menyakiti hatimu ibu! ampunkan setiap ketelanjuranku aku mahu membalas setiap kepayahanmu dengan baktiku katakanlah wahai ibu, apa saja permintaanmu akanku penuhi. kerana kau mutiara yang berharga bukan mutiara dunia, tapi mutiara syurga.............sambung!

cinta chat aku!!!

aku suka kat ko ah kau pria aku aku jadi xtentu kerana kamu walau tak pernah bersuara atau bertentang mata tapi kau selalu ada ada dalam jiwa pertama kali kita bersua dalam chatting kampung kita tiba2 ada satu rasa rasa yang sunnguh selesa kita berbahasa kau ngan aku biar ganaz bahasamu tapi itu tak pernah menganggu rasa suka ku padamu kerana ku tahu kamu adalah kamu kerana itu aku suka kamu! aku suka kamu! aku suka kamu! wait... satu soalan cepumas untukmu sudikah kau jadi pacarku hahaha! betul! aku tak tipu jujur, aku suka pada mu bila masuk kampung chat itu pasti aku cari kamu kdg2 kau xde kat situ aduh! sakit benar hatiku walau hanya bercinta dalam chat sahaja aku rela... tak kenal tak pe yang penting kau ade pasti aku hepi je... huhuhu. jangan marah seh...

ahhhhhhhhh!

cinta? sayang? rindu? benarkah ungkapan itu untukku atau hanya mainan di bibir. geram! rasa dihati digoda aku dengan madah cinta di usik hatiku dengan rindu. sedangkan dia sudak punya kekasih hati dan aku?????? aku hanya kekasih gelapnya benarkah begitu? aduh!!!! sakit hati ku. setiap malam diganggu aku dengan lunak suaranya panggilan kasih ciuman sayang perh!!! hati ku bisa bergoyang jahat sungguh lelaki itu namun, lelaki itu jugalah yang aku rindu berkali aku ingin lari darinya namun, direntap tanganku dengan kata sayang dan kemaafan ah, luluh benar hatiku...

janji...

andai ku punya dua hati kanku berikan padamu namun, janji tetap janji dan ku hanya punya satu hati sungguh ku hargai kau selalu buat ku bahagia dan sungguh ku akui kau selalu ada melebihi dia tapi sayang... cinta tidak boleh di bahagi dua apetah lagi untuk dikongsi bersama orang yang ketiga cinta adalah satu janji yang perlu dikota oleh dua hati yang saling menyintai kerana itu.. berhenti berharap dari cinta ini kerana tidak mungkin aku akan memungkiri janji yang telah aku ikrarkan padanya benar sayang... ada secubit kasih dihati ku untukmu namun, biarlah kasih itu terus terkubur tanpa bernisan. namun, aku mahu kau tahu aku juga menyintai mu sejujur hatiku.. kau hadir saat hati ku terluka dan kaulah penawar luka ku..

sahabat...

manisnya hidup bertemankan seorang sahabat seorang sahabat yang smart tapi tidak pernah tunjuk hebat sahabat ketawa, menangis dan berdebat semua rahsia terselamat di simpan dalam hati dan di semat menghulurkan tangan, membalut kelukaan tika hati diusik kemarahan dia pujuk hati dengan kelembutan waktu diri di ancam peraasaan dia datang bersama kata2 pedoman saat kaki silap melangkah ditegur dengan peringatan saat hati bercanggah di sapa dengan kesedaran saat hati gelisah diberi bahunya sebagai sandaran tidak pernah sekali2 terdengar keluhan yang terucap adalah... kaulah sahabat kaulah teman kaulah kawan kaulah segalanya... maka aku akan berdiri disisimu selagi kau masih menerima aku sebagai sahabatmu...

secubit kasih..

ku buka jendela, pantas angin mengusap lembut wajahku, ku sisipkan helaian rambut yang terjurai, ah! hari semakin redup, mungkin sebentar lagi hujan akan turun, bisik hatiku, benar, tekaanku, saat ini hujan sedang turun dengan lebatnya. namun, jari jemariku semakin rancak menari. kain baju di luar aku biarkan dibasahi hujan. panggilan ibuku, ku jawab dengan pernantian. hampir, aku menjadi seorang anak yanng derhaka. Nau'zubillah! saat ini, hati ku di usik rindu, dijamah sepi dan sunyi, hampir aku berhenti bernafas kerana terlalu rindu! apa juga hal yang berada di sisiku, aku memandang tanpa perasaan, hanya sekilas mataku melihat, lantas aku terus sibuk melayan rindu yanng mendatang. Rindu! oh rindu! andai aku punya kemampuan, aku mahu hidup tanpa cinta. kerana cinta hatiku rindu, kerana rindu hatiku sepi dan sunyi. aku mengharapkan bahagia, namun, sepi yang menjelma. ini semua gara2 terlalu cinta! Aku letih menjadi seorang penunggu sepi, aku rela di tinggalkan daripada terus di s

kehidupan....

