Posts

Showing posts from November, 2009

Cerpen Maafkan aku (ep 2)

“Sarah tak sihat ke? Mak tengok sejak kebelakangan ni wajah Sarah pucat lesi. Mcm org sakit je.’’ Risau Pn asiah melihat keadaan Sarah. Entah apa yang merunsingkan fikiran anak keduanya itu. “iskk, xdelah mak. Muke Sarah ok je. Cantik lagikan?.’’ Sarah cube berjenaka. Walau pun jenakanya nampak seakan dibuat-buat. “Sape kate anak mak ni tak cantik? Mestilah cantik, macam mak mude-mude dulu. Ramai lelaki ngorat tau. Sampai takut la abah ko. Haaa.. terus dia minang mak.’’ Sarah gelak besar. Dia sengaja mengalih topik. Dia tidak mahu Pn asiah mengetahwi apa yang melanda jiwanya. , “Sarah, mak ni bukannye ape. Sarah taukan Seorang ibu, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak2 dia. Kalau Sarah ada masalah. Bagitahu mak. Jangan pendam sorang2.’’ Pn Asiah usap lembut bahu Sarah. Sebagai seorang ibu, dia tahu. Ada yang merunsingkan hati kecil Sarah. “mak, Sarah ok la. Mungkin Sarah penat sikit keje kat kedai makan tu. Terkejar sana sini.’’ Sarah genggam erat tangan Pn Asiah. Dia cub

cerpen (maafkan aku) ep 1

Image
“syg. . pasni, xleh nakal2 dah tau.” Fahmi pandang Sarah. Dia takut sangat kalau Sarah jadi milik lelaki lain. Dan kerana rasa takut itulah, dia ajak Sarah nikah di Thailand tanpa pengetahuan Ibu bapa Sarah. Bukan dia tidak rasa bersalah. Cuma dia perlukan sedikit masa untuk berdepan dengan keluarga Sarah. “erkk, nape lak xleh nakal2?” sarah sandarkan kepala atas bahu Fahmi. “iskk, syg ni, kitekan dah jadi suami isteri, syg kena jaga diri bebaik untuk abg.” Fahmi genggam erat tangan Sarah. Dalam hati dia berjanji, akan membahagiakan Sarah. “abg..” “ye syg. .” “kalau mak abg tahu kita dah kahwin, mak abg tak marah?” Fahmi diam, dia sendiri tiada jawapan, Sarah terlalu baik, tapi entah kenapa puan Fatimah menghalang hubungan mereka. Dia hanya mampu berdoa suatu hari nanti hati ibunya akan terbuka untuk menerima Sarah sebagai menantu. Fahmi renung wajah sarah, dia cium dahi Sarah. “abg syg sgt..” Sarah senyum. Ungkapan sayang Fahmi dibalas dengan pelukan erat. ………………………………………………………

Ku Sedar. . .

Image
Ku sedar ku bukanlah permata pujaan Dan ku sedar ku juga bukan pilihan Tapi usahlah menghina keterlaluan Berikan sedikit rasa kemanusian Jika benci merajai hati Pergilah! Kerana aku tidak pernah memaksa untuk dicintai Kerana cinta dihalusi dengan kerelaan hati

kecelaruan malam

Image
Di dada bumi ini aku terbaring melihat bulan yang semakin hilang bintang yang semakin malap teka ku. . . mungkin sebentar lagi hujan akan bertandang entah. . . sering kali, saat sendiri fikiran merayau hati meracau jiwa turut kacau namun, tatkala aku terdengar bisikan angin dan hembusan bayu aku mula tersenyum sebenarnya. . . malam ini sangat indah tidak berbaloi untukku kotori dengan pelbagai prasangka ya allah. . . berikanlah aku taufik dan hidayahmu

sahabat

Image
Sahabat. . . Masa telah berubah persahabatan kita turut terubah kesibukan masa mencipta jurang yang tidak disangka namun, aku sentiasa menghargai persahabatan kita yang pernah tercipta dulu adalah yang paling terindah untukku aku ingin mengukir namamu disuatu tempat yang teristimewa namun, bukan diatas batu kerana ia mungkin menjadi 1 lakaran palsu bukan juga di atas pasir ditepian pantai kerana aku akan bersedih jika ada kaki2 yang tidak sengaja terpijak namamu biarlah. . . ku ukir namamu Dihatiku

cinta. . .

Cinta tidak pernah menjanjikan sebuah kebahagian namun, aku akui kerana cinta aku tersenyum Dan. . . Jangan pernah berharap cinta akan berkekalan kerana cinta selalu berubah seperti musim Ops! bukan cinta yang berubah namun, orang yang bercinta yang selalu berpaling arah! apa yang pasti Cinta itu Indah. . . "bagi insan yang tahu menghargai"

maafkan aku

aku tak mampu memutar kembali apa yang telah pergi namun, sedetik masa yang masih terlukis untukku izinkanlah aku mewarnakannya menjadi lukisan yang terindah esok. . . belum tentu milikkku maafkan aku. . . atas sejuta kesilapanku yang pernah mencarit jiwa dewasa ini. . . aku hanya memberi kecewa dan tangis desakan jiwa yang menyesakkan dada menumbuhkan benih benci yang tidak disengaja aku terlalu naif. . . . bukan salah sesiapa tapi aku yang memburu luka aku tak pandai meluahkan kasih tapi mengertilah. . . aku terlalu rindukan gelak tawa yang pernah membuatkan aku bahagia -pigeon87-

reality

Dalam hidup yang reality tersalah langkah terpijak duri tersalah kata dibenci tersalah laku dihukumi ini bukan kata yang dicipta tapi hakikat hidup seorang manusia