Wednesday, April 8, 2009

kerana mereka. . .

Semalaman aku berfikir
apakah akhirnya semua ini
apakah sangkar ini akan terus membuat aku menangis
atau sangkar ini mengajar aku erti kehidupan yang tertulis untukku

bukan mengeluh atas apa yang termaktub
namun, aku hanya ingin memahami apa yang terselindung
agar kelihatan sebuah jalan yang harus ku lalui
bukan perjalanan yang penuh dengan kabus kehidupan

memang payah melangkah dari kesilapan semalam
namun, disebalik kepayahan itu aku harus terus melangkah
biar kadang kala. . bertemu dengan insan yang sengaja ingin mengambil kesempatan
aku hanya mampu tersenyum, kerana dia hadir dalam takdirku. . .

terkenang kepada mereka yang sentiasa membawa senyuman
aku endahkan duka yang bertandang. . .

terkenang mereka yang mengharap
aku abaikan hati yang gundah

kerana mereka aku perlu bangun
dan biarlah aku nisankan sebuah impian yang telah terlahir dalam hati . . .

No comments:

Post a Comment

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...