Posts

Showing posts from April, 2009

sahabat

Sahabat.. aku bersyukur dan bersujud kerana pertemuan ini hadirmu lebih indah dari warna pelangi jenuh aku mengembara mengilingi 7 lautan dunia mencari sahabat sejati dan kini allah menghadiahkan insan sejujurmu menitis air mata ini kerana hadirmu menyentuh hati sahabat.. jika aku diminta memilih antara kau dan segunung harta aku akan merebutmu biar harta hilang dipandangan mata namun, jika kehilanganmu aku tidak bermakna kerana kau adalah jiwa rupa dan harta perlu dijaga tapi sahabat kita saling memelihara sahabat.. jika kau bersedih aku sentiasa ada bahu ini sentiasa sudi menampung air matamu telinga ini tidak pernah jemu mendengar setiap keluhanmu bibir ini tidak pernah lelah memujukmu dan aku sentiasa ada dan ada untukmu sahabat.. jika langkah ku songsang tegurlah dengan hikmah dan ilmu jika sayang.. berikan keberaniamu untuk menegur silapku kerana aku hanya insan biasa yang dilingkungi sejuta kekurangan tanpa secalit kelebihan dan hadirmu menyempurnakan aku sahabat.. "

mak!!

blur!! hari ni pale blur entah pape.. 10 mende aku cube karang 1 ape pun xjadi aku nak msk rendang jadi telur 3 suku pulak perumpamaan je tu.. hikhikhik adehhh.. ape kene la ngan aku ni sengal semacam je huwaaaaa.. mak!!!!

mungkin

Mungkin langkah ini perlahan Tertateh aku berjalan Pandangan sinis aku endahkan bicara haru aku biarkan yang sebuk akan terus menyebuk yang pasti.. langkah ini adalah 1 pertaruhan tanpa keberanian mimpi tidak akan bermakna

aku rela berkorban (ep 1)

Gemersik suara unggas dan hembusan angin senja membuatkan adriana sofea leka dijendela. fikirannya mengerawang jauh terkenangkan adam iskandar. ahhh! dia lah lelaki tampan yang berjaya mencuri hatinya. bertahun dia cuba mempertahankan hatinya dari diteroka oleh insan yang bernama lelaki. namun, Adam Iskandar menceroboh tanpa sedar. Biar pun begitu, kini dia bahagia kerana dicintai lelaki tampan itu. bip..bip.. Adriana tersenyum, sms yang dinanti2 saban waktu. pantas tangannya mencapai hp diatas katil. dia menerap sambil mata tertancap pada screen hp. " syg dah solat maghrib? hari ni adam rindu sgt kat syg.." ringkas sms Adam Iskandar, namun, memberi maksud yang tersendiri. dia tekan botton reply.. "dah.. masuk waktu je kite terus solat, ariana pun lindu stg kat dia tau.." Adam iskandar tersenyum puas bila sms yang tersayang muncul di screen.. ahh! Adriana sofea.. ingin saja aku memperisterikan kau secepat mungkin. namun, batas dan waktu tidak mengizinkan, tunggu l

perang dengan cinta

aku istiharkan perang dengan cinta dengan 9 tentera dendam berserta 8 senjata benci dengan 7 tikaman marah 6 pistol ego dan 5 senapang geram jika cinta berani datang mengusik hati dengan sengaja aku bersedia dengan 4 silat tanpa guru sebagai pembuka peperangan 3 langkah berani dengan 2 gerak tanpa senyum maka peperangan dengan cinta akan bermula hanya dengan 1 merajuk yang menjadi punca perang dengan cinta ekekekeke.. peace!

aku suka

aku suka melihat bintang kerana dia menawan aku suka hujan kerana dia memberi ketenangan aku suka bulan kerana dia memberi cahaya dalam kegelapan dan aku juga suka bicara indah kerana dia buat aku tersenyum

kerana hati . . .