kehidupan bagai sebatang pokok berselerakan dahan yang rapuh tersalah pautan akan terjatuh namun, disebalik kerapuhan dahan tersimpan akar kekuatan kerana itu pokok masih bertahan hari2 pokok ditiupi angin dibasahi hujan dibakar panas mentari ditemani malam yang sepi dikunjungi tetamu tak diundang namun, pokok masih teguh berdiri itulah kehidupan duka dan bahagia datang tanpa diundang hanya dengan kesabaran dan kekuatan jiwa mampu bertahan.

Aku terpaksa..

maaf sayang... aku pergi dahulu, bukan kerana aku ingin mungkir janji, tapi aku malu. kau hadir saat aku mendambarkan perhatian, kau peluk aku dengan kasih sayang, kau pujuk aku dengan kata2 yang indah, awalnya, aku anggap ia sebagai satu hiburan, meredakan gelora jiwa yang tidak keruan. namun, takdir menguji cinta yang wujud dalam hatiku. saat kau hilang untuk seketika, aku mencari, aku rindu! saat itu aku mula sedar. bahawa aku menyintaimu... semakin aku cuba lari dari kenyataan, semakin kuat ia menghampiri. kau usik hatiku dalam ilusi, kau hadir dalam fantasi. aku hampir kalah... lalu aku putuskan, biarlah segalanya bernokhtah disini...

Teman...

entah bagaimana harus ku mulakan bicara fikiranku buntu hati ku bercelaru aku lemas dengan perasaan yang menjelma seperti aku telah jatuh cinta padamu bila namamu ku seru jantungku berdegup laju saat wajahmu terlintas di fikiranku ah, aku rindu... aku tahu... hatimu telah dimiliki bukan aku pinta untuk dicintai cuma aku keliru dengan perasaan sendiri maaf teman, izinkan aku pergi biar aku bawa diri pujuk hati yang sepi dari aku jatuh hati dan terjerat dengan cinta 3segi...

rindu

saat ku pejam mata bayang mu menjelma tersenyum mesra aku tertawa namun, bila hati bicara itu hanya mainan jiwa tapi apa daya kau sering hadir tiap masa walau rinduku tidak berbalas tapi aku masih terus merindu kerana ku tahu cinta itu masih milik aku

aku ingin..

ku ingin selalu ada di sisimu, ku ingin selalu di pelukmu ku ingin selalu di manjamu ku ingin selalu di cintaimu tp kamu... jauh dari aku aku capai tapi tak tersentuh aku cium tapi tak terlihat kamu bagai bayangan sepi mengusik hari2 ku dengan rindu aku pasrah dengan setiap kehendakmu walau aku dilukai

perjalanan

perjalanan hidup ini penuh ranjau dan berduri bak peperangan yang melanda meminta kesabaran dan kekuatan dalam jiwa. jangan sesekali kau fikirkan kekalahan kelak kau kan merana kau ibarat seorang panglima semat sejuta strategi agar kau dapat meneroka dunia. musuh mu, adalah nafsu! tawanlah nafsu mu dengan ibu ilmu..................................!

salam terakhir..

semalam yang pergi tak mungkin kembali lagi yang tinggal hanya secangkir harapan dari hati yang berdarah dari hati yang sengsara salam yang dihulurkan bagai api yang membakar panasnya mengamcam jiwa jiwa terluka lagi... salam terakhir... tidat bersambut kerana jiwa telah terluka salam pergi... jiwa sendiri...

