Posts

Showing posts from December, 2010

Kenapa aku masih solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat . Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua

mengapa wanita memerlukan lelaki

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan. Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta k

untukmu wanita

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata. Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan. Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya. Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT. Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya. Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah. Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang

6 persoalan hidup

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya, 1 - Pertama, " Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? " Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185) 2 - Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini? " Murid-muridnya ada yan

Disemberku. . .

Image
Disember. . kau hanya bulan di dalam tahun-tahun yang melewati walau apa jua bicara yang ku titipkan tak mungkin kau fahami bahasaku namun, Disember. . kehadiranmu, memberi 1000 erti dalam hidupku pelbagai erti yang tak mampu aku tuliskan menjadi satu pengungkapan cukuplah, aku tau disetiap detik bersamamu disember ada kenangan manis yang terukir ada pengalaman yang diraih ada makna disetiap peristiwa aku hanya pinjam harimu dibulan disember untuk ku titipkan setiap memory yang mengusik aku agar memory ini dapat ku imbas menjadi pengajaran untuk menempuh hari esok bukan untuk menjadi pengemis air mata bukan juga untuk menjadi lemah tapi untuk menjadi seteguh gunung jika. . . ada kesempatan untukku bersama mu disember sehingga tanggal 31 ku ingin lakarkan peristiwa manis untuk dikenang namun, jika kesempatan itu tiada sampaikan salam kemaafan pada jiwa2 yang pernah mengenaliku kerana terlahirnya aku penuh dengan kekurangan dan kesilapan yang telah menyakiti ber

kalut dan celaru

Image
Fikirku ingin mencoret kata hati ingin meluah rasa jiwa kepingin reda Namun, bahasa apa yang harus diguna? seperti, lenyap semua bahasa didunia yang tersisa. . . hanya bahasa bisu yang ku sendiri tidak fahami apa ertinya jika siang tidak cemburu izinkan aku menjadikan malam sebagai ilhamku melenyapkan kusut yang menganggu membunuh kalut yang celaru dan jika angin bisa mengerti pinjamkan aku sedikit dingin angin yang melayari meredakan benci yang menguasai mengganti syukur dihati ( kenape???? sume puisi aku sedih? huwaaaaaaaa. dah 23 tahun. why? why? why? help meeeeeeeeee!!!)

WAKE UP!!!

Image
Jika kau bernama seorang makhluk masalah itu tidak pernah berhenti mengikutimu namun, usah biarkan dirimu berada dalam lingkaran masalah belajarlah, KELUAR dari masalah cari apakah PUNCA dan bagaimana CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH kamu, adalah sebaik2 ciptaan allah jangan biarkan dirimu DIHINA oleh EMOSI MU SENDIRI kerana, emosi tidak pernah mengawal kamu tetapi, KAMU YANG MENGAWAL EMOSI. WAKE UP! GURLS N BOYS U CAN DO IT! DO DO THE BEST GUD LUCK! EHEHEHEHEHE

api

Image
Orang kata jangan bermain dengan api jika takut terbakar diri sendiri tapi pernahkah kita terfikir hidup kita sentiasa memerlukan api? kenali sifat api walau pun ia mampu membakar diri tetapi ia juga sering menyumbang bakti motif saye. . andai bertemu. . dengan seseorang bersikap api jangan singkirkan dia namun, belajarlah bagaimana untuk mengenali siapa dia

aku hanya seorang hamba

Image
Air mata mengalir di pipiku terkenang nostalgia lalu ketika ku lalui setuasi bahagia ku ikrar dalam jiwa ku genggam dalam dada agar bahagia itu milikku hingga ke akhirnya namun, aku hanya seorang hamba dititian dunia yang sementara bahagia dan nestapa bukanlah pengakhiran segalanya tetapi iktibar pada diri agar aku tidak lupa bahawa aku hanya seorang hamba -Deqyah pegeon-

entah. .

Image
Terdiam aku sendiri dibenak yang terhenti entah apa terjadi aku keliru sendiri haruskah semua, berlalu tanpa kata atau wajarkah aku meminta sejuta janji yang direka entah. . mungkin lebih baik ku belayar sendiri untuk apa... ditemani jika sentiasa disakiti

walau. .

Image
Walau aku bukan bintang yang bergemerlapan bukan juga bulan yang bercahaya terang bukan jua pelangi yang indah namun, aku masih seseorang yang bernama insan Hidup ini. . . harus diteruskan walau impian tidak seindah mimpi

Janji

Image
Ilham Seorang kekasih. . :) Apabila dua janji dipatri Seperti dua tangan yang sedang mengengam erat seutas tali Tetapi, apabila janji itu dimungkiri Tali itu akan terlerai dan tidak bermakna lagi Dan. . jika janji itu hendak dijalin kembali umpama dua tangan yang mengenggam Tali yang telah rapuh apabila ditarik dengan kuat Tali itu akan terputus. . .