Ada seungkap bicara yang ingin terungkap namun, tiada kata indah yang tercoret Ada sejuta rasa yang ingin dititip namun, tiada suara yang terdengar jiwa yang selalu menjadi mangsa dek hati yang tidak bertanggungjawab jiwa yang sengsara kerana hati yang bengong akhirnya sesal tiada berguna jiwa hanya mampu rela kerana hati adalah raja

subuhku

subuh kau datang lagi mengejutkan aku dari mimpi kau pinta aku sujud kehadratnya mohon ikhsannya kau ingin aku berkhalwat dengannya penuh rasa bersyukur kau bisikkan ditelingaku bahawa aku diantara mereka yang bertuah kerana masih bernafas dan bernaung dibumi indah kau bisikkan lagi bahawa wujud aku dibumi ini hanya untuk seketika kau peringatkan agar aku tidak tertipu dengan dunia kerana dunia hanya tempat persinggahan aku menangis aku takut! kerana aku diantara mereka yang sering alpa dan leka lalu aku bertanya padamu duhai subuh apakah masih ada ruang untuk aku disisi allah? jawabmu " rahmat dan ksh syg allah selalu melebihi kemarahannya"

andai aku pergi

Andai aku pergi biar tulisan ku menjadi penganti diri penawar rindu andai aku pergi fahami setiap kata-kataku disitu ada kasih yang tersimpan untukmu disitu juga ada kalimah cinta yang aku ilhamkan hanya untukmu andai aku pergi simpan setiap janji yang pernah aku ikrarkan aku teguh disini kerana janji yang terpatri andai aku pergi kenang aku dalam memory lepaskan aku dari kenangan agar ada tempat dan ruang untuk insan lain merajai hatimu diakhir kata ini apa yang pernah aku ucapkan jujur dari hati yang sangat mengasihimu

hikss..

Cinta itu indah halusi dengan iman dan takwa Cinta itu anugerah hiasi dengan kejujuran dan keikhlasan Cinta itu manis semaikan dengan kasih Cinta itu semangat Eratkan dengan kesetiaan Cemburu??? perlu ada dalam cinta kerana cemburu itu tanda sayang tapi jangan cemburu keterlaluan hingga mendatangkan bahana! ekekeke.. tawan hati kekasih dengan cara tersendiri hinnga tidak kelihatan insan lain dimatanya resahkan hatinya dengan kasih syg hingga dia hanya menyintai kau seorang hebat sebuah cinta mampu meroboh tembok cina ahakss..

malam ini

Malam ini Bintang dan bulan membuat ku tersenyum angin membelai dengan kasih namun, pelangi tiada untuk aku bermanja aku menanti hujan turun tapi aku takut jika bulan dan bintang hilang hujan! jika kau datang berikan sedikit ruang pada bulan dan bintang agar mereka tidak merajuk dan cemburu aku hanya melihat matahari semalam esok aku akan menunggu lagi tanpa jemu tapi penuh rindu matahari.. biar perit sebuah pernantian itu namun, percayalah aku tidak pernah berubah malam ini aku ingin tidur dengan lena tanpa secalit resah dan gelisah

jangan biarkan bahagia itu pergi

Mengapa biarkan jiwa itu hidup dalam kensunyian sedangkan disana bahagia sedang menanti mungkin kenangan itu indah namun, jika ia menyakitkan biarkan ia pergi jangan hidup dalam kekesalan kelak, jiwa mu akan mati hiduplah dengan penuh harapan moga hidupmu lebih bermakna jadikan pengalaman sebagai pengajaran bukan satu alasan untuk kalah dalam kehidupan bukan soal lelaki atau perempuan tapi soal bagaimana kita membawa diri disimpang payah atau mudah bahagia itu indah jangan biarkan ia tenggelam dalam sunyi yang menyakitkan

senja ini

Senja ini aku terdiam tanpa suara aku kaku tanpa kata aku cuba tafsirkan senja yang indah ini bersama matahari yang tersenyum namun, aku lihat awan cemburu pelangi merajuk seperti aku endahkan mereka bukan itu yang terhampar ada sejuta kasih seribu sayang namun, aku bingung untuk melahirkannya menjadi mutiara yang terlihat hanya kaca maka banyak hati yang terluka aku berdiri dianjung senja ini dengan rasa bersalah

Merpati

Merpati... hari ini aku bersedih kerana aku buat dia menangis Merpati semalaman aku berfikir berdosakah aku membuat dia terluka merpati salahkah jika aku ingin pulangkan kembali hatinya yang tidak sengaja ku curi? kerana aku tidak mahu dia terluka dan menangis kerana aku aku tidak mampu berdiri disampingnya maka kerana itu aku mahu melangkah pergi Merpati apa daya diri ini aku tidak mampu.. andai pertemuan ini hanya 1 dugaan moga masih ada sisa kekuatan maafkan aku.. andai aku dibenci maka aku terpaksa merelakannya Merpati terbang padanya dan khabarkan bahawa aku bersalah biar aku pergi kerana bahagianya tetap ada walau tanpa aku End..

