Posts

Showing posts from May, 2009

hindustan?

minat layan citer hisdustan? huahuahua.. dulu aku suke gile siap nangis2.. harhar.. tapi rasenye dah bertahun aku xtengok citer hindustan tapi hari ni, entah mcm mane tertengok lak best gak.. bese lah.. citer cinta.. tajuk? aku tak ingat. ekekeke.. ayat dia yang aku suka "aku telah pindahkan sepanjang hayatku atas nama kekasihku" ahakss.. ayat dia tak ingat.. jiwang giler.. satu lagi "wajahmu, umpama sajak yang mentafsirkan kesederhanaan" adehh.. aku suke ayat tu.. cinta hindustan mmg gempak org mati pun leh hidup balik ehehe.. apa pun layan jelah..

uhhhh!!

ahhh! hairan. . . susah aku nak paham hati lelaki ni time kite ngah syok gile kat dia sayang tahap cipan leh lak.. dia tinggalkan kite dengan alasan yang kunun2nye munasabah bagi dia la munasabah bagi aku? watcaaaaa!! rasa nak je aku kasi silat harimau time dia say good bye dulu tapi skunk. . . leh lak dia kate syg aku sgt2.. uhhh!! dia ingat aku ni ape? anak patung? xde perasaan? haaa.. padan muke terase la tu klo bace tak kire.. aku bengang!!! bile dah say good bye xyah la citer psl syg psl mase depan dulu.. xnak hargai kehadiran aku senang2 je tinggalkan aku uhhh!! aku marah!!! hai.. lelaki..lelaki.. tau x.. skunk nih ade someone yang amek berat psl aku lebih dari dia.. mcm mane? xkan nak wat citer cinta 3segi so! skunk dia happy? ade org len yang syg aku yang amek berat psl aku happy????? dia tipu. . . dulu kate xkan buat aku menangis takkan buat aku susah hati tapi sume punca aku mengong sume sebab dia uhhh! skunk ape kes? memang dulu aku merajuk sampai minta benda bukan2 tapi klo

bile dah mule merepek

bile dah mule merepek. . mule lah datang idea ntah pape bile dah mule merepek mule lah nak menggile bile dah mule merepek kena tahan jelah mate sape yang bace bile dah mule merepek adehhh.. hari2 nak MEREPEK!! Haiyaaaaaa.. layan jelah. . .

biarkan saja. . .

bile semua bertanya. . . kemana? kenapa? aku hanya mampu bisu bila semua bertanya. . . untuk apa? sampai bila? aku hanya mampu pekakkan telinga bila semua bertanya. . . merajuk? marah? aku hanya mampu senyum paksa bila semua bertanya. . . aku tiada jawapan untuk setiap persoalan maka biarkan saja..

aku. . .

aku merangkak di atas jalan yang indah yang dihiasi permata dan mutiara aku ingin berdiri tapi ditolak oleh emosi aku ingin menyambut tangan yang menghulur tapi terhalang oleh jiwa yang bebal aku ingin menyahut suara yang memanggil namun, terhijab oleh hati yang jijik aku menangis! namun, hanya kedengaran oleh alam yang bisu aku menjerit! namun, hilang oleh angin yang singgah aku terus bisu. . buta dan pekak dalam sendu yang keliru..

Rindu lah!!!

Ahhhh!! Rindu...Rindu...Rindu... aku RINDU!!!! Tak Tahan ya allah... Rindu sangat Aghhhhh!!! cukup lah Rindu jangan diasak jiwa aku terlalu dalam aku bukan jiwa besi atau jiwa pendekar sakti aku hanya jiwa kecil jika terus diasak dan diganyang aku akan lelah dan letih huwaaaaaaaaa!!!! Rindu bangat... adehhhh..

jiwa ini

mengembara. . . diperjalanan hampa masih mengukir senyum untuk tidak tampak muram biar jiwa lain menyangka jiwa ini segar hakikat dalam sebuah kehalusan hanya jiwa ini yang bisa merungkai kaca atau permata atau sampah yang tidak berharga biar jiwa ini saja yang tahu bercerita itu dan ini hanya untuk menutup bocor yang menitik bukan untuk menjelaskan sesuatu yang menjadi tafsiran biar ia menjadi rahsia dalam hati yang paling dalam agar ia terus bersembunyi dalam jiwa ini. . .

