Posts

Showing posts from August, 2009

apa maknanya. . .

aku bukan cik sempurna aku sang dhaif yang mereka air mata dari hati yang berkorban untukku aku keraskan jiwa yang halus itu dengan merajuk yang tidak sudah aku pekakkan telinga dengan rindu yang menjerit aku butakan mata dari hati yang resah lalu . . . siapa aku? layakkah aku tersenyum bila ada jiwa yang menantiku layakkah aku menyoal tentang bahagia? bila ada jiwa yang menderita kerana kedegilanku hamparan dunia yang terindah dari mata2 memandang bagiku .. hanya kontang dan lusuh lalu. . . apa maknanya bagiku?

mudah-mudahan . .

Image
Aku melihat. . setiap makhluk yang bernama manusia itu tulus dan jujur jiwanya maka aku tidak melihat. . dari sudut mata pandangan syaitan yang berprasangka dan punya rencana untuk menghancurkan jiwa2 yang bernaung hanya dari 1 kalimah la ila hail lallah aku mengembara di dunia yang kelam ini yang dipenuhi insan2 yang lalai dan terlupa namun, disatu sudut disana.. aku lihat . . . terbitnya cahaya dari insan2 yang beriman dan bertakwa aku bersujud dan berdoa. . . "ya allah tutupkanlah pandanganku dari dunia yang penuh silap mata dari nafsu yang mengancam jiwa tenangkan jiwa ku bersama hamba2 mu yang soleh dan solehah" kalam ini yang tidak pernah terhenti bersuara dari hati yang dhaif moga sinar itu terbit jua dilaluan hidupku

jika esok masih ada..

Image
Jika esok masih ada untukkuberbicara akanku karang 1 puisi yang terindah untukmu Jika esok masih ada untukku aku ingin memeluk tubuhmu tersenyum untukmu bermanja dibahumu dan jika esok masih menjelma untukku aku ingin nyatakan bahawa aku tidak pernah jemu menyintaimu aku cinta sayang rindu dan kasih padamu hari ini, esok dan selamanya Namun, jika esok tiada untukku. . . moga ada insan lain yang lebih menyintaimu melebihi cintaku. . "demi cinta yang ada ini biarlah ia tumbuh dan mekar kerana allah jika cinta yang terbina tercipta dari nafsu yang hina biar saja cinta ini berakhir disini. . ."

aku ternoda. . .

Image
Diperjalana dunia ini aku adalah sang kerdil yang bernaung dan bernafas dibawah ikhsan tuhan dan rahmatnya yang maha agung namun. . . aku adalah diantara mereka yang tersasar terjelupuk dilembah dosa kerana apa? kerana bila. . nafsu mengatasi akal kenikmatan dunia membutakan mata ya allah. . . hamparkan aku hidayahmu sesungguhnya. . . aku ternoda oleh masa. .

Ramadhan . .

Ramadhan. . . kau datang bersama sinarmu yang terbentang sejuta keindahan dibawah rahmat tuhan Ramadhan. . bukan semua makhluk tuhan dapat menghayati keindahanmu bagi sesetengah insan hadirmu bagai putaran masa yang datang dan pergi Namun, bagi sesetengah insan lain pula Hadirmu umpama bonus untuk mencari redha tuhan Ramadhan . . . kau lah sinar bagi hati2 yang bertakwa dan bagi jiwa2 yang mati Ramadhan. . . moga kehadiranmu tidak ku persiakan dengan kesibukan masa dan kebodohan nafsu yang meracau jiwa

iskk..iskk..iskk.. .

Wanita 1: sayang, u cintakan i? Lelaki : iskk, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Klo u xde mati i.. Wanita1: betul? Lelaki: ye sayang, I tak tipu. Wanita1: u ni, jangan la raba2 i.. Lelaki: I raba sikit je sayang Wanita1: taknak la. . klo terlanjur mcm mane? Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u Wanita1: betul? U nak kawen dengan i? Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je. SETAHUN LEPAS TU. . . Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain.. Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u? Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i? Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. . Wani

aku tak tahu. . .

Jika dulu sebuah puisi atau bicara cinta Menjadi hiasan dikala sepi menyapa jiwa Tapi kini. . Jiwa seakan bisu untuk mengarang 1 kata pun tak mampu aku bertanya pada diri gelora apakah yang sedang melanda? Hingga jiwa usang dan tandus Jawabnya. . “aku karam ditengah lautan yang tiada gelora”

sedetik itu. . .

apa maksudnya? pabila dedaunan kering jatuh diribaan apa hanya kebetulan? atau satu msg tentang kehidupan yang perlu menjadi iktibar bahawa hidup ini adalah 1 persinggahan bila tiba masanya pemergian menjadi titik nokhtah bagi sebuah pentas kehidupan sedetik itu.. bukan hak milik yang hakiki. . . kesedaran yang terlindung dari sebalik kekerasan hati. .