Bintang dan hujan

Bintang itu cantik selalu memukau pandangan Hujan pula indah kehadirannya selalu menjadi penantian namun, jika hujan hadir maka bintang akan hilang antara bintang dan hujan mana yang lebih utama? aku suka bintang kerana cahaya bintang buat aku tersenyum tapi aku juga suka hujan kerana hujan mendamaikan ahh! aku keliru.. antara hujan dan bintang kedua2nya istimewa apakah aku boleh memilikinya dalam 1 masa? hujan takkan marah? bintang takkan merajuk? aku sayang keduanya Hujan dan Bintang Jangan tinggalkan aku

milikmu

Malam itu. . . aku terlalu letih maka aku tertido tanpa mengucapkan selamat malam padamu esoknya. . kau merajuk katamu" payahkah untuk menetapkan seminit untukmu?" aku diam tanpa jawapan kerana aku juga merajuk tidakkah kau tahu aku menetapkan setiap waktu untukmu bukan untuk seminit tapi untuk seberapa waktu yang kau inginkan jika kau menyintai aku seperti mana aku menyintaimu pasti kau tidak akan meragui sejujur cinta yang telah terbina untukmu ketahwilah kekasihku jika aku terlupa bukan kerana aku tidak merindu jika aku tidak berbicara sepatah kata bukan kerana aku jemu jika ada yang menegur dan aku menyapa bukan kerana aku tidak setia sesungguhnya aku telah menetapkan.. sayang, kasih dan rindu ini semunya milikmu.. kerana hati ini adalah kepunyaanmu..

sebuah tanda tanya..

cinta. . untuk apa? nafsu? atau kerana allah? cinta.. demi apa? untuk suka-suka atau sampai ke syurga? salahkah? jika cinta tanpa berpegangan tangan? kolotkah jika bercinta tanpa berpelukan? kerana apakah cinta itu? lelaki. . . itu siapa? pemimpin dunia? keluarga? atau sekadar memimpin dirinya? dimana terletaknya kehebatan seorang lelaki? apakah tatkala dia berjaya meroboh kesucian seorang wanita maka! dia digelar juara? jika itulah seorang lelaki maka layakkah mereka digelar khalifah allah? wanita. . . siapa mereka? perhiasan dunia? atau hamba kepada nafsu? mereka itu indah? dimana terletaknya keindahan mereka? dijalan? di kelab malam? dimana letaknya malu seorang wanita? pada tubuh yang didedahkan? pada rambut yang ditayangkan? hakikatnya... cinta itu indah lelaki itu khalifah wanita itu anugerah jika disatukan dengan iman dan takwa maka tiada terlahirnya anak-anak tanp SEORANG BAPA

Wanita

wanita solehah adalah seindah hiasan di dunia. . . wanita yang sejahtera adalah wanita yang memiliki iman dan takwa yang memelihara sifat malunya kerana allah. . wanita yang beriman adalah wanita yang redha dengan setiap apa yang termaktub oleh dirinya wanita yang hebat adalah wanita yang kuat melawan hawa nafsunya yang kental melawan gelora jiwanya yang inginkan dunia wanita yang cerdik adalah wanita yang boleh merubah keadaan buruk menjadi baik "cantiknya seorang wanita apabila dihiasi dengan ilmu dan peribadi yang mulia"

sekadar pesanan..

Bukan mudah untuk membawa diri kearah jalan kebaikan dan bukan juga payah untuk membuat kejahatan buat baik perlu sejuta kekuatan buat jahat! pejam mata dah boleh jalan jika pahala dan dosa diperlihatkan! pasti semua berlumba mengejar pahala dan semua berlari dari dosa duhai diriku dan temanku lihatlah dari sudut diambang maut jika kita terus leka kita akan tercampak dalam lombong kehinaan! sesungguhnya..kasih sayang allah selalu melebihi kemarahannya

Jangan biar aku resah

Di senja nan indah ini aku berlari keanak-anakkan untuk menyentuh matahari yang semakin tenggelam jika matahari pergi tanpa sempat aku melihatnya maka, malam ini aku tidur dalam rindu hati ini akan resah jiwa ini akan gundah duhai matahari tunggu aku. . izinkan aku menatapmu biar untuk seketika waktu agar malam ini tidurku lena tanpa resah dan gundah merinduimu

