Posts

Showing posts from March, 2009

kau sahabatku

Teman.. aku lihat kau seperti lalang beralun mengikut arah angin yang datang Lalu ku hulurkan tangan agar alunan mu tidak pincang tapi sayang.. keikhlasan ku disalah ertikan kata mu.. pergilah!! dengan caraku biarkan kau dengan caramu bukan itu maksudku.. aku hanya ingin bersama menuju kearah cahaya bukan meninggalkan kau sendiri terkapai tanpa haluan kerana aku sayang padamu.. mana mungkin aku hidup disinggahsana mewah sedang kau hidup dibawah atap nipah mengertilah.. aku hanya ingin melihat kau bahagia

kata mereka dan kata aku..

Mak kata.. Jangan main cinta Abah kata.. Jangan buang masa akak kata.. jangan mudah kecewa Abang kata.. Jangan buat benda ntah apa2 kawan kata.. semoga berjaya Adik kata.. dia ok je.. janji aku boleh tapau dia gula2.. aku kata.. hidup biar sederhana biar simlpe, tak bergaya janji bahagia tapi ilmu kena wajib ada didada ada ilmu tanpa amal pun tak guna nak jadi orang luar biasa? usaha tak boleh biasa.. nak jadi orang kaya? kalau setakat berangan takde maknanya nak berjaya.. bukan macam petik buah mangga macam mana? tepuk dada tanya iman yang sedia ada..

dari sebuah bicara

Bila ku berbicara soal cinta bukan bermakna ku jatuh cinta hanya ingin meneroka dunia cinta jika ku berkata tentang duka bukan bererti ku terluka hanya ingin memahami erti jiwa yang diluka jangan mentafsir dari sebuah bicara bisu kerana ia hanya sekadar hiasan kita sama... sering ingin membicarakan tentang sebuah kehidupan cuma berbeza mengikut siapa penulisnya apa jua bicaramu aku kagumi apa jua bicaraku usah peduli kerana kita hanya menulis dari sebuah pandangan dan pengalaman bukan untuk menyentuh hati sesiapa..

c.i.n.t.a

Cinta? kenapa hati suka berbicara soal cinta? kenapa semua mendambarkan cinta? apa ada disebalik misteri cinta? sedangkan aku lihat ramai yang sengsara kerana cinta tapi cinta juga yang diharapkan, kenapa cinta? Aku lihat ada cinta yang dinamakan cinta seindah 7pelangi dilangit tapi itu hanya dalam novel cinta rialitynya, manusia sering menjadi mangsa cinta adakah cinta sejati itu wujud? atau hanya rekaan sang pencinta? apa ada dengan cinta? lagu nyanyian rossa.. buat aku tertanya2 .. apa makna sebuah cinta???? walau aku pernah jatuh cinta tapi bagi aku cinta hanya menduga kekuatan jiwa datang dan pergi seperti angin yang melewati.. biar tiada cinta.. dari ada cinta tapi diluka tanpa rasa simpati... namun, jika wujud cinta sejati ... izinkan aku bertemu dengannya walau pun hanya sekali.. jika tiada.. biar cinta itu menjadi misteri...

suka poyo?

Orang poyo memang poyo muka poyo gaya poyo bahasa poyo semua poyo suka poyo-poyo?

kita serupa

Janganlah memandang penuh hina sesungguhnya kita dari kejadian yangs sama Miskin atau kaya Bukan ukurannya Dimata tuhan Kita adalah serupa Yang membezakan Hanyalah keimanan Janganlah megah dengan harta kekayaan Kerana ia tidak akan membantu dalam pertimbangan Tentukan arahmu kebaikan atau kehancuran bukan hanya disini tetapi juga untuk disana

adakala..

adakala.. mungkin kita rasa kita sendiri tapi kita terlupa disekeliling kita ramai yang menyayangi mengasihi sepenuh hati adakala.. bila kita sunyi kita perlukan teman untuk berbicara dan saat tiada sesiapa kita mula terfikir.. ahh! bosan hidup sendiri alangkah indah jika ada yang menemani kita terlupa.. dalam kita sunyi sepi ada yang sudi meluangkan masa untuk kita walau dia tidak cukup masa adakala.. tika kita menangis kita inginkan seseorang menangis bersama kita walau saat itu tiada sesiapa tapi kita terlupa.. ada yang bersama kita lebih berharga dari cinta merekalah keluarga

jika dan aku

jika matahari memberi cahaya aku juga ingin menyumbang tenaga jika hujan membawa permata aku ingin membantu mencari rezeki bersama Jika ilmu membanteras kejahilan aku ingin menjadi seorang ilmuan jika kata2 mampu melukakan hati insan aku akan jaga seluruh perkataan jika kehidupan hanya 1 ujian aku akan berdoa kepada tuhan agar dipelihara iman jika aku dihadiahkan seorang teman aku akan membuat bibirnya sentiasa mengukir senyuman adios...