antara cinta dan cita2

pekh... cita2 tu hebat tapi cinta lg hebat maaaa sebab ramai org yg korbankan cita2 kerana cinta hebatkan? org ggl dalam hidup kerana cinta gila kerana cinta mati kerana cinta macam2 lglah.. semua gara2 cinta kesian maaaaaaa ish,ish,ish... sbb tu org kate cinta itu buta padahal cinta tu xde mata pun ape citer tu???????? sebenarnye, manusia yang tak tahu menilai cita2 vs cinta dahsyat tuuu aku harap pada masa depan sume org dapat berfikir lebih agresif betul tu, cita2 tu penting demi masa depan orang2 yang tercinta.. huhuhu betul kerr? hmmm, salah tak sekiranye seseorg itu korbankan cita2 kerana orang yang tercinta? @ untuk kebahagian bersama? macam mane tu? cinta yang penting @ cita2 yang lebih penting? ahaks...

sebuah senyuman

ah,.. kerana sebuah senyuman hatiku telah tertawan aku rindu, dengan senyuman itu senyuman yang terukir hanya untuk aku aku gila kerana kerana senyuman itu aku sasau kerana senyuman itu adakalanya aku tersenyum sendiri saat senyuman itu terlintas difikiran ini senyuman itu terlalu manis dari bibir seorang insan senyuman itu buat aku menangis kerana dia sering hadir dalam ingatan aku rindu!!!!!!!! terlalu rindu dengan senyuman itu yang mencuri hatiku hanya dengan sebuah senyuman aku jatuh cinta.. cinta dan cinta.... ah..aku benar2 jatuh cinta dengan seyuman manisnya...

cinta..

aku bukan seniman cinta atau dr_cinta tapi aku mangsa cinta terluka dan diluka kerana cinta aku jatuh cinta dan di cinta namun, cinta ku umpama angin yang lalu boleh di rasa tapi tidak boleh disentuh bukan cinta yang bersalah tapi hati yang berubah janji tinggal janji yang tinggal hanya mimpi

januari...

Image
januari... kau hanya satu kenangan setiap saat tika bersama-mu hanya kelukaan dan kepedihan yang ku tanggung sendiri terlalu banyak kenangan pahit terlalu banyak air mataku mengalir terlalu banyak kesengsaraan hingga aku hilang arah dan tujuan mengingati-mu umpama membunuh jiwaku yang hampir layu akanku padamkan segala memori-mu agar terubat luka dihatiku akanku kuburkan segalanya biar pupus dimamah masa Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel http://sg.travel.yahoo.com

puisi cintaku

hati selembut kain sutera mudah tercarit dan terkoyak sukar di jaga dan perlu di belai memerlukan kesabaran dan kekuatan. Jangan di usik hati dengan madah berhelah kerana hati mudah tersentuh dek kata2 indah jika hati mula terpaut nafas mula semput jiwa parah dan diri berserah pada cinta dan harapan yang menjelma. ukirkan dalam hati kasih yang tak bertepi jangan ukir di pasir yang bertaburan kerana ia akan ditiup oleh angin yang cenburu namun, ukirlah di batu yang indah kerana ukiran di batu akan kekal selamanya. Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang.

kasih...

Image
bukan aku tidak cinta, atau hati telah berubah. cintaku untuk mu seluas lautan, tak mungkin berubah walau di landa taufan. tanamkan lah dalam hati mu bahawa aku akan terus menyintaimu selamanya. namun, kau perlu fahami bahawa aku bukan boneka cinta. aku adalah insan yang punya perasaan. jika kau ingin aku memahami dirimu, fahami juga aku. kerana cinta bukan membunuh tapi cinta menghidupkan kembali jiwa yang mati. kasih... apa pengorbanan yang sanggup kau korbankan demi cinta yang kau laung2kan? jika kau tak mampu membahagiakan aku dan keliru dengan haluan cintamu, janganlah kau terus menyiksa sekeping hati yang tercipta untukmu. namun, percayalah. cintaku tidak pernah berubah! jika takdir memisahkan kita pasti aku akan menangis, kerana kau adalah anugerah yang terindah dalam hidupku. kasih... buktikan cinta mu milik aku, jika kau benar2 menyintai diriku jangan lah terus menyiksa sekeping hati milikmu. sayangilah aku seperti janjimu. aku masih menunggu...

duhai malam...

malam... jangan kau usik hatiku dengan kesunyianmu, jangan kau sentuh hatiku dengan kegelapanmu, jangan kau hampiri aku dengan ilusi, jangan kau peluk aku dengan mimpi ngeri, namun.. berikan aku sinar cahaya, berikan aku ilham cinta, berikan aku impian nyata, berikan aku bahagia.