mungkin aku. . .

biar tiada bicara yang terungkap dibibir ini untuk menyatakan sayang dan rindu tapi percayalah.. perasaan itu tidak pernah pudar walau beribu batu aku berlari namun, aku tetap sayang dan rindu aku tak mampu mengungkap ia menjadi 1 perkataan untuk difahami dan mengerti kerana.. aku jahil dalam melahirkan sebuah perasaan maka, ia tampak kaku yang pasti aku tetap aku yang dikenali dulu aku takkan berubah atau berpaling arah cuma aku tersalah langkah terjerat dalam emosi maka sayang dan rindu ini hanya menjadi persoalan tanpa jawapan mungkin aku yang bersalah. . .

...

yang lelah tidak lagi bersuara yang jemu terus membisu yang tinggal hanya sebuah pengharapan yang belum pasti jika ia 1 kesilapan biar ia menjadi 1 hukuman. . .

adakalanya. . .

siapa yang tahu tentang sebuah takdir... andai sebuah kebahagian dan penderitaan terbentang didepan mata pasti aku memilih untuk lena diatas hamparan bahagia namun... aku hanya serangga dihutan belantara adakalanya... keresahan jiwa sukar untuk diduga sukar untuk difahami celaru dan keliru

cinta on9ku

Siapa sangka Aku suka padamu Hanya dengan messages on9 Aku angau dan sasau Setiap malam aku tunggu depan laptop Menanti penuh sabar kau on9 Aku rela bersengkang mata Aku tak heran bila orang bilang aku gila Kerana aku memang menggilaimu Aku menjadi penungu setia ym dan irc Semata2 kerana ingin melihat telatahmu Dan membaca setiap ungkapan sayang dan rindu-mu Biar kita tidak pernah bertemu Namun, itu bukan persoalannya Soalnya aku telah jatuh cinta!!! Cinta on9 ku. . . Aku sayang. . . Aku rindu . . . Sehari tanpa messages on9mu Seperti membunuhku Jika sudi. . biar cinta on9 ini Berakhir dengan sebuah reality (bukan untuk sape2.. harap maklum..ehehe)

usah bermimpi

Aku ingin ucap selamat tinggal Biar tiada lagi suara rindu Bisikan sayang Biar saja aku melangkah pergi Jangan mengharap untuk aku kembali Kerana.. sekali aku melangkah Aku takkan menoleh Biar sayang memuncak dalam dada Namun, untuk bermula sekali lagi Tak mungkin akan berlaku Sekali kau menghancurkan Kesannya akan tinggal untuk selamanya. . . Biar kau datang dengan pelbagai janji Aku takkan terpujuk Kerana terlalu merajuk Cukuplah! Apa yang telah berlaku Biarkan ia berlalu seperti air Anggap saja aku hanya sejarah yang hanya boleh dipandang Namun, untuk kau miliki sekali lagi usah bermimpi . . .

mungkin kerana hati rindu. . .

malam ini. . . aku terpaku sendirian dibawah sinaran bulan ditemani cahaya bintang dan rintik hujan entah. . . apa yang hendak dibicara hati entah. . . apa yang membuat dia terusik hingga malam yang indah seperti tidak bermakna mungkin kerana hati rindu pada yang jauh. . .

Duhai cinta

Duhai cinta. . . jika tidak perlu janganlah mengusik2 kerana aku takut terusik Duhai cinta. . . jangan terlalu bergelora kerana aku takut terjatuh lalu lemas dan karam ditengah keasyikkanmu Duhai cinta. . . mungkin kau bijak memujuk hingga hati terpujuk namun, janganlah menunjukkan kehebatanmu padaku kerana aku tidak ingin terjatuh dalam perangkapmu Duhai cinta. . . pergilah. . . jangan mengintai kamar hatiku biar saja ia sepi dan sunyi kerana aku tidak mahu kehadiranmu menambahkan resah yang bertamu jika perlu. . . pergi dan jangan kembali

anugerah buatku. . .