Ibu..

Duhai ibu ku yang tercinta kau la inspirasiku kau tabah menghadapi taufan hidup demi membesarkan putera puteri-mu kau sabar melayan kerenah anak-anakmu hanya untuk melihat mereka tersenyum gembira Duhai ibu.. menitis air mata ini melihat tubuh tua mu gagah mengasuh kami aku berjanji.. selagi aku bernafas aku akan memenuhi semua kehendakmu sesungguhnya... walau dikumpul seluruh harta dunia untuk membalas jasamu tidak mungkin.. kerana tiada 1 pun harta di dunia ini dapat membalas segala pergorbanan-mu andai ada insan lain cuba menyakiti-mu akulah insan p`tama yang akan ke depan andai kau mengeluh sakit aku akan menemanimu kapan waktu kau perlukan aku ibu oh ibu.. tanpa-mu siapalah aku kini..aku punya kehidupan yang sempurna kerana kepayahan mu membesarkan aku siapa saja yang bergelar ibu merekalah insan yang terhebat..

sendiri lebih baik?

berteman lebih baik atau sendiri? entah laaa... kadang aku rasa berteman tu lebih baik tapi kadang aku rasa sendiri tu terlebih baik tapi..sebagai manusia kita tak boleh lari dari fitrah berpasangan entah laaa.. bukan xde yang melamar tapi aku abaikan takut klo dia hanya nak menduga risau jika terluka berulang kali akhirnya, aku terpaksa bersikap "jual mahal" adehh.. ingat senang ke nak jumpa yang jujur? yang betul2 sayangkan kita? yang boleh jaga kita? yang xkan tinggalkan kita bila kita perlukan dia? ahhh! mungkin betul, sendiri tu lebih baik

aku yakin

mungkin..aku bukan sempurna aku juga tidak mampu memberi kau sebuah kehidupan yang menjanjikan kemewahan namun, Izinkan.. insan kekurangan ini menjaga dan memeliharamu penuh kasih manusia sering memungkiri janji maka aku tidak mahu membuat janji padamu namun, aku yakin aku mampu membahagiakanmu dan memberi kau sebuah kehidupan yang bahagia jika kau terluka aku akan membalutnya dengan rela jika kau menangis aku akan menyapu air mata itu jika kau bersedih aku akan meminjam bahuku untukmu dan aku akan selalu ada untukmu...

kita sama tapi tak serupa

bukan soal hati tapi soal kemanusiaan mengata,menuduh,mengadu domba sesuka hati apakah tiada simpati atau perasaan dihati cuba kau tanya diri mu apa perasaanmu jika kau diperlakukan begitu kau aku kamu dan dia dia diciptakan dari sesuatu yang sama tapi kerana seketul daging yang ada dalam diri kita maka kita berbeza-beza jika kita tak mampu memberi kebaikan pada insan lain janganlah kita mendatangkan keburukan

Friends

Image

Rumah indah itu..

Kebosanan hari ni, membuatkan kaki aku laju melangkah keluar rumah untuk menghirup udara segar. Dalam leka menikmati keindahan alam. mata aku terpaku pada keindahan sebuah rumah yang tersergam indah.. "cantik, persis istana raja" bisik hatiku..aku hanya memandang dari jauh. lalu aku teruskan perjalanan yang terbantut. sejak hari itu, aku sering melewati dihadapan rumah indah itu.. seperti ada kuasa megnet. tarikannya memukau aku. suatu hari, aku putuskan untuk mengenali siapa pemilik rumah indah itu. aku ingin mengetahwi apa rahsianya hingga rumah itu menjadi begitu indah.. sehingga aku tertawan dan tertarik.. Ting Ting Tong... ahhh! penat aku menekan loceng.. tuan rumah ni buat dek je.. salam? dah letih rasanya suara ni menjerit.. hampir sejam aku menunggu.. akhirnya, kelihatan seseorang dihadapan pintu, dia menjawab salamku dengan nada yang lembut dan mengukir senyum padaku.. namun, pintu rumah masih berkunci.. "cantik rumah ni, sehingga saya tertawan.." kat

