Posts

Showing posts from July, 2019

Impian Deqyah

Bismillahirrohmanirrohim.. Andai seseorang bertanya pada Deqyah, jika Deqyah diberi Peluang untuk buat sesuatu. apa yang akan Deqyah buat? mesti nak kata Deqyah nak kayakan? Opss..! wrong answer ea. Deqyah suka berbisnes. Tapi tak pernah berimpian untuk kaya. Cukup Sekadar rezeki tu berkat dan Allah Redha, dah cukup. Terlalu banyak harta, akan menjadikan beratnya untuk Deqyah jawab soalan munkar dan nakir. Baik, Berbalik pada soalan di atas.  apa yang Deqyah nak buat/lakukan jika diberi peluang mencuba sesuatu? Deqyah teringin sangat nak terbitkan 1 buku. 1 buku berkenaan, INDAHNYA SEBUAH TAUBAT. Banyak orang yang rindukan sebuah ketenangan. tapi mereka masih tercari-cari di mana ketenangan tersebut. Hakikatnya erti sebuah ketenangan itu terletak pada TAUBAT. seandainya seorang insan itu tahu. bahawasanya TAUBATAN NASUHA itu akan merubah hidup dia. menjadi insan yang paling bahagia di dunia dan akhirat. PASTI! dia akan mencari-cari erti TAUBAT yang sebenar.

Repost 2010

Aku hanya lah si hamba menumpang disudut bumi yang sementara Aku mengembara diserata kehidupanku Menjadi titik permulaan dan pengakhiran satu kehidupan Dimana dan bila terhentinya pengembaraanku Hanya allah yang tahu. . . Kerana tiada hujahnya untuk aku berhujah Bila waktu itu akan tiba~ Namun, selagi allah menginginkan untuk aku berada di bumi yang semakin tua ini Maka, aku akan terus berjalan dan bernafas di atas izinnya. . . Aku bukanlah si kecil lagi Untuk aku terus bermain dan alpa dengan perjalanan hidupku 1 misi yang termaktub sejak azali Adalah memperhambakan diri kepada yang maha mencipta Namun, aku adalah di antara yang gagal Untuk menepati apa yang harus aku tepati Demi sedikit masa yang masih tersisa Pengharapan ku adalah mencari redha “nya” dan redha suamiku Yang selebihnya. . . aku serahkan pada allah. Semoga di akhir perjalanan ku disisi hamba-nya yang dikasihi dan beriman Buat yang pernah m