Kejujuran

Andai kejujuran boleh dibeli aku sanggup gadaikan diri Andai kejujuran boleh diminta aku rela menjadi pengemis buta Andai kejujuran dalam hutan hantu aku sanggup sesat disitu Andai kejujuran dalam lautan dalam aku rela karam dan tenggelam Andai kejujuran dalam mulut serigala aku sanggup dibahamnya tapi sayang. . . kejujuran berada dalam hati insan yang tidak boleh diteroka dan dipaksa hanya terlahir bila direlakan kelahirannya

realitynya. .

Lihat dari jauh seperti mutiara berharga lihat dari dekat rupanya hanya gangsa Dengan khabar berita seperti manusia sempurna Bila jumpa depan mata Hanya indah khabar dari rupa itulah realitynya. . "sinar bintang dilangit, belum tentu sinarannya asli"

pape jelah . .

Jangan melihat dari mata yang kecewa Lihatlah dari kaca mata usaha Jangan menangis dihamparan bahagia senyumlah diatas lautan duka jangan melangkah dengan takut pergilah dengan keberanian jiwa

Biarkan . .

Biarkan saja bicara ku terus begini kerana ku tahu dia pasti akan ceria bila ku temui dirinya dalam diriku Biarkan saja hari ini ku bercerita tentang duka kerana ku percaya dia pasti datang membawa bahagia Biarkan saja aku terbang sendiri di awan biru yang tinggi kerana ku yakin diakan hampir menemaniku Biarkan saja gelora ini membunuhku. . kerana ku tahu sebelum ku mati diakan hadir menyelamatkanku biarkan saja. .

aku takut

Kerana memory . . . aku umpama bayangan sepi takut memasang impian resah dengan sebuah harapan Duka dan luka yang telah sebati kadang tanpa bahagia aku mampu berdiri kerana duka sering mengusikku luka selalu menemaniku maka aku telah terbiasa. . . saat bahagia datang aku takut dan gelisah kerana.. aku takut jika bahagia itu hanya mengujiku . . Biar sepi menjadi teman dari bahagia yang datang seketika

bicara kosong

Dalam setiap bicara Tiada watak yang tercipta Dalam setiap kata cinta Tiada hati yang dipuja Dalam yang terkarang Tiada yang tersayang Hanya bicara kosong Dari Hati yang terpesong

Tiap

Tiap degup jantung ini ada dirimu. . . Tiap gelora hati ini ada Deruan Rindu untukmu . . Tiap hela nafas ini Ada hembusan kasih ku terhadapmu Tiap bicaraku ada nama mu Tiap lakaranku ada cintamu Setiap rongga hati ini ada sejuta harapan dan impian untuk bersamamu

S.a.y.a.n.g

aku hilang dalam dirimu aku kalah dalam kasih sayangmu aku menangis saat kau menyentuh hatiku namun, aku terpujuk dengan cintamu aku bilang setiap saat untuk bersamamu aku rindu dan terlalu rindu . . . aku menncari sebab mengapa aku menyanyangi namun, tiada sebab yang aku temui tiada sehari pun yang berlalu tanpa aku merindu . . .

diakhir 5 minit

Di akhir 5 minit ini aku ingin bercerita tentang soal hati yang entah apa-apa Di akhir 5 minit juga aku ingin melakar sebuah lukisan indah Diakhir minit ini aku ingin memadamkan semua resah Diakhir 5minit ini aku ingin lagi . . namun, 5 minit terlalu singkat untuk aku berkata dan melakar sesuatu maka, aku biarkan 5minit berlalu dengan pandangan jauh . . .
Duhai hati . . jangan berpuisi sedih duhai jiwa. . jangan berlagu pilu jika berterusan begini aku suram umpama langit mendung berikan sedikit cahaya bulan agar aku berseri . . .

janganlah . .

Jika aku tersalah tegur dengan hikmah jika aku bersalah marah dengan kasih jika aku salah melangkah pimpin dengan sayang namun, janganlah patahkan hati ini dengan bicara-mu yang menyakitkan . . kerana, aku takut! jiwa yang tabah itu patah . .

jika

Jika yang sepatutnya memelukku dengan kasih memandang penuh keji dan bersuara hampa maka, aku umpama burung yang kehilangan sayap Jika bahu tempatku mengadu menolak penuh marah maka, aku hanya serangga kecil yang meminta simpati Jika tubuh yang ku pohon menumpang kasih berada dihujung anjung dan tidak menoleh kearahku maka, aku hanya pengemis di jalanan entahlah. . . seketika ini, aku harus tabah dan kuat . .

Sukar

sukar untuk memahami apa yang terbuku di hati insan lain sangka madu rupanya hempedu dan dendam yang tertanam kadang terfikir, adakah alat untuk memenangi sekeping hati? dan adakah sesuatu untuk memahami jiwa insan yang dikasihi? mungkin hati kecewa dengan khabar yang tidak disangka namun, ikatan yang terjalin membuatkan hati tidak mampu marah hanya mampu menerima dan berserah . . . jika suara ku mampu didengar aku ingin katakan, aku terlalu sayang . . biar aku dibiar sendiri dalam mengayuh sampan kehidupan biar aku dihukum atas sesuatu yang membunuh jiwa kecil ini namun, kasih sayang ini tetap utuh cuma, saat ini aku akan membawa hati yang kecewa dan hampa . . pengajaran buat aku yang terlalu suka dimanja bahawa emas itu belum tentu TULEN . . .

jauh hati . . .

Aku tidak kesah jika yang berkata mereka yang tidak mengenali siapa aku aku tidak heran jika yang berbicara mereka yang tidak tahu perkara sebenarnya namun, aku terlalu kecewa jika yang bersuara mereka yang ku kasih Aku tidak minta untuk difahami cuma janganlah berterusan menghukum aku tidak meminta simpati cuma berilah aku kesempatan untuk bermula semula aku terlalu berharap mereka tempat ku bersandar aku terlalu mengharap mereka yang berdiri disampingku tapi kenapa. . . memuji dihadapan? namun keji dibelakangku? sukarkah untuk mengerti. . . apa yang berlaku bukan di atas kehendakku? aku yang tidak pernah merajuk namun, saat ini aku terlalu jauh hati . . .

Hanya 10 minit

Mencantas mimpi yang panjang Dengan solat, zikir dan al-quran Biar masih ingin asyik namun, seruan ilahi bingkas tubuh pinjam ini bangun Hanya untuk 10 minit bersama kekasih Hanya untuk 10 minit membaca kitab suci-mu aku bersujud bersyukur . . kerana masih diberi kesempatan untuk menyebut nama kekasihku. . subuh yang terlalu dingin namun, menghambat sejuta rasa nikmat . .

hanya Dirimu. . .

aku lihat engkau seperti air laut lalu aku hidup ditepi pantai untuk melihatmu aku lihat engkau seperti bintang lalu aku selalu menunggu malam aku lihat engkau seperti hujan lalu aku berharap hujan tidak akan berhenti aku lihat engkau seperti lagu klasik lalu aku menyanyikannya menjadi music hidupku aku lihat engkau seperti puisi lalu aku menjadi seorang penyair aku lihat engkau seperti isteri/suami lalu aku merelakan kau menakluki hati dan aku juga lihat tiada yang sempurna melainkan hanya dirimu. . .

keluarga

keluarga itu jiwaku mereka hidupku keluarga itu penawar mereka kekasihku keluarga itu harta mereka segala-galanya keluarga itu permata mereka tiada nilainya tanpa keluarga aku hanya pengemis buta

Entah

Entah mengapa bicara ini sedih entah mengapa bicara ini kaku apakah akan datang suatu hari, dimana semua kesedihan dan kekakuan ini berubah seperti kerlipan bintang? indah seperti lukisan awan? aku lelah dengan bicara luka aku letih dengan bicara benci namun, yang terkarang hanya ini yang tercoret hanya itu. . . moga saat itu akan melewati hidupku tika itu akan mencoretkan yang indah-indah tanpa secalit duka dan luka hanya kebahagian dan senyuman namun, jika hari itu seperti membuat istana dikaki langit biarlah bicara ku terus begini . . .

aku ingin . . .

aku ingin mencari teman yang dipenuhi kejujuran namun, aku diuji dengan penipuan aku ngin mengenali keikhlasan namun, aku menemui kehampaan aku ingin memasang impian namun, harapan hanya angan aku juga ingin mendaki gunung yang paling tinggi untuk menjerit sepuah hati. . . aku ingin berlari ke hujung dunia untuk melupakan segala yang menyentuh jiwa aku ingin memetik bulan dan bintang untuk membuat teman dikegelapan malam aku ingin. . . dan aku ngin. . .

apakah?

