Posts

Showing posts from January, 2009

jika namanya hidup..

Tarik nafas dalam-dalam lepaskan apa yang terpendam luahkan apa dihati jangan esok menangis lagi yang datang silih berganti hanya untuk menguji keteguhan hati Bila resah menganggu jangan mengharap ada yang memujukmu Jika namanya hidup hidup harus diteruskan...

salam sayang untukmu...

Berdiri aku disini hanya untukmu aku tidak pernah jauh pertama kali aku hadir dalam hidupmu saat kau memerlukan aku aku terus teguh disitu menemani penuh kasih sedikit pun aku tidak pernah terlintas untuk berpaling namun, bila aku tidak diperlukan lagi aku berhenti disini... simpan setiap memory yang terukir antara kita namun, jika memory itu tidak bermakna buatmu campak saja ke lautan benci Hanya satu sayang... aku benar2 menyayangimu sakit merinduimu pergilah.. jika itu yang kau mahu.. sekalong doa ku utuskan semoga kau bahagia salam sayang.. buat yang tersayang...

Doa ku..

Sedih melihat kau mederita, pedih melihat tubuhmu luka menitis air mata melihat penderitaan yang menimpa... kejamnya mereka ya allah.. apakah mereka tidak punya hati dan perasaan? sehingga mengorbankan nyawa banyak insan tanpa belas kasihan? ya allah... hapuskan mereka ... selamatkanlah jiwa2 yang tidak berdosa. lindungi mereka dengan kekuasaanmu ya allah.. kuatkan jiwa mereka dengan ujianmu.. tabahkan hati mereka ya allah. aku ingin membantu, namun aku tidak pandai memegang senapang peperangan.. lalu aku menadahkan tangan kehadratnya. berdoa kepadanya... agar penderitaanmu terhenti... dan mereka yang menzholimi mu, hancur dibawah kemurkaan allah.. bertapa luluhnya hati ini, melihat tubuh kecil berlumuran dengan darah dan tangisan tubuh kecil itu membuatkan aku menangis. dalam hati, aku tidak berhenti berdoa agar allah membuka jalan keluar bagi semua penderitaanmu ...

Maaf bila aku berdiam diri

Biarlah diam menjawab soalan dari mengulas seribu persoalan kerana 1 penyataan... mendatangkan pelbagai kekeliruan namun, sejuta kemaafan aku pohon kerana diam ku ini mungkin menyakitkan mungkin juga mengundang benci... aku tidak mahu mengeruhkan keadaan maka biarlah aku berdiam diri

Doa Qunut Nazilah

ya allah... sesungguhnya kami meletakan-mu di batang-batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung dengan-mu daripada kejahatan-kejahatan mereka ya allah... leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka goncangkanlah pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing-mu kepada mereka wahai tuhan yang gagah perkasa wahai tuhan yang maha menghukum wahai tuhan yang bersifat murka ya allah, ya allah, ya allah... wahai tuhan yang menurunkan kitab wahai tuhan yang mengarakkan awan wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab kalahkan mereka kalahkan mereka kalahkan mereka dan menangkan kami keatas mereka amin...amin...amin... ya allah..

mungkinkah...

Bila malam tiba sepi jiwa ini sendiri lagi aku disini bukan sepi dikatil seorang isteri tetapi sepi seorang yang ditinggal sendiri aku cuba buang memori luka dari hati namun. memori itu semakin menyegat jiwa yang usang apa punca hati berubah? kerana persepsi masa? atau kerana keegoan diri? dimana ikrar dulu? hilang dek impian yang semakin rapuh? atau sudah tenggelam di bawah kepentingan diri? andai kau tahu... semua ini membuatkan aku sakit dan menangis mungkinkah kau akan merubah keputusanmu? apakah aku yang pernah kau sanjungi mampu membunuh egomu sebagai lelaki? mungkinkah itu terjadi?...

izinkan aku...