kau senyum saat aku tertateh melangkah aku merajuk lalu, kau terus memelukku penuh kasih kau ketawa saat aku jatuh tersadung aku menangis sakit lalu kau memujuk dengan sayang kau seperti putri dalam cerita dongeng yang selalu buat aku tersenyum kadang kau juga penyebab aku menangis namun, jika kau tiada aku sunyi dan sepi kerana kaulah insan yang bergelar kakak yang selalu berada disampingku biar saat aku suka atau duka kau tidak pernah jemu melayan kerenahku terkenang.. saat aku terjatuh luka itu membuatkan aku merajuk dan menyepikan diri lalu kau datang.. bisikmu " janganlah begini, kerana inilah takdirmu" dan kau bisikkan lagi "akak lihat kau selalu tabah. maka kali ini, jgn lah kau mengalah." aku menangis dibahumu namun, kau sejukkan hatiku dengan pelbagai kata yang membuatkan aku kembali berdiri sesungguhnya kau adalah anugerah yang terindah buatku kakak.. kakak..kakak.. panggilan ini tidak akan terhenti selagi aku bernafas kerana aku akan selalu menyusahkan-m

Teman . .

Teman.. andai aku tersalah langkah pimpinlah aku kearah jalan kebenaran kerana langkahku masih terumbang ambing goyah dan jelek jika aku tersalah bicara tegur aku dengan kejujuranmu kerana kadang aku berkata tanpa melihat dari sudut yang nyata maka terlahir sesuatu yang sumbing yang dipandang mengundang marah Teman.. aku tidak berpakaian indah namun, jangan malu untuk berdamping denganku kerana aku takkan mengotorimu yang pasti.. biarlah perkenalan ini terus berkekalan

sebuah cerita..

berbicara tentang kehidupan seperti menimba air dilautan sebuah kehidupan yang menceritakan tentang suka duka insan dimana disitu terlahirnya pelbagai watak dalam drama reality setiap insan berperanan sebagai watak untuk menghidupkan sebuah cerita kadang hadir satu watak yang tidak diundang menjadi permulaan sebuah cerita untuk lebih menarik ahh! kehidupan dan drama telenovela tiada bezanya semuanya berkisar tentang kehidupan reality andai aku bijak mengarang aku ingin abadikan sebuah kesah tentang seseorang yang pernah menjadi salah satu watak dalam kehidupan aku. . . yang pernah buat aku tersenyum dan menangis. . .

bicaraku. . .

Bicaraku.. hanya bicara bisu bukan gelombang yang bisa menghanyutkan hanya sentuhan biasa bukan untuk menghancurkan andai difahami satu persatu ia hanya irama biasa bukan berbentuk simbolik yang sukar difahami namun, setiap satu ada maksud yang tersendiri mungkin juga ia terlahir kerana-mu..

aku merindui..

Teman.. mengapa terlalu suram? dulu kau datang bersama cahaya kabahagian kau hamparkan pelbagai impian bisikmu. "biar apa jua yang berlaku. kau xkan berubah" tapi kini.. kau bagai bayangan sepi.. hanya kerana aku menolak untuk "BERCINTA" Teman.. apakah setiap cinta memerlukan pembalasan? apakah bila kite menyintai maka adakah kita wajb dicintai? mengapa kemesraan dulu hilang seperti kita tidak pernah mengenali apakah aku harus memberi cinta? maka baru kau akan tersenyum seperti dulu? apakah kau akan berpuas hati? mengapa setiap hubungan adam dan hawa perlu disulami cinta? salahkah jika kita terus berteman? tanpa cinta dan menyintai? Teman.. jadilah seperti dulu kerana aku merindui.. seorang teman yang selalu buat aku ketawa dan tersenyum janganlah merajuk hanya kerana tiada jalinan cinta antara kita ..... (P)

akhirnya

air mata ini menitis lagi saat lemahnya jiwa dalam mempertahankan sebuah pendirian diri mengutuk jiwa hati berdengus marah akhirnya kemenangan berpihak pada yang tak berhak... terkulainya sebuah jiwa yang sedang meniti sebuah perjalanan ditanah merah segalanya seperti mimpi ngeri yang bertandang penyesalan hanya ejekan hiba buat jiwa yang lemah akhirnya...

apa kesudahannya..

Tipis iman didada nafsu bermaharajalela apa yang dipertahankan rapuh! bertembangan bagai kayu kering dijalanan titisan air mata dari sebuah dosa bukan penentu sebuah penerimaan taubat! kekalahan ini membuatkan aku menangis.. apa kesudahannya jika nafsu mengatasi akal...