Apakah 1 perubahan mampu merubah keadaan? apakah 1 perubahan mampu merubah 1 kesilapan? apakah 1 perubahan mampu merubah sejuta pandangan apakah 1 perubahan mampu merubah kata-kata insan? apakah 1 peubahan mampu meraih kejayaan? apakah 1 perubahan mampu mengubati kelukaan? dan apakah 1 perubahan mampu memadamkan sebuah kenangan?

Rindulah . .

Image
Sofia oh sofia. . . selalu aku kalah dengan budak sorang ni... ingat nak balik umah 17 ni, tapi rindu sangat kat anak buah aku ni. kalau xde aral melintang, esok aku balik. rindu la sayang. . Rindu sangat2. . .

apakah kita sudah bersedia?

Perjalanan hidup ini umpama sebuah lukisan jika kita bijak melukis,lukisan itu akan menjadi perhatian namun, jika sekadar melukis tanpa kesungguhan lukisan itu akan menjadi hambar dan tidak menarik hidup ini akan menjadi indah . . . jika diukir dengan pelbagai warna warni kehidupan jangan berputus asa bila tersalah langkah dan terjatuh kerana selagi kau bernafas peluang untuk melangkah kehadapan masih terbentang luas. janganlah! mengkhianati diri dengan berterusan hidup digerbang dosa, kerana jika mati sebelum bertaubat tempatnya adalah neraka. kini, kematian terdengar dimana-mana mungkin esok, lusa kita adalah orangnya. . . sering kita diingatkan tentang keindahan syurga dan kegerunan api neraka, namun, apakah ada kesedaran dihati kita? allah itu maha pengampun . . . sebelum matahari terbit dibarat, sujudlah kehadratnya bersama sejuta penyesalan akan tiba suatu hari, dimana kita akan bertemu tuhan. apakah kita sudah bersedia? dengan bekalan ketika di dunia?

Ya allah . . .

ya allah . . . Aku inginkan syurga namun aku masih leka dengan dunia aku takutkan neraka namun, aku masih alpa aku bencikan syaitan laknatullah namun, aku selalu mengikut jejaknya kematian itu hampir tiba namun, aku selalu terlupa ya allah . . . jangan biarkan kejahilanku menempah tiket ke neraka ya allah . . . tunjukkan aku jalan kebenaranmu

Mimpi Yang Tak sudah

Apa makna impian Datang dan pergi Membawa hati Menyusuri kembali Jalan-jalan sepi Kau kah di situ Yang menantiku Atau jelmaan Dalam kenangan Yang bernama pengalaman Siapakah di antara kita Dengan rela menjadi pendusta Siapakah dulu membina harapan Dan siapa yang memusnahkan impian Tanpa sebab dan alasan Kau lahirkan perasaan Bagai taufan tiba-tiba datang Dan menghilang Kau bayang-bayang Masa nan silam Ada ketika terbawa-bawa Oleh resah mimpi yang tak sudah -Ibnor Reza-

Kata-kata yang menawan hati (bukan bicara ku)

Teman,aku ingin Teman tersayang, Aku ingin kita seperti Abu Bakar Al-Siddiq Persahabatan terjalin kerana Al-Khaliq Harta dikorban bukan sedikit Cintakan kebenaran,sanggup bersakit Serta tawakal Ibrahim mulia Ketika meninggalkan insan tercinta Di bumi tandus tanpa bicara Meyakini Allah sebagai penjaga Aku impikan antara kita seorang ummah Berdiri tatkala tunduknya manusia Bersuara tatkala diamnya mereka Menggerunkan musuh durjana Serta senyuman Syed Al-Qutb Ketika berhadapan dengan tali maut Akidah mantap tidak terenggut Roh dakwahnya tidak surut Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair Menahan panahan hajjaj dengan rela Bersama si ibu tua Lantas syahid rohnya ke syurga Marilah kita menyemai benih Hasan Al- Banna Fikrahnya jernih menggegar dunia Merelakan tubuhnya dimamah peluru Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul Aku cintakan pemuda Giffari Menentang kezaliman walaupun diancam Mogakan lahir lagi di abad ini Jiwa jitu pemuda yang tidak pernah suram Aku ingin sepemaaf Yusuf Tetap m

awak. . .