Teman... izinkan aku meminjamkan bahu ini untuk kau bersandar bila hati mu terusik dengan sesuatu yang mengusik Teman... izinkan aku menyapu air mata mu dengan jemari ku bila kau tersedu2 menangis dibahu ku Teman... izinkan aku mendengar setiap rintihan mu bila kau memerlukan seseorang untuk berbicara Teman... izinkan aku memeluk kau dengan erat bila kau memerlukan seseorang untuk meredakan resah hatimu Teman... izinkan aku menjadi penawar dukamu izinkan aku menjadi penanggung bebanmu izinkan aku membuat kau tersenyum... kerana kau teman yang teristimewa... maka izinkan lagi aku terus disampingmu..

Mimpi yang tak sudah...

aku bermimpi lagi.. mimpi yang selalu melewatiku kadang mimpi membawa senyum kadang mimpi mengundang tangis saat aku terjaga dari tidur.. ahhh! sangka ku sebuah reality rupanya aku bermimpi lagi.. mimpi oh mimpi... sering mengusikku dengan pelbagai watak dan cerita... aku lah puteri aku lah penyamun aku lah raja aku segalanya... ahhh! mimpi yang tak sudah...

sebuah ilusi..

BerILusi disebalik reality hidup demi mencari setitis bahagia.. dalam reality hidup yang penuh duka lalu ku cipta satu ILUSI hanya ingin mengukir senyum biar ilusi ini membawa ku meniti bahagia walau hanya seketika namun, aku mampu menggapai mimpi dari hidup dalam sepi yang panjang ilusi ini buat aku tersenyum...

Bagi aku satu jawapan...

kadang-kadang aku tak faham apa sebenarnya yang orang nak dari kita, sebab kita dah cuba buat yang terbaik, cuba puaskan hati dia, cuba luangkan banyak masa untuk dia. tapi masih lagi dipertikaikan. kenapa erk macam tu? disebabkan semua tu la, bila aku dok sorang2 aku akan tersenyum sendiri. erm.. inilah dinamakan hidup. dan satu perkara yang cukup2 aku tak faham, kenapa bila orang sayangkan kita, dia akan puja kita, dia akan katakan semua yang baik tentang kita, umpama kita ni, insan yang paling terbaik di mata dia. tapi bila dia tak dapat apa yang dia nak, dia akan mengata kita macam2. masa tu, kita akan dengar macam2 ayat, yang kita tak sangka. sume keluar. ekekeke... klakokan... siyes, bila aku jumpa orang macam ni, aku kecewa sangat. apalah salahnya, kalau dia jadi macam dia yang dulu. pelikkan, mane hilang semua kasih sayang yang pernah dia laung2kan dulu? .... hurmm... bagi aku satu jawapan, supaya terjawab semua persoalan yang bermain dalam kepala otak aku ni... muahahahahaha

Biar bahagia itu milikmu tanpa aku...

aku pergi... bukan kerana jemu aku berubah bukan rimas denganmu namun, kerana aku tahu tanpa aku, kau bahagia tanpa aku, kau mampu tersenyum dan aku juga tahu.. dia selalu ada untukmu maka kerana itu aku menjauh biar aku pergi darimu dan kau cari bahagiamu dengannya lupakan aku, lupakan kesah lalu biar bahagia itu milikmu tanpa aku

Bila kita bukan macam dulu...

dulu.. masa kau merajuk kau cari aku suruh pujuk dulu... masa ko marah orang lain kau cari aku supaya ko boleh lepaskan geram dulu.. masa dia buat kau xmenentu kau cari aku minta sokongan padu dulu... aku ngan kau macam isi ngan kuku bila ada kau ada aku klo nak cari kau cari aku tapi sekarang... aku sendiri tak tahu apa kau buat sape buat kau marah dan semuanya tentang kau aku mula tak tahu.. mungkin sebab.. itu atau ini sebab aku pun tak tahu apa yang berlaku sampai kau berubah macm tu.. tapi satu perkara yang kau selalu bagitahu aku kau sayangkan aku.. dan aku juga selalu sayangkan kau bila kau rasa sedih aku akan jadi penyokong yang paling baik untuk kau bila kau marah aku sanggup jadi mangsa kemarahan kau sebenarnya.. aku rindu... rindu pada kemesraan lalu... tapi dulu dan sekarang tak mungkin sama.. ermmm..

Duhai angin..

Duhai angin... sampaikan salam rindu buat dia yang tersayang Duhai angin.. belai wajahnya dengan kerinduanku agar dia tahu aku terlalu rindu Duhai angin... andai dia hanya membisu bisikkan lagi ditelinganya aku disini merinduinya Duhai angin... katankan padanya.. biar jarak memisahkan aku&dia tapi rindu ini tidak pernah hilang malah, aku semakin rindu padanya... Duhai angin... katakan lagi pada kekasih ku disana aku akan terus menjadi perindu selagi dia membuka ruang dihatinya untukku Duhai angin... pelok tubuhnya dengan lembut usap rambutnya dengan mesra kucup dahinya dengan kasih jangan kau menyakiti dia dengan hembusan yang kuat sehingga menyakiti dia kerana dia kekasihku..

bukan untuk sesiapa...

Bicaraku... bukan untuk sesiapa bukan untuk dia@kau terlahir dari sebuah imaginasi dari sebuah pengalaman&kehidupan maka aku abadikan ia disini sebagai satu kenangan... jangan ditanya bicara ini untuk siapa? atau milik siapa? kerana ia tercipta bukan untuk sesiapa hanya bicara kosong... hanya bingkisan kecil untuk tatapan...

aku disini untukmu...

teman saat hidup ini mengujimu dengan dugaan yang besar hati ini sakit melihat kau susah hati ini resah mendengar kau payah aku ingin menjadi penanggung bebanmu ingin meredakan kesusahanmu.. namun, aku tidak mampu... aku hanya mampu mengirimkan doa buatmu dan aku hanya mampu berdiri disebelahmu tanpa keluhan dan jemu teman bersabarlah dengan ujian tuhan jangan marah dengan takdirmu sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang masih belum terungkai percayalah... tuhan mengujimu kerana "Dia" mengasihi bukan kerana dia benci hadapilah semua ini dengan tabah dan sabar teman Bila hari ini tuhan menarik kesenangan darimu janganlah kau menyangka hidup ini tidak adil ada kebaikkan untukmu disebalik apa yang terjadi sesungguhnya hamba2 yang dikasihi allah sentiasa di uji... teman senyumlah sayang.. kerana senyumanmu buat aku bahagia aku ingin selalu melihat bahagia itu milikmu teman carilah aku, bila kau perlu bila resah menganggu bila hati tak tentu kerana aku a

Biar mata ini berbicara...

kasih... aku jatuh cinta padamu bukan kerana rupa&harta namun kerana hati telah tertawan padamu namun, jika kau masih meragui biarlah mata ini berbicara kasih... andai biacaraku tidak mampu meraih kepercayaanmu biarlah mata ini berbiacara untuk mengulas semua persoalan kasih... andai aku tidak mampu mengusik hatimu dengan kejujuran&keihhlasanku biarlah mata ini berbicara untuk menyatakan segalanya kasih... andai kau tidak mampu memahami tentang hati dan perasaan ini aku berserah... namun, bila kau pandang mataku fahamilah, mata ini sedang berbicara denganmu...

antara cinta&cita2...

cinta? satu keperluan.. cita2? satu impian.. cinta? melahirkan senyuman cita2? menjamin masa depan cinta? beri tangis dan ketawa cita2? usaha menentukan senyum@tangisan cinta? selalu dikejar cita2? selalu ditinggalkan cinta dan cita-cita... dua perkara yang saling berkaitan namun, untuk mencapai cita2.. cinta perlu diabaikan buat seketika namun, untuk memiliki cinta cita-cita jangan diabaikan kerana dengan cinta sahaja bahagia itu tidak akan hadir adunkan cinta dan cita-cita menjadi satu agar kita menjadi orang yang hebat dan berjaya... pesanan DrGile bukan OrgGile.. ahakss..

kate sempoi?

ko kate tak kesah klo aku pakai apa pun janji aku pakai baju... aku kuar ngan ko, pakai baju kurung ko kate "eee.. kolotnye.." ko kate tak kesah makan kat mane pun janji perut ko kenyang sebab ko sempoi saje aku bawa ko gi kedai mamak ko kate "alamak...xsuke la.." ko kate tak kesah dok kat mana pun janji ada rumah untuk berteduh aku bawa ko gi umah aku.. ko kate "errkk.. ni ke umah awak?.. teruknye.." ko kate tak kesah sape pun aku janji aku buat baik ngan ko aku cerita dari a-z pasal aku ko kate "ermm... banyak betul kekurangan awak.." mcm2 ko kate.. sume bermula dari ayat sempoi tapi berakhir dengan kata2 poyo last2 aku cakap.. hatuk lu punya sempoi...

kau tercipta untukku

suatu ketika dulu aku terdengar kesah sebuah cinta aku tertarik tentang kesucian cinta itu lalu aku putuskan mengembara mencari erti cinta suatu hari takdir menemukan aku denganmu kau mengiringi perjalanan hidupku bersama kasih sayang yang menghiasi kamar hidupku kau selalu ada saat duka dan ketawa kau tidak pernah mengeluh dengan sikapku kau terima segalanya dengan seadanya kau mengajar aku erti cinta tentang kekuasaan sebuah cinta saat kau bersamaku tiada yang lebih berharga melainkan senyumanmu saat kau menangis hiba hati ku sakit menahan pilu sayang... aku percaya.. pertemuan ini bukan satu kebetulan tetapi telah ditakdirkan bahawa kau tercipta untukku janjiku selagi kau sudi menerima cinta ini aku tidak akan berpaling atau meninggalkanmu jika aku mungkir.. maka aku adalah pengkhianat cinta dan aku tidak layak memiliki cintamu...

sekiranya kau isteriku

sekiranya kau isteriku akan ku tatang seperti minyak yg penuh sekiranya kau isteriku akan ku letakkan kau didalam bingkai gambar sebab aku takut kehilangan mu sekiranya kau isteriku akanku dodoikan kau lena diatas pangkuanku akan ku kucup dahi mu sebelum tidur mu kerna kau istriku sekiranya kau isteriku aku akan menjadi alas setiap resahmu sekiranya kau istriku aku takkan biarkan kau terluka kerana kelukaanmu menyakiti hatiku sekiranya kau isteriku akanku penuhi segala kehendakmu biar apa pun yang kau mahu akan ku turuti... sekiranya kau isteriku berikan kepercayaanmu kerana aku tidak akan mengkhianati cintamu sekiranya kau isteriku akan ku jaga kebahagiaan mu hanya kau isteriku sekiranya kau isteriku akan ku jaga kehidupan mu hanya kau istriku namun, apakah kau sudi menjadi isteriku? "aku sudi sekiranya kau tercipta untukku.." hasil nukilan: Casper&DrGile

satu malam yang indah

aku terbaring di atas hamparan bumi dibawah langit indah yang terbentang ku kira bintang satu persatu kerlipannya mengukir senyum buatku indah malam ini... aku ditemani cengkerik yang berbunyi dan angin malam yang menghembus aku bertanya pada diri... apakah yang mengusik hati hingga berterusan begini lalu diri menjawab.. tiada apa yang mengusik aku hanya ingin mencari ketenangan diri dibalik jendela kehidupan ini... andai tiada bicara lagi untuk ku katakan biarlah diam ku menjadi jawapan biarlah senyumku menjawab soalan malam ini hanya untukku malam untukku mengukir senyum mengingati setiap memory indah biar aku bukakan seluas-luasnya untuk malam ini meneroka jiwa ku..

semua telah berakhir...

Image
aku ingat! dengan ketawa.. boleh hilang semua masalah. tapi aku terlupa. selagi aku tak cari jalan penyelesain bagi sesuatu masalah yang menimpa, masalah tu akan bertambah berat. malah akan jadi satu bebanan yang tak tertanggung. hari ni aku rasa sedih sangat. rasa nak je aku ngadu kat sape2. dengar luahan hati aku ni. aku nak sandarkan pale aku kat bahu dia. nak polok dia kuat2. pastu nak nangis macam baby kat dada dia. wakakakaka... hampeh je... hati ni rasa macam xselesa sangat. lagi2 bila "Dia" datang, citer masa depan yang entah apa2 ngan aku. aku tak tahu kenapa "Dia" macam tu, aku tak marah bila "Dia" pergi tinggalkan aku demi masa depan dia. tapi aku marah. bila dia dah buat keputusan tinggalkan aku, then dia datang ceritakan tentang masa depan aku ngan "Dia". tentang impian dah harapan. klakonya dia. masih wujud ke sebuah impian kalau semuanya dah berakhir?... memang aku tak sesempurna wanita lain. memang aku takde apa2 kelebihan. t

