Posts

Showing posts from September, 2009

memory ku . . .

Aku ingin abadikan. . . setiap memory disini agar suatu hari nanti ia menjadi 1 kenangan y terindah untuk diingati namun. . . tatkala dairy hatiku menjadi tatapan umum aku malu dan tersipu lalu. . . ku padamkan 1 persatu yang tinggal hanya puisiku. . . lagi pun. . . aku takut, jika aku menangis tatkala memoryku mengusik hati kerana aku mudah terusik dan merajuk jadi biarlah. . . memory2 itu hanya kekal dihatiku. . . tanpa dirungkai dibahan dan diberi pelbagai tafsiran namun.. memory hadirmu memberi seribu makna. . . aku tidak melihat memory itu sebagai sesuatu y menyakitkan cuma kadang2. . . memory selalu buat aku menangis dan dia adalah pembuli yang paling kejam ahakss. . .

sayang

Sayang. . . aku tak mampu membeli mahligai indah atau kereta termahal didunia untuk ku hadiahkan padamu tapi sayang. . . jika kau benar2 menyintai aku aku akan berikan seluruh hidupku untukmu masaku. . . jiwaku. . . diriku. . . dan segalanya milik aku ku hadiahkan padamu sayang. . . jika ada yang melihatku akan ku khabarkan padanya bahawa hatiku telah ku miliki agar kau tidak cemburu dengan pandanganya jika ada yang ingin melamarku akan ku katakan padanya bahawa aku telah berjanji untuk menjadi isterimu namun. . . jika kau hanya bermain kata aku tundukkan wajah dari melihat matamu kerana aku takut dari sinar mata yang bersatu aku akan hilang arah dan mengharap tanpa tuju

di akhir Ramadhan. . .

Ramadhan. . . pemergianmu semakin hampir namun, apakah aku mensyukuri kehadiranmu dengan ibadah, iman dan takwa? atau hari2 ku bersamamu hanya menahan lapar dan dahaga? tanpa al-quran, zikrullah dan solat? apakah bagiku. . . hadirmu. . hanya untuk mencukupi syarat? aku juga. . . adalah diantara mereka yang sering terlupa bahawa ramadhan adalah bulan barakah dan marghfiroh mudahan. . . setiap akhir detik bersama-mu tidak dipersiakan dengan perkara yang lara. . jika hadirmu. . . hanya kerana keseronokan menanti syawal kau xubah seperti mei, april, atau jun tiada bezanya. . . namun, jika hadirmu disambut dengan amal ibadah dan ketakutan memohon keampunan allah kau seperti mentari yang sering dinanti Ramadhan. . . keindahan mu disinari dengan rahmat tuhan

bisik hati . ..

Suatu hari nanti aku akan pergi bersama memory & lukisan hati aku bahagia kerana sering disayangi aku gembira kerana sering dimengerti Terima kasih namun, aku memohon sejuta kemaafan bukan kerana lebaran tapi atas segala kesilapan kerana. . . aku sering menyakiti hati2 insan y aku sayangi aku adalah antara berjuta y berharap untuk memiliki saat2 y terindah selamanya. . . namun, sebagai insan aku akur jika. . . kemungkinan esok hari tidak berpihak untuk aku meniti titian bahagia atau tersenyum mesra kerana gelora hidup tidak pernah memberi isyarat untuk melontar gelombang hebat selagi ada masa y tersisa aku akan cuba mengukir bahagia bukan diatas pasir y bertaburan tetapi di atas batu y unggul biar masa terus beranjak namun, aku adalah aku kadang terjatuh kadang menangis kadang ketawa kadang aku lah y paling bahagia bisik ku pada hati bahagia bukan selalu milikku tapi aku boleh memilih untuk selalu bahagia tanpa berduka.. kerana. . . duka adalah musuh jiwa seindah hati y bicara sein

Hanya serumpun bicara subuh. . .

Aku berimpian untuk tidur didalam bulan mengereng dan hampir ditangan tersenyum ke arah dunia dengan redupam mata dan aku. . . menjadi perhatian mata2 manusia bukan kerana kejahatan tetapi sejuta kebaikan dihamparan bulan namun, saat aku hampir menggapai bulan rupanya aku hanya bermimpi disiang hari mana mungkin aku menggapai bulan yang tinggi apetah lagi, menjadi simbol kebaikan sedang aku penuh dengan kesilapan Bukan bicara sang air mata tapi seorang pendosa dalam meniti hidup yang sementara di dalam bumi tumpangan allah Didalam sedar ini aku terjaga "bahawa mimpi xmungkin menjadi reality jika hanya bermimpi disiang hari. dan reality xmungkin menjadi mimpi kerana ia terlah termaktub sejak azali" Diakhirnya. . . biar aku berdiri dikaki sendiri bukan teranaiya ( salah ejaan ehh? ehehe) dengan janji manusia atau meniti harap hanya kerana secebis kasih dan rayuan sayang . . .

secarik bicara . . .

Aku tidak mahu menjadi mulia dimata manusia tapi hina disisi tuhan aku takut dengan pujian kerana ia melambung ke arah kemegahan lantas membawa aku kearah kehancuran maka, arah mana aku akan ditempatkan? aku takut jika dipandang seperti madu sedang aku hanya bunga layu oleh itu, jangan mudah membuat tafsiran lihat dari mata hati bukan dari mata turun ke hati "lemah gemalai seorang wanita bukan terletak pada lenggok bahasanya tapi bagaimana cara dia mengelola hidup"
Mungkin. . . aku haus dengan kasih Mungkin . . . aku lapar dengan cinta Mungkin. . . aku lemas dilautan kering saat aku dirayu dengan pelbagai janji dan harapan mungkin. . . aku buta dalam terang tika aku dilamar dengan kata2 dusta maka. . . kerana itu. . . aku biarkan jiwa kecil ini terus dihalusi cahaya hambar namun, tatkala.. aku terjaga dari keasyikkan itu aku mula sedar. . . rupanya. . . aku terlena sebentar diatas hamparan indah buatan manusia luluh hatiku . . disaat aku jatuh cinta dengan jujur tika aku berharap penuh kasih rupanya. . . aku hanya mempermainkan diri sendiri harus bagaimana lagi aku khabarkan pada diri? berhenti mengharap? atau terus lena di atas impian palsu? ahhh! kenapa? saat aku tergagau meniti hidup dia hadir dengan kasih? kenapa? mempersendakan jiwa sengal ini? ekekeke.. peace. .. "yang indah itu hanya sementara"