tak sengaja

Maaf.. tak sengaja kaki ini melangkah ke atas pentas hidupmu tak sengaja juga, aku menjadi watak yang tak diundang Kekok dengan mata yang memandang aku putuskan untuk pergi tapi erat kau genggan tanganku dan meyakinkan bahawa aku bukan tersalah melangkah tetapi takdir telah tertulis bahawa aku akan menuju dalam kehidupan mu.. kau katakan.. aku adalah sebahagian dari dirimu jika aku tiada.. kau sepi dan hampa... kau bijak dalam memenangi hatiku sering aku rebah dalam pangkuan pujuk rayumu Biar hati dihambat marah.. kau berjaya melembutkan ia menjadi setenang air kerana langkah yang tidak ku sengajakan ini aku terlanjur menyanyangimu.. saat ini, sukar untuk aku berpaling lagi kerana aku sudah terlalu sayang

Tapi..

aku cuba jadi seindah 7 warna pelangi tapi sayang aku hanya awan senja aku cuba mendaki 7 gunung didunia tapi sayang tubuh ku terlalu kecil untuk kesana aku cuba menghiasi malam dengan 7 cahaya bintang tapi gelap malam terlalu kelam aku cuba meghadiahkan 7 senyuman tapi ada berjuta wajah yang kesepian aku cuba..cuba.. dan terus mencuba... tapi..TAPI!! MENJADI MASALAHNYA... kerana ada TAPI.. maka impian ku tidak menjadi..

Bestnye..

bestnye..bila kite kena buli dia dtg bekap kite dia marah org tu sampai kite ketawa bestnye.. bila kite menangis dia peluk kita dia bagi kite kata2 semangat penguat jiwa bestnye.. bila kita ada masalah dia selalu ada tepi kite bestnye.. bila kita gembira kita boleh kongsi semuanya dengan dia bestnye.. bila dia selalu kata syg kite dan kite bebas untuk kata kat dia "syg awak juga" bestnye..bila dia sedih kite org p`tama yang pujuk dia bestnye..bila dia susah kite org p`tama juga yang akan tlg dia bestnye..kalau dia hanya milik kita sebab kite xnk kongsi dia dengan sape2.. besnye..kalau dia ada.. tapi sygnya..kite tak tahu dia sape..

senja

Senja.. menjelma.. bersama kegelapan malam diiringi iringan suara azan senja.. apakah kau datang bersama malam yang indah? atau malam yang gelap gelita tanpa secalit cahaya? senja.. jika ada duka dibalik tiraimu basuh ia dengan air hujan yang mencurah namun jika.. kau datang menyimbah cahaya terbuka sejuta tangan menyambut kehadiranmu yang pasti.. kau juga makhluk tuhan seperti aku bersama kita saling membantu dalam mencari redha yang satu..

Tidurlah sayang..

Saat aku terjaga dari lena aku lihat sekujur tubuh yang aku cintai lena didadaku damai seperti tiada apa yang menganggu fikirannya lalu, aku peluk tubuh itu dengan erat biar malam ini dia lena dalam pelukanku ada sejuta perkara yang aku ingin dia tahu ahh!! dia terlalu istimewa kerana dia, aku mengenali erti sebuah cinta dan kerana dia aku dikurniakan cahaya mata dia anugerah yang terindah buatku.. esok! aku akan luahkan segalanya.. aku ingin dia tahu.. tanpa dirinya.. aku lemah.. tanpa cintanya.. aku kalah.. dia adalah jiwaku.. aku ingin mencium dahinya penuh kasih mengucup kedua matanya dengan bibirku dan aku ingin memohon maaf pada dia satu2nya kekasihku bahawa aku pernah mencurangi cintanya aku pernah meyanyangi insan lain selain dia tapi apakan daya... bukan kehendakku.. tapi.. aku lemah dengan godaan cinta yang sementara sehingga aku terlupa..dialah cinta ku.. Dia tidak pernah mengeluh dengan kerenahku tidak pernah marah biar letih dengan anak2ku dia terlalu sabar dan tabah a

ooo.. mama..

ooo.. mama.. lihat papa.. dia main kayu 3 papa kata mama dah tua dah takde rupa bunga pinggang tak ramping macam serengga papa nak anak dara dia nak kelihatan muda ooo..mama.. cepat! goda hati papa jangan biar papa terlepas ditangan anak dara tunjukkan kehebatan mama biar tua tapi masih bergaya 000..mama.. xperlu pakai bedak setebal gunung gencu semerah darah hanya.. tawan dengan keikhlasan budi kecantikan peribadi.. semoga berjaya mama... untuk menawan kembali hati papa...

aku hanya bermain..

Jangan kau berani untuk mendekati aku pasti aku kan membunuhmu pergilah.. kerana kau bukan sainganku kau hanya cinta sementara aku hanya ingin bermain jangan tersentuh dengan cintaku semua hanya palsu pergilah.. jangan menuntut apa yang pernah aku janjikan kerana aku hanya membuat janji palsu kini aku ada dia cintamu tidak sedikit pun menyentuh hati ku pergilah... pergilah... jemu aku mendengar namamu benci melihat wajahmu maafkan aku...

Duhai rindu..

Duhai rindu.. aku tahu kau adalah anugerah buatku tapi kenapa duhai rindu? hati ku sesak denganmu Duhai rindu.. apa tujuanmu? mengusik2 hatiku.. cemburukah kamu dengan ketenanganku hingga kau memasuki hatiku dan membuatkan aku jadi tak tentu Duhai rindu.. Pergilah sayang.. aku tak mampu menanggung bebanmu katakan padanya benar aku rindu..

salam ukhuwah..

di akhir cerita ini biarlah semua gembira jangan ada yang menitiskan air mata kerana aku tak biasa.. aku takut.. jika air mata menjadi teman kerana ia bisa memakan jiwa kecil ini hingga terluka dan kecewa.. Biarlah kehidupan biasa ini membuat aku tersenyum jangan lah diusik hati ini aku hanya berjalan sendiri tanpa menuju batu pada sesiapa aku hanya ingin membina sebuah kehidupan dari kegagalan lalu jika tak mampu menjadi teman jangan lah menjadi lawan salam ukhuwah..

saja suka-suka

Kalau diri papa kedana jangan berangan nak jadi raja kalau rasa diri tak sempurna muhasabah diri setiap masa wajah cantik nan jelita pujaan para teruna apa guna cantik gila-gila kalau perangai macam hantu raya biar susah nak makan tapi cuba untuk cari makan daripada susah dalam kehidupan tapi tak pernah berusaha untuk masa depan jangan rasa diri hebat kalau setakat pandai berdebat hidup harus sepakat baru membawa berkat hanya kata dari budak biasa sekadar nak buang masa jangan ambil hati dan terasa saja suka-suka.. kehkehkehkeh..

Merpatiku..

Merpatiku.. 10 tahun dulu aku lihat kau disitu aku terpesona dengan gerak langkahmu saat itu, aku selalu menjadi pemerhati yang paling setia Dan saat itu juga menjadi detik yang pertama aku hidup dalam dirimu tanpa kau mengenali aku jika kau tahu selama ini aku lah pemujamu pasti kau akan menghargai setiap apa yang pernah aku lakukan namun, kehadiranku bukan untuk dihargai hanya mengasihimu dari jauh sudah memadai.. 1 yang ku tahu aku ingin selalu melihat ada senyum dibibirmu...

Hidup..

Hidup.. jika untuk hilai tawa balasannya tangisan disana Hidup.. jika hanya mencari harta apakah harta mampu menolong kita? Hidup.. jika hanya mengejar dunia apakah dunia akan digendong ke syurga? Hidup.. jika hanya mengadu domba mampukah menanggung siksa? Hidup dengan iman dan takwa pasti balasannya adalah redha allah

aku yang alpa...

Aku terlupa.. bahawa dia kiriman allah Datang Bersama ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran kerana kealpaan itu aku marah pada takdir yang tertulis ini bukan bala.. tapi kemanisan iman aku yang leka maka aku kalah dikaki nafsu amarah terhampar luas bertapa nipis keimanan diri terlihat bertapa rapuh kesabaran ini dapat aku simpulkan.. bahawa peperangan yang paling hebat dan dahsyat bukan dengan insan.. tetapi dengan nafsu yang hidup dalam diri aku terlalu alpa.. aku tewas dalam mempertahankan kesabaran ya allah.. jauhkan aku dari penyakit amarah tenangkan aku dengan zikrullah Biar seribu suara mengancam jiwa kecil ini tutupkan mata dan jiwaku dari mengambil kesah Jauhkan aku dari kejahilan tetapkan hatiku dengan al-Quran di penghujung jalan.. biar persimpangan payah ini membawa aku kearah hidup yang bahagia di sana nanti amin...

masa

Masa yang semakin pantas sejam umpama sesaat yang berlalu kita harus bijak menyusun masa agar masa tidak berlalu sia-sia gerak masa bukan seperti dulu laju roket yang berlalu laju lagi pintasan masa oleh itu, laju kan langkah agar gerakan seiring bersama masa hakikat masa.. semakin tiada tapi kealpaan kita membuatkan kita terlupa bahawa kita berada dipenghujung masa...

salam sayang..

terlahir seungkap kata bukan untuk menghiris jiwa terbentang 1000 bicara bukan untuk menyakitkan mata hanya bicara kosong dari jiwa seorang wanita biasa bukan untuk menggugat jiwa sesiapa hanya meluangkan masa yang tersisa salam sayang...

biar...

biar bicara ini menjadi perantara antara kita walau masa, jarak dan waktu menjadi tembok penghalang kasih ini xpernah hilang selamanya kau ku sayang biarkan juga kasih ini hanya untukmu.. biar ada ribut taufan datang melanda.. aku xpernah goyah untuk berpaut ditanganmu.. ikrar janji kita.. biar kita kota bersama menjadi bukti teguhnya kasih yang terbina biar pernantian ini berakhir dengan senyuman dibibir kita..

satu bicara

Image
Salah berbicara terkena sumpahan manusia salah dalam berkata dibenci selamanya kata indah hiasan mata kata dusta penyakit jiwa jika bijak menyusun kata jadikan seperti lukisan permata bukan bingkisan cerca atau bicara yang tiada harga satu bicara mampu meruntun jiwa tapi bukan bicara gila yang membuat hati lain terluka -end-

titiskan air matamu..

Image
Jangan lihat matahari yang terbenam lihatlah bulan yang sedang menjelma untukmu jangan menangis bila bintang tiada kerana dia sedang mengumpul cahaya untuk buat kau tersenyum jangan marah dengan panas membakar kerana sebentar lagi hujan akan menemanimu jangan marah dengan kata nista kerana ia mencerminkan siapa dirimu jangan marah dengan penipu kerana dia mengajar erti kehidupan kepadamu namun... jika kau ingin menangis kerana sesak yang tertanggung titiskan air matamu tanpa malu.. kerana dia akan memberi jawapan bagi setiap hela nafas yang tersekat..

payah&mudah

Image
Lelah jiwa ini melangkah berjalan atas titian payah disimpang penuh riuh rendah dibelakang sejuta kesah Harus melangkah Haram mengalah yang payah itu indah yang mudah itu helah

pen dan kertas

Image
cinta itu asyik.. Jika kau bijak mengelola cinta cinta akan membawa kau kearah sinar namun, jika kau terlalu asyik dengan cinta kau akan hanyut di bawah arus kehancuran jadikan mata hati sebagai penghulu cinta kerana cinta tidak pernah bermata.. cinta boleh membawa ke syurga namun cinta juga boleh menempah tiket ke neraka cinta dengan iman dan takwa kau akan jumpa erti sebuah kenikmatan cinta dengan nasfu amarah kau akan jumpa sejuta keaiban cinta dan manusia.. umpama pen dan kertas.. hanya kau yang mampu mencoretnya menjadi coretan indah atau coretan sampah!

semalam... dan hari ni...

seindah semalam aku melangkah indah lagi langkah hari ini bila semalam mengundang tangis hari ini buat aku tersenyum.. biar badai semalam datang melawat hari ini hujan datang bersama rahmat semalam bicara songsang hari ni bicara berbunga mesra ahhh! semalam y suram namun hari ni, datang cahaya terang.. syukur pada ilahi...

siapa ye?

seperti pernah ku lihat tapi dimana? seperti pernah ku kenal tapi siapa? wajah serupa gaya sama tapi entah siapa2.. bukan alasan untuk mengorat tapi rupa seperti biasa dilihat nak tegur.. tapi takut termalu.. lalu aku biarkan dia berlalu.. jika esok berjumpa lagi mungkin tardirnya denganku... wawawawa...