Awak... kite sedih sangat kite nak pinjam bahu awak leh? nak nangis kat situ lame-lama nak ngadu kat awak sume pasal kite. . . awak... boleh tak bagi masa awak skit kat kite? sekejap je, 10 minit pun xpe kite perlukan awak sangat-sangat tapi kite takut kite akan bebankan awak awak... betul ke awak sayang kite? kalau ya! kenapa awak selalu abaikan kite? kenapa awak selalu buat kite sedih? awak tipu kite ye? awak... kite tahu kite bukan sape-sape kite takde pape kite tak istimewa tapi jangan mainkan kite awak... kalau awak nak pergi tinggalkan kite pergilah... kite takkan halang awak cuma 1 je kite nak awak tahu kite tak pernah tipu awak awak... awak taukan? kite sayang awak? sayang sangat terlalu sayang awak... kite dah ngantuk sok kite nak bagitahu awak lagi yang kite sayangkan awak walau pun kite ego tapi kite betul2 sayangkan awak. . awak.. sebelum kite tidur kita nak awak tahu kite rindukan awak rindu sangat2 awak... selamat malam ceom pipi awak skit "emmmuahh" (ha

siapa?

Siapa yang menggoda? siapa yang tergoda? siapa pula yang ternoda? yang menggoda itu gila-gila? yang tergoda itu hampir gila? atau yang ternoda itu yang gila? siapa yang untung? yang ambil untung? dan yang beruntung?

kerana mereka. . .

Semalaman aku berfikir apakah akhirnya semua ini apakah sangkar ini akan terus membuat aku menangis atau sangkar ini mengajar aku erti kehidupan yang tertulis untukku bukan mengeluh atas apa yang termaktub namun, aku hanya ingin memahami apa yang terselindung agar kelihatan sebuah jalan yang harus ku lalui bukan perjalanan yang penuh dengan kabus kehidupan memang payah melangkah dari kesilapan semalam namun, disebalik kepayahan itu aku harus terus melangkah biar kadang kala. . bertemu dengan insan yang sengaja ingin mengambil kesempatan aku hanya mampu tersenyum, kerana dia hadir dalam takdirku. . . terkenang kepada mereka yang sentiasa membawa senyuman aku endahkan duka yang bertandang. . . terkenang mereka yang mengharap aku abaikan hati yang gundah kerana mereka aku perlu bangun dan biarlah aku nisankan sebuah impian yang telah terlahir dalam hati . . .

kadang. . .

Kadang, hati terusik dengan bisikan kasih kadang, hati tersentuh dengan belaian sayang sehingga hati terleka dan terlena. . . Seharian dimanja dengan pelbagai impian seharian dipeluk dengan sejuta pengharapan mampu Rapuh hati yang teguh. . . namun, jika dillihat pada reality segalanya hanya mimpi. . . Hadir untuk mengusik-ngusik hati. . .

Unggas

Aku terdengar bisikan sang unggas bersuara penuh misteri. . . katanya. . "aku hanya bermimpi" aku hanya tersenyum dengan gurauan sang unggas mana mungkin aku bermimpi sedang aku masih terjaga Dan tiada pengharapan yang aku harapkan untuk aku lakarkan ia dalam sebuah mimpi sang unggas yang cemburu. . .

Dari Seseorang

Terdengar lagu awak Terus teringat awak Terbayang senyuman di wajah awak Tersemat rindu pada awak Terpaut kasih untuk awak Terbit rasa sayang dengan awak Terpahat cinta kerana awak Terpatri impian untuk hidup bersama dengan awak .....

ada sesuatu. . .

