Aku tidak pandai menyusun
sebuah puisi indah buat kau terpegun
atau melakar sebuah bicara hiasan
umpama lukisan indah untuk menawan hati mu
Yang terlahir itu. . .
bicara dari lubuk hati
bukan rekaan atau mainan
untuk menjerat kamu. . .
hanya satu. . .
izinkan aku menikmati hari ini dan esok
untuk menyayangi mu. . . .
andai tiada ruang dan waktu untuk kita esok hari
aku tidak akan mengeluh marah
kerana aku hanya ingin menyayangi-mu
tanpa mengharapkan apa-apa. . .
Biar kau tidak memilih aku
untuk mengisi ruang hidupmu
aku tetap akan tersenyum
kerana seketika ini
aku terlalu bahagia
kerana aku ada kamu. . .
namun, jika kau ingin melangkah pergi
jangan pergi tanpa sebarang kata. . .
jauh dalam lubuk hati
aku ingin kau selalu ada. . .
No comments:
Post a Comment
Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .