Posts

Showing posts from July, 2009

Pesanan ayah dan ibu ( hak milik insan lain)

Image
Anak-anakku Ingatlah pesanan ayah dan ibu Jadilah mentari yang mengeringkan ikan-ikan di jemuran Bukan lalat-lalat yang mengotorkan ikan Jadilah lebah yang membawa madu Bukan ulat yang membusukkan bau jadilah bebunga yang mengindahkan taman Bukan lalang yang menyamak pandangan Jadilah rumput yang menghampar laman bukan kerikil yang menyukarkan laluan Jadilah hujan yang menyuburkan tanaman Bukan banjir yang memusnahkan Jadilah Bulan Bintang yang bersinar terang Bukan gerhana kemarau kontang Jadilah aingin yang menyejukkan jiwa Bukan ribut yang meruntuhkan segala

Lu pikir la sendiri

Image
Slamber. . Buat mcm biase Jangan pula buat muke Peduli apa org nak kate Yang penting kau tahu kau siapa Hidup ini Memang mcm itu dan ini Tapi jangan kau susah hati Sebab perjalanan hidup kau masih panjang lagi Jangan kerana satu perkara Kau jadi gila Buat kerja Cara manusia Bukan sekadar lepaskan batuk ditangga Usaha, usaha Klo nak Berjaya Klo nak jadi papa Relex je, tak payah buat pape Lu pikir la sendiri

aku berharap . .

Image
Kau sangka. . Caramu disukai Caramu dihormati Namun, disebalik nya Mereka menuding jari Menyalahkanmu tidak henti Tapi kau masih bersahaja Kerana kebenarannya tersembunyi wajah mesra Aku yang melihat Bersimpati dan terasa ingin membantu Namun, aku tahu. . Kau bukan diantara yang terbuka Oleh kerana itu.. Selamanya kau takkan tahu Bahawa dibelakangmu Mereka mengata kau yang terburuk Dihadapanmu mereka tunduk Aku berdoa Semoga kau akan tahu hakikat yang sebenarnya. ..

aku ingin menyanyi

Image
Aku ingin menyanyi Satu lagu tentang keindahan hati aku tercari-cari sebuah irama dan melodi aku keliru dalam memilih yang terindah Lalu ku pilih 1 lagu yang paling terindah Lantas ku nyayikan bersama irama dan melodiku Tentang hati dan kekalutan jiwa Tentang Hidup dan Impian biar suaraku tidak semerdu penyanyi pujaan namun, laguku hanya untuk didengar oleh jiwa yang inginkan keindahan..

sedikit tentang hati . . .

Aku tertawa bila mereka ketawa tentang aku aku tersenyum bila mereka menyindir sikapku aku berdiam diri bila mereka memarahi bila aku tak tahan lagi aku menangis di malam hari lalu jiwaku berbisik itu hanya ujian untukku meniti alam dewasa lantas hati terus senyum walau lelah dan letih mendahului bahagia. .

pernah ke kite berfikir?

Bile hati jatuh cinta. . kita selalu berikrar akan membahagiakan pasangan kita biar apa pun yang terjadi kita akan selalu mendahulukan Dia dari segalanya Namun, bile kt telah memiliki "DIA" adakah kita menunaikan segala yang di ikrar? atau. . janji hanya tinggal janji? pernahkah sekali kite berfikir jika kita kehilangan dia segala penyesalan tidak lagi bermakna. . kerana sekali kita persiakan selamanya kita xkan memiliki lagi salahkah jika kita menghargai? memberi apa yang patut diberi .....

ape2 je. . .

Aku letih dan penat . . maka mata ini ingin terus pejam dibantal yang tidak empuk di atas tilam yang keras dan busuk tapi minda ini terus mengerawang ke merata-rata cuma tak sampai keseluruh negara setakat dalam malaysia je. . maka jejari yang semakin gelap ini terus menaip di atas laptop ecer yang semakin kusam dengan ilham gila yang bermcm-mcm rasa nak bercerita tentang cinta tapi hati geli pula rasa rasa nak bercerita tentang hidup tapi hati takde selera rasa nak makan nasi ptg tadi tapi perut taknak terima membazir duit je nak mangadu manje pasal badan letih buat keje tapi dekat sape? ade yang sudi mendengar? sampai panas telinga. . masalahnye. . aku malas nak borak ngan sape2 tepon jadi hiasan tak bermakna sudahnye. . dpt msg org terase. . ape nak buat? belok sana belok sini sampai pening pale rasenye. . dah tibe masenye untuk lelapkan mate dgn cik ti ..cik katak. . cik cicak dan juga peneman setia penghuni kubur kat depan umah ini le namenye hidup. . pape je le. .