Ada yang ingin terluah namun, kegusaran yang menghimpit membuatkan bicaraku tersekat di kerongkong. . ada yang ingin ku hamparkan menjadi bicara yang akan menghurai setiap simpulan yang terbelit namun, terlalu payah untuk aku lakukan ada yang ingin ku lafazkan agar jernih kekeruhan yang melanda namun, aku tidak mampu akhirnya. . . aku terpaksa membalas semuanya dengan DIAM walau dalam hati ada sejuta perkara yang ingin aku sampaikan

Memory

"memory umpama bayang-bayang yang akan sentiasa mengekori kita." Walaupun kita dapat menipu berjuta mata yang memandang, namun, satu hakikat yang pasti kita takkan dapat menipu diri sendiri, walaupun kita dapat membalas setiap pandangan dengan sebuah senyuman, semua itu hanya untuk menyembunyikan keperitan yang tertanggung. Larilah kehujung dunia. . . memory itu tetap takkan hilang, andai ia adalah suatu MEMORY INDAH kita akan sentiasa tersenyum bila ia kembali melewati hidup. namun, jika ia MEMORY LUKA saat ia datang mengusik jiwa, kita akan menangis. . . Hari demi hari aku cuba memahami erti hidup sedikit demi sedikit, agar aku tidak terkurung dalam sangkar semalam, dan aku dapati, hidup ini penuh dengan hukuman! hukuman yang boleh mematikan jiwa yang cuba kembali hidup. yang salah tetap bersalah, namun, yang telah berubah janganlah terus menghukum, jika kita tidak memberi ruang bagaimanakah "Dia" dapat mencari ruang?? salahkah jika kita membantu mereka yang

i love you

Waaaaaaa!!! hurmm. . . entah la.. . menyampah! tapi . . ahhh! entah la. uhh! waaaaaaa!! tak tahu la. . . iskk. . . adehhh. . . ada bende aku nak type tapi aku tak tahu apa... ayyark . . . mengong. . . haaa.. amek!! sebenarnya org nak cakap. . . i love you. . muahahahahaha.. siyes la. . i love you so much . . . bace x ni? tul la. . . sayang sangat gile2 sayang tau org xnak sape2 dah nak sayang sorg je nak manja ngan sayang nak ketawa ngan sayang nak menangis ngan sayang nak tulis puisi hanya untuk sayang sume untuk sayang. . . sebab? adehh. . . xde sebab la sayang cukup la sayang tahu yang orang sayang sangat kat sayang nak cakap sekali lagi la dan selalu nak cakap i love you i love you i love you muahhhh!!! april fool!!! muahahahahahahahahahaha! -DrGile-

aku selalu menunggu

Merpatiku. . . bawa aku terbang tinggi tenangkan hatiku dengan hembusan angin bersama keindahan alam yang menjadi hiasan bumi merpatiku. . . jangan terbang terlalu pantas kerana aku bisa terjatuh tubuhku terlalu kecil untuk terhempas dibumi yang keras merpatiku. . . jangan bawa aku dipersinggahan kotor kerana aku takut kekotoran itu akan melatari tubuhku merpatiku. . . jangan tinggalkan aku sendiri ditempat yang asing kerana aku takut jika aku tersalah langkah lastas terjatuh dalam lubang yang dalam merpatiku. . . jika kau pulang kesarangmu besok datang lah lagi menjemputku kerana aku selalu menunggumu. . .

kawan kita. . .

Kawan. . . bicara itu sangat indah jika dihiasi dengan kata hikmah kawan. . . Bicara itu sangat jelek jika dipakai untuk hati yang marah kawan. . . ada pelbagai rupa kawan disekeliling kita yang menghasut kearah kejahatan itu bukan kawan tapi syaitan yang lembut menyeru kearah kebaikan itulah kawan. . kawan. . . untuk mencerminkan siapa kamu lihat lah siapa yang menjadi teman-mu kau atau aku. . . kita saling punya kawan semoga kawan kita adalah insan yang beriman agar kita dapat bersama mencapai redha tuhan. . .

aku ada kamu. . .

Aku tidak pandai menyusun sebuah puisi indah buat kau terpegun atau melakar sebuah bicara hiasan umpama lukisan indah untuk menawan hati mu Yang terlahir itu. . . bicara dari lubuk hati bukan rekaan atau mainan untuk menjerat kamu. . . hanya satu. . . izinkan aku menikmati hari ini dan esok untuk menyayangi mu. . . . andai tiada ruang dan waktu untuk kita esok hari aku tidak akan mengeluh marah kerana aku hanya ingin menyayangi-mu tanpa mengharapkan apa-apa. . . Biar kau tidak memilih aku untuk mengisi ruang hidupmu aku tetap akan tersenyum kerana seketika ini aku terlalu bahagia kerana aku ada kamu. . . namun, jika kau ingin melangkah pergi jangan pergi tanpa sebarang kata. . . jauh dalam lubuk hati aku ingin kau selalu ada. . .