bicara pendik

Image
Hargai la bila ada jangan meratapi bila tiada jangan datang bila perlu jangan pergi bila jemu jujur pada cinta ikhlas pada kata bahagia itu ada jika kita ingin memilikinya namun, bahagia itu akan hilang dimamah masa jika kita tidak tahu menghargainya

ngade...

ngade suke usik hati aku ngade suka kate syg aku ngate suke kate rindu aku ngade suke amek berat pasal aku ngade suke pujuk aku ngade suke buat aku ketawe aku xsuka ko buat semua tu sebab aku tak suka bila aku syg ko bila aku rindu ko bila aku cemburu dengan ko bila aku nak tahu semuanya pasal ko sebab semua tu buat aku resah buat aku tak tentu arah ahakss...

hilang kata2...

semalam aku suka berkata2 menghiasi setiap perjalanan hidupku dengan pelbagai kata2 yang tercipta dari sebuah kehidupan&pengalaman tapi kini, bicaraku semakin hambar semakin hilang di mamah masa aku semakin tidak pandai berkata2 hilang di balik tirai kehidupan semalam ermm... entah la.. :)

mood sengal

Hari ni aku rasa sengal sangat... mood mcm hampeh! ngah sedap2 chat kat irc, tetibe aku rasa sangap sangat, mcm bengang kat seseorang... adehhh.. selalunya irc tempat aku gelak ketawa, buangkan semak kat pale aku. tapi hari ni, makin lama aku dok kat irc rasa makin semak pale aku. aku trs type Quit dan mengkuitkan diri. hati rasa xsedap! macam nak marah je. kan sedap klo ada orang yang leh aku marah. bior dia jadi mangsa mood sengal aku hari ni. uhhh! hurmm... entah la, aku pun tak paham, rasa mcm ada sesuatu yang mengusik hati aku, yang membuatkan aku rasa xselesa. aku rasa badmood sangat. nak tido la... benci la...

2009 tanpa cinta

Keterlaluan tak kalau aku cakap azam aku 2009 ni, aku taknak ada sebarang komitment dengan cinta? cop! aku tak menolak cinta, cuma buat masa ni, aku memerlukan masa untuk diri aku sendiri, jadi aku nak tolak cinta kat tepi. aku nak utamakan kehidupan aku. yupzz! mmg manusia dijadikan berpasang-pasangan, dan tipu la kalau aku kata, selepas apa yang berlaku, aku serik dengan cinta, stop dengan cinta untuk selamanya, poyo sgt tu. aku tak serik, bagi aku apa yang berlaku, adalah satu pengalaman. dan aku tak takut untuk mencuba lagi. cuma bukan buat masa sekarang. bukan untuk tahun ni. dan mungkin juga bukan untuk 2,3 tahun ni. Bila semua dah jelas, aku akan fikirkan semula tentang cinta cinton nih. cuma buat masa ni, biar la aku buang jauh2 perasaan untuk disayangi or menyayangi, aku percaya! akan ada seseorang untuk aku, cuma siapa dia? biarlah allah yang menentukan.aku taknak terburu2 lagi dalam memilih seseorang sebagai teman hidup, yang akan melalui suka duka dengan aku. kalau bercint

pedulikan..

Aku adalah aku hidup dengan cara sendiri aku tidak menganggu sesiapa jadi jangan menganggu hidup aku biar aku jalani kehidupan ini seadanya dan kau jalani kehidupanmu apa adanya aku tak peduli apa orang nak kata dengar kata orang layu jiwa yang segar dengar kata orang sakit diri yang sehat dengar kata orang hancur impian musnah harapan pedulikan kata orang yang bisa mengancam jiwa kecik ku ini ekekekeke...