Thursday, May 7, 2009

usah bermimpi

Aku ingin ucap selamat tinggal
Biar tiada lagi suara rindu
Bisikan sayang
Biar saja aku melangkah pergi
Jangan mengharap untuk aku kembali
Kerana.. sekali aku melangkah
Aku takkan menoleh
Biar sayang memuncak dalam dada
Namun, untuk bermula sekali lagi
Tak mungkin akan berlaku
Sekali kau menghancurkan
Kesannya akan tinggal untuk selamanya. . .
Biar kau datang dengan pelbagai janji
Aku takkan terpujuk
Kerana terlalu merajuk
Cukuplah! Apa yang telah berlaku
Biarkan ia berlalu seperti air
Anggap saja aku hanya sejarah yang hanya boleh dipandang
Namun, untuk kau miliki sekali lagi usah bermimpi . . .

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...