Sahabat. .

Dalam meniti sebuah kehidupan yang dipenuhi dugaan kita selalu memerlukan sebuah persahabatan Namun, jika kejahilan Dalam ilmu kehidupan kita akan tertipu dengan wajah seorang kawan kerana wajah x melambangkan kejujuran Lihatlah dari sudut yang berbeza agar persahabatan yang lterjalin terlahir dari sebuah keikhlasan bukan kerana adanya 1 agenda Yang pasti. . kita selalu ingin adanya seorang sahabat yang sentiasa memberi dgn kasih menerima dgn syg. . jika kita inginkan seorang sahabat maka" jadilah seorang sahabat". . .

Epekkan Gila. . .

Orang kate aku gile? aku wat slamber je. . sebab aku mmg gile-gile cuma bukan gile mcm org gile jadi ape nak heran? wat je muke toye. . orang kate aku sengal? aku tak kesah pun ape nak kesah sebab aku mmg tak kesah malas nak amek kesah jadi buat je tak kesah.. Orang kate aku suke menyusahkan? aku angguk je pale sebab klo ye pun nak wat mcm mane. . sebab aku mmg org susah jadi mcm tu le citernye. . Orang kate aku ni bla..bla.. aku tak heran pun sukati korg le.. janji bahagia. . yang pasti. . . aku mcm ni ler. . kdg2 mmg manyampah ngan aku ni tapi kdg2 boleh buat org syg sampai xleh lupe. .(perasan) wakakakaka.. kdg2 perasan ni best gak bese ler. . manusia sume ade perasaan jadi selalu2 le perasan supaya jadi org yang berperasaan jgn jadi org yg tak berprikemanusian sudah ler. . apa pun. . hidup ni harus simple dan relex.. so! nak mengate tak salah sebab kite ada mulut yang nak berkate2 sile la berkate2 sebelum tuhan tarik nikmat untuk bersuara tapi jgn sampai jadi dosa takut-takut

apa nak jadi

Menggoda. . hanya dengan jelingan manja hingga ada yang tersiksa Tergoda. . Hanya kerana senyuman Hingga hati Tak keruan Digoda. . Hanya dengan kata-kata manis Hingga tertipu Harta pun Habis Apa nak jadi. . menggoda tak henti-henti Apa nak jadi. . Tergoda hari-hari Apa nak jadi.. Digoda Hingga ternoda mengoda tergoda digoda ternoda siapa yang lebih hebat? hikss. .

Duhai Anakku. . .

Image
Duhai anakku. . . melihat kau semakin dewasa membuatkan aku terharu Seperti baru semalam aku melihat kau merangkak perlahan tertateh-tateh kau berjalan Namun, Hari ini kau berlari berkejaran Riuh dengan omelan yang bermacam2 Telatahmu membuatkan aku ketawa sayang. . . sayang. . . Biar kau bukan anak ku. . tapi aku menyanyangi-mu lebih dari segalanya kerana kau berada di carta yang teratas dihatiku aku ingin melihat kedewasaanmu yang berjaya hingga aku menutup mata. . .

kerana aku seorang wanita. . .

Kerana aku seorang wanita maka, hati ini selalu ingin didampingi seseorang yang bernama lelaki Bukan lelaki buaya bukan lelaki gila harta atau lelaki gilakan dara tetapi lelaki pilihan jiwa dan keluarga aku insan lemah yang selalu tersalah langkah maka aku ingin. . . seseorang yang membimbing dikala aku dianjak gelora nafsu kerana aku seorang wanita. . . untuk memiliki sebuah cinta bukan sesuatu yang sukar namun, cinta yang aku inginkan bukan kerana nafsu atau kerana dunia tapi cinta yang sejati lahir dari hati yang suci yang sentiasa mencari redha ilahi bersama menuju jalan yang hakiki namun, cinta kini terlalu menguji erti sebuah kesabaran nafsu selalu mengatasi akal mudahan cinta yang datang membawa aku kearah kebaikan bukan mengubah menjadi saudara syaitan kerana aku seorang wanita. . maka aku juga selalu mengimpikan lelaki yang berilmu yang dibaluti iman dan takwa melamar aku menjadi permaisurinya. . Tut!! muahahahahahahahaha!!!!!