Saturday, November 21, 2009

cerpen (maafkan aku) ep 1

“syg. . pasni, xleh nakal2 dah tau.” Fahmi pandang Sarah. Dia takut sangat kalau Sarah jadi milik lelaki lain. Dan kerana rasa takut itulah, dia ajak Sarah nikah di Thailand tanpa pengetahuan Ibu bapa Sarah. Bukan dia tidak rasa bersalah. Cuma dia perlukan sedikit masa untuk berdepan dengan keluarga Sarah.

“erkk, nape lak xleh nakal2?” sarah sandarkan kepala atas bahu Fahmi.

“iskk, syg ni, kitekan dah jadi suami isteri, syg kena jaga diri bebaik untuk abg.” Fahmi genggam erat tangan Sarah. Dalam hati dia berjanji, akan membahagiakan Sarah.

“abg..”

“ye syg. .”

“kalau mak abg tahu kita dah kahwin, mak abg tak marah?” Fahmi diam, dia sendiri tiada jawapan, Sarah terlalu baik, tapi entah kenapa puan Fatimah menghalang hubungan mereka. Dia hanya mampu berdoa suatu hari nanti hati ibunya akan terbuka untuk menerima Sarah sebagai menantu. Fahmi renung wajah sarah, dia cium dahi Sarah.

“abg syg sgt..” Sarah senyum. Ungkapan sayang Fahmi dibalas dengan pelukan erat.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
,

“pagi syg..” Fahmi peluk Sarah dari belakang. dia tak sedar pukul berapa Sarah bangun. Sedar sahaja dari tidur dia terhidu bau nasi goreng Sarah. Terus dia melompat dari katil. Dia paling suka nasi goreng Sarah. Bau pun dah cukup menyelerakan. Rase nasi goreng Sarah memang terangkat.

“pagi lalink. Org ingat nak kejut abg bile dah siap masak.” Jawab Sarah tanpa menoleh kearah Fahmi.

“nasi goreng syg punye pasal, abg dok kat us pun leh terbang ke Malaysia tau.” Usik Fahmi.

“elehh.. yelah tu.” Sarah cebikkan bibir.

“ ye syg, abg buatkan air ye.” Fahmi lepaskan pelukan dari pinggang Sarah. Ikutkan hati. Dia nak angkat Sarah bawa masuk bilik. Dia senyum.

“ape? senyum2? Buat air tu sedap2 skit tau.”

“ehehe.. abg syg la..” jawab Fahmi

Sarah jelirkan lidah. Dia tau Fahmi sayangkan dia. Dari cara Fahmi melayan dia. cukup Menjelaskan bertapa lelaki itu menyintai dia.Dia bahagia, kerana berkesempatan berserapan dengan Fahmi sebagai sepasang suami isteri. Walau pun perkahwinan mereka menjadi 1 rahsia. Namun, Dia bersyukur kerana menjadi isteri Fahmi.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sarah termenung panjang. Dia terlalu rindukan Fahmi. Sebulan berjauhan dengan Fahmi cukup membuatkan dia menderita. Kerana perkahwinan rahsia itu. Dia terpaksa memendam rasa hidup berjauhan dengan suami tercinta. Jika berkesempatan. Mereka hanya berjumpa di hotel. Dia akur. Biar pun, hakikatnya dia berharap untuk hidup seperti pasangan lain. Sarah tersedar dari lamunan apabila dikejutkan dengan deringan telifon.

“syg! Abg ni, rindu la..” dia hampir menitiskan air mata. Tatkala suara Fahmi kedengaran di telifon.

“abg! Sampai hati xcall, dah sebulan tau org tunggu abg. Abg dah lupe kat org ke?”

Fahmi di asak rasa bersalah. Tak pernah sehari pun dia lupakan Sarah, namun, sikap puan Fatimah membuatkan dia tersepit. Dia sangka, apabila dia berterus terang dengan puan Fatimah bahawa dia telah berkahwin dengan Sarah. Ibunya akan menghormati keputusan dia. Tapi sangkaan Fahmi meleset. Puan Fatimah ugut jika dia tidak menceraikan Sarah. Dia akan membuatkan Sarah merana.

“abg.. dengar x? org rindukan abg. ” Sarah tak mampu menahan sebak. Dia terlalu rindukan Fahmi.

“ye syg, abg dengar. Abg tak pernah lupakan syg.” Fahmi cuba untuk menyembunyikan apa yang berlaku. Dia tak mahu Sarah bimbang.

“kite jumpe ye.” Pinta Sarah.

“erm, tak boleh syg. Abg sibuk sekarang.” Fahmi terpaksa berbohong. Puan Fatimah mengawasi pergerakan dia 24 jam. Dia hanya mampu menuruti. Jika tidak puan Fatimah akan menganggu hidup Sarah.

“syg..” ahhh! Fahmi mengeluh. Bila talian telah diputuskan. Mungkin Sarah berkecil hati bila permintaannya ditolak. Dia tau Sarah rindu. Kerana dia sendiri terlalu merindui Sarah.

“maafkan abg syg.” Bisik Fahmi dalam hati. Tanpa sedar air matanya menitis.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Puan Fatimah ke hulu ke hilir di ruang tamu. Hatinya sakit. Dia geram dengan sikap Fahmi. Satu-satunya anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Dia bercadang untuk meminang anak datok fazli untuk Fahmi. Namun, apabila Fahmi memberitahu bahawa dia telah menikahi Sarah di Thailand. Dia berang.

“perempuan tak guna.” Marah Puan Fatimah. Dia berusaha memikirkan Cara untuk memisahkan Fahmi dan Sarah. Dengan apa cara sekali pun dia akan membuatkan Fahmi lupakan Sarah. Pn Fatimah senyum sinis. . .

insyaallah. . . akan bersambung ...


(Maaf, jika bhs y aku gunakan agak sukar untuk difahami atau terlalu skema. ahaha. aku bukan penulis. cume, saje isi mase lapang dgn menulis. apa pun komen, aku akan terima demi memperbaiki mutu penulisan aku. )

.

2 comments:

Me selalu Bace, Sume Yg awak Tulis. . .

DOA ANAK RAJIN SOLAT

  BISMILLAHIRROHMANIRROHIM. SEBAIKNYA DOA INI DI AMALKAN KETIKA KITA ATAU ISTERI KITA SEDANG MENGANDUNG. AMALKAN TIAP-TIAP SELEPAS SOLAT. AL...