sukar untuk memahami apa yang terbuku di hati insan lain
sangka madu rupanya hempedu dan dendam yang tertanam
kadang terfikir, adakah alat untuk memenangi sekeping hati?
dan adakah sesuatu untuk memahami jiwa insan yang dikasihi?
mungkin hati kecewa dengan khabar yang tidak disangka
namun, ikatan yang terjalin membuatkan hati tidak mampu marah
hanya mampu menerima dan berserah . . .
jika suara ku mampu didengar
aku ingin katakan, aku terlalu sayang . .
biar aku dibiar sendiri dalam mengayuh sampan kehidupan
biar aku dihukum atas sesuatu yang membunuh jiwa kecil ini
namun, kasih sayang ini tetap utuh
cuma, saat ini aku akan membawa hati yang kecewa dan hampa . .
pengajaran buat aku yang terlalu suka dimanja
bahawa emas itu belum tentu TULEN . . .
AKU TIDAK PANDAI MENULIS YANG MENINGGALKAN KESAN DI HATI SESIAPA, TETAPI AKU BERHARAP SEDIKIT PENULISAN ATAU PERKONGSIAN YANG AKU SIMPAN DISINI. ADA MANFAAT BAGI YANG MEMERLUKAN.
Monday, April 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DOA ANAK RAJIN SOLAT
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...
-
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Assalamua`laikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala pujian bagi allah S.W.T. ...
-
Bismillahirrohmanirrohim.. Andai seseorang bertanya pada Deqyah, jika Deqyah diberi Peluang untuk buat sesuatu. apa yang akan Deqyah bu...
No comments:
Post a Comment
Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .